Monday, July 26, 2021

HARTL DOKTOR KONTRAK - Apa Yang Korang Perlu Tahu

 Hi Korang,

Kecoh di media social hari nie mengenai Hartal Doktor Kontrak

Kisah mengenai keluhan doktor-doktor kontrak yang mana mereka ini di tindas mengenai hak-hak yang diperjuangkan.

Mesti korang tak tau kan??

Meh sini kak lily terangkan ekkk












So begitulah ceritanya.

Pada pendapat kak lily lah kan, korang ni bagilah seperti yang di pinta. Di musim-musim pandemik ni kita memerlukan tenaga kerja perubatan yang terlatih.

Kalaulah kita ni orang-orang biasa ada ilmu kedoktoran tak perlulah pesakit covid 19 nieh ke hospital sebab kita boleh jaga sendiri. 

Janganlah tambahkan lagi kekusutan rakyat marhaen ini dengan isu-isu yang menyusahkan.

jom tunjukkan sokongan korang dengan hashtag #hartaldoktorkontrak


CAKNA Membantu Korang Untuk Memperbarui Skim Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) Secara Online

Hi Korang,

Di Musim PKP 3.0 ni, kak lily perhatikan ramai yang terjejas dengan perbelanjaan harian akibat di berhentikan kerja, syarikat gulung tikar, tidak boleh berniaga dan banyak lagi. Ini amat-amat menyedihkan bagi kita golongan rakyat marhaen ini.

Itu nak bayar, ini nak bayar semuanya nak di bayar tapi yang masuk hanya sebahagian daripada apa yang sepatutnya kita dapat, ini menyebabkan kita terpaksa ikut perut buat sementara waktu hingga segala-galanya pulih seperti sedia kala.


Bagaimana pula dengan insuran tahunan kereta?

Kalau tak di perbaharui memang payahlah kita nak bergerak ke sana ke mari. Macam kak lily kereta ini amat penting dalam kehidupan seharian yelah nak pi kerja, nak buat errands, nak balik kampung dan memacam lagik. Setiap bulan memang kak lily asingkan sedikit demi sedikit peruntukan untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta ni sebab kalau nak bayar sekali sekelepuk memang menangis oooo

Tapi bagi mereka yang betul-betul wangnya tidak mencukupi dan terpaksa jua untuk bergerak ke sana ke sini demi kelangsungan hidup, kak liy syorkan korang menggunakan khidmat CAKNA ini.

Apa itu CAKNA ??

Sini sini kak lily terangkan yer..


Cakna adalah program syarikat yang dikendalikan di bawah pengurusan CMA Solutions Sdn Bhd. CMA Solutions Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan Jun, tahun 2013 dan merupakan 100% syarikat bumiputera. CMA Solutions Sdn Bhd menawarkan perundingan dan perkhidmatan pembangunan perisian, reka bentuk web dan teknologi maklumat yang mesra kos, berkualiti tinggi dan premium. Hubungan akrab CAKNA ini dengan agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan, pengendali takaful, pemaju aplikasi mudah alih dan sektor swasta adalah bersatu teguh untuk mencapai wawasan dan kehendak pengguna.

Kini CAKNA menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. CAKNA menawarkan pembiayaan mikro kredit berkonsepkan ‘Qard Ul Hassan’ iaitu pembiayaan patuh syariah tanpa “interest” dan bebas riba’.

Bayaran balik pembiayaan ini adalah secara ansuran melalui potongan gaji kakitangan tanpa mengenakan bebanan “interest”.

Di antara kelebihan menggunakan CAKNA adalah :

1. Urusan Sepenuhnya Secara Atas Talian

Mudah dan ringkas. Perbaharui insurans dan cukai jalan kereta anda dari rumah

2. Pembayaran Mudah Tanpa Faedah

Nikmati program pembayaraan mudah insurans dan cukai jalan secara komprehensif dengan faedah sifar peratus bagi meringankan bebanan korang

3. Pembayaran Mudah Dengan Potongan Gaji

Butir maklumat diri anda selamat dan terjamin melalui bayaran secara potongan gaji


Jadi kak lily rasa cara ini bermanfaat untuk korang di luar sana yang mengalami masalah masalah kewangan untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran ni kan.


