Saturday, July 23, 2022

D'Joy Plus Ekstrak Serat Tinggi dengan Enzim, Atasi Masalah Pencernaan

Hi Korang,

Nak citer pasal produk D’Joy Plus yang kak lily cuba baru-baru ini.

Sebenarnya macam nie, kak lily sering mengalami masalah payah untuk membuang air besar akibat daripada cara pemakanan yang tidak seimbang. Yelah mana taknya manis, masam, tawar even pahit terus di telannya, lagipun dengan gaya hidup harian yang tidak menentu mengakibatkan pelbagai masalah perkumuhan yang timbul.

Lebih-lebih kalau travel, lagilah payah sebab corak pemakanan tak menentukan sudahnya jadilah sembelit plak. Aduimak memacam hal bila dah tua-tua ni kan.

Kemudian ada cousin kak lily perkenalkan produk dari M-Plan Sdn Bhd iaitu D’Joy Plus.


D'Joy Plus ialah formulasi minuman serat diet yang berasal dari Perancis. 

D’Joy Plus bukan sahaja kaya dengan serat pemakanan daripada pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, ia juga diperkaya dengan 17 jenis enzim. Ia adalah minuman yang menggalakkan antioksidan, pelangsingan dan detoksifikasi. D’Joy Plus ialah minuman berkhasiat lazat yang boleh meningkatkan rasa kenyang, menggalakkan metabolisme, menguatkan badan dan membuatkan kita berasa bertenaga dan lebih sihat.

Mengandungi ekstrak makanan lengkap 7 warna bagi melindungi 7 organ dalaman dan menggalakkan detoksifikasi seluruh badan. Ianya tinggi serat dan rendah kalori yang mana ianya boleh meningkatkan metabolism. Di samping itu ianya berupaya untuk membuang najis degil bagi mengelakkan sembelit serta membuang logam berat dalam badan untuk mempertingkatkan probiotik usus


Ekstrak daripada makanan sebenar lengkap dalam 7 warna

Merah – Jantung

Jingga – Perut

Kuning – Limpa

Hijau – Hati

Putih – Paru-paru

Ungu – Buah Pinggang

Biru – Otak

Selain daripada itu kandungan ekstrak serat yang lain seperti Kiwi, Epal, Rumput gandum, Anggur merah, anggur putih, oren, limau gedang, beri biru, betik, nanas, strawberi, aprikot, ceri, blackcurrant, teh hijau, brokoli, kubis hijau, bawang merah, bawang putih, Zaitun, Timun, Asparagus, Tomato dan Lobak Merah


Bahan-bahan lain yang terdapat di dalam D’Joy Plus adalah seperti :

1. Fibersol -2

Prebiotik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang sihat

a. Serat pemakanan digredkan sebagai GRAS dan diluluskan oleh kerajaan Jepun
b. Serat pemakanan larut air yang diekstrak daripada jagung
c. Mengelakkan peningkatan gula darah selepas makan

2. Enzim DigeSEB PRO

17 makanan, pencernaan dan enzim metabolik bercampur

a. Meningkatkan metabolisme, membantu dalam pemecahan makanan
b. Membantu dalam penyerapan nutrien dan penyingkiran toksin dalam badan

3. Oligosakarida Isomalt (IMO)

Mengembalikan keseimbangan bakteria usus

a. IMO sebagai prebiotik menyokong pertumbuhan bakteria usus
b. Menghalang pertumbuhan bakteria patogen
c. Mengelakkan sembelit

4. Wheatgrass

Mengeluarkan logam berat dari badan dengan berkesan

a. Kaya dengan klorofiII, magnesium, besi dan zink sebagai agen anti-radang yang kuat
b. Menggalakkan pertumbuhan semula sel dan penyembuhan luka

5. Pelbagai ekstrak sayuran & buah-buahan

Antioksidan yang tinggi meneutralkan radikal bebas yang berbahaya

a. Melindungi sel badan daripada radikal bebas (metabolisme, diet tidak sihat, tekanan, senaman berlebihan, merokok, alkohol, UV, sinaran, pencemaran & lain-lain
b. Melambatkan proses penuaan



Siapa yang memerlukan D’Joy Plus ini

1. selalu sembelit dan najisnys keras

2. Mempunyai perut kembung dan masalah ketidakhadaman

3. Mempunyai perut buncit, gemuk air dan obes

4. Glukosa darah postprandial yang tidak stabil

5. Selalu makan luar

6. Pemakanan yang tidak teratur

7. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi

8. Tidur lewat malam

9. Kulit kusam dan berjerawat, liang pori yang besar

10. Kerap merantau


Cadangan Pengambilan D'JOY Plus

Campur 1 paket dengan 150ml air (suhu bilik), goncang dan minum segera, 2 kali sehari. Minum air secukupnya untuk kesan yang lebih baik

