Friday, September 7, 2018

Happy Birthday Cik Lily Putih!!!

Hi Korang,


Yeah happy birthday to me!!! 🎂 🎂 🎂 🎂 🎂

Dah masuk 40 tahun dah wei, seriously kak lily tak sangka pun. Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu.

Tahun ni tak de celebration apa-apa pun sebab dah 40 tahun so rasa malu tuh dah mula menguasai diri, seganlah nak potong-potong kek tapi kalau bagi kek sebijik I liked!! hehehe

Nak apa? ermmm

Tak de apa lah rasanya semua dah cukup setakat ini tapi kalau boleh rasanya kak lily nak jadi seorang yang lebih sabar dalam menghadapi dugaan, tak mudah melenting dan senantiasa berfikir sebelum bertindak. 

Zaman sekarang punya dugaan lain macam, sangat-sangat menduga iman.




Terima kasih kawan-kawan, adik-adik, sanak saudara di atas ucapan hari jadi yang di berikan. Semoga mendoakan yang baik-baik dan kak lily doakan untuk korang jugak ye

Tapi tahun ni seronoklah sambut birthday memang tak potong kek pun tapi kitaorang pi holiday yang sangat-sangat best

Nanti kak lily citer lagi la ek....

Selamat berehat semuanya...











Wednesday, September 5, 2018

DK IMPIAN @ DAMANSARA WEST, Kediaman Citarasa Anak Muda Masa Kini

Hi Korang,

Orang kata pelaburan dengan membeli rumah sebagai aset adalah salah satu langkah jangka masa panjang yang sangat bijak. Ini kerana memiliki kediaman bukan hanya dianggap sebagai keperluan asas bahkan kita juga boleh jadikan pelaburan untuk mendapat kewangan secara konsisten melalui pemberian sewaan. 


Kebetulan pula kak lily telah berkunjung ke dk Impian Sales Gallery baru-baru ini bagi melihat sendiri rumah dibawah projek mereka. Kebetulannya ada kengkawan duk mengesyorkan pemaju ini memandangkan kreadibilitinya sebagai pemaju hartanah di Malaysia cukup popular melalui pencapaian yang pernah diperolehi. 


Sebenarnya, kak lily mencari-cari lokasi hartanah di kawasan yang mempunyai kemudahan aksessebiliti. Memandangkan target sebenar kak lily untuk mendapatkan hartanah bagi tujuan untuk disewakan sebagai pendapatan sampingan. Jadi lokasi yang dipilih perlulah yang menjadi tumpuan bakal penyewa yang inginkan kemudahan pengangkutan awam, lengkap dengan fasiliti, berdekatan dengan pusat pendidikan seperti kolej, pejabat dan sebgainya. 

Dan seharusnya kak lily memilih dk Impian di Damansara West. 


Rumah yang dibina di bawah Akta Hakmilik Strata ini bukan hanya menawarkan rekaan dalaman yang cukup menarik, bahkan jika dilihat kepada susun atur bangunannya cukup sempurna. Contohnya terdapat tempat beriadah/beristirehat di kawasan rata di atas bumbung paling atas. Tidak dinafikan ianya agak unik dan antara port yang pasti menjadi tarikan. Terdapat juga kawasan kolam mandi yang terletak di bahagian tengah mengelilingi blok-blok bangunan dk Impian. 

Antara ciri lain yang menarik untuk rumah di dk Impian ini ialah ianya mempunyai 2 kunci utama di bawah satu unit rumah. Terutama bagi mereka yang ingin menyewakan bilik, pasti tidak akan ada masalah privasi. Di mana penghuni-penghuni rumah tersebut akan memasuki rumah mereka dengan menggunakan 2 pintu yang berlainan. Yang bestnya pemaju juga ada menawarkan pemasangan "build-in" kabinet seperti katil, sofa dan rak pemyimpanan (rak buku) 

Jadi sekiranya, jika kita ingin sewakan bilik dari rumah yang kita diami di sini. Tidak akan ada masalah 'privasi' yang sering diutarakan oleh penyewa. Terdapat banyak jenis rekaan susun atur ditawarkan. Ianya bergantung kepada saiz pembukaan lantai pada unit yang ditawarkan. 

Antaranya adalah seperti:- 


Agak kecil jika dibandingkan dengan siri yang lain. Untuk anak-anak yang bujang pasti menyukai rekaan 'simple' seperti ini. 

Katil yang boleh dilipat menjadi sofa

Dapur 

Sofa di ruang tamu 

Rumah yang sederhana besar. 

Dapur dan ruang belajar 

Rak buku 

Tandas, agak luas juga 

Yang ini keluasannya agak luas dan sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. 

Tandas 

Katil di bahagian bilik utama 

Kelihatan ruang dapur, ruang rehat dan bilik air. Lebih cantik dan luas. 

