Friday, March 31, 2017

Hanya 8 jam Yang HAVOC Di JB

Hi Korang,


Bos aku ni memang suka nau bagi aku task last minit. 

Macam hari tuh, kan aku baru je balik dari Umrah. Ni baru je naik kerja 2 hari dah kena travel pi JB plak. Kira macam esok meeting, tengahari tadi dia bagitau suruh aku pi. Ko rasa tak ke kelam kabut hidup sekejap dengan nak book ticket flight dengan nak arrange teksi untuk pick up dengan prepare material untuk submission. Ishk boleh tunggang terbalik hidup aku hari tuh. 


Dah ler first flight je yang ada untuk pi JB pagi tuh so kul 5 pagi dah kuar rumah, nasib baik abang teksi yang biasa tuh dah standby sebab still harga midnight lagi so kena RM120 huahauhauah nangissss

Sampai airport ok je walaupun pukul 5.40pagi tapi orang dah macam ulat taik, maybe semua dapat tiket murah kot itu yang travel pagi tuh. Aku sampai JB just nice kul 8pagi, sarapan then terus amik teksi ke CIDB.


Dalam kul 12tghari kot baru abis discussion dengan diaorang ni, itu pun kene datang balik untuk collect certificate lepas kul 3.30petang.

pekena cendol sedap di Angsana dulu sementara tunggu diorang amik

So apa nak buat ni?

Whatsapp semua geng-geng sekolah terus buat reunion tergempar.

Tak payah plan, sorang tukang culik, sorang tukang jemput so kitaorang jumpe di CupChai Resto Bandar Baru Uda hahahahaha. Yang ada Iena, Abby dan Zaliza je oklah itu pun dah cukup seronok.

nasi jemaah ni merupakan nasi dulang yang boleh di kongsi untuk 4 orang sekali makan



Order Nasi Jemaah, Kacang Pool dan air yang ntah apa-apa warna janji sedap. Dah tengahari pun memasing lapar



geng satu sekolah - zaliza, abby, iena

dulu muke selenga je, sekarang kemain vogue lagi ek


Sampai borak-borak, sambil gossip-gossip, sambil melantak memang awesome. Terus bukak citer-citer lama masa sekolah dulu kan . Abis makan,t erus hantar Abby balik office dia sebab dah lambat hahaha padan muka. 


Sementara nak tunggu kul 3.30petang untuk cert collection, kitorang bertiga sempat pi mana? 

nampak lagu bersusun masuk

ok test 123 test 123, lagu aiman tino satu

lagu dangdut je diaorang ni hahahaa

tokan karaoke

Hah pi karaoke lah wei. Tak ke giler kan, ada je port baik untuk karaoke yang Iena ni tau ek. Hah terus je Sutera Mall sebab karaoke untuk weekdays memang sangat murah kat sini. 

Korang rasa giler tak sebab kitaorang masuk tempat karaoke tuh tak sampai 30 minit pun sebab CIDB office tuh dah call. Hahahahahaha eh nyanyi mesti nyanyi lepas gian dulu, dapat sorang nyanyi 3 lagu gituh kan 

Dengan halangan dan dugaan nak sampai balik ke CIDB tuh, sampai jugak ktorang kul 3.15petang. Eh tengok pintu dah tutup pulak. La rupanya hari khamis memang diorang tutup lekas, ishkkk bahaya ni. Nasib baik mintak tolong dengan pak guard, dapat jugak masuk ikut pintu belakang. Rupanya officer tu memang tunggu je aku sebab aku dah bagitau memang aku akan lambat sampai.

kat airport

Dapat je cert tuh terus lega di buatnya, bayangkan kalau tak dapat memang aku kene tiau dengan bos aku kan huahauhauahuaha


Habis semua job, lepak kejap then terus je bebudak ni hanta raku kat Senai airport sebab takut jem petang kan. Just nice sampai kul 5.30 petang cam tuh, masuk terus check in adui mak lepak kepenatan ooo. 

Duduk je dalam flight terus tidur sampai KLIA siap kena kejut lagi hahahahha

Ermm pengalaman sungguh tapi yang penting kerja siap dan enjoy pun dapat.

Nak buat lagi ke trip cam nie?

Of courselah nak kan!!!






Pelanggan Astro Kini Boleh Menikmati Astro GO Secara Percuma

Hi Korang,

Astro hari ini mengumumkan bahawa semua pelanggannya akan mendapat akses percuma untuk aplikasi Astro Go (sebelum ini dikenali dengan Astro on the Go) sebagai sebahagian daripada langganan mereka. Aplikasi Astro GO telah dipertingkatkan dari segi antara mukanya yang mana ianya lebih kemas dan lebih bersifat intuitif untuk digunakan dengan kandungan yang lebih relevan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa setiap individu.


