Tuesday, October 25, 2016

REVIEW | BEST PERFUME Ni Memang Harum Dan Tahan Lama Lah

Hi Korang,


Kita kalau cari minyak wangi mesti nak yang tahan lama melekat kat kita kan, ermm of courselah yang wangi harum semerbak jugak. Mana ada orang sembur perfume bau busuk plak hahahaha


Ye aku tau kalau nak tahan lama belilah yang mahal tapi di zaman ekonomi meleset ni tak larat rasanya nak beli yang mahal yang harga sebotol RM300-450 tuh kan, dah ler aku ni sekali sembur habis segala tempat aku sembur jadi kenalah cari alternatif yang lebih kurang sama dengan yang mahal.


Hari tu aku diperkenalkan dengan BEST PERFUME keluaran tempatan yang bercirikan Perfume Original. 

Di antara keunikan Best Perfume ni adalah:-

• Bau lebih daripada 8 jam ( Based on aktiviti yang mereka lakukan )

• Harga murah dan mampu milik

• Sudah menembusi pasaran Brunie dan Singapura walaupon baru 3 bulan di pasaran

• Wangian ini dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Zazwani Zakaria.

• Boleh di bawa solat, mudah dibawa untuk travel

Nampak hebat tak minyak wangi ni.


Terdapat perfume untuk lelaki dan wanita yang korang boleh pilih harumannya iaitu:-

Wangian Untuk ( Lelaki ) 
  • One Million _by_ Paco Rabanne
  • Legend _by_ Mont Blanc
  • Armani Code _by_ Girgio Armani
  • Polo Black _by_ Ralph Lauren
  • Dunhill Desire Blue _by_ Dunhill
  • Aqua De Gio _by_ Girgio Armani
  • Dunhill London _by_ Alfred London ( *New* )

Wangian Untuk ( Wanita ) 
  • Bombshell _by_ Victoria Secret
  • Fearless _by_ Victoria Secret
  • Lady Million _by_ Paco Rabanne
  • Black Xs _by_ Paco Rabanne
  • Live _by_ J.Lo
  • Vanilla _by_ Zara
  • Forbidden Rose _by_ Avril Lavinge
  • Incanto Shine _by_ Ferragamo
  • Nina Richi _by_ Nina Richi


Yang aku guna ni sekarang adalah Incanto Shine by Ferragamo. Aku memang dari dulu peminat setia haruman ni tapi di sebabkan mahal bebenau sebotol so kena menabung nak membeli dan guna sket-sket je, nampak nau kedekut ek hahahahahhaha

But now tidak lagi, aku sembur je satu badan. Janji wangiiiiiiiiiiii


In terms of harga pulak, ni hah

10 ml - RM 15 
20 ml - RM 25 
30 ml - RM 35 

Agak-agak berbaloi ke tak? Haruslah berbaloi-baloi wei. Boleh beli semua saiz sebab senang nak bawak kemana-mana. Murah tak menahan tuh.

Bukan aku je yang suka Best Perfume ni, tapi dah ramai orang menggunakannya. Tak caya korang boleh baca testimoni ni.





Untuk info lanjut mengenai minyak wangi Best Perfume ni, korang boleh check it out di

Ms Izzati - 017- 987 9178

Sila LIKE social media untuk BEST Perfume




Dan korang berminat untuk mendaftarkan diri menjadi agent korang boleh contact

Sazzy Falak Sebagai Duta Jenama Orchid Dan Kempen Memperkasakan Wanita #Malu?TakMalu!

Hi Korang,

Kebersihan bahagian intim adalah subjek yang jarang dibincangkan oleh golongan remaja dan wanita secara terbuka disebabkan oleh didikan, budaya, adat resam serta isu keyakinan diri. 

Walaubagaimanapun, golongan gadis dan wanita perlu menangani masalah kebersihan intim secara terbuka dalam persekitaran yang mereka rasa selesa untuk bertanyakan soalan-soalan sukar. Golongan wanita juga perlu mendapatkan khidmat nasihat kerana ia adalah sebahagian daripada aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka. 

