Friday, December 23, 2022

Elak Bercuti Di Kawasan Berisiko Tinggi Pada Musim Tengkujuh

Hi Korang,

Ramai ibu bapa telah merancang percutian menarik untuk anak-anak mereka pada cuti persekolahan hujung tahun ini. Namun, musim tengkujuh juga bermula dan para pelancong perlu menjangkakan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat, ribut dan juga tanah runtuh. Pada September yang lalu, Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Selangor telah mengenalpasti 87 tempat berpotensi banjir di seluruh Selangor, oleh itu mereka yang merancang percutian di kawasan berbukit, hutan, atau tempat rekreasi harus mengelakkan diri dari melawati kawasan berisiko tinggi itu.

Sungai Tekala

Menurut perkhidmatan meteorologi Malaysia, tempoh tengkujuh timur laut negara telah diramalkan akan bermula pada pertengahan November sehingga Mac 2023, dimana ia akan membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah, termasuk sungai dan air terjun. Apabila fenomena kepala air berlaku, apa-apa sahaja di laluannya akan segera dihanyutkan. Oleh itu, pelancong perlu berhati-hati dan keluar dari kawasan sungai sebaik sahaja daun atau kayu mati mengalir dari air terjun. Orang ramai juga perlu menjaga alam sekitar dan membuang sampah secara di tempat yang disediakan bagi mengelakkan halangan aliran sungai.

White Water Rafting, Kuala Kubu Baru

Oleh kerana cuaca yang buruk sepanjang musim tengkujuh, penggemar aktiviti outdoor dinasihatkan untuk menunda aktiviti hiking dan perkelahan mereka. Bagi mengurangkan risiko tersesat di dalam hutan, terperangkap dalam tanah runtuh atau banjir. Tanah runtuh dan banjir merupakan bencana yang kebiasaannya terjadi di kawasan yang berisiko tinggi. Tanpa pengetahuan tentang kawasan dan maklumat tentang musim tengkujuh yang mencukupi, pelancong boleh terdedah kepada risiko. 

Sungai Chilling

Kawasan hutan merupakan salah satu lokasi pelancongan semasa cuti terutamanya untuk aktiviti seperti mendaki dan berkhemah di mana tapak khemah atau trek akan menjadi licin pada musim hujan. Ibu bapa sangat digalakkan untuk mengingatkan anak-anak mereka bagi menjauhi kawasan-kawasan ini.

Oleh kerana kejadian di Batang Kali di Kuala Kubu Bharu yang lepas, rakyat Malaysia dinasihati untuk terus berwaspada semasa musim tengkujuh dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila merancang atau pergi percutian mereka.

Thursday, December 22, 2022

Pengajuran HPPK2022 Bukti Penghargaan dan Pengiktirafan Kerajaan Kepada Golongan Penjaja dan Peniaga Kecil

Hi Korang,

Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini di sambut meriah dengan kehadiran YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang ke 10. 



Seramai 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara hadir ke HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

HPPK disambut pada 18 November setiap tahun dan ini merupakan tahun kesepuluh sambutan di peringkat kebangsaan. Konvensyen HPPK2022 disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.








Perdana Menteri menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima yang berjaya menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.



Manakala Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012.



Terlebih dahulu Perdana Menteri di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dalam majlis yang sama menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.

Hadir bersama di majlis perasmian adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.







Terdapat juga pameran produk para penjaja dan peniaga kecil termasuk juga booth-booth rakan-rakan strategik seperti Tekun Nasional, badan bukan kerajaan, agensi swasta dan banyak lagi.


Wednesday, December 21, 2022

HIDANGKAN KERIANGAN DENGAN PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS

Hi Korang,

Setiap tahun, memang tak sabar rasanya untuk meraikan perayaan akhir tahun bersama keluarga dan sahabat handai. Musim Krismas bukan sahaja dipenuhi riang tawa dan meluangkan masa bersama keluarga, tetapi inilah juga masanya anda sibuk mengemas, membakar biskut, dan menghias pokok Krismas, sehingga tak cukup tangan untuk menyiapkan lauk tengah hari atau makan malam.


Dari 20 hingga 25 Disember, ShopeeFood mengadakan promosi hebat untuk menghangatkan kemeriahan Krismas dengan diskaun RM25 dan diskaun sehingga 99% dengan ShopeeFood. Tidak kiralah anda sibuk membungkus hadiah, menghias pokok atau melawat jiran tetangga, ShopeeFood sedia membantu. Apatah lagi dengan dompet mudah alih ShopeePay, anda boleh memanfaatkan tawaran hebat dengan pengalaman pembayaran dan penghantaran yang bukan sahaja selamat, namun turut memberi ganjaran dengan ShopeeFood.

Berikut adalah tiga sebab utama mengapa anda hanya perlu berehat, bersantai dan memanfaatkan tawaran hebat ShopeeFood pada Krismas ini.

Nilai Berbaloi


“Baru-baru ini saya ada pergi ke sebuah restoran baharu. Ia agak jauh dari kawasan tempat tinggal saya, tetapi saya sukakan makanan mereka. Nasib baiklah, saya dapat menemui restoran ini di ShopeeFood! Bayangkan betapa gembiranya saya apabila saya dapat memesan makanan kegemaran saya dari restoran itu. Dan yang paling menyeronokkan? Mereka menawarkan diskaun hebat! Harganya benar-benar berbaloi dan Krismas saya menjadi semakin hebat.”
Chin Yi Hong, Kuala Lumpur


Kepelbagaian Makanan


“Setiap tahun, Krismas adalah musim kegemaran saya. Dalam kesuntukan masa untuk kesibukan mengemas rumah, membeli-belah, dan menghias pokok Krismas, saya beralih kepada ShopeeFood. Anda boleh memesan hampir segala jenis makanan pada aplikasi ini. Amat banyak pilihan di hujung jari, dan saya pula boleh fokus ke arah persiapan Krismas, sementara menanti makanan kegemaran saya dihantar terus ke rumah!”
Donovan David, Selangor

Mudah dan Tak Leceh


“Apabila tiba musim perayaan, terutamanya Krismas, semua orang sibuk di dapur untuk persiapan hari Krismas. Tetapi dengan teknologi di hujung jari, saya memilih untuk memesan sahaja. Dengan ini, saya boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan, dan pada masa yang sama memesan makanan yang berkualiti dari ShopeeFood. Keselamatan dan kemudahan ShopeePay menyenangkan lagi hidup saya.”
Melanie Siew Li Shean, Selangor.

ShopeeFood menghubungkan pengguna dengan pelbagai pilihan kedai makan, daripada restoran popular hingga gerai jalanan, di mana anda boleh memilih daripada pelbagai jenis hidangan. ShopeeFood kini boleh didapati di enam lokasi: Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu. Jadikan perayaan Krismas anda lebih istimewa bersama kami!

Nikmati Tawaran Hebat ShopeeFood PayDay Hanya Untuk Anda!

Pesan dari pelbagai restoran seperti Salad Atelier, Kenny Rogers Roasters, Bubble Bee, JuiceWorks, Old Town White Coffee, Baskin-Robbins, Juicy dan banyak lagi:

Dari 20hb - 23hb Dis

● Baucar DISKAUN 50%
● Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan minimum RM0

Dari 24hb - 25hb Dis

● Baucar DISKAUN Sehingga 99%
● Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan minimum RM0