Showing posts with label Aloft Hotel. Show all posts
Showing posts with label Aloft Hotel. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Guardian People’s Choice Award & Teens Choice Award 2014 Ceremony

Hi Korang,

Last week buka puasa kat luar lagi.


Kali ini ke Aloft Hotel KL Sentral sekali lagi bagi majlis penyampaian anugerah Guardian People’s Choice Award dan Teens Choice 2014. Alah ada dulu aku sekali ke press conference di Sunway Piramid hehehehe


Anugerah itu, yang kini memasuki tahun ke-14, turut memberi peluang kepada para pelanggan Guardian daripada golongan remaja untuk mengundi jenama kegemaran mereka melalui Anugerah Pilihan Remaja yang julung kalinya diadakan.



Selain daripada memberi penghargaan kepada pemilik jenama dengan mewujudkan platform tahunan untuk mengukur populariti jenama mereka, Anugerah Pilihan Pengguna dan Anugerah Pilihan Remaja Guardian telah memberi peluang kepada para pelanggan untuk mengundi jenama kegemaran mereka dan memenangi pelbagai hadiah hebat pada yang sama!


Seramai 59 orang pelanggan Guardian telah membawa pulang hadiah berjumlah RM30,000. Mereka termasuk pemenang Hadiah Utama yang memenangi RM10,000 baucar Guardian dan spa percutian 3 hari 2 malam untuk dua orang (2) di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur; dua pemenang hadiah pertama menerima baucar Guardian bernilai RM5,000 setiap seorang; tiga pemenang hadiah kedua menerima baucar Guardian bernilai RM1,000 setiap seorang; tiga pemenang hadiah ketiga menerima baucar Guardian bernilai RM500 setiap seorang; dan 50 pemenang hadiah saguhati menerima baucar Guardian bernilai RM50 setiap seorang.

90 kategori telah dipertandingkan dan hampir 400 produk yang terdiri daripada rangkaian penjagaan rambut, penjagaan wajah, penjagaan diri, kosmetik, kecantikan, kebersihan diri, makanan tambahan & ubat-ubatan, produk ibu dan anak, konfeksi dan hiasan rumah telah mengambil bahagian.

Berikut adalah senarai jenama yang berjaya memenangi hati pengguna

CATEGORY
Winning Product Name People's Choice
Supplement

EVENING PRIMROSE OIL
KORDELS
VITAMIN C
BLACKMORES
HEALTHCARE

OATS
BIOGROW
MUSCLE RUB / BALM
TIGER BALM
MOTHER & CHILD

KID'S SUPPLEMENT
CHAMPS
CHILDREN MILK POWDER
ENFAGROW
HAIR

HAIR COLOR
LOREAL
BODY & BATH

FRAGRANCE FOR HIM
PLAYBOY
ORAL CARE & HYGIENE

MOUTH RINSE
LISTERINE
HAND & BODY

HAND & BODY (WHITENING LOTION)
NIVEA
FACE CARE

FACE SCRUB
NEUTROGENA
MEN'S CLEANSER
GARNIER
COSMETIC

EYE SHADOW
REVLON
TEEN CHOICE AWARD

ACNE CARE
OXY
SHAMPOO
SUNSILK



Itulah dia para pemenangnya

dengan Wida Ribbon yang comel nau ni

Untuk lebih details mengenai Guardian People’s Choice Award and Teens Choice Award 2014, meh layari Guardian Malaysia

Facebook:

Thursday, July 10, 2014

Buka Puasa Bersama Volkswagen Malaysia

Hi Korang,

Minggu ni banyak betul buka puasa kat luar.

Inilah orang media, sana sini ada je jemputan makan dengan client. Nak tak nak, aku bawaklah Mr Big kan sebagai peneman. Kurang-kurang ada teman nak drive balik memalam kan.


Ktorang dapat jemputan ke buka puasa media anjuran Volkswagen Malaysia. Alah dekat ALOFT Hotel di KL Sentral ni je. Disebabkan ktorang sampai lambat so dapat seat belakang-belakang jawabnya.

Nak ambil gambar makanan buffet pun tak sempat coz media briefing dah start kan.



Ok dengar jelah bos besar Volkswagen citer ek. Banyak gak info yang aku dapat tau ni. 

Its time to buka puasa.

Laksa Sarawak - awesome, sedap

Satay, sotong bakar, lemang - simple je kan

Ini je yang sempat aku snap gambar coz sibuk makan kan. Alah aku kan dah biasa pi makan kat sini so not badlah makanannya.


Anyway terima kasih kat Volkswagen atas jemputan buka puasa media ni. Hopefully nanti kalau ada event ke launching ke, roadtrip ke sila lah jemput aku ek

Hehehhehe…

Tuesday, May 6, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di ALOFT Hotel Kuala Lumpur Sentral



Hi Korang,


Yeah.. review buffet Ramadhan 2014 lagi.


Lagipun penghujung bulan depan dah mula puasa tuh, so time ni kena siap-siap semua.



















Ini kira 2nd year aku dapat buat food review di Nook Café Aloft Hotel ni. ‘Chef’s A-List Malaysia Feast’ ini diilhamkan oleh Chef Steven Seow bersama teamnya untuk menghasilkan Chef’s Star Dishes seperti Stuffed Whole Lamb Kuzi bersama Nasi Briyani, Dhall Sayuran, Nasi Lemak, Sate, Rendang Ayam, Roasted Whole Chicken dengan Green Peppercorn sauce dan pelbagai hidangan lagi.














Eh tak nak tu je, buffetline yang lelain pun ada macam pembuka selera, salad, kerabu, roti, sup, dessert dan adalah yang lelain tuh.





















Untuk buffet ‘A-list Malaysian Feast’ ni, ianya bermula dari hari pertama bulan Ramadhan 2014.


Harga buffet ramadhan di Nook Cafe ni adalah

RM100nett untuk dewasa

Eh korang boleh gak beli ‘early bird’ voucher bagi buffet ramadhan 2014, untuk ini cuma RM80nett untuk dewasa dari sekarang hingga 27hb Jun 2014. Kira macam company-company yang nak belanja staff buka puasa ni, bolehlah consider tawaran ni. Berbaloi sangat lah!

seafood platter

baked oyster with cheese

bubur lambuk favourite Mr Big

laksa sarawak sedappp..

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2723 1154

Jom kita ke


Nook Cafe
Aloft Kuala Lumpur Sentral
Kuala Lumpur Sentral

Tel : 1800 80 6575



Makan kat sini best sket coz dapat tengok view depan KL Sentral, orang lalu lalang berpusu-pusu ke sana kemari kan. Memacam gelagat orang yang aku duk peratikan. Lagi plak sebelah hotel ni ada shopping complex baru Nu Sentral. Sementara nak tunggu time buka puasa tu, dapatlah korang shopping raya kat sini plak kan.

So blogger Suria Amanda, bolehlah bos awak beli voucher bebanyak banjer staff makan bulan pose nanti ek. Kan dekat je dengan opis kan.

Anyway,

Selamat Menjamu Selera Korang!