Showing posts with label TECH. Show all posts
Showing posts with label TECH. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

REVIEW | HONOR 5X Smartphone Dari HUAWEI

Hi Korang,

Lama betul tak buat gadget review ek!!

Kalau dulu kemain lagi rajin bebenau sekarang ni cam lemau-lemau sket sebab heboh dengan food review je kan hehehhehe mana tak gomoksss..


Kita memang aware yang Huawei Technologies ni sangat pantas dalam gadget-gadget ni, sekejapan je ada je smartphone yang latest keluar sampai aku sendiri tak terkejar. Hari tu aku berkesempatan untuk mencuba smartphone mereka HONOR 5X bersama HONOR Band Z1.

Apmacam, cool tak?

Haruslah cool kan.

Tak yah nak unboxinglah sebab korang mesti dah tau kandungan phone kan, of courselah ada charger, manual ermm itu je.

HONOR 5X



Bagi aku rekabentuknya cantik, dah lah slim, skrin 5.5-inci, silver metal plak bodynya. Memang nipis, senang nak masuk kedalam poket jeans. Ada fingerprint scanner, camera 13/16MP.

notifications - mudah dan senang nak baca

icon shortcuts yang tak pening kepala

Sistem bagi Honor 5X plak dibina berasaskan Android 5.1.1 Lollipop yang paling latest sekali dalam system Android. Aku paling suka section Notifications dan Shortcuts tu sebab kita tak payah nak scroll semua app just refer kat notifications tuh. Even button shortcuts pun best sebab senang nak cari icon-icon kan.

cantik kan gambo makanan ni, camera dia sharp tuh

standard tools yang penting ooo

interface depan, simple je kan

nampak siap bersihkan junk-junk app or mail kan

Ada jugak standard tools yang lelain yang aku rasa penting bagi aku ek. Icon yang simple dan cantik.

HONOR BAND Z1


Ini merupakan smartband atau pun jam yang linked dengan smartphone HONOR 5X ni.


Aku nak tunjukkan korang app yang link dengan jam ni iaitu Huawei Wear App ni sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan sebab ianya boleh detect dan kira langkah korang berjalan, apa jenis makanan yang korang amik, set berapa jam korang tidur, suruh bersenam dan memacam lagi.



Selain daripada berfungsi sebagai detector kesihatan kita, ada fungsi jam jugak lah. So lengkaplah semuanya, tak yah nak pakai 2-3 jam plak kat satu tangan.

sempoi je charge smartband Z1 ni ek


Tak silap aku harga smartphone Honor 5X ni RM899 dan smartband Z1 ni dalam RM599 kalau tak silap aku lah, nanti aku check jap hehehehe

Itulah review simple aku.

Maklumlah mak bukan IT Savvy kan, hehehe hopefully korang dapat manfaat daripada review simple aku ni ek. Tak boleh nak tulis yang high tech sangat takut korang tak paham plak nanti kan.


Simple, sleek dan multifunction ek...


Friday, May 27, 2016

FeedMyGuest Malaysia- Katering Online Di Malaysia Yang Memudahkan Korang

Hi Korang,


Dulu time mak-mak kite still kuat, kalau ada kenduri kendara dialah tekongnya.


Boleh masak berjenis-jenis lauk pauk kan, itu belum kira dessert yang di buat sehari sebelum majlis. Bila orang datang kenduri je tengok macam-macam jenis lauk, bila tanye tempeh ke? Ermm haruslah mak aku cakap eh masak sendiri lah, tak main tempah-tempah tau.

Itu dulu

Tapi sekarang ni..

Nak masak kenduri tahlil yang keluarga je jemputannya paksa semua orang balik tolong dia masakkan hehehe.. yelah korang pun, dia dah berumur so manalah larat nak buat ni semua. 

Itu mak aku!

Tapi aku? Ermmm kalau masak untuk 10 orang pun, sakit lenguhnye meleret-leret sampai MC hari isnin kann hahauhaua… pemalas memang cam tuh..


