Sunday, May 7, 2023

Hari Asma Sedunia Mengajak Komuniti Untuk Meningkatkan Kesedaran Mengenai Pengurusan Asma

Hi Korang,

Di Malaysia, asma merupakan salah satu penyakit pernafasan dan ianya meningkat secara konsisten setiap tahun. Beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun.


Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dam kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZeneca, sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’ bertempat di 1 Mont Kiara, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia.


Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif dan ianya telah dirasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, Penyanyi Tempatan, Juruhebah Radio, Pelakon dan Penyampai Televisyen Malaysia, dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca.

Bertemakan "Kawal Asma Anda," kempen ini menyasarkan dalam mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang, dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.


Bercakap mengenai kempen Breathe Better, Dr. Helmy berkata, “Amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam bagaimana untuk menguruskan asma. Mendapatkan diagnosis awal adalah penting bagi mengelak serangan yang boleh melumpuhkan dan meletihkan. Langkah awal dan kawalan yang betul dengan ubat yang sesuai bukan sahaja dapat menghalang penyakit yang teruk, tetapi ianya mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang.”

“Kempen ini juga bertindak sebagai peluang bagi warga profesional dan individu yang mengidap asma untuk turut sama berkongsi pengalaman dan pandangan dengan tujuan untuk menambahbaik penjagaan dan pengurusan asma di Malaysia,” tambah Dr. Helmy.

Statistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1,700 kes dilaporkan pada 2014. Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain, tetapi menurut pakar kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.2

Dengan penilaian klinikal yang bersesuaian, asma boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan teruk dan berdasarkan kepada keparahan/ketenatan, pesakit memerlukan jenis dan dos ubat berbeza bagi mengawal keadaan mereka.




“Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Ianya sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu. Amat penting bahawa mendidik orang awam pengetahuan mengenai asma merupakan satu usaha berterusan tanpa henti.

Menurut Dr. Helmy, kesedaran orang awam terhadap perbezaan ketiga-tiga kategori masih rendah. Perlu diingatkan bahawa setiap peringkat memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dalam pengurusan asma. Pesakit asma yang teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih mudah terdedah kepada serangan asma yang berulang walaupun mereka mahir dalam menggunakan penyedut dengan betul. Ini disebabkan beberapa faktor penyumbang kepada serangan yang teruk, seperti tahap kiraan darah putih yang sangat tinggi. Pesakit ini bukan sahaja mengalami gangguan tidur setiap hari tetapi aktiviti harian mereka juga boleh menjadi terbatas. Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka boleh menjadi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan yang memberikan kelegaan segera seperti penyedut dan steroid oral setiap hari untuk jangka panjang namun ianya tidak digalakkan.



Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 di 1 Mont Kiara merangkumi permainan berasaskan pendidikan dan pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahami dan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan ini. Turut diadakan sesi perkongsian asma oleh artis tempatan Dina, di samping reruai permainan yang interaktif dan pertandingan mewarna bagi peserta yang lebih muda. Majlis ini telah dihadiri hampir 1,200 pengunjung dalam tempoh dua hari.

Walaupun asma merupakan sejenis penyakit kronik, penganjur kempen berharap majlis ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam serta penjaga mereka yang menguruskan kondisi berkaitan. Dengan pengetahuan yang betul, asma masih boleh dikawal dan diurus agar dapat menjalani kehidupan yang sihat.

Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 masih berlangsung dan orang ramai dijemput hadir. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://qr.epmarketing.digital/wad2023


Thursday, May 4, 2023

Resipi Mudah Lagi Berkhasiat Dengan Natural Delights Medjool Dates

Hi korang,

Apa pun kak lily suker nasi, mee, kapok, jajan even snekk lah.

Selalunya kuranglah khasiatnye tapi kalau boleh kak lily nak juga makan snek yang berkhasiat kan. So bile kengkawan kak lily perkenalkan Medjool Dates ni terus kak lily jadi suka plak hah


Kalau korang nak tau yang kurma dari Natural Delights iaitu Medjool Dates USA sedap kerana isinya yang besar namun bijinya kecil. Jadi isinya lebih padat dan banyak. Kalau nak tahu kurma Medjool ni memerlukan keadaan tumbesaran yang sangat spesifik di mana suhu yang tinggi, kelembapan yang rendah dan air yang banyak dan di tanam berdekatan Sungai Colorado, Bard Valley di Amerika.


