Showing posts with label Gila Makan. Show all posts
Showing posts with label Gila Makan. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Seoul Garden Restaurant, bukan kat Korea tau!

Salam Bahagia,

Seoul, Korea? Boleh gitu dalam tengah sibuk keje nie tetiba terfikir kat ke Seoul Korea. Hah jangan korang percaya sangatlah ayat-ayat aku tu tadi. Semuanya tipu belaka.

Bile dah lama x update nie, macam2 idea plak nak menulis. Yang elok pun ade, yang merepek lagilah banyak. Tak perlah disebabkan aku nie kan pemakan orangnya, tak kiralah pemakan karnivor ke, herbivor ke dua alam ke, aku tetap dengan tabah akan makan semua bende yang aku suker.

Kali nie aku nak citer pasal aku ke Seoul Garden Restaurant, bukan kat Korea tapi kat Plaza Pantai je. Ala je kan. Tapi dari umah aku jauh gak lah. Hari tu, pas ktorg balik dari Gleneagles Intan aku trus bawak mrBig makan kat sini.

Bagi korang yang belum penah pegi kedai nie, ia menyediakan hidangan secara buffet masak sendiri. So korang kene berjalan dari satu kaunter ke kaunter yang lain untuk pilih apa yang korang nak makan. Ada hidangan untuk BBQ dan ade juga hidangan untuk Steamboat. Tak ketinggalan jugak ada appetizer, drinks, dessert. Pendek kata semua amik sendiri, masak sendiri tapi makan beramai2. hahahahhahaha..

Cubelah korang tengok aksi orang sakit tangan yang tengah lapo nie.

Malas nak citer panjang, aku cuba review restaurant nie dari contact lens mata aku nie:

1. Reservation - x payah kalau weekdays tapi weekend kene!


2. the traffic en route,  - kalau korang tak pandai pegi Plaza Pantai, memanglah korang tak jumpe kan. So tengok map bawah nie

3. parking, - park dalam Plaza Pantai. Senang tapi weekday mahal, weekends murah

4. seating arrangement, - meja disusun panjang. Susun pendek2 pun ada.

5. the ambiance, - sangat menyamankan. Bau makanan yang sangat sedap walaupun lom masak lagi.

6. the crowd, - macam aku cakap, weekdays ok ok je. Tapi weekends siap korang ramai siot!

7. the music (if any), -dengar bunyi ketukan sudu garfu, orang2 sedang mengumpat pasal kejelah, kucing matilah, cik limah pakai kain ketatlah. hah cam tu lah.

8. the menu, choosing, - korang boleh pilih atau boleh amik seberapa banyak korang nak makan tapi dengan syarat kene abiskan sampai licin. Kalau tak kene charge.
Cara Masak : Dalam periuk untuk steamboat, kat pan untuk BBQ

Ikan patin diBBQ, sedap tau!!

9. service, how long does the food take to come to your table.- Mestilah cepat, amik sendiri kan. Tapi nak masak tu lambat sket lah kan.

10. the taste, main course and dessert, Korang layanlah gambo2 nie

Appetizer - Salad2 yang ranggup

Main Course - Segala jenis ayam, daging,soton,ikan,udang dalam pelbagai rasa

One of our favourite - Kimchi Chicken

Steamboat Menu - All kinds of fishball, sedap gak

Korang leh masak dengan favourite sayur korang

Dessert - Ramuan ABC yang menyelerakan

Dessert - Kuih-muih, agar2,puding pun ada

11. and finally, paying, accompanied with whether you think the whole experience is worth the price - Amat berpatutan bagi aku dgn mrBig yang suker makan nie. Amat2 murah dari Tupai2.




Apa-apa pun, Seoul Garden Restaurant nie amat perfect bagi ktorg sebab nak mencari BBQ Steamboat waktu siang hari amatlah susah. Nasib baiklah sebelum kuar rumah ari tu sempatlah gaklah google kedai makan yang sedap2kan.

Lagi satu, nie details kedai nie:

Seoul Garden at Plaza Pantai
Lot C1.27 & D1.26, Ground Floor
Plaza Pantai (Kerinchi LRT Station)

No. 5, Persiaran Pantai Baru
Off Jalan Pantai Baru
59200 Kuala Lumpur
Opening hours : 12noon - 2.30pm and 6.30pm - 10.30pm (For Weekdays)
12noon - 3.00pm and 6.30pm - 10.30pm (For Weekends)
Reservation : 03-2283 1888, 012-609 7385 Fax : 03-8060 7105


Hah! mesti korang berselerakan tengok gambo2 dalam entry nie. Apa lagi pegilah ke kedai  nie. aku dah cube, korang bile lagi kan!

p/s:actually banyak lagi gambo2 makan, tapi x larat nak upload takut aku plak yang meleleh air liur.