Cara mendaftar dengan CAKNA :

Klik ke www.cakna.my


Isikan butir-butir diri yang di perlukan untuk dapatkan sebut harga (quotation)

Perlu di ingatkan bahawa cukai jalan kederaan (roadtax) sekurang-kurangnya 2 bulan dari tempoh ianya berakhir dan pilih pakej yang ditawarkan. 


Pakej tanpa faedah dikenakan di atas pembiayaan dan E-covernote akan dipaparkan secepat 48 jam!


Siapakah Layak Memohon?

· Kakitangan Kerajaan

· Kakitangan GLC yang telah mendaftar dengan Coshare Holdings Berhad untuk potongan gaji

· Kakitangan Syarikat Swasta


Ini adalah proses skim pemotongan gaji dan pembayaran terus secara online


Ikuti video di bawah ini untuk info lanjut

 


Korang yang berminat dengan plan yang ditawarkan, dan ingin dapatkan senarai harga dan quotation dengan cepat dan mudah malah murah, boleh ke laman website mereka di www.cakna.my dengan memilih pelbagai pakej yang ditawarkan.


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :

Website Rasmi :

Facebook :

Instagram :



Friday, July 23, 2021

Go Shop menjenamakan semula CH111 kepada BAARU demi menyasarkan lebih ramai golongan milenial di Malaysia

Hi Korang,

Bermula dari 24 Julai 2021, Saluran 111 Astro akan dijenamakan semula ke Go Shop BAARU, saluran baharu berbahasa Melayu yang menyasarkan golongan milenial yang trendy dan bergaya. Bagi meraikan pelancaran saluran baharu ini, Go Shop akan memberikan baucar diskaun bernilai RM111 kepada pelanggan untuk menikmati tawaran menarik dari pelbagai produknya, sehingga 3 Ogos 2021.


Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing. Produk-produk trendy ini terdiri dari alat perkakasan dapur, makanan kesihatan ke produk kecantikan, fesyen dan pelbagai lagi, yang diyakini mampu memudahkan urusan seharian pengguna, praktikal dan menepati gaya hidup anak muda hari ini yang dilihat sentiasa sibuk dan aktif.

Pelanggan boleh menonton pelbagai program istimewa di Go Shop BAARU, dimeriahkan dengan program ‘Saluran 111 Countdown Flash Sale’ pada 23 Julai, 9.00 malam yang menawarkan diskaun sehingga 75% untuk produk-produk terpilih. Juga program yang bakal bersiaran selama 3 jam, ‘BAARU & Eksklusif’ pada 24 Julai, dari jam 9.00 pagi – 12 tengah hari, yang turut membariskan hos-hos selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal dan Aaron Aziz. Mereka akan memperkenalkan produk-produk baharu dan eksklusif, khas buat pelanggan.



Menariknya lagi, pelanggan boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM22 untuk pembelian berikutnya jika mereka membeli produk-produk yang disiarkan dalam program ‘BAARU & Eksklusif’, setiap hari, pada jam 9.00 malam. Di antara produk eksklusif Go Shop yang dipakejkan bersama (atau ‘bundle’) termasuklah Copper Diamond Bakeware, Aurasia Cookware, Lunaskinz dan minuman kecantikan Audela.

Jangan lupa untuk menonton saluran-saluran Go Shop di Astro – Go Shop BAARU (CH111), Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120) yang bersiaran dalam Bahasa Melayu atau CH303 untuk versi Mandarin, dan di saluran MYTV, CH120. Program-program Go Shop juga boleh distrim di laman sesawang atau menerusi aplikasi Go Shop. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat sebarang pembelian, anda juga boleh layari www.goshop.com.my atau muat-turun di aplikasi Go Shop; Go Shop app di Google Play dan App Store.