Showing posts with label buffet dinner. Show all posts
Showing posts with label buffet dinner. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Makan Japanese Food Di Restoran Jepun Agehan, Grand BlueWave Hotel

Hi Korang, やあみんな

Ingat senang ke cari Japanese food yang purely HALAL dalam hotel  kat area KL ni.

Ada tu ada but tak sepenuhnya HALAL tau.


Bila Achiek dari Grand BlueWave Hotel, Shah Alam ajak pi review Japanese Food kat Restoran AGEHAN ni aku terus je kata OK. Yelah bukan senang nak pi makan Japanese food kat hotel ye, lagi pulak 100% HALAL dalam hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia ni.


Ada jugak blogger yang lain hadir majoritinya FOOD Blogger kan, macam diorang kat gambar ni.



Once jejak kaki je kat restoran ni dah rasa macam kat Jepun dah. Dekorasinya memang berkonsepkan Jepun. Ala elemen-elemen Jepun di terapkan, susun atur meja kerusi semua ala Jepun lah. Meja kitorg bukan main panjang lagi, maklumlah ramai kan.


Ktorg sempat gak tengok tayangan video majlis penyerahan sijil Halal Restoran Jepun Agehan yang telah diadakan pada 16 Mei lalu yang di sempurnakan oleh YBhg Dato’ Hj. Marzuki Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Pengurus Hotel GBWHSA, Tn Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.

Ktorg dihidangkan dengan BENTO


Bento ni merupakan satu hidangan yang common dalam Japanese Cuisine. Dihidangkan di dalam kotak yang ada nasi, ikan atau daging, sayur, acar dan memacam lagi lah. Selalu Bento ni disediakan untuk bekalan macam tapau gituh lah.

Kemudian ada juga hidangan Tempura.


Tempura ni berupa makanan laut, sayur-sayuran yang dicelup ke dalam adunan tepung terigu dan kuning telur yang di cairkan dengan air sejuk yang kemudiannya di goreng secara deep fry sehingga warna kekuningan.


Ada Miso Soup yang panas lagi enak untuk dihirup

Sashimi pun ada la


Sashimi ni merupakan makanan laut yang dihidangkan secara mentah di makan begitu sahaja dengan kicap masin, jeruk dan wasabi. Tapi kat sini, diorang asapkan / di salai  dulu or smoked sebelum dihidangkan.


Last sekali lagi  Green Tea Ice-Cream, memang famous kalau pi makan kat restoran Jepun, diorang hidangkan dessert ni. Sedap ada rasa mint sket.

Ok samsung citer pasal Restoran Agehan ni sket lagi ek






Antara tawasan sajian yang ada termasuklah ‘All You Can Eat’ buffet makan tengahari dan malam pada harga RM69.00++ dewasa (15% diskaun warga emas dan kanak-kanak), menu makan malam harian istimewa berharga RM25.00++, seleksi sajian A La Carte dan juga menu pilihan promosi bulanan.


Nak singgah ke sini, meh lah

Restoran Jepun Agehan
Aras 1A,
Grand Blue Wave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 8811 ext 2623

Opening hours  : 11.30pagi – 2.30petang (lunch)
                        : 6.00petang – 10.30 malam (dinner)


Terima kasih kat Achiek coz sudi mengajak ktorg mencuba makanan jepun kat sini. At least bertambah lagi experience baru dalam duni makanan Jepun ni kan.

Jemput makan korang!

Monday, April 2, 2012

I Suka Yang Menggelikan


Hi Korang,

Aku memang suka cuba something baru yang aku jumpa. Tak kiralah menda ke makanan ke apa yang pelik lah. Rasa cam thrilling gitu.

Then ari tu masa pi outing dengan family Mr Big, ktorg lepak ada satu tempat ni. Not bad jugak in town je. Sambil makan sambil melalak. But we prefer to eat je coz mic di kuasai oleh diorg bertiga kan.


So buffet yang dihidangkan tu not bad gak, international cuisine. Memacam ada lah. Tapi ada 3 makanan ni yang aku duk ulang2 membedal kan.

Oyster

Unagi

Baby Octopus

Hah ko makan je sesuka hati tapi memikirkan asid dalam badan yang dah terlampau banyak kan, sampai dah kena sound baru lah stop makan. Rasanya pelik but ok lah dan tak hanyir langsung.

Yelah menda susah nak dapat haruslah di makan sampai puas. 

CLP notes : Rasanya cam nak cuba makan yang hidup2 plak. ok tak?




Monday, March 28, 2011

Menyanyi Menghiburkan Hati Bersama Si Dia

Hi Korang,

Hari ni lambat sket update, maklumlah banyak plak aktiviti ari2 cuti ni kan.

So masa Earth Hour 2011 semalam, aku tak buat pun apa yang aku tulis kat enrty semalam tau. Sebaliknya aku dan mrBig pi menghiburkan hati bersama family ktorg.


Actually tak plan pun nak pi melalak ni. Semuanya tak semena-mena je. Tengah duk borak2 tup2 timbul idea nak ke sana. So tempat yang ktorg tuju ialah di Red Box Sogo. Diorg siap dah jadi member kat kotak merah ni. Ktorg amik package yang siap makan tuh. Not bad jugak harganya.

So selama 3 jam tuh, sambil melalak sambil melantak. Buffetnya ok ok jelah tak macam Red Box Pavilion, siap ada scallop lagi. Kat Red Box Sogo ni menunya simple2 je.


Antara lagu yang menjadi pilihan ialah:-

1. Anuar Zain - Sedetik Lebih
2. Lagu2 pompuan yang tangkap leleh spt Ku Mohon, Gemilang, Bunga2 Cinta, Bertahta Di hati, Langit ke 7, Sekadar Di Pinggiran dan memacam lagi.
3. Lagu2 omputih spt I will survive, Home, Just the way u are
4. Lagu2 Indon spt Bukan Superstar,Terlanjur Cinta, Bukan Diriku,Hati Yg Kau Sakiti

Earth Hour Time

Aku rasa lebih 30 lagu kot yang diorg ni key in kat screen tuh. Lepas orang ni orang ni plak sampailah ktorg muak nak nyanyi kan. Selama 3 jam tu pelbagai aksi dan gaya nyanyian yang aku boleh tengok.

Sekali sekala berkaraoke bersama family memang seronok. Dapat asah bakat di samping mengeratkan lagi tali kekeluargaan kan. Betul tak?

So korang bila nak pi melalak ek, aku ikut!