Monday, May 25, 2020

SENSENIQUE NATURAL | Syampu dan Perapi Tanpa Bahan Silikon, Sulfat & Betaina

Hi Korang, 

Masalah rambut gugur ni sudah sinonim dengan wanita yang berumur 30 tahun ke atas, mungkin kurang hormon dan vitamin baik di dalam badan kita. Pemilihan syampu yang salah juga menjadi salah satu faktor gugurnya rambut. 


Ye kak lily pun mengalami dan senantiasa mencuba pelbagai jenis syampu. Setelah di perkenalkan oleh kawan-kawan, jadi kak lily pun mencuba syampu Sensenique yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. 

Fakta Yang Perlu Diketahui Mengenai Syampu Sensenique 

Buih 

Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampu yang biasa anda gunakan. Namun, tidaklah bermakna syampu ini tidak membersihkan rambut korang atau korang perlu menggunakan lebih banyak syampu daripada biasa. Rambut mestilah benar-benar basah sebelum korang menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural. 

Korang hanya menambahkan air supaya menikmati pembersihan yang berkesan dan bukannya menambahkan lebih syampu seperti yang biasa korang lakukan. Justeru, korang menggunakan kuantiti produk yang sedikit untuk memperoleh kesan pembersihan yang lebih baik. 



Keadaan rambut selepas menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural 

Kulit kepala korang mungkin mengambil masa seawal 2-3 minggu hingga selewat 1-2 bulan untuk serasi apabila korang bertukar kepada cara penjagaan rambut yang benar-benar semula jadi. 

Pada permulaannya, rambut korang mungkin terasa sedikit kering dan kasar. Ini merupakan tempoh penyesuaian untuk syampu ini membantu rambut korang dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia. 

Selepas tempoh penyesuaian ini, korang akan mendapati bahawa rambut korang lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang. Hasilnya, korang akan memperoleh rambut dan kulit kepala yang lebih sihat. 

Cara untuk menggunakan penjagaan rambut TIADA Silikon, Sulfat & Betaina yang betul 

• Pastikan rambut benar-benar basah sebelum menggunakan syampu. Jika rambut tidak betul-betul basah, sukar untuk menggunakan produk dan meratakannya pada rambut. 

• Gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Korang sebenarnya memerlukan kuantiti yang sedikit sahaja. Jika korang mahukan lebih banyak buih, gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampu dan memudahkan syampu merata ke seluruh rambut korang. 

• Bersyampu sebanyak dua kali. Jika rambut korang tebal atau kasar, bersyampu sebanyak dua kali. Pada kali yang kedua, syampu akan lebih mudah berbuih dan rambut yang tebal atau kasar dapat dibersihkan dengan lebih mudah dan lebih berkesan. 

• Bilas rambut dengan sempurna. Sebarang sisa syampu akan menjadikan rambut terasa berat. 

• Susuli dengan perapi. Gunakan jari jemari untuk meratakan perapi daripada bahagian tengah panjang rambut hingga ke hujung (kulit kepala tidak perlu disapu dengan perapi, terutamanya jika rambut anda halus atau berminyak). Kemudian bilas dengan sempurna. 

Bagi yang ingin mencuba syampu dan perapi Sensenique Natural boleh dapatkan di link dibawah. 


Sangat sesuai bagi yang sangat mementingkan penjagaan rambut semulajadi kerana ia diperbuat dari minyak semulajadi dan pati minyak. Syampu dan perapi ini diperbuat di bawah GMP dan standard ISO 9001. Produk ini juga disahkan HALAL dan tanpa ragu-ragu menggunakannya. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari : 

Website : 

Facebook : 
www.facebook.com/senseniquenatural 

Instagram : 
www.instagram.com/sensenique 



Nota: Formula syampu dan perapi tidak mengandungi Kokamidopropil Betaina, Koko Betaina, Sodium Lauret Sulfat (SLS), Sodium Lauril Sulfat (SLES) dan Ammonium Lauret Sulfat (ALS).


Saturday, May 23, 2020

www.ver5ion.com | Berita Gaya Hidup Terkini Kepada Rakyat MALAYSIA

Hi Korang,


Ver5ion disiarkan secara langsung hari ini dengan laman digital mereka, www.ver5ion.com, yang bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada rakyat Malaysia mengenai berita kesihatan, kecantikan, fesyen dan gaya terkini dari seluruh dunia. 



"Kami sangat teruja untuk berkongsi laman ini kerana kami mahu rakyat Malaysia mengenali pelbagai aspek pendirian dan mendorong mereka untuk menjaga imej luaran dan dalaman mereka melalui portal ini. Dengan laporan indeks kebahagiaan rakyat Malaysia yang terkini, ia adalah penting untuk mencari kebahagiaan dalam diri kita dan terus mengetahui bagaimana mencapainya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ver5ion, Cik Veronica Lee. 

Laman web yang mempunyai tujuh bahagian; Fesyen (Fashion), Kecantikan (Beauty), Gaya Hidup (Lifestyle), Blog, Ver5ionShop, Discovery dan Brands. Ia membawa pembaca pengalaman transformasi digital dengan artikel, satu per satu. Tidak seperti portal lain, ia menawarkan lebih daripada sekadar kandungan atau pengalaman membeli-belah, ia adalah portal hibrid yang mendorong pegenalan diri dan mengenal pasti pilihan mereka. 

