Thursday, April 3, 2014

New Nissan X-GEAR Crossover - Jelajahi Kehidupan



Hi Korang,

Lama betul aku tak citer pasal kereta ek, maklumlah asyik duk citer event je kan. Bosan plak. 

Lagipun aku perasan, ramai orang lelaki suka singgah kat blog aku ni pasal kereta. Ada yang cari kedai spoiler murah, radio kereta waja, gambar kereta ferrari, workshop kereta murah dan memacam lagi hal kereta. Ok nanti aku akan usahakan.

Now nak citer pasal Nissan X-GEAR baharu yang baru je dilancarkan minggu lepas tapi aku tak pi coz cuti-cuti Malaysia ke Langkawi. So aku suruh ada writer part-time aku untuk cover event ni. Ermm nasib baik dia ada. 

Ok meh layan sket citer mengenai Nissan X-Gear ni.


Nissan X-GEAR baharu ialah sebuah crossover yang versatil. Ia hadir dengan ruang kabin yang luas, premium dan pelbagai susunan konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi apa jua kehendak serta gaya hidup para pelanggan. Daripada pemanduan harian ke tempat kerja hinggalah aktiviti luar rumah pada hujung minggu, berparti pada waktu malam, perjalanan jauh ke pinggir bandar atau sekadar pulang ke kampung halaman!

Didatangkan dalam semua lima warna untuk menyatakan perkara ini, Nissan X-GEAR baharu mewakili kenderaan yang membolehkan anda mencari inspirasi ketika melakukan apa yang dimahukan untuk sebuah hidup lebih bertenaga. Sama ada seseorang itu sukakan aktiviti luar rumah, bersukan, muzik, fesyen atau seni, Nissan X-GEAR baharu mempunyai warna yang sesuai untuk apa jua personaliti.


“Nissan X-GEAR baharu disasarkan buat golongan muda dan berkeluarga yang mahukan sebuah crossover bergaya untuk menyerlahkan individualiti mereka. Tetapi pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal. Nissan X-GEAR baharu adalah interpretasi mengenai bagaimana kita boleh menikmati kehidupan sepenuhnya. Terima kasih kepada penampilannya yang sporty dan lasak, ruang kabin luas yang versatil serta menjimatkan bahan api,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng. 


Dari segi luarannya, Nissan X-GEAR baharu menampilkan gril hadapan krom berbentuk V yang sofistikated dengan panel horizontal yang digelapkan dan memberikan rasa dinamik pada penampilannya. Sementara acuan sisi pada badan kenderaan dan pengadang pula menonjolkan sifatnya yang lasak. Bumper hadapan dengan pengadang lumpur berwarna hitam, roof rails, rim aloi berjejari V, hud enjin, rekaan dapra baharu, cermin sisi yang kemas dan lampu utama menambah tarikan pada rupanya yang baru. 



Pada bahagian belakang pula, Nissan X-GEAR baharu dipasang dengan lampu baharu yang memberi penekanan terhadap lebarnya yang mendatar bagi diselarikan dengan gayaan belakang yang serba baharu. Rekaan bampar belakang yang baru hadir dengan satu lampu reflektor belakang dan lampu brek LED yang diletakkan sedikit tinggi untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dan gayanya. 

Gaya Nissan X-GEAR baharu disempurnakan oleh ruang dalamannya yang luas dan selesa dengan fabrik tempat duduk baharu. Manakala tahap pandangan telah ditambah baik, terima kasih kepada kluster Fine Vision Meter serta Paparan Multi-Maklumat (Multi-Information Display, MID).

Ruang kargo dan kaki yang luas disumbang oleh tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40. Ia membolehkan keluasan ruang kargo digandakan daripada 383 liter menjadi 769 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist System (BA) didatangkan sebagai ciri standard.

Nissan X-GEAR baharu hanya boleh didapati dalam varian 1.6L Auto dengan pilihan Pakej Lengkap IMPUL (sila rujuk kepada appendix di bawah untuk alat ganti IMPUL yang ditawarkan). 



Nissan X-GEAR baharu didatangkan dalam tiga warna baharu iaitu merah (Garnet Red), hitam (Diamond Black) dan Bronze Gold, di samping dua warna sedia ada; putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver). 

Nissan X-GEAR baharu ditawarkan pada harga RM89,800 di atas jalan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan serendah RM599 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk memiliki sebuah Nissan X-GEAR baharu.

