Monday, June 30, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di IMPIANA Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Apmacam hari kedua berpuasa ni? Ok tak ke still cam mamai-mamai lagi kan.

Aku pun sama gak, nasib baik tak terlepas bangun sahur tadi. Piuuuu sempat minum susu Nutri Goat segelas kan.


Sudah, meh kita sambung citer buffet ramadhan 2014 ni lagi ek.


Kali ni aku bawak korang ke Tonka Bean Restaurant di Impiana Hotel. Cantik tempat ni, tepi jalan belakang KLCC je.





Bertemakan DELICIOUS DINING SPREAD’ pada tahun ni, Tonka Bean menyediakan pelbagai jenis hidangan yang mampu membuatkan air liur kita meleleh sungguh.























Di antara hidangan-hidangan utama di sini adalah Kerabu Mangga dan Sotong, Indonesia Pecal Kuah Kacang, Tauhu Bakar, Belinjau, Tempe Goreng Jawa, Salmon Gravalax, Oyster, Udang, Kupang On Ice, Briyani Gam Ayam, Ayam Sharwarma, Pita Bread, BBQ Lamb, Ikan Bakar Bumbu Spice, Yong Tau Fo, Kepala Botak dan pelbagai lagi hidangan.



Eh jangan lupa, ada juga hidangan pencuci mulut 18 jenis perisa Baskin Robbins Ais Krim yang awesome dibuatnya. Haruslah kena cuba semuanya kan.


Selain daripada itu, para tetamu akan dihidangkan buffet buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan, pisang emas, langsat, nagka dan cempadak di luar restaurant. Best tuh!

Untuk buffet ‘DELICIOUS DINING SPREAD’ ni, ianya bermula dari 29hb Jun 2014 hingga 27hb Julai 2014.


Harga buffet ramadhan di Tonka Bean ni adalah

RM118++ untuk dewasa
RM59++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Untuk hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak Impiana menawarkan RM108++ seorang dan buffet bermula dari 6.30 petang hingga 10.00 malam

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2147 1111 ext 3034 atau 3035.

Jom kita ke


Tonka Bean Cafe
Impiana KLCC Hotel
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 60 3 2147 1111 Ext. 3315
Website: www.impiana.com


Eh lupa nak bagitau, kepada 1000 tetamu yang pertama makan di sini pihak hotel akan memberikan voucher istimewa Aquaria KLCC sebanyak RM5 off bagi tiket masuk.



REVIEW | Fairy Beauty CLENZ

Hi Korang,

Ini merupakan produk keempat yang aku dapat daripada Fairy Beauty range ni. Tak sabar nak cuba tau.

Meh aku bagi details mengenai produk kesihatan ni ek


Product Information :

Name : Clenz
Brand : Fairy Beauty
Quantity/Volume : 10 bottles x 12mL
Price : RM88 per box.

Special Awards winner of the Beauty Supplements category in Cite Cosme Beauty Awards 2012/2013 organized by Beauty, Mina and ViVi magazines.

Itu baru sket info, ok aku tambah sket info lagi ye


Ianya merupakan produk kesihatan yang dapat mengurangkan berat badan pada pengambilan pertama yang secukupnya. Fairy Kecantikan Clenz dihasilkan menggunakan 100% tulen organik semula jadi pati tumbuhan nano yang amat mudahuntuk badan untuk menyerap. 

Badan kita menghasilkan toksin melalui fungsi hariannya yang perlu dihapuskan. Apabila toksin ini tidak dihapuskan, ini akan menyebabkan toksin semakin bertambah. Pertumbuhan meningkat dalam bakteria yang menapai sisa makanan yangdihadamkan, menukarkan mereka ke dalam sebatian untuk diserap semula ke dalam organ-organ badan, hati dan buah pinggang.

Itulah punca lemak-lemak muncul di badan kan


Di antara ke baikan Fairy Beauty CLENZ ni adalah,

Detoxification
- Alfalfa: A good source of crude fiber that aids digestion; naturally cleanses the bowel and restores the intestinal function. Bad toxins will be eliminated after 24 hours of consumption.
- Pumpkin content: Excellent source of fruit collagen and minerals; combats virus and bacteria. Breaks down impacted food residue and thoroughly cleanses the bowel.

Strengthens Intestines and Stomach Functions
- Fructo-Oligosaccharid (F.O.S): Helps to reduce the risk of stomach and colon cancer by increasing the friendly bacteria in the intestine. This helps to ease constipation, improve digestion, prevent water-retention and reduce discomfort and bloating.

Eye Protection
- L-Theanine: Improves learning and concentration; helps to induce a relaxing effect and sleep.
- Lotus leaf: Contains anti-oxidant that helps control cholesterol (reported by researched team).
- Lutein (Marigold Extract): Protects eye vision by increasing xanthophyl in the central area of the retina (responsible for vision), relieves tired eyes and boosts eye health; reduces the risk of developing age-related macular degeneration (AMD) which causes blindness among the elderly.

