Tuesday, June 28, 2016

Bazaar Hunting With VOLKSWAGEN GOLF & Promosi ‘DUIT RAYA’ Hebat Sempena Hari Raya Ni

Hi korang,

Aku dapat tawaran daripada team Volkswagen untuk bazaar hunting campaign sempena bulan ramadan ni.

jom kita..

Wah bazaar hunting bersama Volkswagen Ermm haruslah tidak dilepaskan. Terus pi amik kete Kat Bangsar. Sempat borak lah dengan Alice yang aku dah kenal lama ni. Seronok gak dapat catchup citer lama .

bukak pintu just touch je, janji keyless ni dekat dengan korang ek

Yeah kunci Golf dah ada dalam tangan so let’s go. Disebabkan dapat guna dalam masa semingggu semestinya haruslah happy terus buat plan bazaar mana yang patut diterjah.


Sebelum tuh meh Aku nak citer sket mengenai kereta idaman anak muda masa kini ni kan, alah citer simple-simple je kang lebih-lebih korang bukan paham sangat pun technical things ni, even aku pun bukan paham pun. So ni base on pemahaman aku sajor 

Enjin

interior best kan

kena tekan push button sambil tekan brake ye, kalau tak kereta tak jalan

handbrake just satu touch je, nampak tuh

gear tukar dengan sendirinya secara automatik so korang tak yah nak risau apa pun

Volkswagen Golf ni merupakan kereta yang aku rasa comey tapi power. Walaupun hanya 1.4HP tapi perginye kemain tau. Gear sampai D7 yang akan ditukar secara automatik mengikut kelajuan kereta while driving. 

Parking

Korang layan he video ni

Volkswagen Golf - Parking Assist for Side Parking

Bestkan semuanye automatik, even kalau parking biasa pun, still made sensor yang appear kat screen. Dia punya camera tuh di sekeliling kereta ni, so kalau ada kereta atau motor even kucing sekali pun dekat dengan kereta ni time nak parking kemain segala bunyi semua keluar bagi nak menandakan ada halangan dekat ek.




So kemungkinan besar nak langgar tembok tuh memang tak lah kan, sebab dekat screen pun dia tunjuk jugak. 

Entertainment

Ini sangat menarik.



jawab phone secara bluebooth dalam kereta


Kat panel ni segalanye disini. Nan dengar radio, nak main dvd semuanye ada. Nak jawab phone pun boleh secara bluetooth. Semuanya touch screen, pakai tekan-tekan je nak tuko station radio pun.



Dah membebel banyak plak kan, jom citer pasal bazaar ramadan yang ktorg pi last week. 


kerusi belakang boleh lipat untuk letak banyak barang lagi

Tengoklah orangnya berdua je tapi barang-barang kemain banyak lagi bawak balik kampung kan, yelah balik sebulan sekali so bawaklah apa yang patut untuk diberikan kepada orang tua sebagai buah tangan kan hehehehe. Alah banyak barang makan je pun hahahhaha

jom jalan-jalan cari makan

Sebab balik kampung melaka, ktorg ke bazaar ramadan Jasin Bestari je senang dan dekat je dengan umah mak aku.

bazaar ramadan Jasin Bestari

Of course lah seronok pi bazaar sebab segala jenis makanan yang teragak nak makan semua ade kat sini. You named it and you get it.









akak bagi kuih tako ni RM2 ye

pelbagai jenis kuih muih

tahu bakar

kacang pool pun hado gak

Rasanye dekat sejam ktorg duk tawaf bazaar ni sebab pening tak tau nak beli makan apa.

ini kat tangan aku belum tengok yang dah simpan dalam kete kan

Rambang mata punya pasal, rasa nak borong semuanya kan. Memang menduga iman sungguh.

lauk yang mak aku masak - sup tulang dan tulang masak kari

inilah kuih muih yang dibeli, ini sket je tau ada lagi yang ktorang dah makan

So inilah yang ktorg beli untuk makan sekeluarga, jadilah rezeki hari tuh. Makan berempat je tapi hidangan penuh atas meja. Alah sekali sekala pun, ayah aku kemain selera lagi makan sampai bertambah-tambah. Alhamdulillah

Wait jap ada lagi ni,

cuma RM33 sajor, daripada level minyak tuh

Cuba teka berapa duit minyak aku sepanjang seminggu aku merayap dengan Volkswagen Golf ni?