Kurma Medjool USA ni padat dengan nutrisi pada 16 vitamin dan mineral yang penting, tinggi kalori dan mengandungi 50% lebih tinggi potassium dari pisang dan pelbagai manfaat lain. Rasa kurma ni manis, padat dan memang sangat sesuai untuk dijadikan snek atau smoothie yang baik untuk kesihatan jantung dan kidney.

Sebab nak tambahkan lagi sedap Medjool Dates ni maka kak lily pun ikut resipi dari Dietitian Georgen Thye.


Inilah resipi Dates Chia Seeds Oatmeal Cookies

Bahan-bahan:

10 Natural Delights Medjool Dates, di carik-carik kasar

1 cup instant oats

1 cup all purpose flour

1/2 tsp baking soda

1/2 tsp salt

1/2 tsp ground cinnamon

120g unsalted butter, softened

1/4 cawan gula perang

1 tsp vanilla extract

1 telur

1/8 cup chia seeds


Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius dan alaskan dulang pembakar dengan kertas parchment.

2. Dalam mangkuk sederhana, pukul bersama oat, tepung, soda penaik, garam, dan kayu manis.

3. mangkuk besar yang berasingan, pukul mentega lembut dan gula perang bersama-sama sehingga ringan dan gebu.

4. Masukkan telur dan ekstrak vanila ke dalam adunan mentega-gula dan pukul sehingga sebati.

5. Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah dan kacau sehingga sebati dan masukkan chia seed dan Medjool Dates yang di carik tadik

6. Bulatkan doh menjadi bebola kecil dan susun di atas dulang pembakar yang disediakan, jarakkan biskut kira-kira 2 inci.

7. Tekan mereka perlahan-lahan dengan garpu

8. Bakar selama 15 minit atau sehingga bahagian tepi berwarna perang keemasan.

9. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan biskut sejuk di atas loyang selama 5 minit, kemudian pindahkannya ke rak dawai untuk menyejukkan sepenuhnya.


Nutrisi/ Kuantiti setiap hidangan (3 cookies)
Kalori - 280 kcal
Protein - 5g
Karbohidrat - 35g
Lemak - 12g
Serat - 6g


Mudah sahaja kan resepi ni?

Memang terasa kurmanya di dalam cookies ini di tambah lagi dengan oatmeals kan

Fakta nutrisi dan manfaat kesihatan bagi kurma:

1. Kandungan kalori yang tinggi terutamanya karbohidrat (74 gram) memberi tenaga yang diperlukan.

Kaya dengan serat semula jadi, dengan hampir 8g serat dalam 100g kurma. Serat semula jadi ini membantu mengatur pergerakan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan kesihatan penghadaman keseluruhan.

2. Kandungan antioksida yang tinggi pada kurma dapat memberi manfaat untuk kesihatan jantung dan paru-paru, menjadikannya salah satu makanan yang paling ideal untuk jantung yang sihat.

3. Kurma dapat menurunkan kolesterol - termasuk kurma dalam diet kita dapat segera menurunkan kolesterol dan membantu menguruskan berat badan.

4. Kurma menyediakan pelbagai jenis antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada radikal bebas. 

Kurma kaya dengan antioksidan termasuk:

Karotenoid
Sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ia juga mengurangkan risiko gangguan berkaitan mata.

Flavonoid
Sebuah antioksidan yang kuat dengan pelbagai manfaat. Ia dikenali dengan sifat anti-radang. Kajian telah menunjukkan ia berguna untuk mengurangkan risiko diabetes, penyakit Alzheimer, dan beberapa jenis kanser.

Asid fenolik
Memiliki sifat anti-radang dan membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan masalah jantung.

5. Mengandungi 50% potassium berbanding buah pisang.

6. Vitamin penting - Setiap kurma mengandungi kolina, vitamin B yang sangat bermanfaat untuk proses pembelajaran dan ingatan. Ia juga merupakan sumber vitamin C dan D yang sangat baik yang membantu mengekalkan keanjalan kulit dan membuat kulit berseri.

7. Kurma kaya dengan kuprum, selenium dan magnesium yang merupakan nutrien penting untuk menjaga tulang kita sihat dan mencegah masalah tulang. Ia juga kaya dengan vitamin K yang membantu mengawal pembekuan darah dan membantu metabolisma tulang.


Secara keseluruhannya, kurma adalah makanan yang bergizi dan enak yang dapat memberikan pelbagai faedah kesihatan. Dengan memasukkannya ke dalam diet harian, kita dapat mendapat manfaat daripada kandungan serat tinggi, antioksidan, dan vitamin dan mineral penting.

