Tuesday, August 30, 2011

Settle Hari Raya Pertama

Hi Korang,

Rasanya lama tak update blog nie. 

Sedeyyyy okeh..

So maghrib2 nie luangkan masa sket untuk merapu meraban kan. So 2 hari ni busy benau dengan hari raya punya preparation. Masak itu masak ini. Gosok baju raya. Salam-salam raya, pegi jalan raya dan memacam lagi lah.

Photoshot for the whole family pun sempat gak buat walaupun pagi tadi hujan renyai2 sket kan. Gambo nanti2lah masukkan ek. Cable lupa nak bawak balik

Eh, lupa nak wish kat korang Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari aku dan Mr Big. 

So, settle hari raya pertama..


p/s : check2 email, ada plak event invitation dan sponsored post. Aduh raya2 pun kene keje.. huhuhuhu

Sunday, August 28, 2011

Sunday Post : Subuh Hari Dah Berjalan

Hi Korang,

Hari ni sesubuh hari dah kuar berjalan dah. Pergi keje pun tak macam ni bangun punya awal. 

Mak aku ajak pi pasar tani Alor Gajah. Apalagi shopping barang-barang untuk nak masak lah kan. Tak payah nak tulis list bagai, semuanya dia dah ingat.

Subuh kan, betul aku tak tipu okeh

Sesampai je, orang dah pun ramai. Oit biar betul diorg nie. Mak aku pun start order, daging 5kg, limpa 2kg, paru 2kg. Terperanjat gak aku dengar. First time dia beli daging bebanyak cam nie. Yelah nak masak memacam kan. 

Tengok rangka lembu ni, besau sungguh

Orang-orang yang datang beli pun bukan main calang2 lagi. Semuanya order berkilo-kilo tak dengar aku dengar nak 1 kilo. Rasanya paling sket beli mak aku kot. 

Harga kawalan daging lembu untuk raya nie:

Daging batang pinang : RM22.00 sekilo
Daging biasa : RM20.00 sekilo
Hati lembu : RM20.00 sekilo
Limpa / Paru : RM20.00 sekilo

Hah harga tu aku baca kat papan tanda kat pasar tani tadi. Mahal siot, kata mak aku sebelum puasa dulu RM18 je sekilo. Ala dah nama pun raya kan. bagi chance sket lah peniaga nak untung.

Rasanya bertambah lagi lemak aku bila nak keje balik ni. Yelah hari2 bedal daging masa raya kan.

Ok ok, daging dah siang now nak potong ayam plak.

Anyway, 

Happy Sunday Korang



Saturday, August 27, 2011

Buka Puasa With DiGi @ The Bee PJ One

Hi Korang,

Lambat sket update blog hari ni coz busy tolong mak aku buat kuih bahulu. Penat siot tapi worth it sungguh. Eh lupa nak cakap, aku dah balik kampung tau.


Khamis lepas, aku dapat jemputan buka puasa dengan DiGi. Nuffnang yang jemput okeh, bukan sesuka nak pegi tau. Di sebabkan single invitation so kenalah pi sengsorang huhuhuhu.

As usual, aku mesti orang pertama yang sampai dulu. Biasalah puntual ok. So lepak2 dengan Nuffies dulu. Then sorang demi sorang datang kan. Ramai jugak yang datang AmySweetdarling, Diese, Uzair, JeJai, Mat Joe, Farah, Myvitrd, Elywen, Ben dan ramai lagi lah. Ada jugak blogger baru yang datang, so sempatlah mingle around dengan diorg nie.


So memula ktorg order makanan dulu. Semua tengok sedap je tak tau pilih mane, bantai jelah. Bila sampai wow, banyak sungguh portionnya. Sedap betul bila dah rasa. Letih2 nak abiskan. 


After that ada presentation dari Mr Soon from DiGi. Rupanya HTC ada kuar phone baru, HTC Cha Cha dan HTC Evo 3D. Not bad jugak featuresnya. Harga not bad if subscribe dengan DiGi lagi murah. Rasa cam tergoda juga but sabo dulu lah. 


Kemudian, ada 2 games which hadiahnya peluang untuk review kedua HTC phone tersebut. Apalagi jangan lepas peluang, aku join dengan dinnermate aku Hairy dan Mie. Nasib baik gamenya senang dan ktorg terpantas so dapat jugak merasa pakai HTC Sensation baru eventho dapat review 2 weeks je kan. Hehehehe

Abis semua game tu, apalagi acara bercamwhore lah. Snap sana snap sini. Tukar-tukar URL blog. Sempat sambung borak2 lagi. Time ni aku dapat kenal dengan semua orang dan dapat jugak small gift dari HTC.


So thank you DiGi coz sudi belanja kitorg DiGi Angel Bloggers nie buka puasa. Hopefully tahun depan ajaklah ktorg lagi ek.

Anyway, Nuffies you're awesome...