Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, April 29, 2020

VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

Hi Korang,



Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara. 

Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.





Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.



Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya.



Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan juga telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai. 

Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini. 

TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE dan AGLIO OLIO 


Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli 


Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli. 

Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli 

Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah.







Tuesday, April 28, 2020

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

Hi Korang,

1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah. 

Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang. 



Rendang Bagi Yang Baru Mencuba 

Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan? 

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim. 

Bagi membantu korang menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik. 


Bagi Ayam Brand, sudah pastilah kak lily menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020

Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8 

Bahan-bahan:

Rempah 
3 bunga cengkih - di kisar
3 bunga lawang - di kisar
3 buah pelaga -di kisar
2 asam jawa 
5 daun limau purut dihiris halus 
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan) 
1 batang kayu manis 
1 sudu besar gula melaka secukup rasa 
Garam secukup rasa 
Pes (kisar halus) 
2.5cm lengkuas, dihiris 
3 batang serai, akar sahaja, dihiris 
7 ulas bawang putih, dihiris 
6 bawang merah, dihiris 
2.5cm halia, dihiris 
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris 
1kg daging lembu, dipotong kiub 
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda 
Minyak untuk menggoreng 
1 cawan air 

Cara-cara :

1. Kisar bahan pes menggunakan blender. 

2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. 

3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. 

4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih. 

5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali. 

6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. 

7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 

8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 

9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan. 



Apakah Resipi Istimewa Rendang Korang

Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 6 April dan berakhir pada 31 Mei dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!




Monday, April 27, 2020

Resipi Ayam Masak Bali


Hi Korang, 

Bulan Ramadan ni memang carian resipi memang sangat-sangat hotzz. 

Yelah nak buka puasa kan, haruslah kena masak. Di sebabkan kak lily ni pemalas nak masak menu yang remeh temeh so kak lily suka mencuba resipi-resipi enak dan mudah di sediakan. 

So kak lily cuba resipi Ayam Masak Bali ni sebab ramai yang cakap kalau makan mesti teringat kat Bali punye hehehe ewah ke Bali sangatlah kan tapi tak per kita cuba dulu ek. 

Bahan-Bahan: 


1 ekor ayam 
serbuk kunyit 
garam secukup rasa 
8 batang serai, dititik 
6 tangkai daun kari 
1 senduk cili kisar 
3 sudu besar kicap manis 
minyak masak 
gula melaka atau gula pasir 
sedikit air 
Bahan-bahan untuk kisar halus: 
5 biji bawang besar 
10 biji bawang merah 
10-12 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1 inci belacan 

Cara Penyediaan: 


1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak. 


2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau. 


3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak. 


4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air. 

5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan. 

Tak delah kak lily masak sampai nak masak seekor ayam tuh, so korang anggarkan bahan-bahan tuh ek. Rasa pun korang adjust lah ek, yang suka pedas boleh tambahkan cili, yang nak manis letak gula lebih sket. 

So apa lagi selamat mencubalah 

Kalau ada masa free lagi nanti kak lily akan kongsikan lagi ek



Saturday, April 18, 2020

Menu Masak-Masak Minggu Pertama Di Musim PKP Ni

Hi Korang, 

Rasanya dah sebulan kot duduk memerap kat rumah ni kan, yelah musim Perintah Kawalan Pergerakan #PKP so mana boleh suka-suka hati keluar berjalan ke mana-mana. Kalau setakat nak beli barang dapur itu bolehlah tapi hanya seorang je. 

So nak tak nak kenalah masak di rumah sajor, dengan bahan ape yang ada. Bohonglah kata kak lily tak kuar rumah kan, ade pi tapi pi kedai acheh kat bawah umah ni beli lauk tambah-tambah. 

Nilah kak lily nak kongsi beberapa jenis lauk yang di masak, kalau tak sempat masak Mr Big balik keje tuh singgah pi beli. 

Menu Minggu Pertama #PKP 

Hari Pertama 


Nasi Kukus Kak Lily hahahaha, rasenyer lepas abis Covid ni ahkak ko ni dah boleh bukak gerai meniaga kat bawah umah ni lah 

Hari Kedua 


Simple menu dinner malam ni. Tumis air suhun dengan telur, sambal ikan bilis, cencaru bakar dan cili kicap. Makan-makan semueee 

Hari Ketiga 


Nasi goreng simple jer siap dengan ayam goreng sekali. Cukuplah kan, makan-makan semueee... 

Hari Ke 4 


Kurma telur tak cukup rempah, ikan masin, bakchoy oyster dan sambal tumis ikan bilis lagi. Konsepnyer masak apa yang hado kat dapo ek sebab malas nak kuar lah. 

