Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Monday, October 31, 2016

Butik Sincerely By Us Kini Berwajah Baru Dengan Rekaan Esklusif Yang Tersendiri

Hi Korang,


Siapa yang tidak kenal dengan jenama Sincerely By US ni kan? Of course majoriti hijabista dan fashionista kenal dengan jenama ni, even aku yang bukan kaki fashion ni pun tau akan kewujudan jenama ni. 


Bagi tak tahu meh aku citer sket sejarah butik Sincerely by Us ni ek

Jenama Sincerely By Us (SBU) sudah lama berada di pasaran sejak diasaskan oleh Inora Putri pada tahun 2011 tetapi pada tahun 2013, beliau telah mengorak langkah dengan membuka kedai berkonsepkan vendor di Shah Alam. Antara keistimewaan SBU adalah ianya mempunyai sebuah ruangan mini café di mana para pelanggan boleh memesan pelbagai jenis kek dan manisan yang boleh dinikmati sambil membeli belah. 

Dan kini mereka sudah pun mengeluarkan produk jenama mereka sendiri seperti tudung, shawl, baju kurung, blouse, pants dan jubah. 

kenape serious? sebab bawak duit sket untuk shopping huahauhau

Aku dapat jemputan ke majlis pembukaan butik terbaru mereka di Shah Alam sabtu lepas, actually tempat yang sama tapi diorang dah renovate dan cantik sesangat, minimalis je aku rasa.


Sini aku tunjukkan meh.. 










aku berkenan yang ni, cantik kan

As usual kitaorang di beri kesempatan untuk masuk dulu sebelum para pelanggan yang lelain, so di kesempatan ini sempatlah aku mencuci mata tengok koleksi terbaru mereka. 

Tepat jam 11 pagi, butik Sincerely by Us dibuka kepada orang ramai. 



Hah bertapa ramainya peminat SBU ni kan, berpusu-pusu semuanya masuk nak dapatkan koleksi terbaru mereka ek.





Aku rasa lebih daripada 100 orang kot yang datang masa majlis pembukaan ni.

Kitorang sempat jugak menemuramah dengan tuan punya jenama Sincerely by Us ni iaitu Puan Nora


Pada mulanya beliau suka menjual produk orang lain secara online dan lama kelamaan minatnya semakin mendalam ke bidang perniagaan ni, mengharungi susah senang sewaktu memulakan jualan sehinggakan nekad untuk membuka vendor butik secara fizikal dan kini mempunyai jenama produk yang tersendiri. Ini semua atas dorongan dan sokongan yang kuat daripada keluarga terutama suami dan ibunya.

sempat bergambar dengan Puan Nora tau

Dan kini butik Sincerely by Us kini mempunyai outlet di Section 16 Shah Alam, Bangi dan juga Johor Bahru. 

So korang peminat setia Sincerely by Us atau sedang sibuk duk usha nak cari tudung ke shawl ke baju ke boleh ke:


Butik Sincerely By Us
CAWANGAN SHAH ALAM
B-19-G, Jalan Serai Wangi K 16/K, 
Alam Avenue 2, 40200,
Shah Alam, Selangor
Tel: 03 5524 1806

Kalau nak tengok koleksi terbaru tapi tak sempat nak ke butik, korang boleh check it out di website mereka ek.


FOLLOW US!

Instagram : @sincerelybyusofficial


Twitter: @shawlsbysbu






Friday, September 2, 2016

Istimewa Dari SEMPURNA KL Untuk Korang Wanita Tercinta

Hi Korang,

Bila cerita bahagian dalam-dalam mesti korang macam shy-shy kan?

Yelah cerita dalam kain memang of courselah malu tapi bukan yang dalam kain tuh lah tapi mengenai pakaian dalam kita orang perempuan ni terutama sekali baju tidur.


Seriously pakai baju kelawar je ke?

Come on lah, kalau aku memang tak lah walaupun ada, alah buat spare or emergency guest datang rumah tak de baju nak pakai kan hehehhehe

Oh rupanya tak tau nak beli baju tidur kat mane ek?

Meh sini, sini lah aku kongsikan satu website ni untuk korang yang teringin nak beli baju tidur cantik, seksi tapi selesa ek.

Memperkenalkan 

SEMPURNA KL

Di website ni terdapat pelbagai jenis barang tidur termasuk sekali pakaian dalam yang boleh membuatkan korang rambang mata. Aku masa memula check it out website ni terus jadi terpesona. Sebelum ni aku tak tau kat mana nak beli pakaian seperti ini kan.