Hanya RM90 sajor

Dengan pi balik keja selama seminggu, pi bazaar petang-petang depan umah, dengan balik kampung Melaka, dengan pi bazaar kat Jasin, dengan pi pasar Jasin lagi, dengan pi Super Cowboy Melaka, dengan pi Shah Alam untuk buka puasa, dengan pusing-pusing taman.

Ko rasa?
Jimat bebenau kan.

Kita boleh tengok berapa consumption minyak kereta pada screen kat dashboard tuh, aku ni bukan pandai kira sangat pun but RM90 worth it sangat la ek.

wei aku tak tidur lah bawak kete

Terima kasih Volkswagen untuk pengalaman selama seminggu ni. Aku dapat rasa drive kat highway, drive dalam jem, drive time hujan so setiap keadaan tu sangat berbeza cara pemanduannya tau. Yang penting jimat minyak walaupun korang speed cam ne cara pun kan.

siap bagi test drive bebudak blogger kaki makan ni

happy memasing dapat bawak Volkswagen Golf ek

Bagi korang yang rasa-rasa cam teringin benau nak mendapatkan kereta-kereta Volkswagen yang baru sempena hari raya ni, pihak Volkswagen Malaysia telah pun menlancarkan promosi raya bersama rebat tunai dan ‘Duit Raya’ yang menarik.

Duit raya!!!!

Siapa tak nak kan, cepat angkat tangan lekas


Hari Raya kali ini, pulang ke rumah dan jadilah bahan bualan di Kampung dengan rebat “Duit Raya” sebanyak RM2,000 untuk semua model Volkswagen yang ditawarkan mulai sekarang hingga 31 Julai 2016.

Model-model terpilih seperti Golf, Beetle dan Volkswagen CC akan menikmati rebat tunai tambahan, selain daripada promosi “Duit Raya” ini. Tawaran ini adalah sementara stok masih ada. Rebat tunai juga berbeza dan bergantung kepada model. 

Vento yang dilancarkan baru-baru ini turut menikmati Promosi Raya. Volkswagen akan membayar bayaran bulanan anda sehingga akhir tahun untuk kereta yang ditempah dalam tempoh promosi ini.

Untuk layak menerima promosi ini, semua tempahan mestilah dibuat dalam tempoh promosi. Ia tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada. 


Dengan Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi, inilah masa terbaik untuk mengunjungi pengedar Volkswagen berhampiran dan pandu pulang model pilihan anda pada harga yang hebat. 

Untul maklumat lanjut mengenai Promosi Raya Volkswagen 2016, kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran atau layari laman web www.volkswagen.com.my

Monday, June 27, 2016

Mr. Tuk Tuk Thai Street Food Di Sunway Pyramid

Hi Korang,


Thai food ermm siapa yang tak suka kan!!

Aku ni walaupun tak berapa gemar makanan pedas tapi Thai food memang aku takkan tolak ye..


Ni aku nak citer dengan korang ada satu kedai makan di Sunway Piramid yang menghidangkan makanan alah Thai Street Food namanya Mr Tuk Tuk

Hehehe comey nau nama ek!

mereka yang happy dapat makan

Kita memang tau yang Thailand mempunyai ‘street food’ yang sangat-sangat membahagiakan, kalau korang tengok AFC channel ada je citer pasal Thai food yang korang senantiasa lapo dan terbang ke Bangkok untuk merasai kesemua makanan nie.




