Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, April 8, 2020

7 Hidangan Ramadan yang Mesti Dicuba Di Rumah

Hi Korang,

Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Namun, bukan mudah untuk kekal sihat apabila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidang dalam makanan yang dijual. Orang ramai yang bersesak-sesak pada waktu puncak pula membuatkan urusan membeli juadah Ramadan satu perkara yang melecehkan. 

Jadi, apa yang anda boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa dibuat oleh nenek? Kita buat sendiri! 


Kami telah mengumpulkan satu senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah. Ia terdiri daripada yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah, hinggalah hidangan yang memerlukan sedikit kemahiran, usaha dan masa. 

Bagi memastikan kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kami tidak memasukkan hidangan yang memerlukan peralatan khas yang tiada di dapur kecil anda. 

Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Kami mengujinya dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resepi yang diambil daripada http://www.ayambrand.com.my/raya2020

Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya. 

Psssstt… rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik jika anda membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram atau Facebook anda dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, selain gunakan hashtag #beRAYAmbrand. Beritahu mereka kenapa ia merupakan hidangan kegemaran anda semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi! 

Bubur Jagung 

Pencuci mulut yang paling senang pernah kami cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini! 

Tempoh memasak: 20 minit Hidangan untuk: 4 Tahap kemahiran: 1/10 

Bubur Kacang 

Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan! 

Tempoh memasak: 20 minit Hidangan untuk: 4 Tahap kemahiran: 1/10 

Puding Jagung 

Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim. 

Tempoh memasak: 30 minit Hidangan untuk: 12 Tahap kemahiran: 1/10 

Kuih Talam 

Seterusnya ialah kuih talam. Kami letakkannya di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit. Untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik! 

Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 12 Tahap kemahiran: 3/10 

Agar Agar Buah 

Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi! 

Tempoh memasak: 2 Jam Hidangan untuk: 6 Tahap kemahiran: 3/10 

Kuih Serimuka 

Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit. Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. 

Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 6 Tahap kemahiran: 5/10 

Kuih Kaswi Labu 

Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap! 

Tempoh memasak: 1 jam 40 minit Hidangan untuk: 15 Tahap kemahiran: 5/10 

Dapatkan semua resepi ini dan banyak lagi di http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .



Sunday, April 5, 2020

Buffet Ramadan 2020 '#Bismillah Bazar Ramadan' Di Dorsett Putrajaya Hotel

Hi Korang, 

See I told you, akak ko ni akan sambung lagi citer buffet Ramadan 2020 yang tak akan habis dalam bulan in kan hahaaha.. yer uolls banyak nau invite nyer nieh tapi sebelum musim PKP ni lah kan. Sekarang kan semua kena kuarantin

Ramadan yang akan datang ini, korang pasti tertarik dengan hidangan bufet tempatan, masakan Barat dan Timur Tengah yang eksklusif di Dorsett Putrajaya. 


Diketuai oleh Chef Eksekutif, Shamsul Rizal Bin Johari, bersama teamnya berbakat akan memenuhi keinginan para tetamu dengan ramuan Ramadhan #Bismillah Bazar Ramadan di restoran Citra Rasa yang menunya akan senantiasa di tukar setiap hari. 








Nikmatilah hidangan mewah seperti Kambing Golek dengan sos Barat dan tempatan, Udang Percik Mek Ayu, Nasi Lemak Delima Sambal Hijau, Kari Ketua Tandatangan Mango CR, Aneka Kuih Melayu, Sweets Timur Tengah, Bubur Lambuk, 6 jenis kerabu, hidangan tradisional dan banyak lagi! 








Baucer Early Bird 1000 yang berharga RM88 nett (dewasa) masing-masing untuk mendapatkan dari sekarang. Cepat! Promo Awal Awal bermula hingga 26 April 2020! 

Di samping itu untuk menyempurnakan rasa Ramadhan, kami juga menawarkan menu sahur istimewa untuk para tetamu. Sesudah sahur di Citra Rasa bolehlah terus menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga terkenal sebagai Masjid Besi untuk menunaikan solat subuh. 





