Showing posts with label Guardian Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Guardian Malaysia. Show all posts

Saturday, July 22, 2017

Selamat Ulangtahun Ke-50 GUARDIAN Malaysia

Hi Korang,


Diam tak diam dah 50 tahun usia Guardian Malaysia ni ek, ermm lagi tua daripada aku rupanya hehehe hebat kan.

Aku sempat menghadiri majlis sambutan ulangtahun ini di Guardian The Weld Kuala Lumpur lokasi dimana sejarah Guardian bermula.


Meraikan ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini, dengan persaingan hebat daripada saluran-saluran baru dan lama, Guardian Malaysia berkata syarikatnya telah membuat pelbagai perancangan untuk mengekalkan posisinya sebagai peneraju pasaran.


Mr. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) berkata: “Dengan mengambil kira kepantasan inovasi teknologi yang mengganggu tabiat penggunaan, persaingan sengit daripada saluran-saluran baru dan lama, keutamaan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah dan tawaran yang terbaik.”

“Ini mungkin melibatkan pelbagai kajian untuk lebih memahami gaya hidup dan keperluan pelanggan dengan lebih baik. Ia turut melibatkan program latihan BFF (BEST FRIEND FOREVER) dimana kami akan menghantar pekerja kami yang bekerja di Pejabat Sokongan Stor (Store Support Office) untuk bekerja di stor-stor kami selama tiga hari, dan merasai sendiri pengalaman bekerja di stor agar mereka memahami cara-cara untuk melayan pelanggan dengan lebih baik.”

Beliau turut berkongsi bahawa melalui kajian, “kami telah mengenal pasti beberapa kategori produk seperti kesihatan, solekan dan penjagaan rambut adalah penting bagi pelanggan, dan kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menawarkan lebih banyak produk yang relevan kepada mereka.” 

Menggambarkan perjalanan 50 tahun di Malaysia sebagai menarik dan berwarna-warni dan dipenuhi pelbagai peristiwa penting, namun, jelas Mr Lauridsen, satu perkara masih kekal sehingga kini. 

“Ini adalah komitmen kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang positif kepada para pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke Guardian, menerusi pelbagai pilihan dan tawaran hebat pada harga yang kompetitif. “Nilai-nilai yang telah memberi ilham kepada penubuhan stor pertama bersaiz 200 kaki persegi ini, kekal sebagai teras jenama kami hari ini.”

Beliau berkata pendapatan Guardian Malaysia telah meningkat sejajar dengan pertumbuhan KDNK negara, dan sejak 2016, secara konsisten ia telah menerima purata tiga juta pelanggan setiap bulan. 

“Kami menyediakan pekerjaan kepada 3,300 rakyat Malaysia, dan kami berbangga bahawa operasi dan pelaburan kami dalam perniagaan ini telah menjana ekonomi sampingan yang penting kepada pengilang, pengimport dan pelbagai penyedia perkhidmatan – kecil dan besar.” 

Sejarah penubuhan Guardian Malaysia




Walau bagaimanapun, menjejak usia 50 tahun, adalah penting untuk kami menyoal diri sendiri, ke mana hala tuju kami selepas ini? 

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadi sahabat kepada para pelanggan kami, dan untuk memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat baik, seorang yang dicari untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan kekal sebagai peruncit pilihan ramai,” tambah beliau. 

Bersempena sambutan ini, Guardian mengadakan sebuah promosi ulang tahun, dengan kerjasama bersama Petron, Jotun, Makeover Guys dan Kuvings, dimana pelanggan berpeluang untuk memenangi pakej hias semula kediaman. 

“Kami memilih untuk menawarkan pakej hias semula kerana kami berpendapat bahawa ia adalah hadiah terbaik yang para pelanggan kami inginkan sebagai hadiah. Lebih-lebih lagi, hias semula kediaman bukan hanya memberi manfaat kepada seorang pelanggan tetapi kepada seisi keluarga"

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu berbelanja sebanyak RM10 dan ke atas di dalam satu resit di mana-mana cawangan Guardian, isikan maklumat peribadi, dan jawab tiga soalan mudah. Atau, isi petrol RON 95, RON 97 or RON 100 minimum RM10 di Petron dengan Kad Miles Privilege Petron yang sah.


