Showing posts with label blogger kaki makan. Show all posts
Showing posts with label blogger kaki makan. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall Shah Alam

Hi Korang,


Ahad lepas team #bloggerkakimakan di undang ke Café Cerita Kambing di Anggerik Mall Shah Alam ni untuk merasai keenakan menu café mereka iaitu KAMBING.

Oh no, kambing? Of courselah ler aku tak makan kan.


So my rescuer Mr Big yang tolong jadi food review hari tuh. Boleh sampai terlambat plak sebab ini first time aku ke Anggerik Mall ni. Kalau Plaza Marsalam tu dah biasalah kan hehehehe.


Café ni memang menghidangkan kambing sebagai bahan utamanya yang di hidangkan sekali bersama beriani dan juga di jadikan kambing bakar. Menurut pemilik Café Cerita Kambing ni, Chef Zakaria dan Nor Aziah Md Dahari yang mewarisi resipi turun temurun daripada keluarganya dan masih mengekalkannya sehingga ke hari ini menyebabkan nasi beriani resipi istimewa dari Endau, Johor itu hanya memilih ramuan berkualiti dan menggunakan keenakan beras basmathi.

Ok jom tengok apa yang menjadi hidangan sedap di Café ni ek

Kambing Masala 
(RM12.00 sepinggan bersama nasi beriani)

Mr Big kata : daging kambingnye lembut, senang nak makan, tak de bau hamis kambing tu dan kuah masalanya awesome.

Kambing Bakar 
(RM16.90 per set)

Mr Big kata : sedap di makan panas-panas, lembut, potong pun senang. Gravynya kena dengan daging kambing tersebut.

Laksa Johor 
(RM5.00 sepinggan)

Ok menu ni aku yang rasa sebab my favourite tuh, kuahnya pekat. Di tambah pulak dengan sambal belacannya, terangkat la sekejap. Aku makan meenya sket, hirup kuah je lebih.




Selain daripada hidangan kambing, ada jugak hidangan ayam masak merah dan ayam goreng jugak. So don't worry, yang tak makan kambing tuh ada option lain ek. 

In terms of harga, not bad lah. Kira harga mampu makanlah orang kata. Selalu orang kata kalau kambing je mahal kan but this one oklah standard cafe

Cafe Cerita Kambing 
Level 1, Anggerik Mall, 
Seksyen 14, Shah Alam

Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 11:30 am – 5:00 pm

Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah : 019 2816 308 ( tel ) | 019 3531 320 ( whatsapp )

Atau ke Facebook mereka di Noraziah Dahari / Endau Beriyani Caterers

Kafe Cerita Kambing Endau Beriani Katering juga menyediakan makanan secara bufet di majlis-majlis keraian seperti perkahwinan yang dilengkapi pakej kanopi, pelamin, hiasan dan hidangan meja pengantin termasuk hidangan VVIP.


Terima kasih kepada Cafe Cerita Kambing kerana sudi menjemput kami #bloggerkakimakan untuk merasai keenakan menu di sini ye..

Note : Review ini di komen oleh Mr Big so segala rasa adalah mengikut tekak dia, maybe tekak dia rasa sedap tapi tekak korang rasa lain itu aku tak sure ye. So pi cuba dulu then baru tau




Thursday, November 19, 2015

Dinner Di MIAMI GRILL Sunway Piramid, Feeling Omputih Sangat

Hi Korang,

Sebab ape feeling omputih sebab nama makanan kan Philliy Philly gituh so ingat kat Philadelphia la kan. Jangan nak poyo sangat ek Cik Lily Putih oit!


Ktorang team #BloggerKakiMakan dapat jemputan lagi ke Miami Grill yang terletak di dalam Sunway Piramid ni, ye dah ramai blogger lain review but ktorang ok je. Not hal yang penting SEO keyword blog cantikkan hehehhehe

Dah jangan merapu lagi ek

mesti PitBull bangga, ramai plak orang Malaysia nak bergambar dengan poster dia kan

Restoran MIAMI GRILL ni di usahakan ‘bumiputera’ ermm orang kita iatu Hani Maju Sdn. Bhd., so jangan korang rasa cam ragu-ragu nak makan sebab nak gambo PIT BULL dekat depan pintu masuk restoran ni. Memang dari US tapi sudah di halalkan mengikut peraturan Jabatan Agama Islam. 





