Showing posts with label Dating. Show all posts
Showing posts with label Dating. Show all posts

Monday, March 1, 2010

Aksi-aksi Hot di Paintball War Gathering

Salam bahagia, (mula mengarang ikut format penulisan yang Si Melz bagi tuh)

Oleh kerana mrBig aku suker sesangat amik gambo bebudak nie. Ini adalah antara aksi2 panas yang dirakam oleh beliau.

Memandangkan tempat bergambo adalah terhad dan orang pun x ramai, maka pelbagai aksi di amik semasa acara penutup event nie.

Apa-apa pun korang layanlah gegambo sekumpulan bebudak sewel nie.








Nampak cam sama kan? Tapi berbeza sebenarnya. Cube korang perhatikan betul2.

Hah, nampak kan?

Kalau nak cilok pun boleh tapi mintak kerjasama tolong bagi credit kat aku ek on behalf of mrBig lah.

Dan sesiapa nak gambo lagi sila komen tapi syaratnya sila baca entry terdahulu dulu tau, then baru komen..
Ingat tuh!

p/s: still dlm proses mengumpulkan semua email untuk di hantar ke tuan punye muke. Cepat tau!

War Paintball Gathering! Kite Perang!!!

ewah, aku pegi berperang? ishk biar betul korang nie. Bukan aku lah. Aku tukang sibuk dan tukang tengok je. Ermm event nie Sabtu lepas. Aku baru ada kesempatan nak update ari nie. Maklumlah lah edit gambo tu dekat nak 4 jam. Actually banyak gaklah gambo mr Big amik, tapi kebanyakan warna hijau je. Maklumlah dalam hutan kan.

Apa-apa pun layan gambo2 nie dulu ek

Makan2 kat Mc D dulu.sarapan pagi lapo lah. Sambil makan sambil borak sambil gossip, sambil tunggu yang lelain datang. Tulis2 alamat blog lah. Macam2 lagi.
Terus ke tempat acara, penat ooo. kene panjat bukit. jalan kecik je. Adventure sungguh

Sessi Penerangan dgn taiko aka tokeh kat situ. Tentang keselamatan game nie. Si Tasha plak tunjukkan equipment2 spt marker,socks,loader dan cara gunakan jugak.
Berkenalan dgn bloggers. Majoriti aku tak berape nak kenal. Tapi nanti tolongla kenalkan diri sekali lagi ye. Aku nie kan pelupa sket orangnya ye. Jangan marah.
Tembak jarak dekat. Belajar2 cara pegang marker, tembak jarak dekat. Orang kata apa? familiaration lah kononya. Tapi diorg nie sayang pallet, duk dalam kubu je aku tengok.
Tembak jarak jauh. Hah pas rehat jap, diorg kene masuk plak dalam hutan. Amik memasing2, berdentam dentum aku dengar. Sayup je. Maklumlah x leh nak ikut kan.
Lawan plak dgn team lain. hah amik korang, lawan team lain plak. Beriya-riay aku tengok. Nasib baik menang. Kira hebat lah diorg nie. Go bloggers!!
Sessi tutorial. Bagi nak abiskan pallet yang tinggal sket tu, ktorg yang pompuan2 nie dapatlah merasa main paintball nie. Aku dah penah cuba dulu, so kira try lagi sekali lag. Memang seronok tau!
Acara penutup plak. Macam-macam nak buat pas nie. Plan bukan main gaya lagi, jadinya lom tau lagi. Tapi apa-apa pun aku akan tetap menyokong apa yang diorg buat nie. Sambil kutip hutang sempat amik2 gambo plak tu. Macam2 lah, sampai macam2 bau pun ada..

Sebenarnya ramai tapi malas nak bangun. Yang dah balik pun ade gak.

apa macam enjoy tak tengok gambo2 nie?. Kalaulah korang nak gambo2 original nie di sent trus ke korang, caranya senang je. Sila komen entry ini dengan details berikut, nama, blog, email,nak gambo yang mane, pakai baju apa masa tuh.