Ciri-ciri utama Nissan X-GEAR baharu


Luaran
Dalaman
Ciri-ciri Keselamatan
   Lampu Utama dan gril hadapan krom
   Bampar hadapan
   Rim aloi berjejari V bersaiz 15” 
   Cermin sisi  
   Bampar belakang dengan reflektor yang bersepadu
   Lampu brek LED yang diletakkan pada kedudukan tinggi
   Lampu belakang horizontal
   Roof Rail
  ▪  Fine Vision Meter dengan Multi-Information Display (MID)    
   Stereng yang dibalut material Urethane hitam dengan butang kawalan  MID dan audio
   Unit audio utama 2-DIN  dengan kemampuan  AM/FM/CD/MP3 dan input  AUX
   Fabrik baharu untuk tempat duduk

   Tali pinggang keledar hadapan dengan ciri pra-regangan dan pengehad beban

Warna-warna Baharu
   Merah (Garnet Red)
   Hitam (Diamond Black)
   Bronze Gold

Pakej Lengkap IMPUL:

ALAT GANTI
HARGA (RM)
Spoiler bumbung belakang IMPUL
700
Rim aloi 17” IMPUL AURA SX-20 
(4 unit termasuk penutup tengah dan injap udara)
4,500 untuk setiap set (4 unit)
Sistem suspensi sports IMPUL
2,800
Goodyear Eagle F1 Directional 5 (4 unit)
1,800 untuk setiap set (4 unit)
So rasa-rasa ada chance nak beli tak?

Aku buat masa sekarang ni tak delah kot sebab baru je angkat Dak Oren tu kan, maybe setahun 2 lagi kita tak tau lah. Kalau ade rezeki then ade la.



SHIZENS 'STAND FIRM STAY FIRM' Photography Contest Kini Bermula



Hi Korang,


Kita memang tau sejak dulu lagi, wanita memang mempunyai kekuatan dalaman yang tersendiri. Bayangkan peranan mak kita dalam menjaga setiap inci keperluan keluarga, rasa macam tak terlawan dengan kudrat, Betapa hebatnya wanita ni. Kini wanita seperti generasi kita ini telah mula menunjukkan keupayaan kita menyandang pelbagai jenis tanggungjawab dalam menjaga rumah tangga, kerjaya dan juga ke arah kebajikan di samping berupaya menjaga kecantikan dari dalaman mahupun luaran bagi menampakkan lagi rasa keyakinan dalam diri sendiri.


Wah kemain panjang mukadimah ek, bukan apa sebenarnya nak bagi korang paham konsep ‘STAND FIRM STAY FIRM’ Photography Contest ni.

Bagi menghargai keupayaan semua wanita masa kini, Shizens sedang menganjurkan peraduan photo “STAND FIRM STAY FIRM” yang telah pun bermula 2hb April hingga 30hb April 2014.

Peraduan ini di bahagikan kepada 2 kategori iaitu Photography Enthusiasts dan Mobile Photography. Korang oleh menghantar seberapa banyak gambar yang menarik menunjukkan emosi yang kuat, manusia dan kewanitaan di www.standfirmstayfirm.com atau #standfirmstayfirm di Instagram untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM18,000.


Ok ni senang sket korang nak faham kan:-

Entry Form – Photography Enthusiasts

Terbuka kepada photographer yang suka jadikan sesuatu gambar itu hidup. Korang follow je arahan kat bawah ni ek 

Photograph shall be taken using compact camera, DSLR camera (or of its similar)
Minimum image size is: 5MB
Studio photography with lightings are allowed
KLIK here untuk hantar gambar

Entry Form – Mobile Photography

Khas untuk semua smartphone photographers! Baca aturan kat bawah ni

Must be taken by a smartphone or any other mobile devices.
To take part via Instagram, hashtag #standfirmstayfirm on your photo
You may also submit your photos via this website.


Kempen fotografi Shizens “Stand Firm Stay Firm” bermula dari April 2 hingga April 30, 2014. Untuk lebih info, meh klik kat http://bit.ly/1rtxVPb 




Kalau mudah dan senang nak paham, so apa lagi mehlah join lekas. Korang boleh hantar seberapa banyak gambar yang korang rasakan sesuai untuk di calonkan jadi gambar terbaik ye


Selamat mencuba!


Wednesday, April 2, 2014

Pembukaan NU SENTRAL Shopping Mall Dengan Kehadiran MasterChef All Stars


Hi Korang,

Walaupun busy ke sana kemari but stil aku sempat ke Nu Sentral ahad lepas.