Berikutan sidang akhbar tersebut, Mr Lauridsen telah melancarkan semula Guardian Weld, yang kini merupakan sebuah ruang perniagaan berkeluasan 1,652 kaki persegi, yang berwajah baru, selaras dengan penjenamaan semula Guardian.


Beliau disertai Mr. Ricky Soon, Pengarah Hartanah dan Projek, Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran, Mr. Nicholas Chiew, Pengurus Kawasan dan Cik Nur Syazira bt Shafiee, Pengurus Stor Guardian Weld. 

Bagi Guardian Malaysia, ulang tahun turut diraikan secara tradisinya menerusi sumbangan semula kepada komuniti, menerusi Projek Amal Ulang Tahun. Tahun ini, tradisi tersebut diteruskan dengan membantu menghias semula 10 buah rumah kebajikan, termasuk tujuh rumah anak-anak yatim di seluruh negara, 

Projek tersebut, yang bakal siap dalam tempoh enam bulan, dijangka membantu meningkatkan persekitaran hidup sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak yang tinggal di rumah-rumah tersebut.

So Happy Birthday Guardian Malaysia !!



Kaki Bebel,

LILY



Wednesday, June 14, 2017

Buka Puasa Bersama Guardian Malaysia, Dettol Dan Penghuni Cilik 2 Rumah Kebajikan.

Hi Korang, 


Citer pasal buka puasa lagi. 

Kali ni aku dapat berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves. Selangor, dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur atas jemputan Guardian Malaysia dan Dettol.


Majlis di adakan di pusat latihan Guardian, Bandar Kinrara, nasib baik dekat dengan office so tak delah tergopoh gapah nak pi kan, abis kerja terus je kesana. 

Atas semangat prihatin dan saling memberi di bulan Ramadan, Guardian Malaysia telah melancarkan sebuah kempen amal untuk mengumpul dana untuk dua buah rumah kebajikan kanak-kanak. 

Melalui kempen tersebut. satu usaha sama dengan Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd, Guardian Malaysia akan mendermakan RM1 untuk setiap jualan bernilai RM30 produk Dettol di mana-mana cawangannya kepada dua buah rumah kebajikan - Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves. Selangor, dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.


"Dengan sokongan pelanggan, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000 daripada Kempen Beli & Derma ini, agar setiap rumah dapat menerima RM10,000, yang mana dana tersebut boleh digunakan untuk persediaan Aidilfitri atau membayar yuran sekolah dan keperluan-keperluan lain," kata Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia. 

Berucap di majlis iftar istimewa bersama-sama 100 kanak-kanak dan penjaga­ penjaga mereka, Christina berkata: "Ramadan adalah bulan yang mulia dimana umat Islam dilatih untuk bersabar dan bertolak-ansur melalui ibadah puasa. Ia juga adalah masa untuk bermaafan, dan melakukan amal kebajikan dan membantu golongan yang memerlukan adalah amat digalakkan." 

"Atas semangat Ramadan, rakan-rakan kami di Guardian Malaysia amat berbesar hati apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Reckitt Benckiser untuk mengumpul dana untuk dua rumah kebajikan yang menjaga hampir 100 kanak-kanak." 

"Kepada pelanggan Muslim kami, kempen amal ini membolehkan mereka berkongsi dan memberi kepada mereka yang memerlukan ketika membeli­ belah barangan keperluan perayaan dan keperluan harian, seperti produk penjagaan kebersihan," tambah beliau. 