Sudahnya sibuklah tanya orang katering mana yang sedap dan senang nak deal. So kengkawan pun bagilah sebab dah ada pengalaman kan. Then up caterer tu buat perangai dan makanan tak sedap arghh sudah. Bayo dah mahal ni tapi hasilnya tak do huhuhuhuhu sedey ooo

Kena plak event last minit kan, mana plak nak cari catering emergency ni. Cari sana sini pun tak de yang available, jawabnya makan roti canai mamak jelah ek.

Ok bagi menyelesaikan masalah korang, so ini dia…


Hah apa plak website Feed My Guest ni ek

Feed My Guest ni merupakan satu laman web yang menghimpunkan segala jenis mak neka catering yang berada di sekeliling kita. Ada senarai makanan, jenis makanan mengikut occasion, harga, other services dan korang jugak boleh buat perbandingan bagi setiap caterer ni tau.
cara menggunakan website Feed My Guest

Eh, ada lagi ni. Boleh gak baca review or testimonial yang para pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan catering tersebut.


Di antara TOP caterer di dalam senarai Feed My Guest ni

Eleh aku tau korang malas nak baca kan, ni aku tunjukkan beberapa jenis gambar untuk mempermudahkan kerja korang. 

Cam best je ek..

Boleh pilih caterer yang bersesuaian dengan majlis korang

Tengok ni aku cubalah pilih caterer Burger Giler Power

So kite pilih dan tengok di antara menu yang boleh kita order

bila dah berkenan, then terus je order

Tapi kalau dah betul-betul malas nak survey satu per satu, nah korang isi borang untuk request for quote


Senang, terus je diorang buatkan semua sekali tanpa korang sakit kepala yang mana satu nak fikir.

Bagi aku, website FeedMyGuest ini senang digunakan. 

Untuk kita-kita genX yang tech savvy ni, memang senang nak faham dan mudah menggunakan website FeedMyGuest ni even anak-anak sekarang ni lagi pandai daripada kita. 

Sekarang ni kat Lembah Klang je dulu, nanti banyaklah cater kan

Untuk caterer

Korang boleh register untuk masuk ke dalam senarai caterer dalam Feed My Guest ni, ermm berkembanglah lagi bisnes korang ek.

Mudah sahaja kan? kan? kan? 

Website FeedMyGuest ini sangat mudah, cepat loading dan efficient. Pelanggan pun senang hati. Jadi tunggu apa lagi? Jom booking (kalau nak buat event) dan kongsikan website ini kepada kawan-kawan, saudara mara, dan sesiapa je yang memerlukan ek


Facebook: Feed My Guest
Email: support@feedmyguest.com
Phone: 03-6203 2522





Tuesday, August 18, 2015

Aplikasi ‘TOUCHSTYLE’ Daripada Bank Rakyat Untuk Perbankan Pintar

Hi Korang,

Ada berita baik bagi semua...

Kini Bank Rakyat tampil dengan aplikasi telefon pintar iaitu “TOUCHSTYLE”.


Aplikasi terbaharu daripada Bank Rakyat ini boleh memudahkan kita untuk dapatkan informasi terkini tentang produk dan perkhidmatan Bank Rakyat yang bercirikan mesra pengguna. Aplikasi ‘TouchStyle’ merupakan salah satu strategi digital oleh Bank Rakyat untuk meneroka pasaran baru khususnya dalam kalangan pengguna Gen Y malah ianya bakal menjadi aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah.


Dengan adanya aplikasi ini, akan membantu bank untuk mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan terutamanya dalam kalangan golongan muda.


Boleh tengok balance yang tinggal, lepas korang shopping tak henggatkan. Ermm itulah, so tak yah nak pi ATM check balance korang berapa kan


Tengok last year punye report pun boleh, kita boleh trace back our spending money tau

Ermm tak susah pun kan,

Just download di smartphone memasing, bagi pengguna sistem operasi Android boleh memuat turun secara percuma aplikasi ini dari Play Store dan App Store untuk sistem operasi iOS.


