Thursday, September 22, 2016

PEMBERSIH WANITA DAUN SIRIH SUMBER AYU

Hi Korang,

Kita sebagai wanita ni, banyak nau tempat nak kena jaga bersih.

Daripada luar hingga ke dalam-dalam dan dalam lagi, lebih-lebih di private part tu kan. Kang kalau berbau semacam ke berdaki ke tak nak pulak suami tercinta korang nak dekat ek. 

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan. 


Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid 
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimumagar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity 
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan · Anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Ok, berbalik pada harga Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu :-

RM3.90 untuk 90ml

RM5.80 untuk 200ml


Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.


Wednesday, September 21, 2016

Promosi Steamboat BBQ Buffet Di Restoran D'Kayangan, Shah Alam

Hi Korang,

Ramai betul kengkawan blogger rekomen kat aku suruh pi makan steamboat di D’Kayangan ni ek. Eh bukan tak nak pi tak lokasi kurang memuaskan daripada umah aku ni. So kalau nak pi pun hujung minggu je lah. 


So hari tuh, kitaorang baru je habis event di Shah Alam dan kebetulan pulak aku cuti so sempatlah singgah makan steamboat di restoran ni. 

Peminat steamboat pasti mengenali Restoran D'Kayangan yang terletak di Shah Alam. Dibuka setiap hari bermula dari jam 5 petang sehingga ke lewat malam. Dengan menawarkan pelbagai hidangan makanan laut yang boleh digrill ataupun dimasukkan samada dalam sup mahupun kuah tom yam.

Masa kitaorang sampai tuh belum ramai orang lagi so sempatlah ambil gambar-gambar makanan dulu ek hehehhee. Jangan sampai meleleh air liur ek huahauhaua










Dengan pelbagai hidangan laut serta perapan daging ternyata kualiti rasanya tetap sama seperti dulu ~ enak tidak terkata. Namun, kali ini D'Kayangan telah menambah baik hidangan dengan memperkenalkan pelbagai lagi menu bagi memenuhi citarasa pelanggan-pelanggan yang hadir ke sini.









Ni baru sikit jer, banyak lagi sebenarnya. Memang sedap dimasukkan segala aneka hidupan segar ini didalam steamboat. 

Ada lagi aku nak tunjuk ni,







Bola-bola api huahauaha.. tak pelah bebola makanan laut



sayur-sayuran jangan dilupakan ek, sedapla dicampur sekali disalam sup steamboat




Ada lagi ni tau....



Nak makan kambing bakar? Dekat sini ada ya! Ditawarkan setiap hari tau.





Terdapat juga masakan panas seperti sayur goreng, mee hoon goreng, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan pelbagai lagi.


Limpahan pilihan sos yang pasti memukau tekak korang ek



Pencuci mulut pun ada jugak, simple tapi sedap tau

Ok jom makan,




Amik ko makan semua apa yang ada ek, sampai senak perut di buatnya hahahahah

Bermula 1 September 2016, di D'Kayangan telah menawarkan harga buffet Merdeka iaitu RM33 sahaja. Dan bersempena dengan tawaran ini, D'Kayangan juga menawarkan hidangan istimewa seperti "The Devil Curry" atau Kari Debal (kari daging yang memang meletop) makan bersama nasi pelangi mahupun nasi putih panas-panas. Begitu juga hidangan istimewa iaitu ayam 65, memang unik rasanya. Sedap wooo.

Hidangan Ayam 65

Nasi Pelangi

Promosi bersempena dengan Buffet Merdeka, harga yang ditawarkan adalah RM33 (dewasa). Dan lebih istimewa hanya setiap hari Ahad ditawarkan buffet lunch yang bermula dari 11 pagi sehingga 3 petang, harga yang ditawarkan adalah RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak)


Murah kot.. suker plak aku ni ek

Jom singgah ke:-


Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi

Nombor Telefon : 0355234979 / 012-2971091

Facebook :


Jom! Bawa keluarga dan ajak sekali rakan-rakan anda untuk menikmati hidangan bergrill serta steamboat pada harga yang cukup berbaloi!