Sunday, November 21, 2021

Ra.Re FOODSPACE Kota Dame, Tempat Makan Happening Di Kota Damansara

Hi Korang,

Teringin nak makan western?

Teringin nak makan yong tau foo awesome?

Nak lepak dengan kengkawan di atas pokok?

Nak OOTD sambil bershisha?


Ermm semuannya boleh di Ra.Re FoodSpace di Uptown Kota Dame.

Hehehhehe eh memang betul kak lily tak tipu punye lah tau.


Kalau korang nak tau ada port tempat lepak yang paling awesome di area Uptown Kota Damansara ini, yang kak lily rasa korang pasti terpesona dengan keindahan dan keselesaan bila berada di sini.

Meh sini kak lily tunjukkan tempat makan yang cantik-cantik ni ek. Terdapat pilihan tempat duduk seperti Bench, Bawah MRT, Atas Pokok dah Gayat. Kemain special nama-nama ek kengkonon ala-ala kat Bali gitu hah.

Gayat

Bench

Atas Pokok

Bawah MRT

Cantik kan kan kannnnn

Oh ya untuk bahagian atas pokok ni, kalau korang teringin nau-nau nak duduk makan kat sini, boleh buat tempahaan yang untuk hari biasa sahaja dari Isnin hingga Jumaat dengan DM di Instagram dan Whatsapp di hotline number 013 356 5295 tapi kalau hujung minggu korang kene datang cepat sebab ianya siapa cepat dia dapat, kira macam first come first serve hah.







Terdapat pelbagai jenis gerai makanan yang menyajikan hidangan tempatan mahupun antarabangsa yang boleh korang nikmati. Meh sini kak lily listkan ek.

1) Ayam Penyet Mama

2) Ratu Risoles

3) Big Joe’s Fried Chicken

4) Adik Sup

5) Jom Mentong

6) Yong Tow Foo Ah Keong

7) MakCha Ayam Pasu

8) Mee Goreng Ketagi

9) Miecord Char Koay Teow

10) Shawarma

11) AYO Fried Chicken

12) DNA Burrito

13) Hot Dog Challenge

14) Chef Tako

15) Nasi Berlauk Abe Bri

16) Art Japanese Food

17) Senandung Kambing Bakar

18) Sate Wak Samurai

19) Wak & Wok Masakan Panas

20) Wak & Wood (Western)

21) A & Z Corner Ikan Bakar Portugese

22) Nasi Bogat

23) Fam'Fries Kitchen

24) Dessert Life Matter (Waffle)

25) Misang Lah

26) Shisha

27) Balang Man

28) Kopi Lanun

29) Smashed burger

30) Indo mee

Seriously banyak betul kan, tapi sempat jugaklah kak lily rase-rase menu kat sini


Ayam Pedas Clay Pot
Nampak pedas merah tapi tak pun, kuah sedap di hirup begitu aje

Jom Mentong
Nasi Ambeng Dulang, ini portion untuk family. Kenyang wei makan beramai-ramai hah

Wak&wok masakan panas - nasi pad kra pao daging

Makcha Ayam Pasu
nasi goreng ayam pasu, nampak saiz ayam?? beso kan

Miecord - special Char koay teow
Cantik nau udang bersusun cam gituew kan

Wak&wok masakan panas - Chicken Chop

Sate Wak Samurai - Ayam & Daging

Adik Sup
Bakso beranak yang sedap wei sebab bebola dia dalam ada anak tau

Smash Burger
Supersmash add on beef bacon and egg - 100% Australian beef with affordable price home made patty daily process RM22

Yong Tau Fu
Ini family package tau, memang kenyang makan beramai-ramai

Big Joe's
Ayam goreng yang di salut dengan sos korea yang manis-manis pedas gituh

Ayam penyet Mama
Specialnya ayam penyet ini adalah sambalnya di masak selama 1 jam

Misang Lah
Pisang goreng cheese , pisang goreng coklat

Chef Tako
family set Takoyaki



BALANGMAN - LOYALTY CARD Khas Untuk Pelanggannya Yang Setia




Untuk korang, pelanggan setia di Ra.Re FoodSpace, dapatkan loyalty card yang korang boleh gunakan pada hari biasa isnin – khamis, korang kumpul je cop dan tebus percuma minuman.


