Tuesday, March 28, 2023

Buffet Ramadhan 2023 | Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam

Hi Korang,

Raikan kedatangan bulan mulia dengan menikmati Buffet Ramadhan 2023- ‘SELERA NUSANTARA’ yang ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA pada kali ini.


Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.


Semalam telah berlangsung majlis berbuka puasa bersama 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah, Bukit Raja Klang.


Majlis ini diadakan untuk menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Dalam masa yang sama juga ia merupakan inisiatif pihak Nusantara Catering & Event untuk memberikan sinar kegembiraan buat anak-anak ini di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.

Pelbagai Menu Enak Menanti

Para tetamu yang menikmati Buffet Ramadhan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak.

Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian.



Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.







Lauk pauk tradisonal Melayu seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.





Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.

Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.

Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 28 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.




Tetapi untuk 2 hari pertama pembukaan, iaitu 25hb dan 26hb Mac,2023 tawaran harga yang lebih menjimatkan iaitu hanya RM75.00 sahaja diberikan kepada semua pelanggan yang membuat tempahan.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kids zone’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini.

Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com



Saturday, March 25, 2023

Produk Kesihatan GKB Amat Sesuai Bagi Mengatasi Masalah Perut dan Usus

Hi Korang,

Di zaman yang serba moden dan pantas ini, gaya hidup berubah sama sekali.

Daripada kita hanya bekerja siang hari dan berehat di waktu malam dan kini kita senantiasa sibuk siang malam tanpa memikirkan keadaan kesihatan kita ini.

Bagi memastikan kita cukup bersedia melalui kehidupan seperti ini memang sangat disarankan untuk mengambil produk kesihatan sebagai makanan tambahan kehidupan seharian.



Kak lily memang syorkan produk kesihatan daripada GKB (GK Bio International Sdn Bhd), itu pun atas saranan kawan-kawan kak lily yang telah pun mencubanya.

Kalau korang nak tau yang GKB mula diperkenalkan sejak tahun 2018, sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usahasama antara All Cosmos Bio-Tech Corporation dan juga Grape King Bio Taiwan.

Setiap produk kesihatan GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF, GMP, TQF, Halal dan sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA dan pebagai lagi. Ini membuktikan produk kesihatan GKB memang selamat dengan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap yang tertinggi.

GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya dan memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan pastinya sesuai untuk semua ahli keluarga bagi mengekalkan kesihatan.

5 SUPLIMEN PENTING UNTUK PENJAGAAN PERUT DAN USUS


Di sini kak lily ingin kongsikan 5 produk kesihan GKB yang memang saya ambil setiap hari dan nampak manfaatnya terutama untuk sistem penghadaman dan pencernaan kak lily


GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus | Untuk Memperbaiki Kulit


Untuk kecantikan kulit, korang boleh cuba GKB Lactobacillus Rihamnosus Plus.

Ini terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif. Produk ini dikatakan boleh membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita.

Tekstur didalam dalam bentuk serbuk yang boleh kita telan terus didalam mulut. Kak lily lebih suka makan begitu sahaja berbanding jika dicampur dengan air.

Selain itu, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.


GKB Probizymes | Untuk Mengurangkan Gastritis


Kalau perut kembung, kak lily sarankan korang untuk mengambil GKB Probizymes.

Sebab ianya dapat membantu refluks asid gastrik dengan berkesan. Diformulasi daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak.

Walaupun serbuk, rasanya sedap juga. Kak lily mengambil produk ini terutama bila dalam keadaan perut yang tidak selesa. Terutama dalam bulan ramadhan, kalau tengah malam rasa perut penuh angin sebab seharian tidak makan ambillah GKB Probizymes untuk rasa kelegaan.


GKB Probio+ | Untuk Memperbaiki Sistem Usus


Didatangkan dalam bentuk serbuk, mudah larut dan cair di mulut. Cara pengambilan juga sangat mudah hanya nikmati terus ke dalam mulut. Boleh juga dibancuh dengan air mengikut kesesuaian masing-masing.

GKB Probio + sangat bagus untuk mereka yang sentiasa mengalami masalah usus. Mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang aktif dan 4 jenis prebiotik. Sangat bagus untuk membantu kita yang sering masalah pencernan dan memberi lebih perlindungan kepada saluran usus.

Selain itu dengan pengambilan GKB Probio+ dapat membantu penyerapan nutrien daripada makanan sekaligus dapat mengekalkan keseimbangan mikroflora usus serta meningkatkan imuniti. Seperti kak lily yang selalu mengalami masalah senak perut dan kadang-kala sembelit, sememangnya Probio + memang sangat membantu melawaskan penghadaman.