Pakej Bilik Ramadan khas yang bermula dari RM400 nett per bilik setiap malam dan seterusnya termasuk lftar and Sahur untuk 2 orang. Tempoh tempahan dari sekarang hingga 20hb Mei 2020, tempoh penginapan: 27 April 2020 hingga 21 Mei 2020. 

Untuk buffet Ramadhan 2020 ni, ianya bermula dari 27 April 2020 hingga 21 Mei 2020 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet Ramadhan 2020 di Dorsett Putrajaya adalah 

RM108nett untuk dewasa 

RM88nett untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas 


Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi +603 8892 8388 atau Email ke: tempahan @ putrajaya @ dorsetthotels.com 

Jom kite ke: 

Dorsett Putrajaya 
Lot 3 (Lot 3C5) 
Precinct 3, 
Wilayah Persekutuan, 
62000 Bandar Putrajaya, Putrajaya 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 
www.facebook.com/dorsettputrajaya

Website: 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Tuesday, March 24, 2020

Buffet Ramadan 2020 'Sajian Warisan Budaya' Di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Hi Korang, 

As usual entry buffet Ramadan harus kena ada dalam blog ahkak ko ni kan. 

Kite sambung lagi citer ek, kan hari tuh kak lily ke Swiss Garden Genting Highlands so berkesempatanlah kami semua merasai beberapa menu yang dihighlightkan untuk bulan Ramadan nanti. 

Alangkah indahnya bila dapat berbuka puasa di tanah tinggi yang sejuk sambil mengirup udara segar, mesti tak terasa penat bila berpuasa di puncak gunung kan hehehe


Buffet Ramadan 'Sajian Warisan Budaya'


Malas nak citer lebih-lebih, kak lily kongsikan beberapa gambar untuk tatapan korang ek
 







Lauk-pauk lain ada jugak yer



Harga untuk buffet ramadan ‘Sajian Warisan Budaya' yang bermula dari 29 April 2020 - 21 Mei 2020, waktunya 6.30PM-9.30PM adalah seperti berikut : 

Harga Biasa : 

Dewasa : RM78nett 
Kanak-kanak : RM34nett 

Harga Istimewa ‘EARLY BIRD’ Tempahan sehingga bulan April 2020 :

Dewasa : RM55nett 

Sebarang tempahan boleh melalui email atau whatsapp 

Whatsapp : 

016 - 670 0743 (Ravi) 
017 - 542 8790 (Firdaus) 

Email : 

fnb@shrgh.swissgarden.com 

Jom kite ke :

Swiss-Garden Hotel and Residences, Genting Highlands 
Windmill Upon Hills, 
Genting Permai, 
69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/SwissGardenGentingHighlands/

Instagram : 
https://www.instagram.com/swissgardengentinghighlands/?hl=en



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

#StaycationistaBeaute
#SHRGH #MeetYouUpHills
#SwissGardenGentingHighlands
#ToscanaMediClinic
#MediaCelebrityEvent
#MarcusOsmandOfficial

Monday, March 23, 2020

5 Most Delicious Malaysian Foods You Must Try On!

Hi Korang,


Ermm most delicious Malaysian Foods ya ampun banyak giler kot nak dituliskan ni. 

Bukan setakat 5 jenis makanan sedap di Malaysia tapi 50 jenis makanan tempatan sedap pun kak lily bole senaraikan tau tau hehehe 

Tapi musim-musim perintah restricted movement order (RMO) ni manalah boleh kita keluar kan. So cam ne ni, nak masak plak nak kena pi beli bahan-bahan bagai padahal nak masak sket jer pun kan. 

Seharusnya kita gunakan perkhidmatan delivery Malaysia lah kan, ewah delivery Malaysia bagai ek. Alah yang order-order makanan online tuh, tekan-tekan kat smartphone korang then sekejapan sampai je depan rumah hah. Seriously kak lily memang kerap menggunakan perkhidmatan delivery ni seminggu 3 hari di office sebab malas nak keluar, banyak kerja dan tak de geng nak pi makan hehehee, lagi plak tempat kerja kak lily tuh payah sket nak dapat nak dapatkan makanan tengahari yang enak dan murah kan. 