Menerusi kempen #Malu?TakMalu!, Orchid menggalakkan golongan wanita muda untuk #BeYourself! melalui produk pembersih khusus wanita yang menggabungkan herba-herba tradisional terbaik bersama formulasi pH seimbang bagi bahagian intim yang terbukti secara dermatologi. 


Orchid kini melantik pelakon, penyampai televisyen, wanita bekerjaya yang lantang bersuara dan pencetus trend, Sazzy Falak sebagai duta jenamanya serta menerajui kempen yang memperkasakan wanita ini. 

Produk Pembersih Khusus Wanita Orchid


Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional yang menyegar dan membersih seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih. Bahan-bahan ini menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut. Sekali gus menyediakan satu penyelesaian yang seimbang untuk apa jua jenis kulit. Formula yang lembut telah direka untuk meningkatkan aspek kebersihan, keselesaan dan seimbang dari segi keintimannya. Pada masa sama membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh perubahan pH pada bahagian intim secara semula jadi. 

Pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Intim, Romantis dan Anggun.


Orchid Lantik Sazzy Falak Sebagai Duta Jenama


Sazzy Falak dipilih sebagai duta jenama Orchid kerana beliau menggambarkan golongan wanita Malaysia yang moden, dinamik, pintar, berkeupayaan dan mampu memainkan pelbagai peranan. Sebagai ibu kepada sepasang anak kembar perempuan, aktres yang memenangi anugerah, pengacara televiseyen terkenal, pereka fesyen dan usahawan, Sazzy merupakan inspirasi kepada mereka yang percaya bahawa dengan keyakinan, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. 


Kempen #Malu?TakMalu!


Kempen #Malu?TakMalu! akan melibatkan siri jelajah ke universiti dan kolej di seluruh negara untuk menggalakkan perbincangan tentang isu kebersihan bahagian intim, kesihatan dan kesejahteraan hidup wanita. 

Kempen ini bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita supaya berasa lebih bersemangat dengan kewanitaan mereka. Bukannya malu untuk menyatakan kebimbangan yang mungkin boleh menyebabkan mereka berasa kurang keyakinan diri. 


Sazzy Falak akan berada di setiap siri jelajah untuk menjadi pemudah cara dan moderator dalam perbincangan yang jujur berkaitan kesihatan yang mereka mungkin malu untuk diutarakan. 

Kempen #Malu?TakMalu! diaktifkan secara langsung dan dilaksanakan menerusi peraduan media sosial yang bertema #BeYourself. Ia merangkumi pencarian seramai tiga orang gadis yang akan menyertai Sazzy dalam sebuah filem pendek yang memperincikan lagi perbincangan tentang aspek kebersihan bahagian intim wanita. Filem pendek tersebut akan dihasilkan dengan kerjasama pihak Metrowealth International Group (MIG).

Hadiah peraduan ialah wang tunai berjumlah RM6,000 dan produk Orchid, termasuk peluang untuk membintangi filem pendek bersama Sazzy Falak untuk juara pertandingan. 


Pengurus Produk, Isi Rumah & Penjagaan Diri, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Tan Joo In menyatakan bahawa Orchid mampu menarik perhatian wanita di Malaysia kerana ia menggabungkan teknologi kebersihan moden dan rawatan tradisional, di samping pemilihan Sazzy Falak sebagai duta untuk menyerlahkan lagi jenama ini. 

“Orchid faham bahawa setiap wanita adalah unik dengan keperluan penjagaan bahagian intim yang berbeza. Sebab itulah produk kami dicipta untuk bukan sekadar membersih, malah menyahbau dan Aktif Pencerah Kulit yang memutihkan bahagian bikini yang biasanya mengalami masalah melecet. Kini, cabaran Orchid adalah untuk menggalakkan wanita untuk melibatkan diri dalam perbincangan tanpa rasa malu dan kurang keyakinan diri, sebab itulah kempen #Malu?TakMalu! dilancarkan.

Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Romantis, Intim dan Anggun. Botol dengan rekaan feminin berkapasiti 210ml itu ditawarkan pada harga runcit RM4.75 setiap satu dan sudah boleh didapati di seluruh negara. 

sempat jugak bergambar dengan Sazzy ni uolls

Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang kempen #Malu?TakMalu! dan peraduan #BeYourself Orchid, sila layari laman web: https://www.facebook.com/NewOrchidBrand/



Monday, October 24, 2016

Orang BELANJA Makan Di Pla Pla Seafood, Seri Kembangan

Hi Korang,


Aku ni kalau review makanan ermm merata tempat aku pi, sampai ke celah-celah Kota Damansara pun aku tau kat mana tempat makan kan.

Hari tuh, food blogger Mahamahu dah janji nak belanja kitaorang (aku dengan shakiddo) makan sebab dia ada rezeki lebih menang online contest, so open tablelah katanya. Sebab malas nak jalan jejauh kitaorang plan nak makan dekat-dekat dengan area kitaorang ni je macam Balakong, Seri Kembangan or Sungai Besi. Ok decide Seri Kembangan lah, sebab tak jem nak pi masa tuh. 

Tapi bila nak pi makan kat Seri Kembangan? Terus blank tak tau nak makan apa.

Bayangkan #bloggerkakimakan tak tau kat mana nak makan, bengong sungguhlah kan. Sudahnya kitaorang google search je wei. Uishkk malu giler lah, orang yang kaki tak tau tempat makan dekat dengan umah huahauahuaa nangisss oo

Lagi 5 minit nak kuar office tuh, kitaorang google kedai makan di Seri Kembangan ni then terjumpa lah Restoran Pla Pla Seafood. Ok dekat dengan semua orang so lets start the engine. 

aik gaduh ke letak air jejauh kan ahhahahaha

Sesampai je orang tak ramai pun maybe baru pukul 6.30pm cam tuh kan.

Rasa cam cina pulak makan malam awal ek ehehehhe. So tugas orang yang membelanja adalah mengorder makanan, kitaorang tengok je apa yang Madi order. 

Keropok Lekor
Kudap-kudap sambil borak memang sedap kan

Sambil tunggu makanan sampai haruslah sembang-sembang kosong dulu pasal blogger-blogger masa kini, rupanya ramai jugak blogger baru yang aku tak kenal ek. Nampaknya blogger baru ni lagi advance dari kami-kami blogger tak berapa lama ni. 

Tengoklah apa yang Mahamahu order untuk kitaorang ni ek

Ikan Siakap Masam Manis
ikan tertutup dengan sayur-sayur tapi garing dan besar plak ikan ni tau

Tom Yam Campur
isinya banyak tapi aku duk ceduk ayam jelah kan

Kailan Ikan Masin
nampak ikan masin dia tak? berketul-ketul ek

Kerabu Sotong
yang nilah bagus, sotong banyak giler

Ayam Goreng Masak Kunyit

Sup Ekor
kid masak sorang, aku tak berapa minat bahagian ekor-ekor ni

Ada lagi menu telur bistik tapi terlupa nak amik gambo sebab dah lapar sangat time tuh lah. Hah ko nampak cam sket tapi hakikatnya teramatlah banyak sebab dia hidangkan makanan portion by portion. Ada tuh 1 lauk dihidang 2 mangkuk so itu yg nampak banyak.

Nampak? licin semuanye ek hauhauahuaa

Cuba teka, berapa semua sekali ni siap dengan minuman kan?

RM100 untuk 3 orang makan

Macam tak caya kan tapi itulah realitinya, boleh dikatakan murah jugaklah makan kat sini. 

Ni hah alamatnya:

Restaurant Pla Pla Seafood
Lot 17G Jalan Equine 1A,
Persiaran Lim Ah Soo
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan


GPS Coordinates: 2.998295,101.678798 Seri Kembangan
Operation Hour: 11.30 am - 11.30 pm (Everyday)
Tel: 013-3288787 / 013-2876614 (sila call untuk reservation) 

mereka yang happy bebenau dapat makan sedap

Terima kasih kat blogger Mahamahu kerana sudi belanja kitaorang makan sedap hari tuh ek, moga-moga murah rezeki ko lagi ek Madi oi...

Itulah berkat kerajinan orang join contest, bukan cam aku yang malas ni..