Di antara minuman-minuman di Balang Man seperti :



Teh Ais Madu (MOST FAVOURITE)

Teh Hijau

Air Jagung

Teh Ais Vanilla Ice Cream

Soda Herbs


Meh layan IG Reels kak lily ni ek, so korang bolehlah tengok-tengok Ra.Re FoodSpace ni cam ne kan



In terms of harga pulak, ya ampun memang amat sesuai untuk semua lapiasan masyarakat seantero, harga menu makanan bermula dari RM3 hingga RM25 je. Haruslah tak mahal langung.



Ada BUSKING tau, setiap jumaat dan sabtu. Bermula dari 9.00pm hingga 12.00 tengah malam.

Lokasi Ra.Re FoodSpace

RA.RE- FOOD & DINING SPACE @ KOTA DAME ini berdekatan dengan SEGI College di buka pada setiap hari dari 5 petang hingga 12 tengah malam. 

Korang boleh je Waze, cari Uptown Kota Dame.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Instagram: 
@rare.foodspace

Facebook: 
@rare.foodspace


Kak lily dah pi, korang bile lagikkk???

Jom pi petang nanti ekk

Thursday, November 18, 2021

UBAH PEMIKIRAN, UBAH MASA DEPAN DENGAN MEMULIH DALAMAN JMD

Hi Korang,

BERBULAN-BULAN dia kemurungan. Banyak masalah terutama peribadi dan kewangan yang menghimpit. Masalah makin bertambah apabila kesihatannya turut terganggu. Mental gagal menghadami apa yang berlaku pada fizikal. Stres tak usah cakap, sana-sini belakang depan mencarinya. Hanya untuk menuntut hutang syarikat.



Itu empat tahun lalu. Dilalui perlahan-lahan dan Allah pertemukan Tuan Abib AlHabsyee dengan mereka yang memahami. Pengasas produk herba terkemuka, Jamu Mak Dara ini mula belajar mengenali kehidupan sebenar dan menemui apa yang dicarinya.


Melalui Terapi Bunyi dan As-Sakinah (sound bath and meditation) yang dipelajari daripada pemenang Best Sound Healing Asia, Ohana Jo, pengasas itu mengembangkannya pula ke dalam program Jajah Minda Diri (JMD) dan kini mula disambut baik khalayak masyarakat Malaysia.



“Alhamdulillah, kini saya mampu bernafas dengan tenang. Apa yang cuba saya kongsikan hari ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dulu tidak berani berkongsi sebab saya sendiri masih belajar dan sekarang, walaupun saya membuka ruang, cuma untuk orang-orang tertentu.

“Saya sedar, ramai berdepan masalah dalaman yang tanpa mereka sedari telah membina sakit-sakit luaran dan mengganggu kesihatan. Apatah lagi yang berdepan dengan era pandemik Covid-19, terlalu banyak masalah mental yang timbul.


Program Jajah Minda Diri seterusnya akan diadakan di Serendah, Selangor pada 29 November hingga 1 Disember ini dan disebabkan ia sangat eksklusif, hanya 20 tempat sahaja dibuka. 




Hubungi 017-3757500 atau 012-6828303 untuk tempahan.


Saturday, November 13, 2021

Pengumuman Kerjasama Antara Black G Nutrima dan Dynas Mokhtar Bersama Shopee

Hi Korang,

Black Ginger ataupun lebih di kenali dengan nama Kunyit Hitam ini agak terkenal di kalangan masyarakat melayu sebagai salah satu bahan kesihatan di dalam perubatan melayu dan kini Black G ini mula mendapat tempat di hati kalangan rakyat Malaysia tidak mengira apa jua bangsa sekalipun.


Satu pengumuman kerjasama antara Black G Nutrima dan Dynas Mokhtar bersama Shopee pada 11.11.2021. Majlis ringkas ini dihadiri CEO Black G, wakil dari pihak Mardi dan Shopee serta para media.

Menurut CEO Black G, Tuan Mohd Yusof, pihaknya telah berkaloborasi dalam pengeluaran produk berasaskan kunyit hitam dengan pihak Mardi lebih dari 2 tahun. Manakala pihak Mardi sendiri yang telah memulakan penyelidikan tentang kunyit hitam sudah memakan masa bertahun-tahun lamanya. Penyelidikan telah diketuai oleh Dr. Zuraida Abdul Rahman saintis kanan dari pusat bioteknologi dan nanoteknologi MARDI.


Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.