Simple je deco je so tak delah serabut mata korang bila nak makan kan, rasa chillax nye. Konsepnya ala-ala fast food. Masuk restoran, chop meja dulu hehehhee then pi order kat kaunter. Bayo harga makanan dan pi duduk sambung borak-borak ek coz nanti diorang akan hantar makanan ke meja korang.

So inilah yang ktorang makan sambil perut memasing membusung ke depan kan

Greek Salad - RM15.90

Philly Cheesesteaks Nacho Cheese - RM 33.90

Philly Cheesesteaks Fajitas - RM 33.90

Grill Wings - RM 19.90 (3 pieces) RM 25.90 (kombo set)

Mousaka Greek Lasagna - RM 18.90

Menu-menu ini ada set-set. Macam yang kitaorang makan ini satu set sekali dengan Soft Drink & Onion Ring. So ala-carte pun boleh, alah ikut mood korang nak makan banyak mane pun kan.
 

Sebab tu kat sini mengutamakan makanan sihat yang pasti tiada kegunaan tiga bahan bahaya ini dalam makanan mereka iaitu tiada MSG, tiada bahan pengawet dan juga tiada bahan kimia yang telarang. Begitu teliti dan menjaga kesihatan makanan mereka patut orang Amerika sihat2 hehehe. Paling aku suka adalah menu Philly Cheesesteaks Nacho Cheese. Daging banyak oooo kan aku ni pencinta daging sejati..
 
sebelum makan insta dulu ek

yang ampunnn pencinta daging memang pelahap bila nampak daging banyak kan

ktorang yang kaki makan

Actually memang banyak menu yang disediakan di MIAMI GRILL ni tapi apakan daya perut memasing dah nampak mengembang sket daripada asal kan so patutlah berhenti dulu sebelum meletup.

Kalau nak teringin sangat tuh, meh la ke

Miami Grill Malaysia
Lot LG2.127, Blue Atrium, Sunway Pyramid.
Tel : 03-56133363
Mon – Sun: 10:00 am – 10:00 pm


bersama penaung #BKM ek bukanlah mane ade kan hehehhe

Apa lagi, rasanya kalau dekat dengan umah confirm-confirm lepak kat kedai ni selalu ek hehehhee

Sunday, August 16, 2015

REVIEW | Worthy Book FnB Edition 14/15

Follow my blog with Bloglovin
Hi Korang,


Kaki makan mesti suka dengan berita baik ni tau!

Geng, korang pernah dengar pasal Worthy Book? 
La tak pernah ke, Worthy Book ni merupakan buku yang mengandungi pelbagai jenis kupon diskaun makanan di merata jenis restoran di seluruh negara. 

Wow, buku kupon makanan rupanya.


Worthy Book ni mengandungi 180 voucher di mana korang boleh gunakan lebih daripada 400 outlet makanan seluruh negara yang bermula dari 1hb September 2014 hingga ke 31hb Ogos 2015.


Di antara restoran/café yang terkandung di dalam Worthy Book ni adalah BBQ Chicken, Hot Star Fried Chicken, Sushi King, Gelatomio, Domino's Pizza, Brotzeit, myBurgerlab...& memacam lagi lah. 

Meh tengok sneak peak apa yang ada dalam Worthy Book ni ek:






Best kan!


Nampak ni aku dapat jimatkan RM5 OFF dengan setiap purchase bernilai RM30 ke atas. Cuma bayar hari tuh, RM25 je lah.

Worthy Book FnB Edition memang penyelamat poket aku la kan..

Di jual pada harga RM29.90, gerenti aku rekomen kat korang untuk dapatkan voucher book ni kan. Sebab memang menjimatkan duit dengan lebih banyak. 

Worth Book FnB Edition boleh di dapati di major bookstores (MPH, Popular, Times, Borders, Kinokuniya) dan myNEWS.com outlets yang terpilih in KL and Selangor.


Untuk info lanjut, korang boleh klik ke:








Check it out dulu, then baru tau ek!