Macam-macamlah yang kak lily pernah order untuk delivery Malaysia ni termasuklah 5 menu makanan yang sedap nau nau pada tekak kak lily kan. 

Nasi Lemak 


Hei nasi lemak memang menjadi kegemaran kak lily dan juga rakyat marhaen seluruh negara tak kiralah apa juga bangsa dan lapisan umur pasti menyukainya. Samada di makan kosong hanya dengan sambal bilis dan telur rebus, timun, ikan bilis dan kacang atau dihidangkan sekali dengan lauk-pauk yang memukau tekak dan perut kan ianya tetap enak dan lazat. Lauk yang kak lily suka sekali adalah sambal sotong dan paru berlado, lepas makan boleh tersandar kekenyangan tuh. 

Kalau dulu nasi lemak ni hanya mudah di jumpa pada waktu sarapan pagi tapi kini tidak yer, setiap masa tak kira siang mahupun malam kita boleh dapatkan nasi lemak di mana jua. Even kalau kat rumah pun order je online terus delivery sampai hehehe 

Roti Canai 

Ini satu lagi menu yang menjadi kegemaran Malaysia. Senang dah mudah di dapati, terus ke kedai mamak dan order sajor sekejapan siap. 


Tepung yang di canai bersama minyak dan kemudiannya di tebarkan di kuali besar dan di masak sehingga garing. Di hidangkan bersama kuah kari ikan dan sedikit sambal tapi kalau makan begitu saja dah pun sedap dah tau. 

Sate 


Seriously sedap nyer makan sate bila petang lepas balik keje ek. Daging ayam atau daging yang di cucuk pada lidi buluh dan di bakar sehingga masak. Di masak sekali dengan kuah kacang, timun, bawang dan nasi impit ataupun ketupat. 

Makan secucuk manalah cukupkan ermm sekurang-kurang nya pekena 10 cucuk baru mantol hehehe 

Ikan Bakar 

Sedapnya pekena ikan bakar makan tengahari ni ek. 


Nak sedap lagi lepas siap bakar tuh terus makan panas-panas ya ampun tak terkata nikmatnya. Bagi kak lily dapat sepinggan nasi putih dan ikan bakar serta dengan sambal kicap dan pencicah air asam dan cukup awesome dah tau. Nak-nak lagi kalau ikan pari, aduihai memang boleh bertambah nasi yer. 

Nasi Kandar 

Yeah nasi kandar!! 


Nasi putih yang lauknya merupakan campuran kuah-kuah pelbagai rasa samada kuah kari ikan, kari daging, kurma, kerutub semuanya di satukan di dalam satu pinggan dan lauk-pauknya ermm lazat. Pilihan seperti ayam kurma, kari kambing, telur sotong, udang goreng dan favourite ramai ayam goreng yesza. Sayur pulak bendi goreng, kobis goreng yang simple-simple aje tapi satu menu sayur yang pasti semua orang akan suka adalah peria goreng ranggup dan macam keropok di buatnya lah crispy. 

Itulah serba sedikit menu-menu kegemaran rakyat marhaen Malaysia dan juga kegemaran kak lily, pendek kata kalau seminggu sekali tak pekena menu-menu nieh boleh tak tidur malam di buatnya. 

Tapi ni musim-musim restricted movement order (RMO) ni tak payahlah kita nak keluar rumah untuk dapatkan makanan-makanan enak. Hanya order sahaja di mana-mana food delivery Malaysia app then sampailah kesemua menu-menu ni di rumah korang. 

So apa tunggu lagi, meh cepat grab tepon korang dan mula order ek! 






Thursday, March 19, 2020

Jom Buat Pesanan Makanan Dari D'Salai Anjung Felda dan D'Saji Delivery

Hi Korang, 

Yer lapo je korang akan singgah blog akak kan kan kan hehhhe 

Of course ler akak kan suker tulis pasal citer makan-makan ni. 

