Friday, October 6, 2017

Jom sertai “Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017” (KLFFH 2017)!!

Hi Korang,

“Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017” (KLFFH 2017) merupakan program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia W.P Kuala Lumpur/Putrajaya (PKPKM WP KL/Putrajaya) dan Biro Pelancongan Kuala Lumpur. Acara ini diadakan bagi menyokong kempen Citarasa dan “Fabulous Food 1Malaysia” yang dilancarkan semenjak tahun 2009. 


Objektif penganjuran acara ini bertujuan untuk mempromosi dan mempergiat industri pelancongan melalui “Food Tourism” khususnya W.P. Kuala Lumpur; membangunkan industri kecil-kecilan dalam sektor makanan termasuk gerai, warung, restoran dan food truck; serta memperkenal dan memupuk minat masyarakat dan pelancong mengenai keunikan makanan-makanan tempatan. Acara ini juga diadakan bagi mempromosikan #sayangmalaysia dan #visitkl bagi menarik lebih ramai pelancong ke Kuala Lumpur. 

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya, Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar berkata, “Acara berbentuk “food hunt” ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada para penggemar-penggemar makanan berikutan keunikan acara ini. Sambutan yang diterima setiap tahun amat menggalakkan di mana penyertaan bukan sahaja di kalangan masyarakat tempatan malahan terdapat juga penyertaan daripada luar negara termasuk pihak-pihak media”. 

Acara yang bakal diadakan untuk tahun ke-enam ini akan menyaksikan penyertaan seramai 1120 peserta mewakili 280 pasukan yang akan berlumba di sekitar W.P. Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel dan MRT. Mereka mestilah melengkapkan tugasan di semua 10 hentian atau “check points” dan mendapatkan cop selesai (“completed”) sebelum menamatkan cabaran. Antara cabaran yang perlu di lakukan termasuk makan makanan popular yang disediakan, menjawab soalan berkaitan pelancongan di Malaysia dan Kuala Lumpur selain mencari klue lokasi restoran dan gerai yang terpilih dalam waktu yang terpantas. 

KLFFH pada kali ini akan mengetengahkan dan mempromosikan makanan-makanan “signature” dan popular di sekitar Kuala Lumpur mencakupi makanan tempatan yang mewakili pelbagai bangsa dan juga makanan antarabangsa. Antara makanan yang dipilih termasuk nasi campur, mi sup (Chinese style), roti canai istimewa, nasi Arab, gourmet sandwich, pecel lele, dan lain-lain lagi. Selain dapat menikmati makanan yang disediakan, peserta juga berpeluang menjelajah ke seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan mengenali lokasi-lokasi gerai dan restoran yang baru. Kebanyakan peserta turut berkunjung ke lokasi-lokasi yang diperkenalkan selepas acara ini tamat terutama pada hujung minggu, hari cuti am mahupun hari-hari bekerja. 


Pelbagai hadiah menarik juga bakal dimenangi para peserta termasuk wang tunai dan cabutan bertuah. Sebanyak 45 pasukan terawal sampai untuk kategori terbuka, tertutup dan expat/pelancong akan membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah sehingga RM 22,900.00. Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah juga bakal dimenangi peserta termasuk tiket penerbangan, gajet-gajet terkini, barangan elektrik, barangan outdoor, voucher makanan, voucher hotel dan lain-lain lagi. 

Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar juga berharap kerjasama strategik dengan semua pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Fun Expats (KLFE), IPTA/IPTS, Syarikat-syarikat swasta, NGOs, penaja-penaja, restoran-restoran dan pihak media dapat dijalin dan diteruskan pada masa hadapan. Ini mampu memberikan impak yang lebih holistik dan efektif dalam membangunkan industri pelancongan dan kebudayaan negara seiring dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Jom sertai “Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017” (KLFFH 2017)!!






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, October 5, 2017

EAT Cake Today, Order Kek Secara Online

Hi Korang,

Apa itu EAT CAKE TODAY?

Kalau nak tahu, Eat Cake Today merupakan servis tempahan kek yang berkualiti dari pembekal kek tempatan dan di hantar terus ke depan pintu rumah korang.


Ewah kemain lagi ek!

Sekarang ni kan, kita ni manusia yang tak de masa nak lakukan perkara-perkara remeh seperti ni so tempah online dan hantar terus menjadi pilihan yang bijak. Selain daripada menyenangkan kita sebagai pelanggan, peniaga kek tempatan juga mendapat keuntungan daripada platform ni. Kira win win situation gituh ek.





