Monday, July 10, 2017

Cantik Tak Layout Baru Ciklilyputih.Com?

Hi Korang,

Hari tuh lagi 2-3 hari nak raya blog buat hal plak.

Tup-tup banyak keluar tulisan-tulisan link yang ntah apa-apa, aku ingat dah kena virus but actually designer lama aku tuh simpan gambar-gambar di photobucket dan linknya sudah expired. 

So puaslah nak mencari designer untuk memperbetulkan website hijau ni. 

Tanya sana, ada yang cakap boleh buat untuk wordpress je, tanya sini pandai buat untuk blog sendiri je so seharian gaklah aku mencari sesuatu yang aku tak boleh buat ni. 

Tetiba ternampak ada blog yang simple lagi cantik tuh, terus aku scroll untuk cari nama designernya hah dapat pun, apa lagi terus contact thru FB message. 

Check pun check, dia boleh buat tapi lepas raya cam tuhlah baru dia nak boleh sebab nak raya kan time. So aku pun bertabahlah dan redho janji dah jumpa orang yang baik hati nak betulkan. 

Jeng jeng jeng…

Cantik tak!!!


Haruslah cantikkkk

Sebab aku nak sesimple yang boleh, tak nak sarat-sarat dengan iklan dan gambar-gambar.

Itulah hasilnya…

Terima kasih kepada Najiah kerana sudi membantu akak Lily yang serba tak tau ni ek. Korang kalau rasa-rasa berkenan nak edit layout, tukar header boleh contact Najiah ni  di 0174428730 (whatsapp) atau ke blognya http://www.jiakreatifelt.com

Ermm terus bersemangat nak update blog sekarang ni tau!!





Kaki Bebel,


LILY



Sunday, July 9, 2017

Suka Pulak Dengan Perfectly Matte Lipstick Dari Avon

Hi Korang,

Lipstick memang menjadi aset yang penting bagi aku yang pemalas nak makeup bila pi kerja ni. Yelah at least muka nampak bercahaya sket kan hehehehhe

Lipstick pun kena pilih jugak yang sesuai dengan bibir kita, kalau tak betul pilih kang baru 2-3 jam pakai dah hilang dari bibir huahauhauha 

So kenalah cari lipstick matte yang tahan lebih lama kan


Memperkenalkan Perfectly Matte Lipstick diformulasikan secara esklusif dari 100% matte tulen agar bibir tampak lebih terbentuk dan bebas kilau serta lebih va-va-voom!

Pilih tema warna kegemaran untuk gaya matte kesukaan anda. Gincu Avon Perfectly Matte membawakan korang  12 warna baru yang sesuai untuk setiap mantra gaya personaliti anda. Jadi apa yang korang tunggu lagi? Pilih untuk jadi paling matte antara semua dengan Avon Perfectly Matte Lipstick!


Turut bekerjasama dalam pelancaran ini ialah jurumekap selebriti Avon, Ayangkamell yang turut mendemonstrasi nilai bebas-kilau yang tinggi pada Avon True Color Perfectly Matte Lipstick berbanding gincu matte jenama 'M' kepada pelanggan dan rakan seindustri.

"Gincu ini juga mempunyai kemasan licin yang boleh dipekat dengan setiap sapuan, malah tidak merekah atau merebak. lnilah jawapannya untuk mengecapi rona-rona matte berpigmen tinggi yang kekal sepanjang hari... inilah keselesaan ulti-matte!"


Menurut Ayang, kehebatan gincu matte Avon jelas dilihat pada kelancaran liputan matte pada bibir yang tidak merekah atau bercapuk demi keselesaan berpanjangan.

Avon juga turut teruja untuk melancarkan rangkaian mekap terbaru - Avon True Color- yang terdiri dari barangan wajah, mota dan bibir yang sesuai untuk tona kulit Asia. Dirumus oleh ara saintis di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Avon di Suffern, New York, rangkaian baru ini menjanjikan warna dan kemasan yang mudah digunakan, tahan lama dan kekal anggun untuk wanita masa kini.

PALING MATTE ANTARA SEMUA Memperkenalkan Perfectly Matte Lipstick dari Avon, True Color Perfectly Matte Lipstick BARU

• Gincu matte terhebat dari Avon

• 12 warna kemasan licin

• Lebih matte dari jenama pilihan kebanyakan jurusolek profesional

• Sebahagian dari rangkaian baru Avon True Color

• Dilancarkan 1 Mei 2017

• 3.6g, RM23.90 WM I RM27.50 EM setiap satu

• Dapatkannya dari Avon Dealers, Avon Beauty Boutique

ni lipstick lelain keluaran Avon gak tau

Avon Perfectly Matte Lipstick dan koleksi Avon True Color bakal dipasarkan bermula 1 Mei 2017. Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi fallon bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com



Kaki Bebel,


LILY



Friday, July 7, 2017

Lunch Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Hari-Hari Pun Boleh

Hi Korang,

Sekarang ni masa kritikal sangat untuk nak pi lunch kat office aku ni. 

Yelah kat building office aku ni tempat makan semua dah tutup sebab tak ramai orang datang makan agaknya sejak APU college ni pindah kat TPM, so tinggal company-company keja je termasuklah company aku ewah kecik konon hananana

So now option yang paling dekat dan senang adalah makan di bangunan Sapura. 


Ada berlambak-lambak food truck kat situ masa makan tengahari sebab diaorang punye foodcourt pun dah tutup gak. Ada memacam jenis makanan yang boleh di makan tapi aku cuma pilih yang ni je which is Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. 

Menunya simple je


Ayam goreng kunyit digoreng dengan kacang panjang, bawang besar panas-panas dan di hidangkan sekali dengan nasi putih panas-panas, sambal belacan pedas dan kicap. Ya allah ya tuhanku, makan pulak time panas-panas dan borak cerita-cerita panas so memang terbakar la kan hahahahhaa

Kalau korang nak tau sambal belacan dia tuh rasa sket je dah boleh berasap kepala, bagi aku lah. Lately ni aku tak berapa kuat makan pedas so boleh terasa apa-apa yang pedas sket Tapi pedas-pedas pun aku bedal jugak sebabbbbbb



Ini

Yeahhhh

Teh aisnya memang power giler, sedap, pekat melekat di tekak. Cukup segala rasa, teh tak cair, susu cukup dan ais cukup. Arrgghh memang penghilang dahaga betul. 

Tapi sekarang aku rasa diaorang macam dah kurangkan sket ayam goreng dan nasi lah, selalu aku makan ayamnya senantiasa berlebih dengan nasi la ni, rasa tak cukup plak.

Ke aku tak baca bismillah sebelum makan??? 

Huahauahuahauhau



Kaki Bebel,


LILY