So di musim penyakit COVID-19 yang sedang menular hebat di seluruh dunia ni kita hendaklah berjaga-jaga kesihatan kita dan orang-orang sekeliling kita. Ikut peraturan yang telah kerajaan tetapkan dan salah satunya sekatan pengawalan keluar dari rumah. 

Seriously arahan ni memang kita kena patuhi. 

Dah tu nak makan cam ne, eh dont worry macam-macam perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah korang ek. Dan salah satunya kak lily syorkan korang pesanan makanan dari D'Salai Anjung Felda dan D'Saji Delivery

Untuk pengetahuan semua, Felda D’Saji ada menawarkan hidangan Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari dan Makan Malam untuk semua pelanggan bermula dari 19hb Mac 2020 (hari ini), menerusi Kaunter ‘take-away' dan D'Saji Delivery.


MENU SARAPAN PAGI 

Harga diantara RM5 sehingga RM8 sahaja untuk satu set hidangan. 




Semuanya hidangan citarasa masyarakat Malaysia yang korang kena cuba. Sedapnya nasi lemak pekena pepagi kan, eh ada plak lempeng ya ampun sedapnya. 



MENU MAKAN TENGAHARI DAN MALAM 

Teringin nak makan itik salai, sup kambing, ayam bumbu dan daging salai? Boleh order atau walk-in dengan cara beli, bayar dan bungkus bawa balik. 




Jadi kita takdelah stress sangat kalau setiap hari kena masak, sebab dah ada pilihan makanan seperti yang ditawarkan oleh Felda D'Saji

JOM ORDER MAKANAN DARI FELDA D'SAJI 

Felda D'Saji menawarkan 2 Platform Tempahan D'Saji Delivery seperti berikut:

a) Food Panda Apps

- Jarak Tempahan 5-10KM dari pick-up point (D'Salai Anjung Felda, Jalan Semarak KL)

- Download Aplikasi Food Panda

- Delivery Fees berdasar Terma dan Syarat Delivery Partner

- Waktu Tempahan
Sarapan:
7.00 AM - 10.00 AM

Makan Tengahari:
11.00 AM - 3.00 PM

makan Malam:
3.00 PM - 7.00 PM*

Perubahan Waktu Tempahan berdasar kepada Arahan Pergerakan Terhad oleh Kerajaan Malaysia sehingga 31 Mac 2020 




b) Bungkusit Apps

- Jarak Tempahan 15-20KM dari pick-up point (D'Salai Anjung Felda, Jalan Semarak KL)

- Download Aplikasi Bungkusit

- Delivery Fees berdasar Terma & Syarat Delivery Partner

- Waktu Tempahan
Sarapan:
7.00 AM - 10.00 AM

Makan Tengahari:
11.00 AM - 3.00 PM

Makan Malam:
3.00 PM - 7.00 PM* 

**Cas Penghantaran dikenakan sekali sahaja bagi setiap Penghantaran. 

Sebagai rujukan D’Salai Anjung Felda adalah beroperasi setiap hari dan jadualnya seperti seperti berikut: 

Kaunter ‘Take-Away’ Sarapan Pagi & D'Saji Delivery:
7.00 Pagi - 10.00 Pagi

Kaunter ‘Take-Away’ Makan Tengah Hari & D'Saji Delivery:
11.00 Pagi - 3.00 Petang

Kaunter ‘Take-Away’ Makan Malam & D'Saji Delivery:
6.00 petang - 10.00 malam

Perubahan Waktu Tempahan berdasar kepada Arahan Pergerakan Terhad oleh Kerajaan Malaysia sehingga 31 Mac 2020

Dah tuh tak yah nak pening-pening lagi kann. Jom apa lagi, jom order makanan dan rasai sendiri kesedapan masakan dari chef terhebat Felda D'Saji! 

Whatsapp D’Saji Delivery HOTLINE: 019-662 2525 

Maklumat Tempahan 

Nama : 
No tel : 
Tarikh : 
Masa : 
Menu : 






#feldadsaji
#dsaji
#dsajidelivery
#kauntertakeaway
#fooddelivery
#bungkusit
#foodpanda