Kalau korang nak tau lebih daripada 40 peniaga kek tempatan telah pun menyertai platform ini dengan lebih kurang 300 jenis pilihan kek.


Eat Cake Today menawarkan pelbagai jenis pilihan kek seperti biskut, brownies, bundts, cheesecakes, cookies, cupcakes, eggless cakes, fondant buttercream beauties, gluten-free, loafs, mille crepe, pavlova, pies, tarts, vegan dairy free, customized cake dan juga pastry.

Cuba cakap dengan kak lily siapa yang tak suka makan kek? Cakap lekas ermm cakapppp!!

Milo Dinosaur 7 inch Milo Cheesecake

Kek-kek sempena perayaan seperti Valentine, Hari Ibu, Hari Bapa, Mooncakes, Kek Krismas juga turut boleh di tempeh sekali. Untuk kek sebegini ianya harus di tempeh awal dengan pilihan masa tempahan 4 jam sebelum, 1 hari sebelum, 2 hari sebelum dan 3 hari sebelum. Harga kek bermula dari RM37 hingga RM230 sebijik termasuk dengan harga penghantaran sekali.

The Modern Duke's Pudding 7 inch Oreo CheeseCake

Dari segi penghantaran pula, Eat Cake Today menawarkan perkhidmatan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan Petaling Jaya pada harga RM10 bagi setiap penghantaran dan kos penghantaran tambahan untuk kawasan luar Kuala Lumpur seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang, Rawang, Bangi dan lain-lain lagi dan masa penghantaran setiap hari dari 11.00pagi hingga 7.00malam.


Yang penting kak lily nak highlight ni, kesemua peniaga kek menggunakan bahan-bahan kek yang HALAL tau dan ada ada juga peniaga kek yang telah pun mendapat sijil HALAL seperti Cake Sense, Cat & The Fiddle, The Honest Treat dan Just Heavenly.

Cara Menempah Pembelian Kek Secara Online


1. Layari laman web Eat Cake Today’s di www.eatcaketoday.com

2. Pilih kek yang korang nak atau pilih servis penghantaran atau pun cari guna keyword Salted Caramel or Chocolate.

3. Pilih Delivery Date, Delivery Time, Quantity kek yang dikehendaki dan juga isikan mesej pada kek tersebut 

4. Pilih berapa batang lilin dan detailsnya sekali

5. Klik pada ikon “Add to Cart”.

6. Check order korang dalam Shopping Basket dan detailsnya semua dan “tick” I agree with terms of service dan klik ikon “Checkout” 

7. Untuk lengkapkan tempahan, isikan Customer Information, Shipping Method, dan lengkapkan Payment Method.








pastries

Untuk info lanjut boleh layari www.eatcaketoday.com

Careline No.: 017 - 8800 153 (Call / WhatsApp) 


Operating Hours: Daily 9.00 am – 6.00 pm


Instagram: eatcaketoday 
[#eatcaketoday] 







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, October 4, 2017

Syampu Teh Hijau FOLLOW ME

Hi Korang,

Kak lily ni tak de berapa masalah dengan rambut cuma satu je masalah iaitu malas nak cuci hahahahha.. nampak nau pemalasnya

As usual kak lily ni kan suka nak cuba-cuba produk rambut ni so dapatla cuba syampu Follow Me ni. Syampu FOLLOW ME Teh Hijau ini diperbaharui dengan wajah baharu yang dirumus khas dengan teh hijau dan ekstrak tumbuhan semula jadi, formulasi ini membantu menguatkan rambut dari akarnya dan meninggalkan rambut terasa lebih sihat dan mudah diurus.


Syampu Teh Hijau ini diperkaya dengan Vitamin C dan E untuk memberikan perlindungan kepada folikel rambut dan pada masa yang sama memastikan rambut anda sentiasa licin dan lembut. Polyphenol (iaitu sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam ekstrak Teh Hijau) membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat: manakala gabungan pelbagai ekstrak tumbuhan semula jadi bersama antioksida yang banyak terdapat di dalam ekstrak Teh Hijau melindungi rambut daripada radikal bebas untuk mengukuhkan lagi akar rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah penipisan rambut. 