Simple je deco kedai Mr Tuk Tuk ni ek, ada Tuk tuk sebijik dan wallpapernya melambangkan keadaan jalan raya di Bangkok sebab ada road sign yang comey dan cantik.


Setiap meja ada 4 jenis bahan perasa yang bakal menambah selera korang ek iaitu sweet sour chili, spicy green chili, fiery dried chini dan powdered peanut. Korang cubalah ek, memang sedap. Aku sempat rasa yang sweet sour chili tuh je sebab yang lelain agak pedas bagi aku.

Thai Iced Green Tea @ RM7.80 / Thai Iced Tea @ RM7.80 / Fresh Whole Coconut @ RM9.80

Of courselah aku akan minum Thai Iced Tea sebab itu kira signature drinks bagi Mr Tuk Tuk. Sedap sedap dan melekat ke tekak dan tahap manisnya sesuai dengan tekak aku.





Hidangan menu yang pasti memukau jiwa dan perut korang hahahaha


Thai Pomelo Salad @ RM11.80

Salad limau bali, banyak isinya buah limau bali ni kan, di campur sekali dengan kacang tanah panggang, limau, kelapa parut, udang kering dan daun ketumbar dan di gaulkan sekali dengan swett chili sauce memang membuat selera sungguh. 

Fried Chicken Wings @ RM8.80

Thai Crispy Fried Kangkung @ RM9.80

Thai BBQ Lamb @ RM11.80

Lab Kai @ RM9.80

Ini kira macam sepinggan ulam-ulaman, bagus untuk kesihatan ye. Isi ayam tu sangat sedap walaupun masak simple je

Thai Special Platter 
(Papaya Salad, Thai Satay, Prawn Crackers, Thai Honey Chicken Skewers)

Tom Yam Fried Rice @ RM8.80

Phat Thai @ RM8.80

Chicken Tom Yam @ RM8.80

Green Curry Chicken @ RM11.80

Fried Glass Noodles @ RM8.80

Set Menu 2 @ RM17.80
(Pandan Chicken, Thai Mango Salad, Crispy Fish Fillet with Thai Sauce, Rice) 

Ok masa untuk pencuci mulut plak,

Mango Sticky Rice @ RM7.90

Taco (3 pieces) @ RM6.90

Water Chestnut with Red Ruby in Coconut Cream @ RM6.90


Tuk Tuk Artisan Ice Cream (Tom Yam, Thai Iced Tea, Green Curry) @ RM6.90 per scoop




Hah amik ko makan sampai tersandar tak henggat, yelah masa sebelum buka tuh semua nak makan lepas tuh kekenyangan cam ulo sawa tahap 5 hahahaha. Totally sangat sedap dan harganya berpatutan sesangat ek..

Ok ada berita baik untuk korang yang kaki makan ni!!!


Sempena dengan pembukaan Mr. Tuk Tuk's di outlet Subway Pyramid, korang boleh redeem ONE scoop of ice cream at only RM1 dengan pembelian nasi, noodle dan set meal tau. Korang cuba ketiga-tiga ais krim tuh dan share dengan aku perisa mana yang korang suka ek

*Promo ends on 30th June 2016.
*Only available at this new Sunway Pyramid outlet.


Mr. Tuk Tuk
(Opposite Cold Storage)
LG2.27, Sunway Pyramid Shopping Mall,
3, Jalan PJS 11/15, 
Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya,
Selangor.
Instagram: @mrtuktuk_my

Resipi Organik Yang Sihat serta Mudah Dari ALCE NERO

Hi Korang,

Ini untuk mereka yang mementingkan kesihatan tau.

Alce Nero, jenama organik terkemuka dari Itali menawarkan rangkaian pasta, sos pasta, madu, minyak zaitun dan jem buah-buahan menarik bagi mereka yang mementingkan alam sekitar serta kesihatan sepanjang bulan puasa serta musim perayaan yang bakal menjelang tiba. 