Selain itu, bermula 1 April sehingga 31 May 2017, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka, berpeluang menikmati tontonan percuma untuk semua saluran televisyen dan kandungan On Demand di Astro Go tanpa mengira pakej yang dilanggan. Mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh mendapat akses ke beberapa saluran Astro terpilih dengan memuat turun aplikasi Astro GO sepanjang tempoh tersebut. Menarik lagi, semua pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka boleh menonton “La La Land”, sebuah drama filem yang dibintangi Ryan Gosling dan Emma Stone secara percuma menerusi on demand bermula 25 April sehingga 31 May 2017.

*pengecualian untuk Pay Per View dan kandungan premium pilihan untuk sukan


Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata, “Respon positif yang diterima oleh aplikasi Astro GO dengan lebih 3 juta muat turun, membuktikan kehendak pelanggan Astro yang mahukan lebih fleksibiliti dan kawalan dalam menentukan cara tontonan mereka samada melalui peranti pintar seperti telefon bimbit, komputer riba atau tablet di aplikasi Astro GO. Kami masih memfokuskan pada usaha-usaha dalam memperluaskan jangkauan pelanggan kami melalui cadangan kandungan di Astro GO dimana cadangan dibuat berdasarkan corak tontonan penonton yang diperoleh hasil daripada pemerhatian dari segi tingkah laku, citarasa penonton, topik yang menjadi trend dan juga sentimen sosial. Kini, pelanggan kami dapat menikmati sebanyak 71 saluran, 23,000 kandungan on demand dari Hollywood, Korea, Jepun, Cina, Hong Kong dan India melalui Astro Go pada bila-bila masa dan dimana jua”.


Aplikasi Astro GO telah mencatatkan sebanyak 3.2 juta muat turun dan 1.1 juta pengguna berdaftar. Lebih membanggakan, jumlah masa tontonan di Astro GO telah meningkat sebanyak tiga kali ganda daripada kurang 60 minit pada awal pelancarannya kepada 215 minit setiap minggu.

Ciri-ciri utama Astro GO


· Antara muka yang kemas dan pintar untuk meningkatkan pengalaman tontonan dan memudahkan navigasi. Ini termasuklah keupayaan untuk menyorot kandungan mengikut bahasa atau genre, dan juga menyusun daripada A hingga Z atau berdasarkan kandungan yang boleh dimuat turun atau baru dikeluarkan.

· Tontonan berdefinisi tinggi (HD) untuk semua saluran sukan dan Korea.

· Ciri Cadangan Peribadi yang memaparkan kandungan bersesuaian dan relevan dengan citarasa penonton Astro GO.

· Bar ke tab laman utama yang ringkas (Laman utama, Sukan, Saluran, On-Demand, Tetapan) untuk pencarian saluran dan kandungan kegemaran yang bersifat lebih intuitif.

· Ciri-ciri ‘Download2Go’ yang membolehkan pengguna memuat turun filem kegemaran untuk tontonan tanpa sambungan internet atau penggunaan data tambahan.

· Meningkatkan mobiliti untuk memudahkan pengguna bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sambil menonton Astro menerusi peranti pintar.

From left Ridhuan Sidek, Gan Ling Sze, Rosanne lo, Liew Swee Lin, Charmaine Kwan, Tina Tong and Alexa

Pada masa hadapan, Astro GO menyasarkan untuk melakukan beberapa inovasi dengan memperkenalkan ciri-ciri tambahan seperti kemudahan akses untuk empat orang pengguna secara serentak dalam satu masa bagi setiap akaun Astro dan juga casting feature yang membolehkan pengguna memancarkan program kegemaran mereka daripada peranti mudah alih ke skrin besar tanpa menggunakan kabel HDMI. 

Dengan sebanyak 16 saluran sukan, Astro merupakan platform untuk rakyat Malaysia menonton pelbagai jenis sukan dan dengan ciri terbaru yang akan diperkenalkan kelak iaitu Sports Control, peminat sukan pastinya akan lebih teruja dan tidak akan terlepas menonton program sukan kegemaran mereka. Dengan adanya Sports Control, mereka boleh mengulang tayang, mengezum jauh dan dekat melalui pelbagai sudut kamera, menonton sorotan video, berita, mengetahui kedudukan pemain dan menyemak jadual liga.

Saluran Baru Eksklusif di Astro GO


Sebagai tambahan kepada saluran yang sedia ada, Astro GO baru-baru ini menawarkan tiga saluran baru yang eksklusif iaitu Comedy Central buat mereka yang gemar dengan lawak jenaka; K-PLUS buat peminat tegar drama Korea; dan ANIPLUS yang membawakan anime dan budaya pop Jepun yang terbaru.