Harga di pasaran adalah RM130 sekotak mengandungi 30 sachets dan boleh dapatkan di platform berikut:

Pertanyaan: 03-55685111

Email: sales@m-plan.com.my

Whatsapp: 6019658-5521

Website : http://www.mplan.com.my/



Layari social media D’Joy Plus di :






#djoyplus #djoyplusfibre #mplan 
#mplanmalaysia #detox 
#healthydrink #healthylifestyle 
#madeinfrance #vegetablesandfruits

Thursday, July 21, 2022

Kerjasama Esklusif Di Antara SUKE TV dan iQIYI Bagi Menyajikan Rancangan Tempatan Buat Tontonan Penonton Antarabangsa

Hi Korang,

Satu lagi pencapaian yang cukup membanggakan dari SUKE TV atas jalinan kerjasama esklusif bersama iQIYI. Dimana bermula hari ini kita dapat saksikan beberapa kandungan dari SUKE TV mula bersiaran di platform iQIYI.


Untuk info, SUKE TV merupakan penyiar siaran tempatan yang mula mendapat perhatian dunia hiburan tempatan, menawarkan pelbagai kandungan inovatif merentas pelbagai genre dengan barisan kandungannya yang mesra keluarga. Ada drama komedi, infomasi, rancangan bual-bicara dan pelbagai lagi.

Manakala iQIYI merupakan aplikasi penstriman video #1 paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 dengan lebih 10 juta muat turun. iQIYI juga merupakan perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh 2 tahun. Sehingga kini platform iQIYI telah menyediakan pelbagai siri drama premium, filem, rancangan variasi serta anime dalam bahasa tempatan dan juga sari kata kepada penonton merentasi 191 negara.


Menurut Dato' AC Mizal selaku Pengerusi SUKE TV ''SUKE TV sangat berbangga dengan perkongsian ini dan juga dengan prospek perkembangan di luar Malaysia melalui perjanjian ini. Kerjasama ini telah terjalin pada masa yang tepat dengan pertumbuhan perkhimdtan penyiaran selepas pandemik yang menghasil kepelbagaian kandungan merentasi pelbagai genre. Saya yakin melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menggunakan teknologi dan kepakaran mereka untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan lebih menarik untuk penonton. Ini adalah pemulaan era baharu untuk SUKE TV dan kami berharap untuk terus membangun dan mempelbagaikan tawaran kandungan kami dengan iQIYI''

Manakala Dinesh Ratnam selaku Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei turut berkongsikan ''Dengan perkongsian esklusif bersama SUKE TV ini dapat memperkukuhakn lagi matlamat bersama kedua-dua pihak dalam menyediakan kandungan tempatan yang berkualiti tinggi serta mempamerkan hiburan Malaysia terbaik untuk penontonnya. iQIYI sangat teruja untuk bekerjasama dengan SUKE TV dan kami nantikan kandungan terkini dan menarik yang akan dibawa melalui jalinan ini ke platform iQIYI''

Satu sidang media telah diadakan dengan menyaksikan kedua-dua pihak iaitu SUKE TV dan juga iQIYI menandatangi perjanjian kerjasama ini untuk tempoh 1 tahun buat permulaan. Dengan kerjasama ini, SUKE TV akan menjadi satu-satunya saluran TV di Malaysia yang mempunyai tab khusus di platform iQIYI. Lebih menarik penstriman ini akan tersedia secara percuma dan esklusif untuk pengguna iQIYI.


Antara kandungan terbitan SUKE TV yang boleh distrim di platform iQIYI termasuklah rancangan drama bersiri Polkadot, Berita Latah, Tanya Jer, Tomey Tomey dan juga beberapa kandungan terbitan baru seperti DAC PM YOU, DurianKimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Sapa Tu?, Listen Up dan Odah Billionaire.



Sidang media ini turut dihadiri oleh Datin Emylia Rosnaida Pengarah SUKE TV, wakil-wakil dari iQIYI dan juga SUKE TV sendiri serta selebriti-selebiri tempatan yang turut menyokong dengan usahasama yang terjalin ini.

Tentunya kerjasama esklusif SUKE TV bersama iQIYI, penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif dalam talian ini dapat meluaskan lagi pasaran konten tempatan ke pasaran antarabangsa. Secara tidak langsung membantu SUKE TV memperkukuhkan kedudukannya di Singapura dengan menjangkau capaian penonton yang lebih luas dan sekaligus memperkembangkan popularitinya merentasi sempadan dunia.



Tahniah SUKE TV dan iQIYI semoga suksess sentiasa!!


Tuesday, July 12, 2022

Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Hi Korang,

Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes[1] yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko.


HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?

Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.


“Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan[2]. Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia.

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan[3].”


Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.

Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari http://www.lamsoon.com.my/ 


_________________________________________________________

[1]https://kpkesihatan.com/2022/06/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-24-2022/

[2] https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/about/prevention.html

[3] https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/about/prevention.html