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser, Malaysia dan Singapura, Ms Tiffany Tang berucap di majlis yang sama berkata: "Melalui kerjasama ini, kami dapat mendekati berjuta pelanggan Guardian yang membeli-belah di cawangan Guardian di seluruh negara, mahupun secara dalam talian. Kami juga bersetuju dengan Christina di mana ramai pelanggan bakal mengalu-alukan peluang untuk beramal ketika membeli-belah untuk persiapan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi."






Selain daripada mengumpul dana, Guardian Malaysia turut membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah dimana setiap seorang telah diberikan RM100 untuk berbelanja, manakala Dettol mengadakan satu sesi interaktif tentang penjagaan kebersihan diri.

Untuk melengkapkan 'outing' mereka, kedua-dua rakan kongsi itu telah mengadakan iftar istimewa di pusat latihan Guardian di Bandar Kinrara.

"Kempen Beli dan Derma" berlangsung sepanjang bulan Jun di cawangan­ cawangan Guardian di seluruh negara. Di akhir majlis tersebut, setiap kanak-kanak turut membawa pulang satu beg barangan Dettol bernilai RM50.


Simple je kitaorang berbuka kan, makan makanan sunnah. Heheeh bukan ini je ada lah menu lain lah tapi yang penting simple but marbeles...



Dari 

Cik Lily Putih


Sunday, May 28, 2017

Botaneco Garden dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia Lancar Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017

Hi Korang,

Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan acara tahunan terbesar yang menyokong alam semula jadi kearah yang lebih positif. Tema sambutan tahun ini adalah Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar (Connecting People to Nature). Ia merupakan peringatan bahawa kita adalah sebahagian daripada alam sekitar dan bergantung kepadanya, selain menyeru melindungi bumi yang kita kongsi bersama ini. 


Sebagai maklum balas terhadap seruan itu, Botaneco Garden, jenama produk penjagaan rambut serta badan yang inovatif dan sofistikated, yang diperbuat daripada gabungan kandungan botanikal dan minyak-minyak yang mendapat pengiktrafan eco; menjalin kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk melancarkan kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’. 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ akan menyalurkan satu peratus daripada jualan semua produk Botaneco Garden sepanjang bulan Jun kepada usaha penghutanan semula paya bakau oleh Persatuan Pencinta Alam di Kuala Selangor.

Persatuan Pencinta Alam (MNS) ialah persatuan bukan kerajaan yang paling besar dan tertua di Malaysia. Fokus MNS adalah untuk memulihara kepelbagaian habitat di Malaysia, melindungi warisan alam semula jadi negara, terutamanya landskap ekologi yang sensitif. Hutan paya bakau dikategorikan sebagai landskap ekologi yang sensitif. 

Paya bakau memberi pelbagai manfaat kepada ekosistem. Ia menyediakan tempat tinggal serta makanan kepada haiwan akuatik dan marin, serta burung-burung yang bermigrasi. Ia juga bertindak sebagai penampan ribut, penampan pasang surut dan arus air, mengurangkan pencemaran air serta menghalang hakisan tanah di bahagian pantai. 


Produk-produk Botaneco Garden merangkumi Organic Argan & Virgin Olive Oil, Organic Inca Inchi & Aloe Vera serta rangkaian Trio Oil yang revolusionari. Koleksi itu terdiri daripada Pembersih Badan, Mentega Badan, Krim Badan, Krim Pelembap Badan, Krim Mentega Badan), Skrub Badan, Krim Tangan serta Losen Badan, selain dari koleksi penjagaan rambut iaitu Syampu Rambut, Perapi Rambut dan Serum Rambut. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian seluruh negara dan Guardian e-store. Terdapat lebih 400 cawangan Guardian di seluruh negara.

Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Sdn. Bhd., Christina Low, sokongan Botaneco Garden terhadap Hari Alam Sekitar Sedunia dilihat selari dengan falsafah jenama serta gaya hidup dan keprihatinan para penggunanya. 