Nu Sentral ni terletak betul-betul berada di kawasan KL Sentral ni, boleh dikatakan berhadapan betul dengan KL Sentral Station dan bersebelahan dengan Aloft Hotel. Actually acara perasmian termasuk aktiviti untuk majlis pembukaan ni berlangsung selama 2 hari tapi aku sempat ke hari kedua je coz hari pertama tuh busy dengan aktiviti lain.

NU Sentral is Malaysia’s first truly fully integrated ‘green’ lifestyle mall located in the heart of the nation’s largest transit hub KL Sentral

Once masuk je ke dalam Nu Sentral ni, erm wow bestnya. Its actually shopping mall yang aku rasa bersesuaian sekali bagi pelancong yang baru sampai ke Malaysia. Yelah KL Sentral tu center for everything, pusat pengangkutan awam. Interchange LRT, monorail, Komuter, ERL semuanya di sini.




Walaupun nampak cam tak berapa nak siap dari luar tapi bila masuk je ke dalam mall ni, ermm dah ada banyak kedai macam MacCity, Shepora, Starbucks, butik baju dan memacam lagi lah dan dah ramai orang pun ke mari.

Untuk aktiviti hari kedua ni, ada MasterChef All Stars Battle.



Ada 6 orang selebriti MasterChef All Stars yang menjayakan program ni iaitu Celina, Soo Wincci, Imelda, Michael Ang, Brian dan Zamir yang comel tu. Mereka di bahagikan kepada 2 team, Team Merah untuk ladies dan Team Biru untuk men. Kira macam battle of sexes la ni.



Cabaran diorang senang je, alah kena masak macam Peti Saji Misteri gituh.





Korang pun tau kan, kalau ade Michael Ang, Imelda dengan Brian memang gamatlah suasana kan. Memang ye pun bukan main kecoh masa time nak siapkan hidangan tuh. Selebriti yang lain nampak cam fokus je but diorg ni pok pek pok je kan. Tapi penonton yang ada kat situ memang terhibur, gelak sakan tak henti-henti dibuatnya.



Hampir 15 – 20 minit cam cam tuh, kedua-dua team menjaya menyiapkan hidangan mereka. Team Merah sangat cantik presentation so colourful dan Team Biru simple je presentation tapi menggiurkan. Ktorang bebudak bloggers ni di beri penghormatan untuk merasai sendiri hidangan mereka ni. Wah feel honoured gituh tau. Kemudian vote untuk pilih team mana yang menang.



Of courselah Team Biru yang menang, walaupun nampak simple tapi sedap dan bersesuaian dengan bahan yang digunakan, bukan nak kata Team Merah tak sedap cuma pilihan bahan-bahan untuk terlalu unik sangat hehehehhe jangan marah je Team Merah.

cilok dari Instagram Ruby. Aku paling comel sekali kan

Haruslah aku paling comel kan, tapi mesti korang cakap Zamir yang comel.. ishk kecik ati tau

Kemudian ada sessi bergambar bersama peminat, ermm haruslah jangan lepas peluang. Ktorang still jadi yang pertama lagi.. Syiok sungguh rasa tau. Kemudian barulah orang ramai plak dapat bergambar dengan mereka.



Ada juga sessi bersama Soo Wincci pada petang tuh, ramai gak tertunggu nak dengar lagu terbaru Soo Wincci ni, sedap gak.


Hah panjang lebar plak aku citer pasal event ni ek, alah bukan apa seronok benar rasanya. Memang Nu Sentral ni akan menjadi lokasi tumpuan para pelancong dan kita sendiri rakyat Malaysia ni sebab segalanya ada di sini. Nak makan ke, nak shopping ke semua lengkap lah

Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai Nu Sentral ni meh check it out kat sini ek : www.facebook.com/nusentral

Of course akan ke sini lagi coz banyak lagi store belum buka, so sekarang ni cuci-cuci mata dulu la ek.


p/s : mintak maaf gambo tak berape nak cantik ek coz pakai tekan je shutter button ni. 

*****************************


Kalau korang ingin mengikuti perkembangan aku dengan lebih mudah lagi cepat dan advance selain dari membaca di blog, boleh follow aku seperti di bawah... 

Instagram : @ciklilyputih

Twitter : @ciklilyputih

Google+ : +ciklilyputih

Fanpage : ciklilyputih.Com


p/s : musim nak tambahkan kenalan baru di social media, mana tau korang bertuah boleh dapat mystery gift kan