Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

Monday, November 25, 2019

Menginap Di PUTRADE ALL Suites Ipoh Untuk Berehat-Rehat Di Hujung Minggu

Hi Korang, 

Hujung minggu memang kena di manfaatkan dengan berehat so seharuslahnya kita hendaklah berehat kan hehehe.. tapi last week kak lily tukar angin untuk berehat, ya ampun sampai ke Ipoh ktorang berdua tau. 


Kebetulan jugak ktorang tak de apa-apa event last week so why not kita pi berehat kan dan Ipoh for us a prefer place untuk explore di hujung minggu sebab tak berapa jauh dari KL dan costnya tak mahal di tengah-tengah bulan ni hehehehehe 


tempat parking yang luas

Tak fikir panjang kitorang book je bilik di Putrade All Suite Ipoh ni sebab dalam bandar Ipoh jer so nak ke mana-mana senang je tak yah nak drive jejauh kan. 


By the way, Putraade All Suite ni di dalam kawasan Royal Perak Golf Club so bila korang masuk tuh nampaklah padang golf yang terbentang luas dan hijau je pemandangan. Kebetulan masa kak lily sampai tuh ada golf tournament plak so ramailah golfer tengah berehat makan tengahari kat sini. 

Dapatlah ktorang One-Bedroom Suite di Putrade All Suites nieh. 

Ni kak lily tengok kan pada korang ek 





Cantikkan biliknya. Setiap suites yang ada kat sini semuanya ada bilik tau. 

Selain daripada bilik ni ada juga 2 jenis bilik lain iaitu Two-Bedroom Suite and Three-Bedroom Suites. 

Two-Bedroom Suite 









Three-Bedroom Suite 








Besar biliknya dan cantik kan!

Memang sesuai kalau keluarga ramai menginap di sini. Kemain besar bilik-biliknya, boleh bawak toto kalau tak cukup katil nak tidur hehehhe. 


Masa sampai hari tuh dah tengahari so malas nak keluar dulu awal-awal so kitaorang makan kat coffeehouse di Fairway Restaurant. Kebetulan diorang ada promo bulan November so kita cuba menu yang ada ni. 

Rice with Crspy Chicken Butter

Portionnya besar dan tak delah mahal sangat. 

Order jugak menu lelain sebab tengah lapo hehehhee 


Kan konsepnya berehat so lepas makan tuh, terus balik bilik dan tidur sampai ke petang. Barulah berehat kan, malas nak keluar tengahari panas mencarak tuh sebenarnya. Baring-baring depan tv tengok hindustan sampai habis hehehe. 

Untuk korang yang malas nak keluar just nak lepak je di resort ni, terdapat pelbagai kemudahan yang menarik untuk keselesaan korang. 

Di antaranya : 

boleh main billard

berenang di swimming pool

berrendam jakuzi

swimming pool kanak-kanak haruslah kena ada kan

gelanggang squash

bersenam di gym

Ada juga kemudahan dewan-dewan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan, majlis graduasi, majlis hari jadi dan pelbagai lagi




Not bad kemudahannya, kalau lama kak lily kat sini memang melepak kat dalam jakuzi berendam jelah ek hehehe 

Walaupun Ipoh ramai yang kata macam tak de akviti yang nak lakukan tapi kitorang berjaya membuktikan macam – macam perkara kami buat untuk mengisi masa lapang ktorang pada hujung minggu hari tuh. 

Ada beberapa tempat yang ktorang pi iaitu:- 

Hokaiddo Ice Cream Puff Ipoh 

Actually kak lily tak tau pun kedai ni until bebudak opis ni yang suggest kalau pi Ipoh mesti pekena aiskrim dan jangan datang lambat takut aiskrim abis.
 


Korang tengok aiskrimnya awesome kan kan kannnnnn 

Puff di bahagian atas dan bawah kemain ranggup lagi, bila gigit bunyi krap krup krap ko… Selain tuh, kitaorang order jugak Pandan Burnt Cheese Cake. Ya ampun sedap bak hang!! Lepak-lepak sambil makan ais krim di petang-petang sabtu memang indah. 

Ipoh Mural Art Lane 






Sebab tak tau nak buat ape so ktorang wazelah tempat yang dinding-dinding yang cantik tuh. La jalan kaki jer sebab 300m je dari tempat parking kete. Melintas jalan jelah kerjanya di bandar Ipoh ni. Nasib kereta tak banyak oklah kan. 

Pasar Karat Ipoh 

Pelbagai aneka barangan antik korang dapati di sini. 







Eventho kak lily tak berapa minat dengan barangan lama tak ianya sangat mencuci mata betul. Ada beberapa barangan lama yang menarik hati kak lily seperti kaset lagu lama, telefon lama, pinggan mangkuk, barang perhiasan rumah dan memacam lagi. 

Taman Rekreasi Gunung Lang 

Bagi mereka yang sukakan kedamaian bolehlah ke sini, memang dekat jer dari Putrade All Suites ni. Boleh main bot, bagi ikan makan, tengok haiwan peliharaan, bergambar OOTD dan lelain lagi lah. 







Jaga-jaga ada monyet jugak tau walaupun nampak liar tapi tidak mengacau pun pengunjung yang datang ke sini. 

See macam-macam menda yang kita boleh buat di Ipoh ni, cuma kena rajin explore dan bertanya orang-orang di sini. 

So bolehlah lepak menginap di Putrade All Suites, Ipoh ni ek. 

Untuk info lanjut, meh checkout details kat bawah ni ek 

Putrade Allsuites at RPGC 
c/o: Royal Perak Golf Club, 
Jalan Sultan Azlan Shah, 
31400 Ipoh, Perak 

Tel: +605 238 0022 
Fax: +605 238 0021