Sunday, February 28, 2010

Happy Birthday mrBigKu.. Ridz

Nasib baik sempat nak update entry untuk special day nie. ermm dalam bebyk entry, kenape plak aku leh terlupa nak buat entry pasal kekasih gelap dan terangku si mrBig nie. Itulah nak kejarkan Nuffnang punya pasal, sampai laki aku pun entry aku leh terlupa nak buat.

Anyway,

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my dear mrBig Ridzman..
Happy birthday to you.
I love you very strong tau...

Dear, Selamat menyambut ulangtahun yang ke 32. Semoga apa yang tercatat di your wishlist akan tercapai hendaknya.Hanya aku je yang tau apa dia nak selain daripada our own zuriat.

Apa-apa pun pesta buih yang menghairahkan malam tadi di Presidential Suite, Grand Millennium Hotel berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kedua-dua my B.I.L & my S.I.L yang bersusah payah untuk ini semua.Semalam hidup ala-ala couple yang tersangat kaya yang sedang berhoneymoon..Nanti aku citerkan ek betapa luxuriesnya duduk kat presidential suite nie tau.

La kenapa korang tak wish kat mrBig aku punye birthday ari nie. Hah eish cepat.. cepat..Ishk korang nie kan..Ermm sempat lagi nie.. wish cepat tau!!

p/s: nanti aku citer pasal entry paintball event lah. Event nie lagi penting tau..Jangan jeles okeh!!

Sunday, February 21, 2010

Gara-gara Astro, Kaki Aku Sakit Tau!!

Gara-gara astro la nie. ishkk

Saki kaki aku lah

Tapi tak per, aku suker.

Terima kasih Daydeck, u make my day happy tapi penat!

Bean dengan Aus jangan jeles okeh! K ina KL pun ade tau!

Nanti aku citer, nak pi urut kaki jap. Nasib baik ade mesin urut kaki nie, lega sket kan!

p/s: korang sanggup ke tawaf astro tu lebih 6 kali? aku dah..besau siot!

Friday, February 19, 2010

Travelog to Kuala Kemaman,Satar Sedap di Warung Otak-Otak Che Wan

Ini sambungan entry semalam, jejalan ke Kuala Kemaman. Pas dah lepak2 mesti lapo kan. So ktorg singgahlah di satu kedai kat pekan Kuala Kemaman nie.
Hah kedai nie lah.

Uihk, ramainya orang maklumlah cuti panjang kan, tengok kereta semuanya plate luar. Table semua penuh. So kene lah tunggu jap. Disebabkan ktorg nie ramai so terpaksalah berpecah2, satu family demi satu family dapat meja. Ktorg yg last sekali dapat meja. Nasib baik la my BIL tu kenal tokey kedai tu, so boleh chowtim2 sket kan.
Di antara yang ktorg makan :
Satar
Pais
Mee Calong
Nasi Air
Ikan Goreng Tepung
Sotong Tepung

Lelain makanan seperti karipap ikan, kepok lekor, otak-otak semua tak dapat amik gambo sebab asal letak je hilang. Dah lapar sangat masa tuh kan.

So nak start review tempat nie tau, in case sesape nak pegi kedai nie then bolehlah jadikan panduan.

1. Reservation / Tempahan : Ermm x yah la, kedai biasa je. Tapi kalau nak makan satar banyak kene lah order by phone dulu kan senang kan.
2. Traffic : Kedai nie kat tepi jalan besar so tak kan bole jem punya.
3. Parking : Park kat tepi jalan je, tepi kedai dia pun luas.Banyak kete2 beso leh parking kat situ.

4. Seating arrangement: alah cam kedai biasa. leh sambung2 meja lagi kalau ramai

5.Ambiance: Suasana kampung coz dalam kampung kan. Angin kuat tau. Ermm harumnya bau satar.
6. The crowd: Memang ramai bile time cuti, if hari biasa tokey leh bole borak2 dgn customer

7. Music : ada gak, bukak radio Era
8. Menu : x de menu tapi kite cakap je apa yang kite nak, semua ade.

9. Service: Cepat coz kebanyakan semua dah siap kecuali makanan kene masak lah. Tapi kepok lekor tu diorg goreng panas2 itu yang sedap tuh. Waitress very alert tau. Cepat je anta semua yg di order.

