Sunday, April 2, 2023

PIZZA SPICY KRUNCH - ADA KRUNCH, LAGI MERIAH!

Hi Korang,

Pizza Hut telah menawarkan piza serba baharu, Spicy Krunch menerusi Kerjasama dengan salah satu snek paling ikonik di Malaysia, Mamee Monster. 


Tidak seperti hidangan piza lain, Spicy Krunch mencetuskan citarasa yang luar biasa dan nostalgia manis untuk satu-satunya pengalaman buat para penggemar pizza.

Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia berkata, “Kerjasama antara dua jenama hebat iaitu Mamee Monster dan Pizza Hut mungkin kelihatan seperti sesuatu yang tidak dijangka, tetapi kami merasakan pizza gabungan luar biasa ini akan menjadi juadah tumpuan ramai tanpa mengira usia khususnya sewaktu berbuka puasa dan ketika sambutan Hari Raya.”

“Makanan adalah lebih daripada sekadar khasiat, ia adalah satu pengalaman dan piza bertujuan untuk dinikmati bersama-sama. Inilah sebabnya di Pizza Hut, kami secara konsisten berusaha untuk menginovasi piza kami untuk membuat setiap hidangan untuk pelanggan kami yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Piza Spicy Krunch menampilkan kerak piza yang berintikan keju, dengan bebola ayam rangup sos pedas istimewa, dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang istimewa.


Sama seperti Hari Raya yang kunjung tiba hanya “setahun sekali”, peluang untuk menikmati piza ini juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup. Jangan terlepas tawaran Ramadan dan pesan sebelum jam 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 untuk menikmati diskaun RM7.


Untuk keluarga yang lebih besar, sepanjang 1 meter itu melayani untuk 10 orang, menjadikannya pilihan yang sempurna pada musim perayaan ini. Bukan itu sahaja! Dari 27 Mac hingga April 13, hantar potret keluarga terpanjang anda dan berpeluang memenangi Kotak Pesta Raya Looooooooong kenduri oleh Pizza Hut. Keluarga terbesar menang!


Pesan sekarang melalui Aplikasi Pizza Hut atau pergi ke restoran Pizza Hut berdekatan untuk makan di restoran atau bawa pulang. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my


F&N Lancar Rangkaian Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange, Sajian Jus Segar Serba Baharu

Hi Korang,

F&N Creameries Sdn Bhd, yang terkenal dengan jenama-jenama konfeksi ais termasuk Magnolia dan King’s, akan memperluaskan divisyen aiskrimnya menerusi jalinan kerjasama dengan Sunkist Growers menerusi pengenalan rangkaian Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange. Rangkaian baharu ini membawa pembaharuan dan meningkatkan tanda aras konfeksi ais komersial dengan menggunakan jus oren dan bukan bahan perisa oren.


Bersandarkan gabungan warisan dan keyakinan jenama F&N dalam memberikan kegembiraan dan kenikmatan sebenar selama 140 tahun berserta pengalaman selama 130 tahun Sunkist Growers dalam menjana hasil luar biasa di ladang-ladang sitrus milik keluarga di California dan Arizona, Konfeksi Sunkist Tropical Orange secara inovatif menggabungkan rasa umph dan manfaat kesihatan buah sitrus untuk kategori konfeksi ais serba baharu yang Citrusly Syok!



Boleh didapati dalam bentuk tab boleh dikongsi dan tiub sajian tunggal, rangkaian baharu itu merupakan konfeksi ais komersial pertama di Malaysia yang kaya dengan Vitamin C bersama jus oren bagi rasa yang menyegarkan, berjus dan penuh nikmat.

Format tiub Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange adalah umpama sorbet dengan tiada kandungan susu, menjadikannya sesuai untuk golongan vegan dan mereka yang tidak toleran laktosa. Sementara tab Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange menggabungkan bahagian bawah dengan vanila berkrim bersama riak oren sos serta tekstur yang seperti aiskrim artisan atau mewah.

“Semasa dilaksanakan arahan untuk kekal di rumah, kami melihat terdapat peningkatan dalam jualan produk-produk aiskrim memandangkan ia merupakan satu pilihan sajian yang menenangkan. Trend ini diteruskan di Malaysia dan rantau ini. Menerusi kerjasama dengan Sunkist Growers, kami membangunkan rangkaian Sunkist Tropical Orange yang kaya dengan Vitamin C dengan menggunakan jus oren sebagai kategori baharu aiskrim yang turut menyediakan manfaat kesihatan. Pengenalan rangkaian ini berikutan permintaan dan potensi pasaran yang kami lihat. Sehubungan itu, kami menjemput orang ramai untuk menikmati sajian enak ini,” kata Encik Siew Peng Yim, Ketua Pegawai Eksekutif F&N Creameries Sdn Bhd.

Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange dalam tiub adalah pilihan sempurna bagi menyejukkan diri dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia. Hanya ambil satu untuk menyejukkan dan menyegarkan diri serta mendapatkan tambahan Vitamin C daripada jus oren yang terkandung dalam setiap hirupan. Tiub yang direka khusus ini mudah dipegang sebelah tangan dengan kurang risiko untuk tumpah atau menitik, membenarkan anda terus membuat kerja atau tugasan, beriadah mahupun menikmati waktu rehat dengan tenang.

Bagi sajian istimewa di rumah, Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange dalam tab menggabungkan keseimbangan sempurna kemanisan dan kelazatan berkrim serta rasa hebat. Kongsikan rasa Citrusly Syok bersama insan tersayang dan rakan-rakan selepas waktu sekolah atau sebagai penceria selepas waktu kerja mahupun sebagai snek sejuk yang lebih sihat.

Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange kini boleh didapati di seluruh negara dan secara online. 



Dapatkan tiub sajian tunggal 75ml pada harga RM2.50 setiap tiub (RM2.70 di Malaysia Timur), tiub pelbagai pek yang terdiri daripada 4 tiub pada RM9.80 satu pek (RM10.50 di Malaysia Timur) dan tab 1.5 liter berharga RM15.00 sebekas (RM16.50 di Malaysia Timur). 

Rangkaian menyegarkan serba baharu ini juga boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi F&N di https://my.fnlife.com/chilled-frozen/ice-cream/sunkist.html.


Bagi meningkatkan pengalaman Citrusly Syok, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan Gold of Sunkist yang menawarkan hadiah berupa jongkong emas dan syiling emas berjumlah RM30,000! 

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mendapatkan produk-produk Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange berharga RM10 ke atas dalam satu resit pembelian dan menghantar foto resit menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 017-6487654. Peraduan ini dibuka dari 1 Mac sehingga 30 April 2023.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, peraduan, aktiviti, promosi dan barangan percuma Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange, ikuti laman-laman sosial https://www.instagram.com/sunkist_icecream_my/ atau https://www.facebook.com/Sunkist-Ice-Cream-MY.

Saturday, April 1, 2023

Beli dan Beramal bersama kempen Raya Go Shop

Hi Korang,

Go Shop, platform beli-belah dan e-dagang barangan rumah Malaysia telah melancarkan kempen Raya mereka, ‘Biar Biasa Janji Bersama’ bagi menyambut Hari Raya yang akan datang. Kempen yang berlangsung sehingga 22 April 2023 itu akan menampilkan pelbagai rangkaian jenama eksklusif, tawaran istimewa dan inisiatif aktiviti amal.


Sebagai sebahagian daripada inisiatif amal Go Shop, RM1 akan didermakan kepada rumah amal yang dipilih untuk setiap produk yang dibeli sebagai sebahagian daripada kempen ini. Inisiatif ini hanya terpakai untuk produk terpilih yang dipamerkan di program TV Go Shop. Para pelanggan boleh memilih produk daripada pelbagai jenama eksklusif sepanjang kempen termasuk Habib, SIMPLYSITI, FGWalet, Corelle, Nona dan Munif Hijjaz.

Selain itu, para pelanggan boleh menikmati diskaun istimewa apabila menggunakan kod EID12 untuk potongan RM12 dengan perbelanjaan minimum RM150, EID30 untuk potongan RM30 dengan perbelanjaan minimum RM280 dan EID60 untuk potongan RM60 dengan perbelanjaan minimum RM500. Penghantaran percuma juga disediakan di Semenanjung Malaysia pada hari bekerja sepanjang tempoh kempen dan di seluruh negara pada hujung minggu sehingga 16 April 2023.

Untuk pengalaman membeli-belah yang unik dan hebat kepada para pelanggan, Go Shop akan menyiarkan program istimewa secara LIVE sepanjang bulan Ramadan dan Raya, setiap hari pada jam 8 pagi, 9 pagi, 10 pagi dan 11 pagi di saluran Astro 111 dan 118. Go Shop juga berbesar hati untuk memperkenalkan Program GoRewards Loyalty mereka untuk para pelanggan mendapatkan points dengan setiap pembelian yang dibuat. Program ini mempunyai tiga peringkat* :

· GoGold: Para pelanggan yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas layak mendapat 50 Go Points

· GoSilver: Para pelanggan yang berbelanja antara RM900 hingga RM1,499 layak mendapat 30 Go Points

· GoBronze: Para pelanggan yang berbelanja antara RM500 hingga RM899 layak mendapat 10 Go Points

Layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk mengetahui lebih banyak tawaran menarik. Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro saluran 111 dan saluran 118.