“Botaneco Garden mempunyai kelompok pengguna yang bijak dan sayangkan alam sekitar. Koleksi ini mengandungi ramuan yang mesra alam dan ditawarkan pada harga mampu milik. Pada masa sama, ramuan terpilih ini dihasilkan secara beretika dan prihatin kepada alam untuk memenuhi keperluan pengguna yang mengambil berat terhadap alam semula jadi, seterusnya mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya. 

“Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ dengan MNS yang membantu usaha penghutanan semula kayu bakau di Kuala Selangor sememangnya cukup sesuai dengan kami dan pengguna. Sebab itulah kami menganjurkannya sepanjang bulan Jun ini,” jelas Low. 

Katanya, jenama ini telah menetapkan sasaran untuk menanam 200 batang pokok kayu bakau daripada dana yang dapat dikumpulnya nanti. 

“Kami harap pengguna akan mendalami dan mempraktikkan mesej Hari Alam Sekitar Sedunia 2017 iaitu Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar, serta memberikan sokongan mereka terhadap kempen Plant A Seed, Grow A Forest’.” 


Formulasi koleksi produk Botaneco Garden bebas daripada kandungan berbahaya seperti parabens, sabun, pewarna dan silikon. Ini memberi ketenangan minda kepada pengguna yang mementingkan kesihatan dan produk yang mesra alam. Ia juga diuji dan terbukti dari segi dermatologi. 

Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam, I.S Shanmugaraj Subramaniam menyatakan bahawa sokongan terhadap langkah pemuliharaan alam sekitar semakin berkembang di Malaysia. Jenama-jenama seperti Botaneco Garden membantu meningkatkan kesedaran, selain menyediakan landasan untuk para pengguna mengambil bahagian dan memberikan sumbangan. 

“Kesedaran tentang pentingnya hutan kayu bakau kepada ekosistem sungai dan pasang surut air masih rendah. Usaha seperti kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ oleh Botaneco Garden dan MNS cuba membawa mesej penting ini kepada orang ramai dan menjadikannya lebih jelas. Para pengguna boleh memberi sokongan terhadap usaha ini dan melawat Kuala Selangor untuk Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar. Di samping dapat melihat bagaimana sokongan mereka kepada Botaneco Garden boleh membantu menghasilkan sebuah hutan,” kata Shanmugaraj.

Taman Alam Kuala Selangor merupakan habitat buat 150 spesis burung, haiwan-haiwan kecil, ikan, amfibia dan reptilia seperti memerang, langur (Silvered Leaf-monkey), kera berekor panjang serta banyak lagi. Namun begitu, penebangan kayu bakau secara haram telah meletakkan habitat ini dalam bahaya dan usaha penghutanan semula memang perlu dilaksanakan. 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Botaneco Garden bermula pada 1 Jun dan berakhir 30 Jun 2017. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda untuk menyokong kempen ini. 

Monday, January 23, 2017

Koleksi Gelang Tangan ‘Dreams and Aspirations’ Dari Guardian Yang Cantikkk

Hi Korang,

Mungkin tak ramai daripada kita yang mampu nak gelang Pandora bersama charms tuh kan. Yelah memang ada budget tapi why not kita pilih yang bersesuaian dengan budget kita.

Ye tak?

Itulah kan

Ni aku nak kongsi dengan korang gelang tangan cantik dari Guardian ni tau.


Kita mungkin mempunyai pendapat dan kemahuan yang berbeza, tetapi kita semua mempunyai satu perkara yang sama iaitu menyimpan azam untuk berjaya dan mengidamkan masa depan yang cerah. Sempena tahun 2017 ini, tunjukkan azam dan impian anda dengan aneka set gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ dibawa khas oleh Guardian Malaysia. Dengan menggunakan kristal Swarovski, set gelang tangan ini akan bersinar seperti sinaran cahaya impian anda.


“Ceritakan impian dan cita cita anda menerusi set gelang tangan dan charms ini. Gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ dari Guardian Malaysia ini adalah khas untuk semua golongan wanita yang mempunyai impian mereka sendiri,” kata Christina Low, Pengarah Pemasaran bagi Guardian Health dan Beauty Sdn Bhd. “Setiap rekaan ini mempunyai maksud yang tersendiri. Guardian Malaysia mahu memberikan kebebasan bagi setiap wanita untuk bercerita tentang inspirasi dan aspirasi mereka menerusi gelang tangan charms ini,” tambahnya.