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.


GKB G-Pro Gold | Untuk Mengurangkan Sembelit


Produk kesihatan dalam bentuk pil ini memang wajib ada di rumah.

Dengan keadaan rutin setiap hari yang negitu sibuk menyebabkan kita kadang-kala terlepas waktu makan. pengambilan sajian tidak lengkap setiap hari seperti serat dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan kita mudah mengalami masalah sembelit.

Untuk info, GKB G-Pro Gold mempunyai 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Bayangkan setiap kapsul vegetarian ini mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup. Kalau kita memang ada masalah usus, GKB G-Pro Gold memang boleh membantu.


GKB Lactobacillus Plantarum GKM3| Untuk Mengawal Minyak dan Mengkurangkan Kalori


Ini antara produk kesihatan kegemaran kak lily

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 sangat membantu untuk mengawal minyak dan juga mengurangkan kalori. Formulasi di dalam GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus Plantarum iaituprobiotk yang cukup hebat dalam menyerap lemak didalam badan.

Pada umur seperti kak lily awal 40an ini amat mudah berselera menikmati hidangan akan mudah bertambah berat badan. Dengan pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 dapat membantu kak lily menurunkan berat badan secara konsisten walaupun menikmati makanan enak.

Secara ringkas pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 dapat juga meningkatkan tenaga, meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan berat badan dan sesuai juga pada mereka yang sering mengalami masalah sembelit ringan.

Ini video testimoni untuk di kongsikan kepada korang

 


 Oleh itu..


Dengan tinggi kadar bakteria probiotik di dalam saluran usus kita, semakin kurang toksin di dalam usus yang membolehkan usus lebih sihat.

GKB berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghargai gaya hidup sihat dan amalkan pengambilan suplimen yang bersesuaian dengan keadaan tubuh badan kita


Untuk korang yang mencari produk GKB, korang boleh dapatkan di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia, termasuk Alpro Pharmacy.

GKB Official Selling Platform: 
All major pharmacies in Malaysia, including 
Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy 
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak 
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy 
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy 
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy 
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy 

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188

Laman web : www.mygkb.com




RED ID : 1318211221






#gkbinternational 
#gkbsoftlaunch2023 
#gkbprobiotics 
#gkbspacesuit

Butik CHENTA LUNAR Shah Alam, Lengkapi Gaya Hari Raya Korang Tahun Ini

Hi Korang,

Macam mane persiapan raya tahun ni, dah prepare ke ?

Ermm kak lily warna tema pun tak fikir lagi, mungkin pakai apa yang ada agaknya. Tapi nak jugak merasa baju raya baru juga kan.. hehehehe biasa lah orang perempuan memang can tuh.


Seperti sedia maklum yang baju raya menjadi satu perkara wajib bagi semua orang termasuk para wanita dan ibu-ibu yang teliti bagi persiapan berhari raya buat sekeluarga. Buat yang mencari kelainan dalam Aidilfitri tahun ini, BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua.

Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman.


Butik Chenta Lunar ini mula beroperasi pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H. Butik ini diinspirasi oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya.

Dalam usaha bangkit selepas pandemik, di samping mahu memberikan peluang kerjaya kepada orang ramai. Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang orang ramai.






Dan tahun ini membawakan variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Bagi korang yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.




Kak lily berkesempatan untuk ke butik Chenta Lunar ni dan mencuba pelbagai jenis baju raya pelbagai corak dan warna dan tidak ketinggalan juga di sediakan baju melayu dan juga baju raya kanak-kanak termasuk tudung serta aksesori lelain seperti beg tangan dan juga jualan Raya Gift.

Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli belah melebih RM150 ke atas, tersedia free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar.

skrit labuh

shawl

baju melayu

Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah.

PROMOSI HARI RAYA

Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Rebutlah peluang ini dengan berjimat tapi mampu tampil meriah di hari raya. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung.





Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar.

Menjelang kedatangan Syawal tidak lama, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar yang menjanjikan rekaan dan warna menawan.Sudah tentunya akan memberikan anda sekeluarga banyak pilihan untuk lebih bergaya di hari raya!


Terletak bersebelahan dengan PKNS Biz Point, beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam (Isnin tutup). Buat yang ingin lebih informasi atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705.

Jom kite ke :

Butik Chenta Lunar
65, Jalan Plumbum P/7P,
Seksyen 7, Shah Alam,
Selangor

Ikuti mereka di social media berikut untuk dapatkan informasi lanjut:-







#bcl 
#chentalunar 
#ChentaRaya2023 
#bajuraya2023 
#bajukurung