Monday, November 1, 2021

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 5 NGO di Klang Valley

Hi Korang,

Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.



Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.

Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.

Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 172 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Hajjah Fatimah Abdullah, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa, Persatuan Rumah Sayangan, Persatuan Rumah Kanak - Kanak Di Sayangi, dan Lighthouse Children Welfare Home Assoc.


Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.

“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).” ujar Cik Chin.

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.


“Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.


Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.

“Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.



Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.

“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Puan Norhayati of Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.

“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.



Sunday, October 31, 2021

Pelbagai Tawaran Terhebat Menanti Pelanggan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-7 Go Shop Menerusi Kempen “Happy Together”

Hi Korang,

Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia hari ini melancarkan kempen sambutan ulangtahunnya yang ketujuh menerusi “Happy Together Live Party” yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (30 & 31 Oktober). 

Datin Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Linda Onn, Raianna

Program istimewa yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan ramai selebriti tersohor tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.

Majlis sambutan terbesar Go Shop ini menawarkan RM3.5 juta hadiah percuma dengan promosi “Beli 1, Percuma 1” dan pelbagai hadiah eksklusif. Banyak produk menarik menanti penonton termasuklah barangan terlaris Go Shop seperti produk-produk peralatan rumah termasuklah perkakasan dapur dan makan, fesyen, kecantikan, dan produk digital. Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung “Birthday Live Party” dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Astro Saluran 118. Pelanggan juga boleh strim menerusi aplikasi Go Shop atau layari www.goshop.com.my. Pelancaran siaran “Happy Together Live Party” ini, ia menandakan permulaan sambutan ulangtahun Go Shop yang akan berlangsung selama sebulan sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif di semua platform Go Shop.

Christinne Lim, CEO of Go Shop

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim, berkata: “Go Shop pada hari ini telah berjaya melebarkan sayapnya menjadi peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular di Malaysia, justeru jutaan penghargaan diucapkan kepada para pelanggan kami khususnya, dan rakan-rakan perniagaan dan vendor / pembekal atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang tujuh tahun perjalanan kami ini. Mengangkat tema “Happy Together” untuk sambutan ulangtahun pada tahun ini, kami di Go Shop sentiasa teruja untuk membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan kami di luar sana. Kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat, dan yang paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli belah terunggul dari kami.”

Mandy Chen, Hai Chyi, Datuk Aznil, Christinne Lim

“Lanjutan tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini secara tidak langsung telah menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakan trend pembelian secara atas talian. Di Go Shop sendiri, kami dapat lihat platform digital kami terus kukuh dan merekodkan peningkatan jualan yang begitu memberansangkan, dicetuskan dari pembelian di atas talian. Tambahan lagi, dengan peningkatan popularity rangkaian produk kesihatan, kecergasan, fesyen dan barangan riadah sepanjang musim PKP, kami berjaya menambahkan banyak lagi jenama-jenama terkemuka untuk kategori-kategori ini. Kolaborasi ini telah menghasilkan/menjayakan lebih banyak program-program menarik yang mengutamakan topik kecergasan dan kesihatan.”

“Go Shop merupakan sebuah platform membeli belah dari rumah yang terkenal dengan sajian produk berkualiti dan sentiasa menawarkan pelanggan dengan pelbagai jenama yang dipercayai ramai, dari produk-produk peralatan rumah ke perkakasan dapur dan makan, demi menepati permintaan ramai yang menginginkan sesuatu yang lebih segar dan moden – kemas, memudahkan, hadir dengan fungsi yang pelbagai dan pada masa yang sama mampu mengekalkan kehidupan yang sihat sejahtera. Menariknya lagi, kami di Go Shop akan sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak produk-produk menarik dan menawarkan pilihan penuh variasi demi menepati kehendak setiap pelanggan. Pada tahun ini, buat julung kalinya, kami telah melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tiduri - Royal Field and La Belle; jenama eksklusif Go Shop, untuk memberikan lebih banyak pilihan produk berkualiti kepada pelanggan,” jelas Christinne lagi.




Kempen sambutan ulangtahun ketujuh Go Shop, “Happy Together” ini menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain dari diskaun sehingga 80% dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November ini hingga 30 November 2021. Pelanggan boleh nantikan banyak pelancaran produk-produk terhebat sepanjang November ini. Tawaran-tawaran menarik ini termasuklah dari produk-produk peralatan memasak yang moden dan terkini, barangan perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi produk menarik tersedia khas buat pelanggan khususnya untuk menyambut tahun baru tidak lama lagi!

Sepanjang berlangsungnya kempen istimewa ini kelak, pelanggan boleh nikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. Selain dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan “Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000! Anda juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Saluran Go Shop di Astro pada setiap hari - Go Shop RUUMA Saluran 118, GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120, untuk nikmati pelbagai tawaran terhebat sempena sambutan ulangtahun Go Shop. Layari laman sesawang rasmi Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Go Shop app di Google Play dan App Store.


Saturday, October 30, 2021

Mengenai Tips Penjagaan Tulang Sempena Hari Osteoporosis Sedunia Bersama Anlene

Hi Korang,

Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan di kalangan warga Malaysia berusia 40 hingga 59 tahun, didapati bahawa 95% daripada responden berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ianya mungkin boleh mempengaruhi kekuatan dan pergerakan mereka apabila usia mereka meningkat.



Tiga faktor penyumbang utama yang membimbangkan mereka adalah kurang bersenam, pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium) dan mengelak daripada mengambil produk tenusu (yang merupakan sumber kalsium harian).