Terdapat 10 rekaan unik yang membawa tema dan maksud yang tersendiri. Untuk si Riang, batu kristal Swarovski jenis Light Siam digunakan manakala bagi mereka yang mementingkan nilai kekeluargaan, rekaan dilengkapkan dengan swarovski jenis Darling Peridot. Kesemua idea untuk rekaan charms oleh Guardian Malaysia memberi tumpuan kepada aspek kelembutan dan periang untuk si pemakai. Selain dari charms Riang (Carefree) dan Keluarga (Family), anda juga boleh memilih rekaan Penggemar Fesyen (Fashionista), Stailista (Style), Kesihatan (Health), Rumah (Home), Cabaran (Adventure), Persahabatan (Friendship), Bergaya (Trendy) dan Hadiah (Presents).

Dengan hanya RM12.90, setiap pelanggan akan menerima satu charms iaitu Tuah (Lucky) yang berbentuk empat kelopak daun Clover yang membawa maksud tuah untuk pemakai. Untuk melengkapkan gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’, pelanggan perlu membuat belian barangan lain terlebih dahulu (PWP: Purchase With Purchase). Bagi setiap RM30 di Guardian Malaysia, pelanggan boleh mendapat satu (1) set yang datang dengan dua (2) charms dengan harga RM19.90.


Bermula dari sekarang hingga 29 Mac 2017, Guardian Malaysia akan mengeluarkan charms edisi istimewa pada setiap bulan. Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, charms Kemakmuran (Prosperity) - charms comel dalam bentuk bunga ceri yang membawa maksud pembaharuan boleh didapati sepanjang bulan Januari. Pada bulan Februari pula, bersempena hari memperingati kekasih atau Valentine’s Day, charms Cinta Sejati (True Love) akan dikeluarkan khas dan charms Kelembutan (Grace) pula adalah charms istimewa untuk bulan Mac. Setiap charms edisi khas ini cuma berharga RM11.90 dan dikeluarkan dengan kuantiti yang sikit jadi jangan ketinggalan!

Gelang tangan Koleksi ‘Dreams and Aspirations’ oleh Guardian Malaysia ini telah menerima sokongan dari Bio-Essence, L’Oreal Paris, Panadol dan Schwarzkopf. Penaja bagi set ini juga termasuklah Ammeltz, BIO-LIFE, Blackmores, Botaneco Garden, Brand’s Cebion, Flavettes, Hada Labo, Kinohimitsu, Kordel’s Laurier, Lennox, LipHop, Nivea, Nivea Men, NH Detoxlim, Redoxon, Surbex dan Sunsilk.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati,

WEBPAGE 

FACEBOOK 

INSTAGRAM 

TWITTER 








Tuesday, June 21, 2016

GUARDIAN MALAYSIA DAN SELEBRITI Terkenal Kongsi Tip Untuk Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Ramadan

Hi Korang,


Umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa pada siang hari di bulan suci, bulan Ramadan. Di negara-negara beriklim panas seperti Malaysia, haba dan kelembapan boleh menjejaskan kesihatan dan menjadikan badan mudah letih.


Peneraju farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan terkemuka, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) telah bekerjasama dengan beberapa selebriti popular tanah air untuk berkongsi pandangan dan tip untuk kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan dan hari Raya yang bakal menyusul. 

Bual bicara yang bertemakan "Ramadan Murni, Penampilan Berseri" itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai cara untuk mengekalkan gaya hidup yang seimbang dan sihat sepanjang bulan puasa.


Dihoskan oleh Nazrudin Rahman bersama isterinya, Sheahnee lman Lee atau lebih dikenali sebagai Naz dan Sheahnee, barisan panel pula termasuk ahli farmasi Guardian Malaysia sendiri merangkap Pengurus Farmasi, Puan Hajjah Umil Kalthom dan Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan, Puan Farahani Failul Rahman.