Apa yang menarik, produk dikeluarkan oleh Black G adalah selamat digunakan. Ini kerana penyelidikan saintifik telah dilakukan dengan mengambil kira kadar keperluan Methoxyflavone dalam setiap produk yang dikeluarkan. Ini bagi mengelakkan kesan sampingan dan toksik ke atas badan pengguna.


Untuk pengetahuan semua, Black G atau kunyit hitam ini mengandungi ramuan aktif seperti Methoxyflavone yang secara saintifik dapat mengatasi masalah-masalah kronik khasnya bagi mereka yang berumur 41 tahun keatas.

Bukan itu sahaja , bahkan ramuan kunyit hitam ini juga mempunyai khasiat hebat untuk kesihatan dan juga dapat memelihara kecantikan luaran serta dalaman. Black G telah pun perolehi kelulusan daripada KKM dan mendapat pensijilan Halal dari Jakim. Jadi, kita boleh gunakannya tanpa was-was dan ragu-ragu.

Di antara kelebihan kunyit hitam ini iaitu :

1. Sebagai penambah tenaga dan tonik umum

2. Melegakan penyakit ulu hati/radang perut

3. Membantu mengatasi kepenatan dan masalah otot

4. Mengurangkan masalah keradangan

5. Meningkatkan kualiti hubungan

6. Membantu mengurangkan alahan/alergi serta penyakit melibatkan alahan

7. Melancarkan peredaran darah periferal

8. Menguatkan saluran darah

9. Melegakan tanda-tanda oedema

10. Menstabilkan bacaan darah tinggi dalam darah

11. Mengawal kadar gula dalam darah atau anti-diabetik



Antara produk Black G yang ada di pasaran seperti Black Ginger 100mg Capsule, Black Ginger Plus Liquid, Ener-G Plus, Black G Coffee Orignal dan Black G Soap & Scrub. Akan datang Hi Pro Plus+ Black Ginger bakap diperkenalkan di pasaran.


Di majlis ini turut diadakan tandatangan perjanjian antara Dynas dan Black G dalam usahasama untuk membawa produk Black G ke peringkat yang lebih jauh lagi. Banyak perancangan telah dilakukan bagi memperkenalkan kebaikan produk yang berasaskan kunyit hitam agar manfaatnya dapat dikongsi dengan semua lapisan masyarakat.

Dynas berminat menjadi rakan usahasama setelah menjadi pengguna dan melihat sendiri kebaikan yang dialami di kalangan kenalan rapatnya setelah mengamalkan Black G. Atas keyakinan tentang manfaat produk dari formulasi kunyit hitam ini, Dynas dengan berbesar hati ingin bersama-sama merancang dan berkongsi Black G dengan ramai orang lagi.


Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.

Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan.

Sementara itu, Mughniy berkata, menerusi produk Black G itu, mereka mempunyai rancangan masa hadapan.

kredit pic : megat review

Selepas meraih lapan anugerah, produk Black G terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 tidak lama lagi.

Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang.

Black G Plus Liquid

Black G Capsule

Black G Coffee Original

Menariknya, tiga produk terlaris yang dipasarkan di bawah Black G Sdn Bhd iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual di laman membeli belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.

Shopee adalah langkah pertama untuk koloborasi ini. Banyak produk palsu dijual pada harga yang murah dan menyebabkan pihak Black G dan MARDI berhubung melalui anak guam Black G dan kemudian membuatkan solusi ini.

Sebagai syarikat pengasas, kami adalah pemilik jenama Black G berdasarkan nama dagang atau ‘trademark’ yang sudah didaftarkan. Jadi, dengan dengan cara ini segala produk lain yang tidak dijual melalui Black G Official Shopee dan Official Flagship Store, akan dikeluarkan dari platform itu. Jadi dengan cara ini ia akan menjamin pembeli mendapat produk yang asli dan harga yang ditetapkan.

Dan kebetulan pula saya adalah artis rasmi Shopee sejak beberapa tahun lalu. Perkara ini lebih membantu dari segi pemasaran eksklusif. Jadi pengguna boleh membeli produk Black G yang asli di Shopee di Official Flagship Store yang dipanggil Black G Nutrima by Dynas Mokhtar.

Syabas buat Black G dan Dynas, moga produk Black G makin dikenali dan berjaya menembusi pasaran bukan sahaja tempatan bahkan antarabangsa.



Dan korang jangan lupa untuk dapatkan produk Black G di Shopee!


Dapatkan info mengenai Black G di Facebook Page : Black G Sdn Bhd