Ramadan adalah masa untuk beribadah, berpuasa, menderma dan muhasabah diri bagi umat Islam. Bagi keluarga dan rakan-rakan pula, ini adalah masa untuk mengeratkan hubungan silaturahim. 

Jadikan bulan Ramadan dan Aidil Fitri kali ini lebih sihat untuk mereka yang tersayang menerusi resipi organik yang cepat dan enak daripada Alce Nero.

Semua produk Alce Nero adalah 100% organik dan diiktiraf oleh undang-undang Kesatuan Eropah. Tanaman, tanah pertanian, kilang pemprosesan, prosedur dan kandungan yang digunakan untuk pengeluarannya telah menerima persijilan organik. Jadi, anda boleh rasa yakin bahawa anda memberikan pilihan lebih sihat kepada mereka yang tersayang. 


Jenama ini telah membangunkan empat pilihan resipi savouri dan manis yang menggunakan produk-produk organiknya melalui cara yang menarik. Ia bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya juga cukup enak. 

Pad Thai, salah satu masakan Thailand yang popular di Malaysia telah menjadi inspirasi kepada penghasilan Alce Nero Pad Thai. Makanan jalanan klasik Thai ini tidak menggunakan mee beras kering tradisional. Sebaliknya ia menggunakan spaghetti Alce Nero yang mengandungi indeks glycemic lebih rendah dan berprotein tinggi. 


Resipi : Spaghetti Pad Thai 

Ingredients (serve 4): 

250g ALCE NERO spaghetti (cooked to packet instructions and drained; toss in some ALCE NERO extra virgin olive oil), 
5 tbsps ALCE NERO extra virgin olive oil, 
3 cloves garlic(chopped), 300g chicken meat (sliced and marinated with 1 tsp corn flour, fish sauce, sugar & chilly flakes),
100 g prawns (marinated with 1 tsp sugar), 
50g tamarind paste + 100ml water (sieved), 
4 stalks chilli padi (sliced), 
2 tbsps brown sugar to taste 
1 tsp chicken stock granules, 
2-3 Tbsps fish sauce or to taste, 150g beansprouts, 
50g‘kuchai’ chives (cut into 2cm lengths) 

Garnishing: 
50g peanuts (coarsely chopped), 50g mint leaves, 50g coriander leaves, chilly flakes & sliced lime. 

Method: 
Heat ALCE NERO extra virgin olive oil in a wok, sauté the chopped garlic until fragrant adding the marinated chicken meat and prawns.
Add the tamarind juice, brown sugar, chicken stock granules, chilly padi and fish sauce.
Return the cooked ALCE NERO spaghetti into the wok, adding lastly the chives and beansprouts. Adjust salt & sugar to taste, turning off heat. 
Top with garnishing ingredients, squeeze in the lime juice before serving. 


Makanan dengan indeks glycemic (GI) lebih rendah berguna sebagai diet pada bulan Ramadan kerana ia lambat diserap dan dicerna. Ia juga mampu meningkatkan kadar gula dalam darah dan insulin secara perlahan-lahan, serta nyata memberi faedah kepada kesihatan. Diet rendah GI terbukti dapat menambah baik tahap glukosa dan lipid dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes (jenis 1 dan 2). Ia berfungsi menjaga berat badan kerana dapat mengawal selera dan membuatkan anda lambat berasa lapar. Diet rendah GI juga mengurangkan tahap dan tentangan terhadap insulin.[1]

Untuk menjadikan hidangan lebih sihat, gunakan minyak zaitun dara ekstra Alce Nero berbanding minyak sayuran biasa untuk makanan yang bergoreng. Minyak zaitun dara ekstra mengandungi kandungan vitamin dan anti-oksidan lebih tinggi yang memang terkenal dengan manfaatnya ke atas kesihatan jantung[2].


