Sunday, August 21, 2011

Sunday Post : Siapa Peduli

Hi Korang,

Meh aku nak citer sket pasal ada satu album ni.

Album terbitan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang berjudul 'SIAPA PEDULI' yang memuatkan 10 buah lagu termasuk sebuah puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said mengandungi lagu-lagu khusus mengenai Palestin dalam pelbagai sejarah penting perjuangan Palestin.


Dana ini akan digunakan untuk pembinaan Hospital Kanak-Kanak di Gaza kerana separuh daripada populasi Gaza adalah kanak-kanak.

Di antara penyanyi yang menjayakan album ini ialah Mawi, Azhan, Putera, Mila Jay Jay, Liza Hanim, Syafinaz, Alyah, Hafiz AF dan Datuk A Samad Said yang menyumbang satu puisi yang bertajuk 'Anak-anak Palestina'


Aku dah dengar dah semua lagu dalam album ni ternyata lirik-liriknya sangat menyentuh hati dah jiwa aku lah. Yelah dalam bulan-bulan puasa ni kita bukan main sedap makan sana sini dengan juadah yang enak but mereka kat Palestin ni terpaksa redha dengan apa yang ada di sana. So apa salahnya kan....


So korang, meh la kita reramai beli album ni dan dengar sendiri lagu-lagu yang dimuatkan dalam album nie, bukan apa dalam bulan-bulan puasa ni baiklah jugak kita menderma kan. Alah bukannya mahal pun cuma RM21.90 dan kesemua kutipan album 'SIAPA PEDULI' ini akan di salurkan ke tabung GAZA.


So apa salahnya kan..

Mari Berkenalan Dengan Bloggers Geng Tali Barut Yang Havoc

Hi Korang,

Ini entry suka suki

Meh aku nak tunjukkan muka-muka blogger yang senantiasa gempak dan havoc tak kira di mana jua diorg nie berada.

Ini Zaid. Sambil makan pun sempat buat peace lagi. Selalu dapat jemputan makan2 tau

Ini Didie, Peminat no.1 Ning Baizura tau. Kelas ko noks!!

Ini Jejai dan wifenya K Maz. Pantang nampak makanan mesti nak di snapnya. Tapi bila pi Manila langsung tak termakan kan.

Ini K Ina KL,ketua geng tali baruts mesti ada dalam setiap event lah. Tapi tak leh nak kalahkan aku lah kan.

Ini Daydeck, pengemar kaki ayam no. 1 tau. Bila time makan, cermin mata pun hilang

Hah, inilah ktorg yang sempoi. Pantang ada camera nak bercamwhore jelah. Yang baju biru tu Eyriqazz a.k.a Mat Tiger.

Hah, itulah dia gambo yang Mr Big sempat snap gelagat bebudak geng tali baruts ni. Sentiasa kecoh walau di mana jua berada.

Aku sesaje nak masukkan muka-muka diorg ni, mereka ini lah tempat aku nak gossip2, update2 story dan memacam lagi. Tapi bukan diorg ni je, ada ramai lagi tau geng blogger tali barut yang aku belum citerkan lagi. Nantilah, kalau ada memuka diorg ni aku masukkan lagi lah

Anyway,

Happy Sunday Korang...


Saturday, August 20, 2011

Majlis Buka Puasa 'Universal Music @Shazana Pau Cafe KL

Hi Korang,


Semalam sempat jugak aku sampai on time untuk majlis meraikan anak-anak yatim Rumah Maahad Tahfiz Baitul Ummah anjuran 'Universal Music' di Shazana Pau Cafe, Kg Baru. Di sebabkan ktorg selalu makan kat kedai ni so tak jadi masalah untuk sampai dan jadi tour guide untuk bebudak blogger yang tak pernah ke sini.

Bloggers havoc yang sempat hadir (cilok dr Blog Zaid)

Dengan Tuan Punya Shazana Pau Cafe (cilok dari Eyriqazz)

Banyak pilihan okeh

Bukan setakat bloggers sahaja di jemput malahan residen artis bagi 'Universal Music' juga turut memeriahkan majlis nie. Di antara rakan artis yang hadir seperti Ana Rafali, Man Kidal, Sixth Sense, Ahmad Ahmad dan Saujana.

Juan Danza MC malam tuh

Tuan punya Shazana Pau turut menyumbang kepada anak-anak yatim

Selain daripada acara berbuka puasa, persembahan daripada artis-artis dan juga pihak Universal Music dan Shazana Pau Cafe juga turut menyumbangkan duit raya dan goddies untuk anak-anak yatim ini.

Kugiran Tepi Pantai

Yazer menghiburkan anak-anak yatim

Kemudian ada acara execlusive untuk bloggers plak. Ktorg di hiburkan dengan persembahan dapipada kumpulan Ahmad & Ahmad dan kumpulan Saujana. Best jugak tengok perform kan. Yelah live gitu.

Kumpulan Ahmad dan Ahmad. Diorg ni sempoi betul lah

Comey Ana Rafali nie

Persembahan Saujana.

Man Kidal

Kumpulan Saujana

Semoga acara seperti ini akan menjadi acara tahunan dan  menjadi ikutan badan-badan korporat yang lain. Syabas 'Universal Music'. Kami bloggers sentiasa menyokong usaha-usaha murni ini.