Bual bicara tersebut diserikan lagi dengan kehadiran pelakon, pengacara, dan usahawan terkenal Ms Sazzy Falak, dan selebriti sukan popular Encik Mohd Khairul Effendy @ Ayon, yang terkenal dalam arena futsal.


Puan Farahani berkata, selaku farmasi kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, Guardian telah menjadikannya satu dasar untuk memperkasakan para pelanggan Muslim dengan memberi penekanan kepada kepentingan gaya hidup sihat dan seimbang sepanjang bulan Ramadan, melalui pelbagai aktiviti seperti sesi temubual eksklusif ini.


Puan Hajjah Umil, salah seorang ahli farmasi kanan Guardian berkata: "Perlu diingat bahawa perubahan dramatik dalam tabiat pemakanan boleh menjejaskan cara badan kita menguraikan nutrien dan menjejaskan kadar metabolisme. Perubahan tabiat pemakanan mungkin boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan penampilan anda." 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

TAWARAN SUAI PADAN 3-UNTUK-2 DAN PELBAGAI PROMOSI MENARIK GUARDIAN UNTUK MUSIM PERAYAAN 

Promosi selama sebulan, yang berakhir pada 22 Jun, menampilkan satu tawaran suai padan 3-untuk-2 (Mix & Match) yang menampilkan lebih daripada 1,200 barangan. Pada dasarnya, pembeli membayar untuk dua barangan dan item ketiga diberi percuma. Item percuma itu, bernilai paling rendah di antara ketiga-tiga barangan tersebut. Ribuan barangan yang ditawarkan adalah termasuk pelbagai produk kesihatan, kecantikan, produk bayi dan produk penjagaan diri. 

Satu ciri yang juga amat menarik untuk musim perayaan adalah hadiah percuma Guardian iaitu bekas dan set jag Luminarc yang popular dan berkualiti tinggi, dengan pembelian produk-produk P&G. 

Kerjasama eksklusif dengan P&G ini, menawarkan pelanggan tiga pilihan set barangan Luminarc untuk dipilih. Untuk pembelian sebanyak RM60, pelanggan boleh menebus bekas Luminarc secara percuma. Pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM150 pula dapat menebus satu set jag, dan mereka boleh memilih salah satu daripada dua corak yang ada. Tempoh penebusan adalah daripada 15 Jun sehingga 15 September 2016. 

Di samping itu, Guardian, farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, turut menggabungkan ciri amal untuk mereka yang ingin menderma untuk golongan yang memerlukan.


Ciri tersebut dimuatkan dalam pertandingan Kongsikan Berkat Aidilfitri, di mana pembeli hanya perlu membeli produk Unilever sebanyak RM15, menderma RM1 kepada rumah­ rumah kebajikan terpilih, dan berpeluang untuk memenangi percutinn empat hmi tiga malam ke Korea untuk empat orang. 

Tiada had untuk bilangan penyertaan tetapi setiap penyertaan, yang perlu dihantar melalui Whatsapp, mestilah disertakan dengan ucapan Raya yang kreatif. Peraduan ini bermula pada 22 Mei dan akan berlangsung sehingga 31 Julai 2016. 

Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkongsi butiran promosi perayaan itu berkata: "Kami faham bahawa bulan Ramadan yang bakal tiba adalah masa yang istimewa bagi umat Islam di mana ia adalah bulan kesabaran, kesucian, kesyukuran, serta peluang meningkatkan kebaikan dan kebajikan. Pada masa yang sama, kita tahu ia kadang-kadang boleh mencetuskan isu­ isu kesihatan bagi sesetengah orang."

"Sebagai peneraju farmasi dalam sektor farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan di Malaysia, kami mahu memainkan peranan yang bermakna untuk membantu pelanggan­ pelanggan kami, terutamanya para pelanggan Muslim yang sedang membuat persediaan untuk berpuasa di bulan Ramadan yang mulia."