Contohnya cam nie :

Nama : CikLilyPutih
Blog : http://www.sigilatv.blogspot.com/
Email: ciklilyputih@gmail.com
Baju: warna hijau sama dgn mr Big gak
Gambo mane: semua gambo tau.

hah lagi satu contoh:
Nama : Eyriqazz
Blog: www.eyriqazz.blogspot.com
Email: eyriqazz@yahoo.com
Baju: warna putih
Gambo mane: gambo yang kene tembak kat mata.

hah lagi satu contoh:
Nama :Aus
Blog : http://www.ausmelankolik.blogspot.com/
Email : aus......@yahoo.com
Baju: Coklat
Gambo mane:semua gambo yang ade muke eny je tau, orang lain x yah!

Hah cam tu lah. Ingat tu, apa-apa pun aku akan masukkan lagi gambo2 yang hot2 kat entry akan datang okeh.

p/s: sebenarnya penat nak edit gambo. Itu yang buat slow2 tuh

Sunday, February 28, 2010

Happy Birthday mrBigKu.. Ridz

Nasib baik sempat nak update entry untuk special day nie. ermm dalam bebyk entry, kenape plak aku leh terlupa nak buat entry pasal kekasih gelap dan terangku si mrBig nie. Itulah nak kejarkan Nuffnang punya pasal, sampai laki aku pun entry aku leh terlupa nak buat.

Anyway,

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my dear mrBig Ridzman..
Happy birthday to you.
I love you very strong tau...

Dear, Selamat menyambut ulangtahun yang ke 32. Semoga apa yang tercatat di your wishlist akan tercapai hendaknya.Hanya aku je yang tau apa dia nak selain daripada our own zuriat.

Apa-apa pun pesta buih yang menghairahkan malam tadi di Presidential Suite, Grand Millennium Hotel berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kedua-dua my B.I.L & my S.I.L yang bersusah payah untuk ini semua.Semalam hidup ala-ala couple yang tersangat kaya yang sedang berhoneymoon..Nanti aku citerkan ek betapa luxuriesnya duduk kat presidential suite nie tau.

La kenapa korang tak wish kat mrBig aku punye birthday ari nie. Hah eish cepat.. cepat..Ishk korang nie kan..Ermm sempat lagi nie.. wish cepat tau!!

p/s: nanti aku citer pasal entry paintball event lah. Event nie lagi penting tau..Jangan jeles okeh!!

Monday, February 22, 2010

Astro Fest 2010,baru aku tau besaunya Opis Astro nih!

betul korang, memang cukup beso.Tapi aku berjaya tawaf lebih dari 6 kali dari hujung sane sampai ke hujung sinun.

Sabtu lepas, x keje tengah kemas umah tetiba hp bunyi plak. Check2 mamat nie call, tanye nak pi Astro Fest tak? Aku pun jawab, ade ape, kene bayar bpe, kul bpe start dan memcm soalan lagilah. Tapi dia cakap senang je, ko datang kul 3 tunggu aku kat post guard.

Aku sampai dalam kul 3 lebih, dia memang setia menanti aku kat gate tuh, dengan berlenggang kangkung ala model2 catwalk, padahal aku dah jogging dari parking tadi kan, trus pi amik gelang kat daydeck. Dia cakap korang buatlah apa yang korang suke, dan yang best tuh semuanya free. hehehehehhehe i like!

So startlah journey ktorg melawat segala mak neka booth2 yang ada, very educated dan cultured. Seronok gak la, bile sampai kat main stage tu, aku kene panggil plak oleh crew HitzFM, diorg ajak main musical chair. Kalah gak aku dpt no 5 cam tu lah, dapatlah goodies bag. Nothing much biasa2 je.

Then jejalan lagi, tengok semua bende yang ada. Actually fest nie cam style carnival kat oversea tuh, semua permainan ada but more tu Malaysia style.

