Showing posts with label harga murah. Show all posts
Showing posts with label harga murah. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia Kini Di Buka

Hi Korang,

Kita dah biasa dengar or perasan kedai runcit 1 Malaysia kan? Now muncul plak Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia. Wah nama kedai dah gempak kan.



Untuk pertama kalinya Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini di Centrum, Setiawangsa di sini bakal menawarkan produk runcit termasuk barangan basah yang segar. Kira-kira 80 peratus daripadanya terdiri daripada pelbagai jenis ikan yang harganya sangat berpatutan 30-40% jauh lebih murah dari harga di pasaran dan terjamin mutunya.

Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu akan dibuka kepada orang ramai bermula Jumaat ini.
Bagi korang yang duk dekat2 area Setiawangsa ni boleh lah ke sini untuk membeli belah tanpa ragu-ragu tentang harga dan kualiti barangan di sini.
Aku? may be someday akan ke sana kot. Nak cuba gak , betul ke harganya murah kan.


Thursday, October 20, 2011

Aku Memang Kaki Buku

Hi Korang,

Korang rasa aku ni kaki buku tak? Ermm nampak macam nan ado kan but reality is aku memang book worm okeh. 


So last week sempat jugak aku dengan bebudak opis aku pi ke Big Bad Wolf Book Sale kat MAEPS Serdang ni kan. Nasib baik dekat je dengan Safari ek. 

Tengok siap duduk2 kan.

Orang punyalah ramai kan. Masa aku pegi tuh hari jumaat so memang ramailah orang pompuan kan. Orang lelaki melayu tak do pun coz pi solat jumaat lah kan. Bukan setakat orang pompuan je yang ada, bebudak kecik, orang tua, budak sekolah, orang separuh tua pun ada. Nampak dah rakyat Malaysia ni dah rajin membaca kan.

buku pasal nenek pun ada tau

Yang best tuh, buku-buku ni semua di import dari oversea dan harganya plak turun sampai 80-90% aku rasa. Yelah majoriti buku-buku cerita harga dalam RM8 je. Buku-buku masak start dari harga RM5 pun ada. Buku bebudak lagi lah murah kan RM3 pun ada aku perasan. Oit memang seronok lah.


Di sebabkan dengan masa yang tak cukup coz lunch hour yang singkat, aku cuma sempat sambar beberapa buku je. 1 buku masak, 2 buku citer dan 1 buku motivasi. Tak perlah janji ado kan.

Ermm mintak ada lagi book sale macam ni lagi ek. Suker betul lah aku. Dapat aku penuh kan book self aku yang baru je beli ni kan