Untuk sarapan yang sihat, organik dan snek pantas, buat Granola Madu anda sendiri. Makanan rangup ini kaya dengan serat, protein dan mudah untuk dihasilkan. Gabungkan bahan-bahan dan bakar, kemudian sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. Granola bersalut madu ini merupakan satu sumber tenaga hebat yang mampu membuatkan anda bertenaga sepanjang hari. 

Resipi : Honey Granola

Ingredients (serve 10):

A: 2 A egg whites75 g dark brown sugar,
1/4 heaped tsp salt,
1/4 cup ALCE NERO Organic Acacia honey,
1/4 cup ALCE NERO extra virgin olive oil,
1 tsp pure vanilla extract [optional],
50g old-fashioned rolled oats,
110g cornflakes (coarsely crushed),
 80g sunflower seeds,
 40g melon seeds,
45g flax seeds

B: 75 g grated chocholate, grated orange rind

Method:
Preheat oven to175. Line a baking sheet with a silpat or parchment paper or just grease and set aside.
In a large bowl, whisk together egg whites, brown sugar and salt until slightly stiff peaks form. Add ALCE NERO honey, ALCE NERO extra virgin olive oil until smooth. Add in all other ingredients A and stir to coat. Spread onto your lined baking mat in an even layer.
Bake for about 35 - 40 minutes or until granola is golden, rotating pan halfway through.
Remove pan from oven onto a wire rack. Sprinkle with the grated  chocolate and stir to coat, allowing the chocolate to melt. Grate in the orange rind too.
Let the granola cool on the baking sheet. Once cool, store in airtight containers and serve on top of your yoghurt or as a snack

Menambah rasa berempah ialah madu Akasia Alce Nero yang mengandungi unsur kualiti anti-bakteria semula jadi. Madu tulen dan semula jadi ini tidak dipanaskan, sekali gus dapat mengekalkan segala nutriennya yang menyihatkan. 


Resipi : Acacia Honey Drink

Ingredients (serve 2): 

500ml boiled water (cooled)
6-7 tbsps ALCE NERO Organic Acacia Honey
3-4 sliced lemon
sufficient ice cubes 

Method: 
In a mixing jug, add the ALCE NERO organic Acacia Honey with the cooled water
until it dissolves.
Add sliced lemon and ice cubes, serve immediately. 

Hilangkan dahaga dan kembalikan tenaga anda yang hilang selepas sepanjang hari berpuasa dengan cara lebih sejuk serta menyegarkan dengan Minuman Madu Akasia Alce Nero. Madu dan lemon sememangnya padanan yang terbaik, anda juga tidak memerlukan pemanis lain. 

Ramadan dan sambutan Hari Raya pastinya tidak lengkap tanpa pencuci mulut. Untuk hidangan manis yang lebih sihat, cuba Peach Mousse Dessert yang mendapat rasa manisnya daripada jem pic organik (Alce Nero Organic Peach Jam). 

Resipi : Peach Mousse Dessert 

Ingredient (serves 2):

½ tsp gelatin
2 tbsp water
70g whipped cream 
4 tbsp Alce Nero Organic Peach Jam 

Method:
Soak gelatin in water in a bowl for half an hour.
Cook over bain-marie with medium heat till gelatin fully dissolves.
Add in cream and peach jam, mix well.
Pour into a desire dish.
Put inside a fridge till set. 

Note: Try it with other Alce Nero Jam such as Mixed Berry or Strawberry Jam! 

Jem buah-buahan Alce Nero diperbuat daripada kandungan buahan-buahan organik berkualiti tinggi sepenuhnya - 270g buah-buahan menghasilkan 270g jem. Ia tidak mengandungi gula tambahan dan pektin, demi menawarkan rasa yang semula jadi. 


Untuk resipi mudah dan sihat, selain maklumat lanjut tentang Alce Nero serta rangkaian resepinya, sila layari laman web http://alcenero.asia/ dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/


[1] About Glycemix Index,The University of Sydney,  


[2] Olive Oil, extra virgin, The World’s Healthiest Food, < http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=132>