Kulit kepala yang bersih, bebas daripada kotoran, serpihan dan sebum memberi persekitaran lebih baik dalam menggalakkan pertumbuhan rambut; akan tetapi, dandanan rambut yang kerap dan penjagaan kebersihan diri yang kurang baik termasuk tidak mencuci rambut secara tetap boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang seterusnya membawa kepada masalah kelemumur dan keguguran rambut. Tambahan pula, faktor persekitaran luaran termasuk keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia bukan sahaja memburukkan, malahan berpotensi mencetuskan siri masalah rambut seperti kulit kepala yang berminyak dan gatal, folikel tersumbat dan penipisan rambut. 

Didapati dalam 5 varian, Syampu Follow Me Teh Hijau termasuk 6-dalam-1, Anti-Kelumumur, Anti-Rambut Gugur, Lembut dan Licin dan juga Penjagaan Kulit Kepala. Di samping itu, terdapat juga dua varian perapi, iaitu Anti-Rambut Gugur dan Lembut dan Licin, kesemuanya mengandungi manfaat berikut untuk membantu menjaga serta menyihatkan rambut dan kulit kepala.

Follow Me Syampu Teh Hijau 6-dalam-1 

Direka khas dengan ekstrak Teh Hijau, Syampu 6-dalam-1 ini menawarkan 6 jenis penyelesaian kepada kulit kepala yang berbeza dalam hanya 1 syampu. Ia membantu menghilangkan bau kulit kepala, melegakan kegatalan kulit kepala, mengurangkan kelemumur, mencegah keguguran rambut, dan pada masa yang sama melicinkan rambut. Selain itu, ia memberi sensasi sejuk dan wangian segar kepada kulit kepala apabila digunakan. Sesuai untuk individu yang mempunyai kombinasi kulit kepala gatal, kelemumur, kulit kepala berminyak dan masalah keguguran rambut.

Follow Me Syampu Teh Hijau Anti-Kelumumur

Follow Me Syampu Teh Hijau Anti-Kelumumur yang dirumuskan dengan Teh Hijau dan ekstrak Rumpai Laut adalah sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal. Ekstrak Teh Hijau mengandungi sifat antioksida yang boleh melindungi rambut dari radikal bebas, manakala ekstrak Rumput Laut dengan Komplek Pro-Tec pula membantu menghilangkan kepingan kelemumur yang longgar, menghilangkan sel-sel mati yang berlebihan pada kulit kepala dan mengurangkan kegatalan kulit kepala untuk rambut yang lebih sihat dan bebas kelemumur.

Follow Me Syampu Teh Hijau Penjagaan Kulit Kepala 

Ini adalah syampu penjagaan kulit kepala yang mempunyai gabungan ekstrak Teh Hijau dan Minyak Beran Beras. Ia membantu melindungi rambut dari kerosakan matahari, menormalkan kulit kepala berminyak, menyinarkan rambut dan menguatkan akar rambut untuk rambut yang sihat dan lebih mudah diurus. Ia sesuai untuk individu yang mempunyai kulit kepala berminyak dan mereka yang sering terdedah kepada pancaran matahari. 

Follow Me Syampu Teh Hijau Lembut & Licin + Follow Me Perapi Teh Hijau Lembut & Licin 

Dirumuskan dengan teh hijau dan ekstrak Sakura, Follow Me Syampu Teh Hijau Lembut & Licin membantu melembapkan dan menghidrat kulit kepala bagi memastikan rambut anda sentiasa licin, berseri dan bermaya semula. Untuk mendapatkan kesan lembapan maksimum, gunakannya bersama-sama dengan Perapi Lembut & Licin kerana ia membantu mengunci kelembapan dan nutrien penting untuk rambut. Ia sesuai terutamanya bagi mereka yang mempunyai rambut keriting, kering dengan hujung bercabang. 

Follow Me Syampu Anti-Rambut Gugur + Follow Me Perapi Anti-Rambut Gugur

Dirumuskan dengan teh hijau dan ekstrak biji anggur, Follow Me Syampu Anti-Rambut Gugur sesuai untuk individu yang mengalami masalah rambut gugur. Ekstrak Biji Anggur yang terkandung dalam syampu membantu mengurangkan keguguran rambut, menguatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, gunakan dengan Perapi Anti-Rambut Gugur kerana ia menguatkan lagi setiap helai rambut, mengelakkan rambut bercabang dan penipisan rambut serta memastikan rambut anda sentiasa licin dan berkilat. 


Kedua-dua Syampu (320ml/650ml) dan perapi (320ml/650ml) Teh Hijau dengan formulasi perbaharu ini dijual pada harga RM 10.90 dan RM 18.90 setiap satu. Ia boleh didapati di kesemua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi terpilih bermula September 2017. 









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com