Kalau rasa cam tak berapa faham lagi, boleh layari www.bankrakyat.com.my, FB dan Twitter Bank Rakyat @mybankrakyat dan sebarang pertanyaan sila hubungi talian Bank Rakyat di 1300 80 5454.

Senangkan!


Tuesday, August 4, 2015

Bersenam Dengan JABRA Sport Coach Wireless

Hi Korang,

Ingin menikmati muzik kegemaran atau mendahagakan motivasi tambahan daripada jurulatih peribadi? 


Tidak lengkap aktiviti senaman anda baik burpee, lunge, plank ataupun cangkung tanpa bertemankan Jabra Sport Coach Wireless. Peneraju produk yang menawarkan solusi senaman wireless dengan bimbingan menerusi corong telinga beserta teknologi audio Dolby premium ini menjanjikan pengalaman senaman silang yang lebih menarik.

Seramai 81 peratus pengguna dilaporkan1 bersenam dengan muzik. Maka, Jabra Sport Coach memudahkan mereka mengecapi motivasi tambahan ketika bersenam. Dengan adanya teknologi Dolby Sound, pengguna dapat menikmati irama kegemaran menerusi prestasi audio terbaik melalui alat pendengaran wireless. Pendek kata, tiada lagi alasan untuk tidak bersenam dengan khusyuk!


181% daripada 1328 responden kaji selidik pengguna Jabra, April 2014.

Sebagai produk gabungan muzik dan bimbingan senaman dalam bangunan pertama seumpamanya, Jabra Sport Coach inovatif ini adalah solusi audio untuk aktiviti sukan terkini daripada Jabra. Jabra telah menerajui bidang ini dengan memperkenalkan produk yang membolehkan pengguna memantau kadar degupan jantung buat julung kalinya menerusi produk pemenang anugerahnya, set alat pendengaran Jabra Sport Pulse Wireless. Menerusi Sport Coach Wireless, Jabra kini memperluas rangkaian produk audio sukan yang menawarkan solusi bimbingan melalui pendengaran. Malah, ia turut menyelitkan kehangatan trend terkini iaitu latihan silang dalam produknya. 


Berlatih bersama ‘Jurulatih Peribadi’

Direka untuk memenuhi keperluan golongan penggemar latihan silang, Jabra Sport Coach Wireless boleh mereka senaman mengikut kehendak peribadi berdasarkan lebih 40 jenis senaman sedia ada. Hanya menggunakan telefon pintar, aplikasi Sport Life boleh dimuat turun dan anda boleh mereka senaman peribadi serta mengikuti latihan audio waktu nyata melalui alat pendengaran yang unik. 


“Bagi kategori sukan, kami sentiasa komited untuk menghasilkan produk audio berinovatif demi memberi pengalaman bersenam yang lebih menarik kepada golongan penggemar sukan. Sasaran awal kami adalah golongan pelari. Kini, kami berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih baik untuk golongan penggemar latihan silang pula. Gabungan produk audio in-ear dengan biometrik adalah produk yang berpotensi besar,” kata ketua pegawai eksekutif Jabra, René Svendsen-Tune.



Ciri-cirinya:

- Advanced Motion Sensor mampu merakam semua aktiviti dan prestasi data ketika anda berlari

- Aplikasi Jabra Sound hadir dengan teknologi Dolby® Sound Enhancement bagi merancakkan senarai pilihan lagu serta saluran YouTube anda

- Prestasi audio Stereo Tanpa Tali yang premium (A2DP)

- Mudah menjawab dan membuat panggilan

- Kawalan pada set alat pendengaran membolehkan panggilan dan muzik dikawal dari jarak jauh (AVRCP)

- Ultra ringan (16 g. / 0.56 oz.)