Frankly speaking, aku banyak minum air dari makan. Nak makan punyelah beratur panjang. Tapi macam2 ada, kambing golek, satay, tahu bakar, corncup,chicken wings, nasi lemak, steambot dan macam2 lagi lah. Tapi yang aku paling suke dapat minum air milo lori tuh, ala yang pure tu, then boleh refill banyak mane ko suker. Yang satu ice-cream, hah amik lah banyak mane korang nak tapi kene makanlah x lehlah bawak balik.

Dah masak sket2, lepak duduk coz penat jalan. mrBig pegi melabur plak, tetiba k ina kl datang rupanya dia pun duk lepak makan gak sementara tunggu anak2 dia main2. Banyak gak lah hadiah yg dia dpt yang best dpt beg merah tu, kelakar betul lah. Pas borak2, k ina pi berjalan mencari anak2 yg ntah kemane. Aku plak heret mr Big main Saidina giant tuh, memang besau betul. Sebelahnya ada snake & ladder game. Aku main dua2 tapi x dpt hadiah, bengong asyik kene cukai je. Then lepak depan stage tengok mini konsert, kat situ baru jumpe balik daydeck, borak2 jap then jalan lagi. Eh! lupe nak cakap plak, bebudak raja lawak yang x lawak tu pun ade gak.

Jalan pun jalan, tup tup dah malam. Ingatkan nk balik ptg rupanya sampai malam gak ktorg kat sini. Tengok lion dance & bunga api yang cantik2 tu. Dah tak larat dah, trus menapak jalan2 pelan sampai bercamwhore lagi sampai ke kete.

Sampai umah kul 10 lebih cam tu, lepak bantai tengok tv plak. sampai kul 1 pagi sambil tunggu mrBig balik dr ronda2 blok, maklumlah dah join Rukun Tetangga lah kononya kan.

Anyway, thanks to daydeck coz bagi aku gelang pink tu. Jumpe lagi dengan k ina kl sefamily. Ramai gak jumpe kengkawan lama tapi x sempat amik gambo. x puashati coz x dapat menang hadiah main game. Dapat amik gambo bebanyak. Puas minum air milo tapi x makan ape pun kecuali steambot je.Sorry memang tak de gambo makanan coz aku terlupe nak amik lah.

p/s: daydeck, nanti ajak aku lagi ek, best ah. Kecian bebudak lain kan especially Aus & Bean. Jangan jeles okeh! Korang gie Samsung Corby sket pun x ajak aku kan? hehehehhehe...

Sunday, February 21, 2010

Gara-gara Astro, Kaki Aku Sakit Tau!!

Gara-gara astro la nie. ishkk

Saki kaki aku lah

Tapi tak per, aku suker.

Terima kasih Daydeck, u make my day happy tapi penat!

Bean dengan Aus jangan jeles okeh! K ina KL pun ade tau!

Nanti aku citer, nak pi urut kaki jap. Nasib baik ade mesin urut kaki nie, lega sket kan!

p/s: korang sanggup ke tawaf astro tu lebih 6 kali? aku dah..besau siot!

Wednesday, February 17, 2010

Hantu facebook betul lah kan?

Pagi tadi, di kantin opis:-

Opismate : Apsal lama x update blog? busy benau ke?
Cik Lily : sebab bercuti la ngok!
Opismate : la kenapa tak cakap? penat aku tunggu, tiap2 ari aku check kat blog ko ade entry baru ke tak.
Cik Lily : x sempat dol! percutian emergency, x plan ape pun. Itu yg bengong sket tuh.
Opismate : Tapi sempat facebook plak kan? Siap amik2 gambo kat tembok tuh bole plak kan?
Cik Lily : hah! la, itu je yang tengah kemaruk sekarang nie. Eh mane ko tau nie?
Opismate : Cube ko tengok nie, ko ingat ko sorang je ade camera. Bongok!


Hah itulah dia, sejak aku ade blog nie terasa plak femes sket. Jalan memana ade plak orang perasan.
Malunya mak nyah!

p/s: lain kali aku x mau lagi jejln memalam kat area wangsa walk, ade je orang tegur lah!