10.Taste: Dari appetizer, main course ke dessert semua sedap. Kene dengan tekak aku. Kalau orang lain aku tak tau lah. Makanan semua based ikan maklum lah tepi laut kan ikan senang dapat.

11. Price: Sangat2 murah dah berpatutan.

Apa-apa pun aku tak puas makan coz ramai orang kan. Satar pun dapat rasa satu je, bile nak order bawak balik diorg cakap tinggal untuk dine in je. Ermm tak perlah, mr Big cakap lain kali datang lagi time ari biasa, mesti dapat makan bebanyak.

Oleh itu datanglah ke kedai Che Wan nie, sesungguhnya makanan dia sedap2 belaka. Aku x dapat apa2 % pun, promo sesuke je nie.

p/s: jom gi K.Kemaman buat gathering ala bukan jauh pun, mesti happening kan?

Thursday, February 18, 2010

Cube Teka Apakah Ini?

Cube korang teka ape nih?

Dan nie jugak.


Kalau dapat teka, ermm adelah habuannya untuk korang tau...

p/s: untuk jawapannya, tunggu entry seterusnya.. Byk sgt gambo lah, penat nak edit nie.. Tolong?

Thursday, February 11, 2010

Pasal Ayam Kenny Rogers

Bukan aku makan kat kenny rogers malam tadi. Tapi aku masak panggang sendiri okeh ayam tuh.

Itu bukan aku okeh. Sumber dr Google

Semalam balik awal sebab air con opis kene trip. Dah bersauna free aku dalam bilik aku nie. Dah lah tak de tingkap nasib baik ade exhaust fan so kira sejuk sketlah. Sket je okeh, tempat lain panas.

So sesampai je umah, trus kuarkan ayam. Pas tu blank tak tau nak masak ape. Then trus on PC, online jap masuk blog K Ina KL. Then ternampak plak Ayam Kenny Rogers dia tu, macam sedap je lah so apa lagi berlari2 anak lah aku dapur ke bilik entertainment tu, ke hulur ke hilir nak menengokkan resipi tuh.

Nasib baik semua bahan ade, tapi ayam aku dah siap potong kecik2 la plak. Ala tak perlah, 1st time nak cuba kan, bedal jelah. Sambil menyanyi2 aku pun memblenderlah apa yang patut. Pas tu terus memfacialkan ayam2 tulah. Dah siap trus masukkan dalam oven yang dah dipanaskan tadi. Pas tu prepare side dish lelain plak, takkan makan ayam je, dah macam musang plak aku rasa kan?

Ayam Hitam Kenny Rogers berserta Baked Potato Bercicah Garlic Butter & Nuggets Sebagai Pembuka Selera

Lebih kurang dalam 2 jam aku ke hulur kehilir kat dapur tu, so siaplah makanan untuk dinner aku. Ishk lambat plak mr Big nie balik, aku dah lapo nie. Tengok ayam hitam nie meyelerakan sungguh lah. Baked potato tu aku belah tengah letak garlic butter spread then aku goreng nuggets sket. Wah! mane tak gemuk badan aku nie.

mr Big yang balik dengan muke penat dia trus bertukar jadi cam jadi musang bile nampak ayam tuh. Trus merenggek2 kat makan. Ishk cam bebudak betul lah. Pas tu dia leh cakap ape? ari2 nak makan ayam kenny rogers bole tak??

p/s: K ina, resipimu ini sungguh sedap walaupun aku masak boleh jadi hitam. Hah, korang bile nak cuba plak? sedap ooo

Tuesday, February 9, 2010

Bloggers Ngada2 Di Mines


hah inilah dia acara bloggers ngada2 di Mines. Mengada kan? Bean jangan ko ingat ko tu tinggi okeh!
Melz lagi tinggi sebenarnya.. Ala x sempat nk amik gambo dgn ko Melz..

La korang tak caya, tengok nie:-

Nie Organizer, Cik Hel & Bean. 
Yg lelain tuh, suker interframe okeh! Bean ko jangan ingat itu semua dayang2 ko okeh! nyampah akulah..

Acara yang di aturkan, macam-macam okeh, tapi aku suka acara makan. Tapi sayang si Bean tu kedekut nak belanja tau!
Sessi gelakkan orang main bowling di Bowling Centre. Terbahagi kepada 4 group. Group yang paling corot sekali adalah group Bean.
Sessi penyampaian hadiah untuk Pesta Pantun anjuran Cik Hel. Eny dapat teddybear tu. Sesungguhnya akak jeles okeh! mr Big nak teddybear gak.. huhuhuhu

Sessi berguru di Sifoo Melz kite mengenai Nuffnang dan blogging tips.Semua tekun mendengar.