Selain daripada tiga saluran baru dan kandungan on-demand yang terdapat di Astro Go, aplikasi ini turut menawarkan seleksi pilihan saluran Celestial Movies, Nickelodeon, DIVA, AXN, dan KIX.

Aplikasi Astro GO boleh didapati dan dimuat turun di Andriod dan peranti IOS. Selain itu, pengguna juga boleh mencuba ciri-ciri yang telah kemas kini ini menerusi laman web www.astrogo.com

Thursday, March 30, 2017

Doodle Your Moment Bersama SHELL Malaysia, Boleh Tukar Gambar Kepada Cenderamata Esklusif

Hi Korang,


Wah doodle tu hape?

Tau tak!! Kalau tak tau ni aku bagitau lah ek

Alah doodle ni sebenarnya scribble atau contengan. Kan kalau kita time sekolah-sekolah dulu kalau boring dengar cikgu tuh membebel kat depan masa mengajar mesti kita gatal tangan contengan kat buku tuh kan. Hah itulah dia namanya doodle, kira upgade sketlah daripada di panggil conteng hehehehe

Siapa suka conteng –conteng or doodle ni, meh angkat tangan lekassssss


Jadi baru-baru ini Shell Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Doodle Malaysia untuk satu project inisiatif yang di panggil “Doodle Your Moment" dengan tema kehidupan sebenar detik-detik menarik yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia di Shell Select. By the way, best betul Shell Select Kota Damansara ni ek sebab ada selain daripada ada Deli2go, ada Tealive dan Fuel Shack. Best tuh, tak macam Shell kat umah aku ada Baskin Robbins je. Cuma kalau ada Mc Donalds sekali makin lama aku lepak kat situ kan



Aku sempat ke media launch untuk Inisiatif “Doodle Your Moment" yang bertempat di Shell Select Kota Damansara. Sebelum event start, sempat jugak comic artist dan kartunis ni melakarkan muka aku yang comey tu ek hahahaha




“We believe that everyday journeys can be made better when it is spent at Shell Select, which are one-stop havens designed to refresh our customers and alleviate their worries. By collaborating with Doodle Malaysia, we aim to give customers a once-in-a-lifetime opportunity to turn their happy moments into hand-drawn doodles, which they can take away, cherish, and keep,” kata Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.

Dalam masa 7 minit je, artist ni boleh hasilkan gambar yang sebegini. Cantik kan

Team Shell Malaysia bersama Team Doodle Malaysia


Ok mari mendoodle ek hehehee

itu tangan Ruby tengah siapkan doodle dia hehehee

hah ini hasilnya, nan hado kan hahahaa

Selain daripada itu, aku sempat jugak mengasah bakat mendoodle phone case aku ni, hehehhe tengok ada bakat ke tak? Ermm hancusss hahahaaha maklumlah kita bukan orang seni pun. Sesaja je ni hah

bukan dia perasan pun si ruby ni kan

ok sebelum makan, meh wefie dulu

hah aku pulak nak pilih nak makan apa kan

Ok ok berita baik untuk korang pengunjung Shell yang setia macam aku kan hehehehe yelah isi minyak kat Shell, beli kopi kat Shell, beli karipap kat Shell, top up Touch n Go pun kat Shell pendek kata kalau Shell kat umah aku ni parkingnya banyak memang lagi lama aku melepak kat situ kan hehehe

Inisiatif ini sedang berlangsung dari 22 Mac hingga 26 April 2017, “Doodle Your Moment” akan memberikan pelanggan berpeluang berkongsi detik-detik peribadi yang mereka, seperti lepak minum kopi dengan rakan-rakan, makan aiskrim bersama keluarga di Shell Select dan upload di Instagram untuk dicoretkan kepada bentuk doodle. Bagi 100 pengguna yang gambarnya di pilih, team Doodle Malaysia akan mengabadikan gambar korang ke bentuk doodle dan di cetak untuk di jadikan cenderamata esklusif dan di hantar kepada korang tau.


Nak sertai “Doodle Your Moment” bersama Shell Select?


Senang je

1. Korang boleh berkongsi apa jua gambar korang bersama kengkawan atau keluarga korang di Shell Selest seluruh Malaysia, eh dalam kedai Shell Select la kan. 

2. Upload gambar korang di Instagram dengan hashtag #ShellKita dan tag @Doodle_Malaysia sekali tau.

3. Lagi bagus kalau korang tulis caption yang awesome lagi kreatif tak lebih daripada 40 patah perkataan.

ini adalah contoh gambar yang dihantar dan di doodle kan, cantik sehhh


Untuk info lanjut korang boleh ke website : www.shell.com.my/doodle