"Selain daripada tawaran menarik untuk produk-produk kesihatan, kebersihan diri dan kecantikan, kami juga menganjurkan satu bual bicara eksklusif pra-Ramadan, yang diadakan pada hari ini, bersama ahli farmasi kami dan selebriti-selebriti tempatan yang telah mempamerkan keupayaan mereka untuk kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my

Friday, April 1, 2016

Guardian Makeover ‘Confidence Creation’Di Ioi City Mall Putrajaya.

Hi Korang,

Last weekend dapat invitation daripada Guardian ke annual makeover event diorang ni. Kali ni best sket sebab dekat nau dengan umah kan so haruslah kena pi kalau tak rugi ooooo…


Guardian Makeover yang ditunggu-tunggu kini kembali! 

Bertemakan Confidence Creation, pesta kecantikan dan kesihatan tahunan Guardian menemui wanita hampir diseluruh Semenanjung Malaysia dalam tiga hujung minggu berturut-turut. Dan buat pertama kali, acara yang memperkasakan wanita dengan tip-tip dan alat-alat untuk tampil anggun dan kekal sihat diadakan di tiga lokasi utama iaitu Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang.


Berucap di majlis perlancaran acara itu di Putrajaya, Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia berkata, "Kami berbangga untuk menyatakan bahawa sejak tahun 2008, ribuan wanita telah hadir ke acara ini untuk dirias semula oleh barisan pakar kecantikan kami. Tetapi apa yang kami lakukan di acara ini, adalah lebih daripada zahirnya. Saya tidak ragu-ragu mengatakan bahawa setiap wanita yang datang ke pameran ini, keluar sebagai seorang yang lebih bersemangat dan berkeyakinan. Apa yang lebih menarik daripada seorang wanita yang yakin?"


"Disebabkan ini, dan bagi meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut awal bulan ini, kami telah memilih Confidence Creation, sebagai tema acara makeover kami. Keyakinan adalah salah satu ciri penting yang perlu dimiliki setiap wanita. Kajian telah menunjukkan bahawa keyakinan menjadikan anda mendekati sesuatu dengan cara yang berbeza. Keupayaan seseorang untuk melihat harga dirinya sudah pasti memberi semangat untuk menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan. Kepada semua wanita di luar sana - akuilah kecantikan diri, sayangi diri anda dan buatlah pilihan yang sihat hari ini!" tambah beliau.


mereka yang meng'makeover' para pengunjung yang datang

Selaku peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, Guardian memainkan peranan bersinergi, menggalakkan bukan hanya wanita, tetapi masyarakat secara umum, dan para pelanggannya khususnya, untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Acara Guardian Makeover yang kini memasuki tahun ke-9, adalah sebahagian daripada usaha berterusan Guardian dalam memperkasakan wanita untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka.






Sahagian pertama acara tersebut telah diadakan di Johor Bahru hujung minggu lalu, dimana ia disertai oleh ribuan peserta. Ia akan dibawa ke Queensbay Mall di Pulau Pinang pada 2-3

April 2016, dimana barisan pakar-pakar kecantikan dan kesihatan Guardian dijangka akan membantu sekurang-kurangnya 3,000 lagi wanita dalam mencipta keyakinan mereka.




Terbuka kepada sesiapa yang memegang tiket yang diperolehi dengan pembelian barangan bernilai RM50 mana-mana jenama yang mengambil bahagian, acara Confidence Creation Guardian menawarkan makeover lengkap yang terdiri daripada solekan oleh Makeup Puzzle dan dandanan rambut oleh A Cut Above Academy. Tampil keluar dengan lebih yakin, peserta seterusnya diraikan dengan satu sesi fotografi profesional!








