Tuesday, April 23, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 Di Me’nate Steak Hub

Hi Korang, 

Meh kak lily sambung lagi citer mengenai Ramadan review ni ek 

Kali ni kak lily ke Me’nate Steak Hub di outlet Vista Alam Shah Alam. 


Me’nate Steak hub sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan makanan barat yang terbaik di kalangan masyarakat Malaysia. Sempena Ramadan kali ini, Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan promosi ramadan. 





Kali ini Me'nate masih mengekalkan bufet ramadan untuk berbuka puasa yang menawarkan dan menyajikan sehingga 40 menu hidangan dari pelbagai pilihan makanan. 

Ermm 40 menu hidangan tuh, meh kita tengok di antaranya ek: 








Mengekalkan konsep tradisi, Me’nate menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan istimewa Kambing Golek menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan.



Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow digoreng panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan. 




Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate. 


Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me'nate, tidak perlu khuatir kerana selepas jam 8.30 malam Restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa. 

Kelainan dan keistimewaan RAMADAN 2019 kali ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana 1 set boleh dimakan 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan dan setiap pakej tersebut boleh dinikmati seisi keluarga. 



Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan pelanggan diberikan akses PERCUMA ke hidangan bufet pemanis mulut/dessert. Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.

Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate telah melantik dua selebriti terkenal sebagai IKON ME’NATE bagi membantu sebagai mempromosikan PAKEJ RAMADAN BUFET dan FAMILY PLATTER. 



Selebriti tersebut adalah Shukri Sahar atau dikenali sebagai Shuk Raja lawak dan penyanyi serta pengacara Elly Mazlein atau popular dengan gelaran ‘Kak Lina Pompom’. Pemilihan mereka adalah disebabkan keserasian mereka apabila bekerja bersama. 

Seronok kami dihiburkan dengan gelagat mereka berdua ni. Gelak sakan tak abis-abis hah 

Me’nate juga menjemput para syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat. 

Buffet ramadan di Me’nate Steak Hub ini bermula dari 6hb Mei sehingga 4hb Jun 2019


Sempena Ramadhan Ini Me'nate membawakan 3 pakej yang berlainan iaitu:

[Pakej A] Buffet Western & Local Cuisine

RM79.90 untuk dewasa 

RM39.90 untuk kanak-kanak

Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran. 

[Pakej B] (5-6 Pax)
• Premium Family Platter - RM 450 (Exc SST)

[Pakej C] (5-6 Pax)
• Super Premium Family Platter "Mengandungi Daging Wagyu" - RM 650 (Exc SST)


Jom kita ke: 

Me’nate Steak Hub 

Setapak
C-01-01 & C-01-03, Starparc Point, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Danau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia

Ampang Jaya
16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang Selangor

Bangi
25, Jln Medan Pusat 2D
3B Curve Business Park
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Shah Alam
Lot F-36, Vista Alam
Jalan Ikthisas 14/1 off Persiaran Damai
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor


Johor Bahru
No. 113 & 115, Jalan Glasiar, 
Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi :

11am-11pm (Mon-Thu, Sat-Sun)
3pm-11pm (Fri)


Meh sini layan video Me'nate ni ek, alah untuk korang tengok-tengok kan



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa. 



Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu restoran
Ruang makan yang luas dan selesa.

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



Monday, April 22, 2019

Happy Me, Happy Tummy

Hi Korang,

Tengah buat ape tu? 


Hopefully you guys happy dan sihat sokmo ok.. 

Sekarang ni kan cuaca panas lit-lit kat luar sana. Satu je pesanan kak lily kat korang, minum ayaq masak banyak-banyak pastu kurangkan aktiviti luar yg perlukan korang untuk lepak lelame kat bawah cahaya matahari tu ha… Keadaan panas yg melampau ni kadang-kadang boleh buat korang kena strok haba tau.

Ingat tuh!


Sakitnya tu perghhhh memang bikin korang pening kepala sampai rasa macam rambut korang kena elektrik tarik2 tu lah. So, take care tau guysss… Rasa badan korang lain macam je, terus je pergi klinik ataupun hospital wokeh? Bak kate omputih, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Kalau dah sakit, macam-macam benda boleh tergendala tau. 


Antara benda yg boleh buatkan kak lily suke keluar rumah adalah berkaitan dgn makanan or food Hahahahaha… Korang pun tau kan yang kak lily dan makanan memang kompem berpisah tiada.

Tapi prinsip kak lily, makan untuk hidup ok, bukan hidup untuk makan je semata… Bagi kak lily, jadi food hunter ni feeling die happy semacam je nak-nak lagi bile kite tengok orang happy dan suka dgn makanan yang kita recommend kan tu.. Selalunye sebelum kak lily nak ke satu tempat tu, kak lily memang akan usha setiap comment pastu reaction orang cemane mengenai tempat tuh. Takpun kak lily sendiri yang akan pi check it out tempat tu dulu, rasa dan bagi semua lima bintang, then baru kak lily bagitau kat orang pasal tempat tu. Kalau setakat bintang biasa-biasa tu kak lily tak bagitau sangat kat orang la, melainkan kalau kak lily sendiri yg bawak orang ke tempat tuh. Eh sensitif menda-menda cam ni tau


Hari tuh kak lily  ade dapat satu email mintak untuk buatkan satu video ni. Video pasai ape lagi, pasai makanan lah… Hahahahaha… So aku pun bukak lah email tu and baca segala details mak nenek yang ade kat sana. Kang kalau main terjah je, hentam keromo punye pasal, pastu ada masalah pape berlaku, then diaorang takleh buat ape tak ke berputih mata ahkak ko ni nanti. Jadinya untuk elakkan dari benda ni berlaku, kena lah pastikan semua input yang sepatutnya korang kena tahu dengan lengkap. Plus tempat yang nak buat video tu kat Sri Petaling tau, baru kak lily puas hati dengan everything. 