Fesyen (Fashion) 


Segmen yang menghurai tentang Trends, Outfit Inspo, Gaya Selebriti, Nasihat Gaya, Aksesori dan Fesyen Terkini untuk mengenali cara memapalkan penampilan diri terbaik setiap hari di mana- mana sahaja. 

Kecantikan (Beauty) 


Bahagian ini merangkumi semua perkara tentang Skincare, Makeup, Hair, Body & Nails, Fragrance dan Beauty News untuk menjadikan anda kelihatan berseri dan bersedia untuk dunia. 

Gaya hidup (Lifestyle) 


Segmen ini memberi anda maklumat terkini mengenai Wine & Dine, Fitness & Health, Entertainment, Travel & Interiors, Technology, Guide to Life dan News Bites supaya anda dapat menikmati kehidupan sepenuhnya. 

Blog 


Blog merangkumi pelbagai topik, perkongsian maklumat penting dari sumber luaran dan dalaman kami. 

Kedai Ver5ion (Ver5ionShop) 

Platform e-dagang kami yang membolehkan anda membeli barang kegemaran anda tanpa memecahkan bank simpanan anda. 

Penemuan (Discovery) 


Di bawah bahagian Penemuan, anda dapat mengetahui tawaran, promosi dan penjualan rahsia yang sedang dijalankan. Tambahan, jimat banyak perbelanjaan! 

Jenama (Brands) 

Di bahagian ini, kami membenarkan diri untuk berenang di lautan jenama lain dan mempelbagaikan pandangan anda mengenai pelbagai jenama dan topik. 

Penuh dengan kandungan berinformasi, Ver5ion memberikan pandangan mengenai topik kehidupan yang berbeza seperti pakaian asas dalam almari, trend pakaian cuaca tropika, panduan lengkap berus solek, 9 podcast yang setiap wanita perlu mendengar untuk menperkakaskan pendirian, 9 permainan dan aplikasi dalam talian percuma yang anda boleh bermain dengan rakan semasa MCO dan banyak lagi. 

"Dalam pengharungan krisis pandemik global, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia supaya beroptimistik dan mendorong mereka melakukan perubahan baru. Sementara ini, kami berharap agar artikel kami dapat memberi maklumat terkini, membawa perubahan dalam diri mereka dan berkembang menjadi individu yang lebih baik,” jelas Lee. 




Dalam meraikan pelancaran www.ver5ion.com, Ver5ionShop akan memberikan potongan harga istimewa sebanyak 20% apabila pelanggan membeli jenama fesyen tertentu. Tertakluk kepada jenama terpilih dalam semua kategori di Ver5ionShop, promosi ini akan dijalankan mulai 15 Mei 2020 sehingga 14 Jun 2020, di mana pelanggan dapat menjimat apabila membeli blaus, seluar pendek, skort (skirt + seluar pendek), seluar, gaun, skirt dan blazer. 

Dengan orang ramai mengambil langkah-langkah berjaga yang ketat ketika masa yang sukar ini, Ver5ionShop akan menghantar pesanan kepada pelanggan yang berada di kawasan Lembah Klang buat masa ini. 

Ketahui lebih lanjut mengenai Ver5ion hari ini di www.ver5ion.com

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/ver5ion/

Website: 
https://www.instagram.com/ver5ion.official/?hl=en


Thursday, May 21, 2020

Jom Raya Secara Sihat Dengan Kismis California

Hi Korang,

Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. 


Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini. 

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut : 

1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil 

2. Pilih makanan yang sihat. 

3. Pilih makanan yang tinggi serat 

4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak 

5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut 

6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam 

7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula 

Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus. 

Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan 

Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi. 

Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek. 

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati. 

Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenaifakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org

Cik Nurul Aziah Musa.

Di sini kak lily sertakan 2 resipi istimewa daripada Pakar Pemakanan, Cik Nurul Aziah Musa.

Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad 

Bahan-bahan Puding Roti 

4 sudu besar Kismis California 
2 sudu makan mentega dicairkan 
8 keping roti sandwich 
500 ml susu segar 
3 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla 

Sos Kastard 

Susu segar 400 ml 
Air 50 ml 
1 sudu makan gula perang 
2 sudu makan tepung kastard 

Cara Penyediaan Puding Roti 

1) Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas 
2) Tambah 3 biji telur 
4) Masukkan mentega yang dicairkan 
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla 
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati 
7) Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti 
8) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati. 
9) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi 
10) Taburkan Kismis California 
10) Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius 

Cara Penyediaan Sos Kastard 

1) Tuangkan susu segar 
2) Masukkan air 
3) Tambah gula 
4) Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul 
5) Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api 


Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat. 


Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California 



Sos Buah Mangga dan Kismis California 

3 sudu besar Kismis California 
1 biji mangga dipotong kiub 
½ biji mangga pureed 

Bahan Dadih 

2 cawan air 
10 g serbuk agar-agar 
1 litre susu segar 
3 sudu makan gula perang 

Cara Penyediaan Dadih 

1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih 
2. Masukkan susu segar dan gula 
3. Apabila sudah mendidih tutup api 
4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk 
5. Masukkan ke dalam peti ais 

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga 

1. Kisar mangga hingga menjadi pureed 
2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib 

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi. 


Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org dan juga www.caraisins.com .


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW FB https://www.facebook.com/RACASEAN untuk lebih info