- Kalis peluh, debu dan tahan lasak untuk keadaan ekstrem. Diuji mengikut piawaian ketenteraan Amerika Syarikat dan hadir dengan perlindungan Gred Taktikal IP55

- Sambungan mudah dengan 2 peranti secara serentak menerusi Advanced Multiuse™ 

- Padanan mudah dengan peranti yang menyokong NFC

- Tempoh berbual dan menikmati muzik yang lama – tempoh berbual selama 5.5 jam/menikmati muzik, tempoh bersedia boleh bertahan sehingga 10 hari

- Boleh disepadukan dengan aplikasi kesihatan daripada jenama terkemuka lain bagi menyatukan data sejarah latihan

- 3 pilihan warna: Biru, Merah dan Kuning


Kini, Jabra Sport Coach Wireless boleh didapati di semua IT Hypermarket Sdn Bhd, epiCentre, Machines, Radioshack dan Viewnet Computer Systems pada harga pasaran RM649 setiap satu.

Monday, May 25, 2015

Makin Rajin SELFIE Sejak Ada IPHONE 6

Hi Korang,

Memang betul lah Iphone ni cameranya sangat bagus.

Memula aku ingat diorang bedek je, cakap lebih tup-tup bila tengok bebudak BEAUTY blogger asyik duk bantai main selfie guna iphone kat event jadi jeles plak kan.

Ermm hati tak boleh tahan so kebetulan ada rezeki lebih bulan lepas so tanpa fikir panjang terus je angkat iphone6 guna MAXIS plan. Jadi tak delah bayar mahal sangat pun dalam RM1900 gak lah. Alah tak perlah, memang dah plan lama pun.

Ternyata betul ooo

selfie dengan Mr Tall, Dark & Handsome - YB KJ

Ambil gambar dengan iphone sangat cantik especially gambar makanan dan selfie.

So setiap kali pi event, haruslah pekena gambar makanan dan selfie jugak.Seronok wei, tak yah nak adjust apa pun. Focus je then snap. hehehhehehhe

belanja satu lagi ek, dengan YB Khairy Jamaluddin

Betullah aku tak tipu memang cantik ambil gambar dengan iphone tau.

hauhauahuahauha

Ok dah pi buat keje ek...

Cik Lily Terfikir : saja je nak bako line korang pepagi ni kan hauhau

Wednesday, January 14, 2015

Layari CloudHax.com Untuk Pencarian Segala Jenis Perkhidmatan Di Malaysia

Hi Korang,


Sibuk nak cari rumah ke?

Nak yang cam ne? bungalow? Condo? Semi-D? flat? Nak beli ke nak sewa? Nak pi survey tapi tak de masa plak kan. Lagipun dengan tak tau agen lagi ke tak kan?



Dah tak yah sesusah. Korang klik je ke www.CloudHax.com untuk jawapannya. 

Hehehehhe

Ni aku terangkan sket mengenai CloudHax ek

CloudHax is the latest advanced online platform in Malaysia to help improve your online market visibility. We provide tools for you to collaborate with anyone, anytime and anywhere. Our website is mobile responsive and runs perfectly across PC, tablet or mobile devices. 

We are your source of latest news and updates, keeping you informed at all times. We have an array of portals such as property, automobile, travel, jobs and events and numerous other aspects to be explored in the future. 

“One Platform for All” implies the mass suitability for everyone, crossing time and place boundaries. Access, surf and use CloudHax at your convenience to enhance and manage your businesses.

Ok dah paham sket kan. So tak yah aku nak terangkan dalam bahasa melayu. Korang kan dah terrer speaking ni, mesti paham punye.

La tak reti nak guna online portal CloudHax ni ?
Kalau website yang pasal makan, travel, gadget, yang tak sepatutnya bukak, pandai plak korang godek-godek dalam google ni ek. ishkkk

Meh sini, biar akak ko yang sado ni terangkan.

1. Searchlah dulu website www.CloudHax.com ni. Taip kat google.com tuh. Nanti keluarlah.


2. Terpampang dengan website tu tempat untuk search, so korang masukkan lah kawasan mana yang korang nak cari. Nanti keluarlah listing tuh.


