Wednesday, October 28, 2020

Jom Masak "Curry Clams" Di Rumah, Kita Jauhkan Diri Dari Tempat Sesak

Hi Korang,

Bila  sebut perkataan ‘clams’ terus terbayang makanan laut bercengkerang yang sedap. Sebagai contoh adalah seperti kerang, siput lala, ketam dan sebagainya. Siput lala yang besar, jika di masak akan terus keluar air jusnya yang manis. Makan tanpa nasi pun sedap ni. 

Makanan laut seperti ini memang ada banyak cara untuk memasaknya. Ia boleh direbus bersama serai, digoreng dengan sayuran, dibuat masak cili yang pedas dan banyak lagi. Dan salah satu cara lain yang juga sesuai tapi mungkin agak rare untuk memasak siput sebegini adalah dalam bentuk sos kari yang sedap. 

Resepi Lala Masak Kari

Kredit : Dayang Jack 

Bagi yang ingin mencuba resepi lala masak kari, di sini turut dikongsikan bahan dan cara memasaknya. Bila ada kelapangan nanti bolehlah masak dan hidangkan kepada suami dan anak-anak untuk makan bersama. 

Bahan-bahan yang diperlukan : 

  • 300 gm lala (dibersihkan) 
  • 5 biji bawang merah (dikisar) 
  • 2 ulas bawang putih (dikisar) 
  • 1 inci halia (dikisar) 
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (dijadikan pes) 
  • 1 sudu makan cili kering kisar 
  • 1 tangkai daun kari sedikit air asam jawa garam dan sedikit gula

Cara-cara untuk memasaknya : 

1 - Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 

2 - Tumis daun kari bersama bahan-bahan kisar sehingga kering. 

3 - Selepas itu, masukkan pes kari dan teruskan memasaknya hingga pecah minyak. 

4 - Setelah pecah minyak, masukkan lala dan sedikit air. Kacau rata hingga sebati.  

5 - Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak kemudian bolehlah dihidangkan. 

Bila dilihat semula pada bahan-bahan dan cara untuk memasaknya, ternyata resepi lala masak kari ini sangat simple, mudah dan tak menyusahkan. Dari segi rasa, InshaAllah akan menepati citarasa. Lagipun rakyat Malaysia ini kan sudah terbiasa dengan kari. 

Dalam masa yang sama, bila masak menu lala masak kari yang tidak pedas begini, secara tidak langsung anak-anak boleh turut menikmatinya tanpa masalah. Itupun jika kebetulan anak suka makan makanan laut dalam bentuk siput seperti ini. 

Kini Barangan Runcit Boleh Dibeli Secara Online 

Jika kebetulan di rumah itu ada barangan runcit yang telah habis, bolehlah cuba-cuba beli barang dapur yang sudah habis digunakan itu melalui aplikasi Foodpanda. 

Jangan terkejut kerana Foodpanda saat ini bukan saja hanya menawarkan servis pesanan dan penghantaran makanan serta minuman, sebaliknya ia turut menyediakan servis grocery delivery bagi memudahkan urusan pengguna seperti kita. 

Banyak pihak telah bekerjasama dengan Pandamart ini maka banyaklah barangan runcit yang ada untuk kita buat pembelian. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan masuk akal. Antara barangan yang ada adalah seperti susu bayi dan kanak-kanak, lampin pakai buang, makanan segera, bateri, barang mandian, makanan ringan dan bermacam jenis lagi. 

Mungkin ada di antara kita yang akan terasa kekok kerana sudah terbiasa beli sendiri di kedai atau pasaraya, tapi lama-kelamaan tentu akan berasa biasa. Silap haribulan terasa seronok kerana sudah tidak perlu bersusah payah untuk pandu, memilih barang dan tersangkut dalam kesesatan lalulintas seperti dulu. 

Jika dulu tatkala barang dapur habis, perlu keluar dari rumah untuk ke kedai atau pasaraya terdekat, tapi kini tanpa perlu melangkah keluar, barangan tersebut boleh tiba sehingga ke depan pintu rumah. Dengan adanya servis penghantaran barangan grocery seperti ini, masing-masing boleh kekal duduk di rumah dalam usaha untuk membendung penularan virus Covid-19 yang sangat merbahaya ini. 

Bagi anda yang sedang berkira-kira mahu beli barangan runcit habis di mana, mungkin Pandamart dapat membantu dalam soal ini. Jika tiba-tiba  terasa ingin makan sesuatu seperti Curry Clams ini, order saja bahan masakan yang diinginkan dan tunggu semuanya tiba sehingga ke depan pintu rumah sendiri. 


Ayam Goreng ‘MALA’ Terbaharu MARRYBROWN Menjanjikan Pengalaman Berapi MALA-TUP!

Hi Korang, 

Wah, Marrybrown ada ayam goreng baru lagi ek!! 