Banyak corak, design even warna yang bakal menambah hati korang





Dari segi harga, bagi aku berpatutan kerana ianya menggunakan material yang berkualiti lagi selesa 

Kalau korang rasa cam tak selesa nak beli secara online ni, don't worry boleh je call team Sempurna KL untuk datang ke show room untuk buat fitting. Kalau tak sempat datang pun tak per boleh je jumpa di mana-mana mengikut masa kesesuaian korang tau






Selain daripada pakaian dalam dan lingerie, Sempurna KL juga turut menjual Body Shaper, Bra set, Pajamas, Scarf, Sexy Robes, Maternity & Nursing, Camisole.




Bukan itu sahaja, ada jugak pakaian wanita seperti blouse, tudung, pashmina ye. Bolehlah korang cuci-cuci mata sekali ek. 

Ni aku kongsikan jugak beberapa testimoni mereka-mereka yang telah pun membeli belah di Sempurna KL ni ek






Ermm majoritinya positif kan


Ok untuk info lanjut, nak check it out di 

Official Website : http://sempurnakl.com/




Yang ni aku punye




Aku dah pakai pun baju tidur ni memang sangat selesanya rasanye tau..

Apmacam simple je?
Itulah tapi Mr Big cakap seksa dibuatnya hahhahahahaha




Thursday, March 3, 2016

OOTD Cik Lily Putih Dengan The Kite KL

Hi Korang,

Dah kenapa aku ni nak terjebak plak dengan perangai dak-dak masa kini kan!

OOTD ataupun nama panjangnya outfit of the day memang diantara hastag yang meletup di Instagram. Cuba korang pi tengok sendiri berapa banyak gambar di post guna hastag ni. 

comey dak?

Dan akhirnya aku tersangkut jugak guna hashtag #OOTD ni.

Sebab apa?

Biasalah bila kita dah kerja dengan jenama-jenama fashion yang baru nak naik, promotion adalah amat penting bagi orang kat luar sana dapat kenal jenama-jenama fesyen ni. Bila The Kite KL mintak tolong aku promote baju-baju diorang ni, so kenalah buat gamaknya


baru nak belajar cam ni la

cam kaku pun ada gak kan

Nasib baik ada sifoo OOTD blogger SabbyPrue ajak cam ne nak posing kan hahahhahaha

Kalau tak hancusssss mak noks

Oh ye The Kite KL ni menawarkan pilihan baju-baju daripada size biasa hingga ke plus size. Itulah sebabnya aku setuju nak kerjasama dengan diorang ni, ada saiz baju mak. Kalau tak memang tak delah kan.

oklah kan, plus size baju memang mahal sket. Sebab guna kain banyak

Korang boleh check it out di instagram @TheKiteKL 

Kat situ memacam jenis design baru semua ada, yang beso yang kecik, yang warna terang, yang warna pastel semualah.

Jangan lupa check it out The Kite KL ye..

p/s : nampak kaku tu biasalah ek, baru-baru kan.. seram pun ada gak


Friday, February 19, 2016

Trend Tudung Terbaru Wanita

Hi Korang,

Kalau nak citer pasal tudung boleh tak?

Ishk haruslah boleh kan.

Korang kan suka bab-bab fesyen ni especially tudung. Ni aku nak sharekan trend tudung terbaru ni tau.


Tudung adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan. Namun begitu, bagi Muslimah di Malaysia pemakaian tudung terkini tidak membataskan ruang untuk mereka kelihatan bergaya bergaya. Sekarang ini terdapat banyak seleksi tudung murah dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan.

Oleh kerana golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga telah muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif.

Kalau kita lihat dengan lebih dekat trend tudung terkini untuk wanita semakin mendapat perhatian selepas wujudnya golongan pencinta fesyen pakaian Muslimah yang lebih dikenali sebagai hijabista. Malah dengan pengaruh yang datang daripada selebriti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza, Yuna dan Shila Amzah yang popular dengan imej berhijab ianya menaikkan populariti fesyen tudung di negara ini. 

Semakin banyak pilihan rekaan untuk koleksi tudung terbaru wanita sekarang ini. Malah variasi warna dan corak juga boleh didapati hampir di mana sahaja!

Ramai juga wanita yang mencari tutorial menggayakan tudung wanita online di internet dan melalui video tutorial hijab di Youtube. Jika korang sedang mencari idea untuk menggayakan tudung bagi daily basis ke tempat kerja, majlis istimewa mahupun makan malam bersama si dia, di bawah ini ada beberapa gaya padanan tudung bersama pakaian Muslimah. 

Semoga ianya dapat berikan korang sedikit inspirasi!

Baju Kurung Moden

Baju Jubah Moden

Baju Fesyen Muslimah Top

Comey kan

Itulah terminat plak aku ni.. ermm mana tau satu hari nanti nak bertudung kan so dah ade reference dah.