3. Nampak tak kotak-kotak search kat atas tuh. Korang pilihlah apa yang bersesuaian dengan korang. Pilihan rumah, area mana, budget berapa kan. Lepas je korang tekan SEARCH button tuh, keluarlah pilihan korang tuh


4. Contoh macam aku pilih Palm Walk Residencies ni. Kengkononlah cari rumah area Sg Long Kajang nilah. So kat page ni akan keluarlah segala details mengenai rumah tersebut macam keluasan rumah, interior rumah, details agent rumah, gambar-gambar, harga, lokasi rumah, facilities yang berdekatan dan siap ada comparison column kat sebelah bawah dengan rumah-rumah yang sama dalam kategori pilihan korang tuh. 

5. So terpulang pada korang, samada nak terus set appointment dengan agen ke, nak search lagi kan.


Sama jugak kalau korang nak sewa rumah, langkah yang sama jugak tapi korang pilihlah RENTAL type. Nanti keluarlah segala info mengenai rumah yang korang nak tuh.


Selain daripada rumah/hartanah, CloudHax juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan lain seperti jual beli kereta, pelancongan, pekerjaan, events dan memacam lagi. Semuanya sedang di masukkan ke portal ni. Lagi senanglah hidup kita nanti ek.

Ok ok, ini panjang sket plak.

Kenapa pilih www.CloudHax.com sebagai rujukan korang? 

(ni kena dalam English, kalau tak kang blur-blur plak korang baca nanti ek)


1. All in one platform

CloudHax merges several specialised clouds – property, car, travel and more upcoming aspects to be rolled out in the future. Users are not only confined to a single cloud and you can easily swift from one portal to another to look for what you want, all within Cloudhax itself. 

2. Property details and Cloud images autofill

CloudHax has a very large property database that any property name you enter will automatically generate its corresponding information such as address, map location etc. Not only that, we also have images of the property stored within our cloud so if you do not have images to upload, feel free to select them from our cloud images. 


3. Professional microsite for agents and agencies

Agents and agencies who work with us can enjoy the exclusivity of their own personal page with embedded information such as contact number, address etc. Agents can bind with their respective agencies and users can easily view an agency’s page to see the list of agents under them.

4. Certified Working Partner

Users or buyers can place their utmost trust on agents who work with us because we ensure they have been verified before engaging them to our website. Agents or agencies who have been certified will have CloudHax’s exclusive widget on their page. 

5. Highest website security protection

CloudHax’s website is certified by Extended validation (EV) certificates which use the highest level of authentication and were specifically created to boost and maintain customers’ online confidence through a rigorous verification process. (For example, notice the https on the browser – ‘s’ means secured.)

6. Price history

Sometimes the most daunting task is to know the current market trend and CloudHax offers a unique trait to track backdated or latest market value of a particular property. This is handy for agents when advising your clients on the best pricing. For users or buyers, you can conduct your own market analysis either for a specific area or for a property. 


7. Loan Calculator

Property/Car buyers are especially concerned of prices and affordability so when browsing listings in CloudHax, we provide an advanced loan amortization calculator with customisable loan repayment period and interest rate so users may have a better picture of the monthly instalment amount. 

8. Sophisticated Map

CloudHax’s map is incredibly sophisticated. Apart from the customisation of a location directly on the map, users can fully utilise the street view to observe a property and its surrounding environment. Not only that, the map also promises convenience by allowing users to search for nearby properties within a close proximity.



9. Hax Credits

Hax Credit is CloudHax’s loyalty program where you can claim FREE Hax Credits daily and use them to post listings, upgrade listings or even redeem items on our redemption page. 

Apmacam? 

Puas hati tak dengan penerangan aku. Itulah aku memula pun tak paham jugak, tapi lepas check it out online portal CloudHax ni barulah aku paham cam ne, website ini membantu kita untuk menyelesaikan masalah harian kan. 


Korang boleh check it out jugak di www.CloudHax.com untuk keterangan lanjut. Memain dulu, tekan sana-sini nanti pahamlah. 

Ok that’s it

Selamat menjamu mata ye… hehehhehhehe…