Wednesday, February 10, 2010

Malam Yang Sweet Sangat!

Ala sweetnya title.. Kononlah sweet. Padahal biasa jelah. Tak de ape pun yang menarik.

Malam tadi aku ke sini dgn mr Big.

Thanks to Nuffnang coz bagi aku tiket free tengok citer nie.

Pas maghrib, ktorg sampai di Cineleisure Damansara nie. Sementara nak collect tiket, ktorg jalan dalam building nie. Kedai banyak bukak tapi tak ramai sangat oranglah, may be dah malam and somemore weekdays kan. Ktorg berjalan2 berpimpin tangan cam lovers plak, alahai malunya.dah memang lovers pun kan. ermm cam tak biasa plak kan, ishk aku nielah. Bila masuk je kedai IT, trus dia tinggalkan aku (tengok tuh, baru je puji2 tadi kan) coz dia nak cari headphone untuk pc ktorg kat umah. Bukan apa, aku selalu bising bile dia main game tembak2 kat pc tuh, sampai umah jiran sebelah boleh dengar. Sebelom jiran aku complaint, lebih baik aku complaint dulu kan? Bagus tak isteri yang x berapa nak solehah nie kan! hua hua hua..

Dah dapat apa yang dia nak, terus dia heret aku pegi makan kat Manhattan Fish Market sebab dia dah lapo sangat. Lah, duduk 1/2 jam dlm kedai tu tadi tak lapo plak kan? uisk pelik plak aku tgk laki aku nielah.

Sampai2 trus order,pas dah gaduh2 dgn waitress kedai tuh, so confirm ktorg order Valentine promotion course. So far bolehlah. Tak la sesedap mana, sedap lagi Seafood platter for 2. Lagi banyak ingredients dia letak. Ermm korang layan lah gegambo kat bawah nie:-

Tropical Breeze
(actually aku pun leh buat orange juice dgn air 7 up je tau)

Valentine Seafood Dinner
(harapkan Salmon tu beso je okeh, sos teriyaki tu sedap)

CoffeeTiramisu Dalam Cawan
(aku rasa mascorpone cheese tu banyak sgtlah)

Dah kenyang, trus naik atas ke Cinema plak, rupanya bukan Nuffnang je bagi ticket free, banyak lagi counter bukak untuk citer nie. Sampai RELA tolong datang jaga area cinema nie. Sambil menunggu nak masuk, terjumpe plak si Bean & Ain, so handover la CD consists of gambo2 gathering di Mines ari ahad ari tuh. Sambil borak2 plak, jumpa plak SumiJelly berdua dgn IRnya.

Aku baru perasan rupanya aku dapat tiket untuk premier show citer nie. Ishk! bengong betullah kan. Panggung full house. Jalan cerita sangat menarik. Actually lebih kurang cerita Cinta kat Malaysia nie. Citer nie berlaku dalam masa satu hari je. Dari pagi hari Valentine tu sampai pengujung malam Valentine tu. Ermm tak semestinya dalam hari Valentine nie semua orang happy, ada gak yang sedey okeh!. Yang best tu para pelakonnya begitu mantap beb, semuanya yang ada nama spt Jessica Alba, Aston Kucther, Julia Roberts, Anna Hathaway, Mc Dreamy dan ramai lagi lah. Tapi scene Queen Latifah tu memang betul2 kelakar lah. Ending yang x di sangkakan. Sangat2 menarik okeh. Aku rasa pengajaran citer nie, tak kira buruk mana perangai partner kite, kite mesti terima diri dia seadanya kan.

Apa-apa pun, malam tadi sweet sangat. Sebab aku dapat makan sedap sampai leh terlupa diet aku. Alamak, mampus kene bising dgn MrBam5 nanti, trus aku terkeluar dari contest dia nie kang.

Once again applause to Nuffnang, u make my dreamz came true!

p/s: Geramnya mak nyah.. la nak manja2 sket tak bole ke? Uisk korang nie asyik jeles je ek??