Hasil tinjauan juga mendapati bahawa walaupun rakyat Malaysia dalam pertengahan usia menyedari tentang kepentingan memiliki tulang yang kuat, 42% berkata tumpuan mereka pada masa kini adalah melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19 dan 33% daripada mereka berpendapat bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik untuk kesihatan mereka termasuklah kesihatan tulang.


Tinjauan ini dilakukan oleh Anlene, Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* yang sentiasa menyokong dan menggalakkan orang ramai supaya menjaga tulang, sendi dan otot yang kuat melalui pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Tinjauan ini dilakukan secara blind survey pada awal bulan Ogos di kalangan 320 responden pertengahan usia untuk mengenal pasti pemahaman mereka mengenai kesedaran dan pandangan mereka tentang penjagaan kesihatan tulang secara am.

“Melalui respons mereka, kami dapati masih ada jurang dalam pemahaman mereka mengenai kesihatan tulang. Terutamanya berkaitan dengan penjagaan tulang dan sama ada mereka memberi perhatian yang mencukupi untuk menyokong tulang, yang berfungsi bersama dengan sendi dan otot untuk membantu kita bergerak dan menjalani kehidupan seharian,” kata Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia.

Untuk membantu warga Malaysia memahami kesihatan tulang dengan lebih baik dan menggalakkan mereka supaya lebih prihatin terhadap penjagaan tulang mereka, Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021, yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun. Kempen ini akan mengetengahkan bagaimana tulang kita yang mungkin menjadi semakin lemah seawal usia 30-an setelah mencapai puncak jisim tulang. Jadi kita perlu melakukan intervensi gaya hidup untuk membantu melambatkan proses ini supaya tulang kita boleh terus memberi sokongan kepada gaya hidup yang aktif berserta dengan pergerakan yang baik sehingga ke usia emas.



Megawati menasihatkan: “Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat; dan mengambil diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein. Mengekalkan berat badan dalam julat normal indeks jisim tubuh juga penting kerana kurang berat badan (Indeks Jisim Tubuh kurang daripada 19kg/m2) mampu mempengaruhi kesihatan tulang kita.

Apa yang menarik ialah, tinjauan Anlene juga turut mendapati bahawa 30% responden tidak tahu berapa banyak kalsium dan vitamin D yang harus diambil setiap hari; dan hanya 30% responden meminum susu setiap hari.

Untuk ini, Megawati menjelaskan lebih lanjut: “Orang dewasa disarankan untuk mengambil sekitar 1,000 – 1,200mg kalsium dan 15 - 20mcg vitamin D dalam sehari, sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan tulang harian mereka. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa dalam diet harian yang kekurangan makanan kaya dengan kalsium, mungkin sukar untuk memenuhi keperluan kalsium harian kita. Sebagai contoh, kita mungkin perlu mengambil 200 - 240 mangkuk nasi untuk memenuhi kalsium harian yang kita perlukan.

Oleh itu, ia adalah penting untuk mengenal pasti sumber makanan yang kaya dengan kalsium dan mengambil makanan tersebut dalam diet seimbang kita. Sebenarnya, kalsium boleh didapati dalam sumber makanan seperti susu, sayuran berdaun hijau, ikan bilis, produk soya atau produk diperkaya kalsium lain. Manakala vitamin D boleh didapati dalam ikan berlemak (sebagai contoh salmon, sardin), kuning telur dan produk diperkaya vitamin D termasuk susu.”

Tambahnya lagi: “Oleh itu, kami menggalakkan semua orang dewasa untuk membuat pilihan makanan yang bijak dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Produk tenusu yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein membantu untuk memenuhi keperluan pemakanan harian mereka”.


Sebagai contoh, setiap gelas susu Anlene™ dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa. Rangkaian ACTIFIT 3X ™ dilengkapi dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, dan vitamin B2, B6, B12, C, D, dan E. 



Manakala Anlene™ GOLD 5X™ dirumuskan secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat-zat penting seperti tersebut tadi, ditambah dengan MFGM Active™, yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tiada gula tambahan.

Kajian menunjukkan bahawa peserta yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Membran Globul Lemak Susu) dan zat-zat penting berserta dengan senaman berkala setiap hari, mengalami peningkatan fleksibiliti sebanyak 2 kali ganda, peningkatan keseimbangan sebanyak 3 kali ganda dan peningkatan jisim otot sebanyak 40% lebih banyak berbanding kumpulan kawalan.

Bercakap dalam rancangan temu bual TV sebagai sebahagian daripada kempen Hari Osteoporosis Sedunia, Profesor Madya Dr Nor Faissal Yasin, Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan UM Specialist Centre menasihati rakyat Malaysia untuk memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang, seperti osteoporosis yang mungkin dihadapi oleh hampir 1 daripada 4 rakyat Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas.


“Osteoporosis ialah penyakit senyap yang sering hanya diketahui apabila berlakunya keretakan tulang, biasanya pada pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang. Faktor risiko termasuk kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D, kekurangan aktiviti fizikal, kurang berat badan, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, usia lanjut, serta sejarah keluarga,” kata Dr Nor Faissal.

“Orang dewasa pertengahan usia harus memandang serius terhadap penjagaan tulang. Pencegahan osteoporosis merupakan amalan sepanjang hayat, yang boleh bermula dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari. Selain itu, warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga disyorkan untuk berunding dengan pakar penjagaan kesihatan untuk menilai kesihatan tulang mereka setiap tahun,” tambahnya lagi.

Tulang yang kuat merupakan salah satu asas untuk menyokong pergerakan, ketahui apakah Usia Pergerakan anda dengan menilai postur, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan anda dengan kuiz dalam talian Anlene Move Check https://movecheckquiz.anlene.net.my/ .