Sessi bakar jantung yang di ketuai oleh Daydeck & Aus aka Dlm hati ade taman

Yang datang, korang tengok nie:- hebat kan!
Anak-anak dara yang comel2 belaka
Orang-orang bujang yang kononnya macho

Yang mengikut tema putih

Yang mengikut tema merah. Oit! apsal ade hijau plak  nie ek?

Kesimpulannya:
- terima kasih kepada penganjur yang sangat kelakar Cik Hel kite
- seronok sangat dapat kenal dgn Fateha & Hairi, Tasha & E1 , Eny & teman tapi mesranya, Jard & Ujie.
- terima kasih kepada Melz yg sudi bagi ilmu kat ktorg
- dapat kenal Bro Eyriqazz
- dapat perdajalkan Bean, go Loser Gang!! Aus & Daydeck
- dapat kenal gak dengan Bob,Abuya, Cikgu Yann, model tudung Rina Salleh dan Hidayah

Sesungguhnya:
Seronok sekali ada geng untuk gelakkan orang nie!

Walaupun banyak bende nak citer, tapi aku malas nak tulis bebanyak, korang check it out bebudak lain pun blog kay.

p/s: sesape yg lom forward email, sila bagi untuk pengantaran gambo. Tapi biasalah kan email so antau sket2 la ye.
        Aus & Daydeck : memang RinaSalleh tu model tudung lah! Cis berani korang gelakkan aku kan?? Siaplah nanti korang.

Monday, February 8, 2010

Sila Amik Perhatian : Gather2 Bloggers Di Mines Semalam.

Apakah yang sedang berlaku kat sini?
Cuba korang teka, minah baju kuning tu buat ape dan mamat paling tinggi tu sape?

kalau korang leh jawab aku akan forwardkan 210 keping gambo masa event nie untuk korang.

ops, lupa nak pesan plak. Terbuka kepada sesapa yang join event nie semalam.

p/s :  daydeck ko x yah jawab okeh! kang aku plak x dpt gambo dari dia. Uisk!!! yang lain jawab tau!

Wednesday, January 27, 2010

Di Waktu Panas Begini

Cube tengok cuaca kat luar?

Cam nie punya panas kan? Uisk leh rasa terbakar je bila jalan bawah panas nie.

Tapi kan, bile pekena nie dan ini, trus hilang rasa panas tu kan. Hah itulah manelah nak dapat bende2 cam nie time nie ek?

p/s sedapnya dpt makan nie,sejuk tekak

Monday, January 25, 2010

Aku & MBP 1st Anniversary Gathering


Ermm awesome event!


A Big thank you kepada K Ros selaku founder of MBP, the 5 crazy ambassadors Hanz, Nia, Jiji, Juan termasuk aku and 6 helpful comitee AdD, Nini, IlaFidTifa dan Lyna.

Aku tak leh nak menulis ape lagi mengenai event nie, keletihan semalam belom abis lagi sebenarnya tapi disebabkan ade keje pasal project baru nie aku kene gak datang opis huhuhuhu... lenguh segala anggota tubuh badan lom abis lagi nie.

What a wonderful event, semua MBP members tersangat sporting, memberikan kerjasama yang baik sekali. Bile suruh register, diorg register, bile suruh amik gambo, lagi diorg suka,bile suruh makan,berpinggan2 diorg tambah, bile suruh join main game, berlari2 ke arah aku untuk meregisterkan diri dan ahli keluarga mereka.


Berkenalan dengan mereka semua amat menyeronokkan, aku langsung tak leh nak cam muka2 mereka, tapi mereka2 menegur aku macam dah kenal lama.


Mengacarakan permainan/telematch untuk mereka sungguh mencabar sekali, bercakap menggunakan mic beso tu pengalaman yang mengerikan sebab tetiba aku leh jadi kepoh sekali, bercakap bercakap dan terus bercakap tanpa henti. Baik ibu,ayah,anak memberikan sokongan yang bagus sekali. Mendengar arahan dengan teliti tanpa sebarang masalah.


Terima kasih diucapkan dari kami Lily + mr Big kepada semua yang hadir pada event yang best, semoga berjumpe lagi di next gathering (kalau aku jadi ambassador lagi lah kan hehehehhehe...)

p/s camera buat hal, nasib baik dah transfer gambo kat K Ros, nanti nak 1 copy ek