Excited plak akak ko ni kan, yelah makan-makan kot haruslah akak suka. 

Siap sedia warga Malaysia untuk letupan rasa yang mengejutkan! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaharu mereka yang bakal memikat citarasa anda: MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas. 

Ermm apa itu MALA? 

麻 Ma bermaksud sensasi yang di keluarkan daripada lidah & mulut, sementara 辣 La bermaksud amat pedas 

Mala-Tup sebenarnya berasal dari perkataan Melayu "Meletup" dalam bahasa kebangsaan Malaysia dengan makna meletup dari rempah-rempah Mala & sensasi pedas yang amat sangat hehehhe 

Jawabnya pedas tak henggat lah ni kan 



Berpegang pada motto, “something different”, hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau! 

Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala. 

"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua. 

“Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat.” 

4 Hidangan Istimewa Ayam Goreng MALA 

Rakyat Malaysia boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza! 

Kombo Ayam Goreng 3-pc, dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad. 

Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala – walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan! 

Kombo Bubur Ayam MALA 

Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik. 

Mala Box Meal 
Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad dan gegelang bawang rangup 

Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan! 

“Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik kepada para peminat MB serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan seperti MB Mala Fried Chicken yang terbaharu ini,” kata Dato 'Joshua. 

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna - di kedai mahupun di rumah! 

Pengalaman Makan Ayam Goreng MALA 

Ya ampun!! 


Pedas bagi kak lily tak kuat makan pedas hah. Seriously perut kak lily sensitif sket makan pedas-pedas nie tapi boleh je makan sket-sket cam tuh, bila makan tuh belum rasa pedas sangat tapi bila dah masuk dalam mulut ermm pedas menyengat hehhehehe 


Rasa kepedasannya sangat kena dengan ayam goreng, fries dan bubur ayam sekali, unik benar rasanya. Sangat-sangat berbeza 

Itu kak lily rasa lah kan. 



Kalau korang kaki pedas, memang patut cuba menu nieh. Cuba challenge level kepedasan korang itu kan, mana tau ntah-ntah tak pedas pun ek hehehehe.. 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 


Facebook: 

Instagram: 

Youtube : 
www.youtube.com/MarrybrownTV



#Marrybrown 
#MarrybrownMY 
#Something Different 
#Malatup 
#MBMalaFriedChicken 
#Mala 

Monday, October 26, 2020

Tahan™ Ultralight 35L Foldable Bag Dari PTT Outdoor, Beg Versatile Akak Yang Terbaru

Hi Korang, 

Bila cakap mengenai beg nie ermm seriously kak lily memang ada macam-macam jenis beg. 


Handbag lain, tote bag lain, laptop bag lain, beg pi pasar lain, sling bag lain kan, kalau beg recycle lagilah melambak-lambak lah hahahhha 


Kekadang tuh payah jugak bila kena bertukar-tukar beg nak ke sana ke mari so kak lily mencari beg yang boleh di gunakan untuk setiap waktu dan pelbagai aktiviti yang boleh kak lily angkut semua barangan keperluan. 


As usual, google punye goole cari Outdoor Bagpack dan Travel bagpack tup tup keluarlah Tahan™ Ultralight 35L Foldable Bag Dari PTT Outdoor. 

Bagus google ni lah.

Masa dapat tuh, ermm heran gak kemain kecik nak jer kotaknya tapi bila dah bukak oh besar. Dah nama pun foldable bag so beg tu di lipatlah kan. 



Tahan™ Ultralight 35L Foldable Bag ini menggunakan bahan poliester ‘Water Resistance‘ sebab tu ianya nampak nipis dan ringan. Kalau korang tengok betul-betul memang luas yer di dalam beg ni. 




Kak lily suka tali di bahunya nampak selesa walaupun nipis. Bila kak lily letak di bahu memang tak de rasa terbeban pun dan talinya boleh di laras mengikut keselesaan korang ek. 

Boleh di gayakan untuk apa jua aktiviti itu yang membuatkan kak lily bertambah suka, senang nak bawak naik motor pi keje. Even untuk bawak jejalan ke pun best gak, untuk kaki hiking seriously kak lily syorkan beg Tahan ni jugak, sebab ringan so tak delah korang rasa terbeban bila mendaki bukit atau gunung nanti. 

Ok suker kan! Hehehehe.. 



Untuk korang yang masih tercari-cari beg sebegini, kak lily kongsikan promo code : 10FORYOU dan korang dapat 10% off untuk Tahan 35L Ultralight Bag nieh. 




Nah check it out kat link nieh ek : https://www.pttoutdoor.com/product/tahan-ultralight-35l-foldable-bag/ dan kalau korang nak tahu beg ini merupakan model beg ‘bestselling‘ yang pertama keluaran PPT Outdoor. 


Jom FOLLOW dan LIKE mereka di social media berikut : 


Website : 


Facebook Page : 


Instagram :