Harga adalah bermula daripada RM320,000, pada pengamatan kak lily ianya cukup berbaloi jika kita melihat kepada rekaan rumah, fasiliti dan kemudahan yang diberikan. 

Untuk pembelian, booking dan pertanyaan lebih lanjut. Boleh hubungi :- 

017-2002322 

017-2006662 

Boleh kunjungi showroom di:- 

Pantai Berkat Sdn Bhd 
No 25 Jalan Uranus AG U5/AG, 
Bandar Pinggiran Subang 
Seksyen U5 
40150 Shah Alam, Selangor 

Atau layari laman web www.dkimpian.com.my

Landmarks : Nak ke lokasi dk Impian Sales Gallery, waze atau google maps sahaja lokasi yang hendak dituju tau! 


Credit info dan photos dari : Ayu Rafikah





Tuesday, September 4, 2018

ShakeITZ Selfie Drink, Nak Kurus Tak Yah Lapar

Hi Korang, 

Memang kurus ni jadi impian kak lily ek 

Bukan kak lily sorang kot majoriti semua orang dalam dunia ni, even peha dah kecik pun sibuk kata gemuk, rasa cam nak tampar-tampar jelah kan. Kita nak kurus ni salah satunya bukanlah nak cantik sangat tapi more to healthy parts, tak nak ada penyakit singgah itu je. 

Dan yang penting senang nak cari saiz baju ye.. 

Tak delah berat sangat masalah berat badan kak lily ni kot cuma kalau boleh 

· Rasa kurus sket 

· Nak buang buncit kat perut tuh sebab bila OOTD perut nampak dulu 

· Lengan dah macam hulk so kena kurangkanlah 

· Dapat beli baju saiz kecil la sket macam L ke M kan 

Memang ye banyak dah minuman kesihatan yang kak lily dah cuba tapi cam tuhlah, kalau tak reti kawal pemakanan memang tak akan jadik punya lah. Semua ni kena berterusan then barulah nampak keberkesanannya. 


Tup-tup macam ada orang tau je kak lily sibuk mencari minuman kesihatan ni, so dia bagi kak lily mencuma produk Shake ITZ. Wah shake shake uolls hehhehe 

Tengok packaging ada gambar epal hijau so automatically kak lily assume mesti rasa makan kan, ermm tidak ye langsung tak de rasa masam pun tau. 

Untuk pengetahuan korang, minuman Shake ITZ dihasilkan daripada pelbagai ramuan hebat. Di antaranya seperti Gluthathione, Vitamin C, Apple Stemcell, ekstrak Teh Hijau, Garcinia Cambogia, biji Kopi Hijau, Vitamin E, Fenugreek dan Sucrose. 

Tau ke fenugreek tuh hape? 


Fenugreek iaitu halba. Kebaikan halba ini memang ramai yang tahu. Kalau dari segi masakan ianya juga memberikan rasa yang sedap dan aroma yang hebat. Halba juga dikatakan mampu mencegah kita mudah terhidrat, menghapuskan kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan, memberi tenaga dan bagus untuk mereka yang mempunyai masalah diabetis. 


Epal hijau antara buahan yang mempunyai vitamin C. Antara kelebihan epal hijau ianya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. dapat memastikan aliran darah dalam badan sentiasa lancar serta membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Justeru itu, ini akan dapat memastikan penyakit berkaitan jantung dapat dihindari. Khasiat daripada epal hijau dapat menjadikan kulit lebih cantik dan berseri-seri. 

Cara Nak Menyediakan Minuman ShakeITZ 


Hanya koyak pek sachet tuh dan kemudiannya masukkan serbuk di dalam shaker boleh cawan pun boleh tapi kak lily suka shake lah sebab senang malas nak kacau-kacau.




Tuang air suam mahupun air sejuk dan tada sedia untuk di minum. Kak lily amalkan setiap pagi sebelum sarapan so celik je mata lepas mandi terus je shake shake.. 

Warna dan rasanya sebijik macam jus epal yum yum 

Keberkesanan Minuman ShakeITZ 


Seriously kak lily langsung takde rasa lapar lepas minum ShakeITZ 2-3 hari ni, selalunya lepas sarapan dalam pukul 10 lebih tuh mula nak makan karipaplah, biskutlah, paw kuih bebudak kat office ni kan, tapi ini tidak not at all. 

Kurang rasa letih walaupun kesana kemari kan, ada je tenaga yang tak tau datang dari mana. 

Proses penghadaman pun jadi superb, setiap pagi mesti nak membuang tanpa susah-susah nak paksa, senang je keluarnya hehehehe 

Ni kak lily kongsikan beberapa testimoni dari pengguna Shake ITZ.. 









Keterangan lanjut boleh layari laman media social mereka di::- 

Instagram : 

Facebook Page : 


#ShakeITZ 
#SelfieDrink 
#BMAREmpire 
#10shake 
#jomkurus