Hari Ke 5 


English Breakfast semampu boleh namanyer dan setin kopi seperti biasa. Makan makan semua dan duduk di rumah ajerr wokeh 

Hari Ke 6 


Bubur Nasi dan lauk pauknya. Kangkung pedas sket, ikan bilis goreng bawang, sambal tumis tak pedas dan telo asin. Makan-makan semueee 

Hari Ke 7 


Nasi goreng kosong pedas, telo mata dan nugget. Cukuplah makan berdua ajer 

Apemacam?? 

Meriah tak menu lauk makan-makan ahkak ko ni. Itulah konsepnya masak apa yang ada janji tersedia makanan di atas meja. Lagipun makan berdua jer so ok lah kan. 

Korang cam ne? 

Same cam akak ke hari-hari masak menu-menu simple. Ikutlah kan kalau ramai kat rumah so masak pun kena lebih lah kan. 

Nanti kak lily sambung lagi menu-menu untuk minggu kedua dan ketiga ek, kalau nak mintak resipi pun boleh bagitau jugak lah nati kak lily tuliskan. 



Wednesday, April 15, 2020

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam BrandTM #DudukRumah

Hi Korang,

Korang telah menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara korang yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal. 

Apa yang boleh korang lakukan? 

Mari sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika korang tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa korang. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini. 


Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur 

Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, anda hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan. 
https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html 

Pizza Tuna 

Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya anda berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa anda dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati. 
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html 

Nasi Lemak Pandan 

Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi anda. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html

Pasta Sardin 

Seminggu anda telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html 

Kari Mackerel 

Tidak pernah masak kari tapi anda teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas dan anda juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia. 
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/68-curry-mackerel.html

Kentang Tuna Pedas 

Anda hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang anda ada. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html

Sardin Gulung Goreng 

Raikan kejayaan anda dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan. 

Layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand. Sehingga tempoh PKP tamat, kekal di rumah dan kekal sihat.



Saturday, April 11, 2020

Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah

Hi Korang,

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah, durian. 

Korang berani untuk mencuba? 


Domino’s Pizza memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu, Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar D24. Nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri. 

Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, “Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!” 

Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata, “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.” 

Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April. 

Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan. 


Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact. 

Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/

Thursday, April 9, 2020

Buffet Ramadan 2020 'Citarasa Kampungku ' Di Hotel Armada Petaling Jaya

Hi Korang, 

See I told you, akak ko ni akan sambung lagi citer buffet Ramadan 2020 yang tak akan habis dalam bulan in kan hahaaha.. yer uolls banyak nau invite nyer nieh tapi sebelum musim PKP ni lah kan. Sekarang kan semua kena kuarantin. 



Satu lagi buffet Ramadan di hotel yang kak lily cadangkan adalah Hotel Armada Petaling Jaya, kerana lokasinya yang mudah untuk ke sana hanya bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan kawasan Petaling Jaya sahaja. 

Dengan berkonsepkan 'Citarasa Kampungku' tahun ini hotel Armada, korang akan rasa menu berbuka mereka seperti mana berbuka di kampung sendiri. Dengar cerita ada lebih daripada 100 jenis juadah pilihan semasa bulan Ramadan nanti. 




Menu pembuka selera tradisi seperti Kerabu Mangga, Kerabu Nenas, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Udang. Juga ada Cincalok, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk.ditambah sedap lagi dengan pelbagai jenis Sambal klasik, yang jarang ditawarkan di mana-mana bufet Ramadan lain. 









Menu utama yang menjadi perhatian ramai bila buka puasa kat sini adalah Sambal Udang Petai, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Berempah, Ikan Pari Masak Asam Pedas (Kawah), Daging Masak Hitam, Paru-paru Goreng Berlada, Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Ikan Sembilang Panggang, Pucku Paku Goreng Belacan dan kegemaran sepanjang masa adalah Siput Sedut Masak Cili Padi. 


Pencuci mulut dari pelbagai jenis Kuih Melayu dan hidangan istimewa pemanis seperti Pengat Nangka dengan Sago, Ais Cendol dengan Pulut, Bubur Gandum dan Bubur Kacang Hijau. Last kena ada minuman tempatan seperti Air Bandung, Air Sirap Selaseh atau Teh Tarik. 



Banyak juga menu pilihan kak lily sampai tak tau nak makan yang mana satu hehehe..

Kalau korang buat tempahan awal sekarang sehingga 19 April 2020 nanti korang buleh dapat tawaran harga serendah RM75.00 untuk seorang dewasa. Kalau tidak harga normal untuk bufet Ramadan kat sini adalah RM90.00 seorang dewasa dan RM45.00 seorang kanak-kanak (6 hingga 12 tahun). 'Citarasa Kampungku' bufet Ramadhan ini akan bermula dari 24 April hingga 22 Mei 2020 nanti. 

my tablemate ari tuh hah

Juga mereka ada menyediakan menu Sahur dari 3 pagi hingga 5 pagi dengan harga RM20 seorang. So bermalam kat hotel boleh berbuka puasa dan juga bersahur sekali memang cukup lengkap. 

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.

Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7954 6888


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.