Acara tersebut turut menawarkan pelbagai tips solekan yang bersesuaian dengan keadaan yang berbeza, agar anda tampil bertenaga, menawan, menyeronokkan dan hebat. Pelbagai aktiviti menyeronokkan turut disediakan, seperti demonstrasi solekan dan permainan menyeronokkan, khas untuk peserta yang datang bersama keluarga. Semua peserta yang mendaftar juga akan diberikan beg cenderahati.

Acara Confidence Creation Guardian juga dimeriahkan dengan pencarian Model Hijabi. Pencarian model-model baru untuk majalah Hijabista akan diadakan diketiga-tiga lokasi acara. Kepada yang berminat bolehlah mengambil bahagian dengan membeli mana-mana produk di acara tersebut, beserta kombo majalah oleh penerbitan tersebut.

Ok giliran mak plak nak makeover ek

duduk sebelah Sherry, cantik rambut dia bile dah siap

ambik gambo stylist plak, diorang ni student je 

ok rambut dah buat mata plak

biasalah pompuan makeup mesti lama ek

comey kan, sket lagi ek

Itulah dia makeover mak uolls. Gambar dah makeover ada amik tapi tak tau plak mana letak plak ek ishkk sengal betul kan...

So this week kat Penang plak, so standby orang Penang ye. Sangat-sangat seronok wei...

Para pelanggan juga boleh mendapatkan beg tote edisi terhad Guardian yang dijual pada harga istimewa RM19.90 (RP RM49.90) di farmasi Guardian di seluruh negara, sementara stok masih ada!

Untuk info lanjut, sila layari www.guardian.com.my

Tuesday, August 5, 2014

REVIEW | GUARDIAN Mouthwash

Hi Korang,

Selain daripada ubat gigi, korang ada guna produk lain untuk bersihkan mulut tak?

tengoklah DakUban ni kan.. perangai dia..

Aku haruslah ada sebab gigi berlapis cam aku ni, ada je problem dalam mulut ni. Yelah ingat dengan gosok gigi je boleh bersih dah gigi. Abis yang celah-celah tu cam ne plak? Kan berus gigi mana sampai. Sebab tulah sebelum tidur, memang aku duk berkumur je.

Tup-tup Guardian hantar plak a few mouthwash untuk aku kan. Hah apa lagi, moh kite try guna. Guardian mengeluarkan 4 jenis mouthwash iaitu Total Protect, Tartar Control, Cool Mint dan Peppermint with Tea Tree Oil.

Ni aku citer satu persatu ek


1. Total Protect

Mempunyai 8 kebaikan dalam 1 botol, membunuh 99.9% bakteria. Ianya membantu untuk :

- Restore mineral to enamel
- Prevent tartar build up
- Strengthen teeth
- Reduce plaque
- Maintain healthy gum
- Freshen breath
- Maintain natural whiteness of teeth

Tulis dalam English, baru korang paham sket kan. Harga bagi 100ml adalah RM4.90, RM12.90 untuk 400ml dan RM18.90 bagi 750ml.


2. Brightening + Tartar Control

Sesuai bagi mereka yang gigi bersinar, ewah bersinar sungguh. Terutamanya kepada coffee/tea drinker dan jugak perokok. Membunuh 99.9% bakteria dan sugar free. Harga bagi 100ml adalah RM4.50 dan RM16.90 bagi 750ml.


3. Cool Mint

Ini yang basic punye, dengan cooling sensation. Ianya membantu menguatkan gigi dan menghilangkan bau mulut. Harga bagi 100ml adalah RM3.90 dan RM15.90 bagi 750ml.


4. Peppermint with Tea Tree Oil

Ini pun basic punye mouthwash tapi kurang rasa terbakar dimulut. Di tambah pula dengan Tea Tree Oil untuk lebih kesegaran. Harga bagi 100ml adalah RM3.90 dan RM15.90 bagi 750ml.


Keempat-empat flavor ni aku dah cuba dan aku suka kat Total Protect, haruslah sebab banyak kebaikan yang tersendiri.

Nak tau lebih lanjut lagi, korang klik je kat link social media Guardian ni ek



Official Website : http://www.guardian.com.my