Showing posts with label Teh Tarik Sedap. Show all posts
Showing posts with label Teh Tarik Sedap. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @ IMPIANA Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Yeah, meh kita sambung citer lagi pasal ramadhan buffet food review ni.


So kali ni kita ke Tonka Bean Cafe di Impiana Hotel, Kuala Lumpur. Ini pun kira first time aku ke sini. Nampak moden hotelnya, sesuailah dengan lokasi di tengah-tengah bandaraya KL ni kan.


So tema buffetnya adalam ‘Santapan Ramadhan’. So seharusnya makanan pun semegah temanya kan.

Apalagi, meh lah tengok apa yang di hidangkan ye




















Haruslah menarik kan. Semuanya nampak enak dan lazat.




Yang best tu ada 18 jenis perisa ais krim BASKIN ROBBINS di sudut pemanis mulut. Ya ampun, kalau fikir-fikir boleh senak perut dibuatnya dengan hidangan makanan yang sungguh enak ni.







Untuk buffet ‘Santapan Ramadhan’ feast ni, ianya bermula dari 10hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Tonka Bean ni adalah

RM108++ untuk dewasa
RM54++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 55 tahun ke atas

Untuk hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak Impiana menawarkan RM98++ seorang dan buffet bermula dari 6.30 petang hingga 10.00 malam

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2147 1111 ext 3034 atau 3035.

Selain daripada itu, ada gak persembahan tradisional Ghazal secara live band. Jadi bolehlah berdendang sayang lah korang sambil buka puasa.

Jom kita ke


Tonka Bean Cafe
Impiana KLCC Hotel
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel      : 60 3 2147 1111 Ext. 3315
Website:  www.impiana.com

Eh lupa nak bagitau, majalah pengantin Ratu Sehari tu berkolobrasi dengan Impiana Hotel ni sebagai majalah rasmi untuk bulan Ramadhan ni. Jadi majalah issue Vol. 18 akan memberikan 20% off untuk Ramadhan buffet 2013 ni dalam bentuk kupon. Baik beli majalah ni, dapat harga murah sket.


P/s : mintak maaf gambar tak berapa cantik sket sebab aku lambat sampai ke hotel ni jalan jem nak masuk KL ye. So bila dah malam lighting camera plak kurang cantik dan orang ramai ambil makanan so aku tak leh nak concentrate sket lah… J



Monday, June 17, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @ PARKROYAL Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Sekejap je nak dekat bulan Ramadhan kan, rasanya cam tak sampai sebulan je lagi.


So entry berkisarkan ramadhan buffet 2013 akan mula memenuhi atmosphere dunia blogging sebulan dua ni, jadi aku pun tak nak ketinggalan lah kan.

Ini first time aku ke Chatz Brasserie di Parkroyal Hotel KL.


Cantik hotelnya, suasana lobbynya very relaxing, sementara tunggu blogger lain datang sempat aku lepak-lepak kat sini.

Ok jom turun ke Chatz Brasserie.





Untuk buffet ramadhan di Parkroyal tahun ni bertemakan ‘Hawker Temptations’. So seharusnya makanan yang di sajikan mengikut  ala-ala warung ataupun gerai dihidangkan oleh chefs yang berkemahiran dari grill, mee, satay, nasi ayam, roti canai, pemanis mulut tempatan dan pelbagai lagi.

Tengoklah apa yang ada di buffet ramadhan 2013 ni ek







Itu baru main course, ada lagi hidangan makanan lain tau.

























Tak ketinggalan juga minuman yang di cipta sempena bulan Ramadhan ni iaitu

Chatz Air Janda Pulang



Nama sudah gerek kan, rasa lain sedap. Ianya hidangan air kelapa segar bersama isinya yang di campurkan dengan sirap gula melaka. Nampak macam manis tapi tak sebenarnya cuma manis-manis buah gitu.


Untuk ‘Hawker Temptations Ramadhan Feast’ ni, ianya bermula dari 10hb Julai hingga 7hb Ogos 2013 dari 7.00pm  - 10.30pm setiap hari.

Harga buffet ramadhan 2013 ialah

RM98++ untuk seorang dewasa
RM49++ untuk kanak-kanak

Bagi tetamu hotel yang menginap di Parkroyal Hotel KL dan Parkroyal Services Suites akan dapat 20% diskaun buffet ramadhan ni.


Selain daripada ramadhan buffet, ada juga ‘berbuka puasa’ dan Hari Raya banquets untuk minimum 50 orang dari RM80++ seorang dan RM95++ seorang untuk function rooms. Sila hubungi untuk tempahan +603 2782 8352 atau email ezrifarizal @pphg.com

Sahur menu juga ada disediakan iaitu melalui ‘In Room Dining’ (RM58++ per person) dengan 6 jenis menu dihidangkan secara rotation setiap hari dengan menu Daging masak kicap, Kari kepala ikan, Ayam masak merah, Kubis lemak udang, Ayam Dara panggang Bali dan Soto Ayam.

Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau email chatz.prkul@parkroyalhotels.com


Jom kita ke

Chatz Brasserie
Parkroyal Hotel Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2147 0088

Ermm tunggu apa lagi, cercepat la buat booking ye.

Aku sendiri pun rasanya memang nak ke sini lagi, masa bulan puasa nanti lah.