Sunday, February 19, 2012

Sunday Post : Pau For Breakfast

Hi Korang,

Breakfast dengan pau ok ke?

Untuk ktorg ok je asalkan ada dish yang lain sekali kan macam cekodok ke, mee goreng ke, kuay teow ke, nasi lemak ke kan. Kalau makan pau je mana cukup. Bising Mr Big dapat makan sket je for breakfast.


Aku memang tak reti nak buat pau ni. Semua ni memang aku standby beli yang frozen punya. In case, kalau ada tetamu datang senanglah kan. Bukan setakat pau je, karipap, popia, roti canai yang frozen ada je dalam fridge aku ni. Lapo-lapo je terus leh masak dan makan kan.

Korang plak breakfast apa tadi ek..


Nuffnang 5th Birthday Bash

Hi Korang,

Kenal tak dengan si famous Stick Man dari Nuffnang tuh? Sapo plak kan mamat ranting ni. Bukan main lagi nak celebrate dia besar-besaran sampai jemput bloggers plak tu kan. Tak per tak per I Like!


Ini lah dia Stick Man yang famous tu kan. Kurus kemain lagi kan walaupun dah 5 tahun dah umurnya.



So Nuffnang dah pun plan a gorgeous 5th Birthday Celebration bertema blue gituh. Wah biru ek, harus lah semuanya biru kan. 

Aku rasa Stick Man should celebrate his 5th birthday dengan

1. Blu Fantasy Concept


Yelah buat kat Neverland, haruslah kena fantasi sket. Ada fairy, angels, pakai baju putih-putih ada kebiruan sket. Background biru, lampu biru ermm segalanya biru lah kan

2.  Food + Drinks In Blue


Kalau dah konsep fantasi haruslah foodie pun fantasi gak lah. Buatlah apptizer boleh terbang ke, main course tu ada colour biru sket dan drinks plak haruslah blue coral baru lah terbuka selera nak makan.

3. Blue Birthday Cake


Mestilah harus ada perisa coklat, strawberry, red valvet,  rainbow, cheese cake dan lelain lagi lah, kalau boleh 5 tingkat pun tak per beserta 5 lilin gak kan. So dapatlah semua guest yang hadir rasa special birthday kek ni kan

4.  Blue Balloons


Aku memang suka belon, rasanya semua orang suka belon nak-nak kalau belon tu ada pelbagai rupa dan bentuk. Biru + silver. Mesti cantiklah

5. Awesome Goodies


Bloggers dengan goodies memang tak boleh di pisahkan lagi, memana pi event mesti dapat goodies bag punya lah. So kalau Stick Man sediakan goodies untuk semua guest lagi lah ktorg sayang kat you kan.

Nak make up pun ikut Selena Gomez lah all blue

Hah, kalau ada 5 menda penting ni barulah tambah meriah birthday party ni nanti but most important thing sekali semua guest yang hadir tuh especially Nuffies dan Bloggers ni mestilah sporting kalau di minta buat something untuk Stick Man kan.

To Famous Stick Man, ni aku dah siapkan birthday song untuk you. Hope you enjoy!



Happy 5th Birthday Nuffnang..


Saturday, February 18, 2012

Mari Menyanyi Bersama T-Rex

Hi Korang,

Kalau dah boring-boring dan tak tau nak buat apa, jom layan karaoke dengan Si T-Rex ek.

Si T-Rex yang comel

Kalau tak tau lirik, ni aku dah attached kan lirik lagunya. Alah senang je. Tak banyak pun. Nyanyi 2-3 kali korang dah boleh hafal dah


Nak lagi best, cuba korang nyanyi sambil dance sekali macam Mr Big buat kat video tu ek..Then pasang lampu lip lap cam dalam disco tu kan.

So enjoy yea and happy weekend.

CLP notes : Seronok sakan orang tu coz jadi model Petrosains kan.. Nyampah tau!