Nutrition Boosting
- Spirulina is idea for softening and healing skin.
- Barley Grass as the excellent source of chlorophyll, amino acid, vitamin A and vitamin B for energy production.

Kena tulis dalam Bahasa inggeris supaya korang cepat sket paham kan


Cara nak minum Fairy Beauty CLENZ ni

Bukak je penutup botol dan cucuk straw dan minum. 1 botol sehari sebelum tidur. Minum cepat-cepat lepas botol di buka ye.

Peringatan:
Suitable for age 16 and above
Pregnant and breastfeeding women / patients with diarrhea problems and other illnesses / patients taking any medications should avoid taking this product or seek professional advice before taking this product.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pengalaman aku minum Fairy Beauty CLENZ selama 10 hari

Aku Suka :

1. Kecil dan ringan, senang nak di bawa kemana-mana. Sumbat dalam handbag je

2. Packaging berkualiti coz tak mudah bocor atau tumpah

3. Halal


Aku Tak Berapa Suka:

Rasanya yang tak berapa sedap tapi ditelan jua sebab nak cantik kan. 


Tapi apa-apa nampak perubahannya walaupun tak berap banyak kan. Proses perkumuhan badan berjalan lancar tapi stop-stop pun. Pepagi je cari toilet dulu, sekejap je dah settle. Kalau yang ada rasa sembelit tuh, kenalah banyak minum air so barulah proses perkumuhan tu laju je kan.

Tenaga memang tak putus, senantiasa ok. Tak de rasa lemah ke letih ke, bila bergerak kesana kemari tu laju je badan dan kaki pi tak de nak mengeluh sangat

Itu jelah setakat ini, lepas-lepas ni ada lah perubahan lagi kan.


Untuk korang pembaca setia blog ciklilyputih.com ni, korang boleh dapatkan harga diskaun bagi produk CLENZ ni dengan menggunakan code word : FAIRYNEW then dapatkan rebate RM20* ekslusif

*With minimum purchase of RM99, valid till 31 JULY 2014


‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy

Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my

Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe

Hehhehe cuba dulu, then baru tahu kan..



Sunday, June 29, 2014

Press Conference Drama ‘SELUDUP’ dan UJIBAKAT Terbuka Kepada Anda

Hi Korang,

Last week sempat aku hadiri majlis sidang media drama aksi terbaru ‘SELUDUP’ terbitan Mastermind Group Sdn Bhd dan Astro Malaysia. 


Drama penuh aksi yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini mendalami isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyem, Jehan Miskin yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd.

Ok serba sedikit synopsis drama SELUDUP ni ek

SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan SELUDUP, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.


Di antara para pelakon utama bagi drama ini adalah Syafie Naswip, Tiz Zaqyah, Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Namron, Raja Ilya. Semuanya aku minat dan first time jumpa tau, ermm teruja sungguh dibuatnya.


Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar. Group photo bloggers bersama para pelakon dan Jehan Miskin gak tau. 


Dalam sidang media berkenaan, Jehan Miskin memberitahu media bahawa beliau tertarik untuk menyiapkan Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini kerana berminat untuk menyampaikan mesej tentang masalah sosial dan jenayah akibat dari aktiviti haram penyeludupan rokok dan alkohol yang berlaku di negara kita. 

Di samping masalah sosial tersebut, olahan cerita SELUDUP ini dimasukkan elemen cinta yang akan menguatkan lagi jalan cerita 13 episod ini.

Ok itu pasal press conference, now pasal UJIBAKAT plak ye


Korang yang rasa-rasa berminat nak menjadi pelakon dalam Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini? Kalau YA, jom cuba Ujibakat Online Seludup di Website INI. Korang boleh ikuti arahan yang di berikan dan mana tahu korang mungkin orang yang bertuah memenangi hadiah sejumlah RM15,000. Wowww!!!

Cara untuk join UJIBAKAT

Korang cuma perlu daftar nama anda, ikut skrip yang diberikan, dan kemudianUPLOAD video Ujibakat Online Seludup di ruang yang disediakan. Cepat!!! Korang mungkin ada peluang jadi bintang dalam SELUDUP 


Senang kan, korang practice je seberapa banyak yang korang suka. Bila dah ready baru upload. So tak delah gagap-gagap nampak dalam video. Apa yang penting, confidence mesti ada. Barulah orang akan tertarik.

Jadi apa tunggu lagi, ini peluang terbuka untuk anda semua. Peraduan Ujibakat Online Seludup ini bermula dari 25 Jun 2014 sehingga 3 Ogos 2014. Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2014. 

meh seludup Tiz Zaqyah ek

Untuk informasi lanjut tentang Siri TV Aksi dan Cinta ini anda boleh layari :

Video Sidang Media - http://youtu.be/NOd-D66pmNU
Uji Bakat - Bit.ly/Seludup