Selain itu, ini adalah snek yang cepat dan mudah yang boleh dinikmati sebagai hidangan sihat atau sewaktu pre-workout. Jangan lupa cuba Resepi Dates Chia Seeds Oatmeal Cookies dan nikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh kurma Medjool!







Sunday, April 23, 2023

KERIANGAN MERIAH RAYA BERTERUSAN DI PAVILION BUKIT JALIL

Hi Korang,

Dalam menyambut keindahan bulan Ramadan dan keriangan Hari Raya yang bakal tiba, Pavilion Bukit Jalil mengukuhkan identitinya sebagai ikon kesinambungan dengan penganjuran sambutan Meriah Raya, acara dan sesi buka puasa bersama kepelbagaian komuniti yang terdiri dari pengunjung pusat beli belah, komuniti B40, agensi kerajaan, pelajar dan keluarga yang menetap sekitar kejiranan Bukit Jalil.


Sejak dilancarkan pada 25 Mac 2023, sambutan Meriah Raya yang telah diadakan selama sebulan memperlihatkan komitmen berterusan pusat beli belah ini dalam merapatkan hubungan bersama penduduk setempat.

Pavilion Bukit Jalil menyambut Hari Origami Malaysia pada 15 April 2023 yang dilancarkan oleh En Tsukamoto Norihisa, Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur, En Kenneth Ch’ng, Pengasas Origami Academy Malaysia dan Puan Kung Suan Ai, Pengarah Pemasaran, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.


Secara eksklusif dan pertama kali di Malaysia, para pengunjung boleh menyaksikan pameran Origami Modular dan deretan pameran Hari Origami Malaysia yang bertempat di Tokyo Town, aras 2, Pavilion Bukit Jalil. Turut menampilkan Arca Gerakan Origami Malaysia setinggi 12 kaki, arca ini membawa hasrat jitu para pencipta origami di Malaysia. Arca seni modular makro ini merupakan arca terbesar dan pertama di Malaysia, dibina dengan penyatuan grid bercorak berlian yang merupakan elemen seni bina bangunan yang sering digunapakai termasuk di Pavilion Bukit Jalil.


Mempamerkan kekuatan hubungan dua hala dan sanjungan pertukaran budaya diantara Jepun dan Malaysia, pertunjukan Hari Origami Malaysia ini menjemput para pengunjung menyaksikan seni lipatan origami menampilkan tokoh sejarawan Malaysia, ikon budaya, makanan, aktifak, flora dan fauna. Sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, para pengunjung boleh menebus bengkel origami Raya eksklusif pada 21, 22, 23, 24, 29 dan 30 April 2023 yang menampilkan bengkel penghasilan origami Wau Bulan, Wau Merak, ketupat dan sarung ketupat telefon bimbit istimewa.


Pada 16 April 2023 lalu, pusat beli belah ini juga telah menyantuni komuniti B40 dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil Fasa 1 dan 2 dengan menyumbangkan 500 beg barangan keperluan Meriah Raya. Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan initiatif kerajaan dalam membantu golongan rakyat atau keluarga berpendapatan rendah (komuniti B40) yang dipacu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Sebagai tambahan, Pavilion Bukit Jalil turut menyumbangkan 150 beg barangan Meriah Raya kepada para petugas barisan hadapan termasuk penunggang penghantaran makanan seperti Airasia Drivers dan Riders, GrabFood, ShopeeFood serta FoodPanda demi menghargai jasa baik dan keringat mereka sepanjang bulan Ramadan ini.

Pavilion Bukit Jalil bersama YB Tuan Ng Sze Han dari Kerajaan Tempatan Selangor telah menjemput 100 wakil masyarakat dari Kinrara untuk sesi berbuka puasa di Sushi Koi, Pavilion Bukit Jalil pada 17 April 2023 lalu.



Sambutan Meriah Raya diteruskan dengan kehadiran lebih 100 wakil dari Majlis Sukan Negara, Pejabat Parlimen Seputeh dan Bukit Jalil serta komuniti sekitar Bukit Jalil untuk masjlis buka puasa Meriah Raya yang pertama kali diadakan di Centre Court, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil.

Para tetamu diraikan dengan persembahan muzikal oleh Ferris Music dan Malaysian Buskers sambil dijamu selera juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Grandmama’s.