So, mari kite start yooo.. 

Kak lily pun search kat google pasal Sri Petaling hotel booking. Kenape kena booking hotel pulak? Sebabnya bagi kak lily, kena bagi badan kite rehat cukup-cukup tau sebelum nak buat satu-satu aktiviti especially aktivti yg melibatkan payment ni ha. Iyelah, org dah penat bayo kite, tup-tup kita buat cincai buncai je. Memang sekali je lah orang tu ajak ko guysss… Lepastu, bye bye jelah iye.

Kak lily ni pulak jenis kalau hotel ni memang nak cari tempat yang selesa, comfortable untuk tidur. Dapat tidur puas-puas baru badan kite jadi segar. So, kite akan seronok nak buat kerja, tak kesah la keje pape pun kan… Kak lily kalau boleh nak semua requirement tu tapi dengan harga yang murah. Hahahahaha.. melampau kan hehehe


Banyak cekadak congeh kan kak lily ni sebenarnye. Nak itu ini, tapi nak harga murah..

Kak lily tau memang susah nak jumpa tapi tak salah untuk mencuba dan mencari. Manalah tau dapat jumpe ke kan… Kalau dapat jumpe ikut spec kita tu, alhamdulillah la iye. Kalau tak jumpe, takpelah yang penting kite dah usaha cari. Dapat jumpe yang ala-ala yang buatkan kite happy plus selesa pun dah cukup dah sebenarnye. Lepas 15 minit pencarian kak lily ni, akhirnye terjumpe b lot hotel booking. Terus kak lily pun check lagi sekali everything sebelum book hotel tu. Dah check semua, kak lily pun puas hati dengan everything, dan terus je click lah button book tu. Akhirnye pencarian kak lily selama 15 minit tu pun membuahkan hasil yang buatkan ahkak ko ni senyum sampai ke telinga lah kan… hehehee… 

Bile mood manyak happy, kita pun suka hati. Kirija pun semua jadi woooo.. 

Tak caya ke guys?
Cube buat dulu.. Apa-apa korang roger-roger ahkak ko tau? Take care naa…




Promosi Buffet Ramadan 2019 ‘Destinasi Rasa' di Le Meridien Putrajaya

Hi Korang, 

Kak lily sambung lagi citer pasal buffet Ramadan ni ek hehehhe 

Kali ni kak lily akan bawa korang ke Latest Recipe di Le Meridien Putrajaya. Ermm dekat nau dengan rumah kan so seharusnya kenalah perrgikan hehehe 


‘Destinasi Rasa’ di Le Meridien Putrajaya merupakan promosi buffet Ramadan Edisi ke-3 yang sangat-sangat popular dan ianya menjanjikan menu masakan dari setiap negeri-negeri di Malaysia ini. 


Para tetamu akan dapat menikmati citarasa masakan yang sangat-sangat istimewa di sepanjang bulan iaitu dari 6 Mei hingga 4 Jun. Para Chef telah menggabungkan kepakaran mereka untuk menghasilkan menu-menu kampung istimewa seperti termasuk cencaru pais kelapa, patin tempoyak, Daging Salai Masai Lemak Cili, ekor asam pedas dan barbecue kampung stall. Tidak ketinggalan juga kambing panggang dengan nasi kebuli








Hidangn daging dendeng Ibunda juga bakal menjadi kemucak di dalam segala hidangan yang terdapat di buffet Ramadan kali ini. Hidangan ini mempunyai akar dalam masakan Jawa dan disediakan dengan rempah tradisional, lengkap dengan herba tempatan dan akan dipaparkan pada menu setiap malam. 





Hidangan istimewa lain di lima menu berbeza mempunyai pelbagai hidangan seperti Ikan Berlada, Udang Goreng Cili Api, Sotong Sambal Cili Padi, Ayam Masak tempoyak, Cencaru Sumbat. 


Menu senantiasa di hidangkan secara bergilir-gilir sepanjang minggu untuk memberi tetamu satu pilihan untuk pilihan sesuai dengan keutamaan mereka. Buffet Ramadan pada setiap malam ini menjanjikan lebih daripada 100 hidangan yang lazat untuk pengunjung untuk menikmati. 


Sebagai tambahan kepada menu 'buka puasa' istimewa, pelbagai menu harian yang istimewa juga akan disediakan di setiap lima dapur secara 'live'. Jika korang seorang peminat masakan Jepun, gulungan sushi, salmon dan tuna dalam bentuk salai dan sashimi disediakan. Daging panggang segar dan panggang, dengan ‘signature’ sos, juga disediakan setiap hari untuk dinikmati oleh semua tetamu. 




Hidangan pemanis mulut juga menarik seperti teppanyaki ice-cream, with flavourful accompaniments Sebagai alternatif, kek, custard, jeli dan air pancut coklat kegemaran orang ramai dengan marshmallow dan buah segar, tidak ketinggalan 

Untuk buffet ‘Destinasi Rasa’ ni, ianya bermula dari 6hb Mei 2019 – 4hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

EARLY BIRD : RM120nett dewasa dan RM60nett (kanak-kanak 5-12 tahun) pembelian voucher sehingga 30hb April 2019 

Harga Walk In : RM168nett (dewasa) dan RM84nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Tetamu boleh menikmati diskaun pilihan untuk pemegang kad debit atau kad kredit CIMB, Maybank, Citibank, HSBC dan UOB (terma & syarat dikenakan). 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Le Meridien Putrajaya boleh hubungi di talian 03-8689 888/6847/6868, email ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com 

Jom kita ke :- 

Le Meridien Putrajaya Hotel 
Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 
Sepang, 62502 Putrajaya 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 




Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.