Showing posts with label Cik Lily Review. Show all posts
Showing posts with label Cik Lily Review. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

Love Me Seven Days Café, Alam Damai. Cafe ELFIRA LOY Rupanya

Hi Korang,


Aku pun tak tau tentang kewujudan café ni, ni semua gara-gara sesat di Cheras lah kan.

Sebenarnya aku ada keje time tuh, nak pi jumpa owner office warehouse yang company aku sewa untuk mintak dia sign tenancy agreement tahun 2016 ni. Sepatutnya pi time keja but takde masa so weekendlah baru sempat ke sini. Rajin tak? Harus jadi pekerja contoh kan.

Settle keje tup-tup perut lapar plak, Mr Big cakap kita makan area sini jelah.


Ok ok check kat social media, ada plak café ala-ala hipster around this area Alam Damai, ntah mana pun aku tak tau. So turn on WAZE then follow je instruction kan. 

Akhirnya sampai jugak, itu pun kena pusing 2 kali Wisma Alam Damai sebab tak nampak café Love Me Seven Days signboard sebabnya ianya tingkat atas. Mr Big cam bengang-bengang sebab nak kena panjat tangga kan. Eh ada lift lah so tekan sajor butang tuh.



Masuk-masuk je enviromentnya peaceful je. Senyap je cam semua orang sibuk makan dan borak pun slow-slow je. Wei ni café bukan library lah so ceria sket. Masuk je ktorang terus rasa cam bising sket maklumlah mulut kecoh. Sebab datang nak makan dan bukan buat review so kureng sket gambo persekitaran tapi memang cantik cafenya.


Masa waiter tu bagitau kitchen apa kena masak, eh cam biasa plak dengar suara ni ek. Sekali aku toleh pelakon kecik molek Elfira Loy rupanya. La owner Love Me Seven Days Café ek. Aku sendiri pun tak tau, terus view Instagram café ni barulah tau kisahnya.

nampak tak? Elfira sibuk melayan peminat kan

Sambil tunggu makanan layan movie dulu, pasang blue ray movie tau. Orang lain aku tengok sibuk berselfie dengan Elfira Loy ek jelah selebriti kena layan peminat elok-elok kang lari semuanya baru tau hahahaha

Ni je yang ktorang order

Nachos 

Wantan Mini Steamboat

Fish and Chip

Aglio Olio Seafood

Dah makan dulu ek

Not bad sedap, batter ikannya tak de lah tebal macam kedai-kedai western lain hidang tepung tebal ikan sket kan. Mini steamboat tuh walaupun kecik tapi sedap makan panas-panas, kira orang demam kalau makan ni boleh baik terus hehhehe. Nachos crispy tapi ktorang kena tunggu lama sket but worth it tunggu.


In terms of harga, aku rasa normal je tak delah mahai bebenau. Semua sekali RM76 lebih, dah memang kalau ktorang makan berdua gituh harganya so standard for us ek.

Elek excitedlah tu nak pi sebab ada Elfira Loy kan, ni hah tompek ek

Love Me Seven Days Cafe 
66-1 (first floor),
Wisma Alam Damai 
Alam Damai, Cheras

Waze: Maybank Alam Damai (nampak maybank dulu, then terus sampai hujung then cafe tingkat atas) 


Waktu operasi: jam 11 pagi hingga 11 malam

Emel : @loveme7days@gmail.com
Nombor yang boleh dihubungi : 603 91077580

Kalau nak jumpa Elfira Loy, korang datanglah sabtu malam coz dia ada café. Dapatlah berselfie-selfie bagai ek dengan dia. Ramai gak yang datang makan kat sini especially family coz macam aku pi tuh 2-3 family datang siap celebrate birthday lagi tau. 

Ok selamat makan korang…

Thursday, March 19, 2015

Kambing Perap Sos Lada Hitam Budak Kampung Yang Sedap Sungguh!

Hi Korang,


Kan aku bukan penggemar kambing, alah bukan apa-apa pun. Saje malas nak makan. Kang kalau jadi peminat kambing tegar, pening plak Mr Big nak bawak aku pi makan kambing tiap-tiap hari dan tuh berebut pulak dengan dia. 


So dia rasa bersyukur sangatlah kan hahahahhahaha

siap diberikan extra sos

Tapi bila blogger Madi bagi ktorang cuba Kambing Perap Sos Lada Hitam ni aku rasa cam teringin pulak nak makan kan. Sebab apa, bila aku bukak je tutup tupperware tuh baunye bukan main membangkitkan jiwa.




Balik tu masuk dalam freezer dulu coz belum nak makan lagi then bila dah agak time dinner tu, keluarkan dulu ½ jam sebelum. Aku malas nak guna microwave untuk defrost kan. Sudahnya Mr Big yang siapkan semuanya, masak kambing, buat mashed potato semua kan.



Aku goyang kaki sambil siapkan advertorial yang melambak ni huahuarhuahrau nak nangis ooo

Hasilnya tada

Sepinggan lamb chop bersama mashed potato

Hehehehe

Aku makan sket je then the rest Mr Big makan lah. Not bad wei, walaupun black pepper tadi tak delah rasanya terlampau kuat. Lagipun tak yah letak sosnya pun dah sedap. Makan plak panas-panas so sangat awesome lah beb! Agaknya kalau masak dalam oven lagi sedap kan, tapi Mr Big malas, dia nampak kuali so terus je letak dan panaskan, padahal ada je pemanggang ajaib kat tepi kuali ni. 

Harga untuk Kambing Perap ni ek

1 bekas Kambing Perap (500gram) = RM30.00 + Pos RM10 = RM40.00
2 bekas Kambing Perap (1kg) = RM50.00 + Pos RM10 = RM60.00


Terus Mr Big nak repeat order untuk kambing perap. Aku cakap alah order online je, nanti diorang anto by pos. Korang pun boleh lah check it out kat sini gak.


KAMBING PERAP
Budak Kampung Niaga 
No. 27A, Block 4,
Pusat Perniagaan Worldwide
Seksyen 13, 40675 Shah Alam 
Tel & Whatapps : 017 - 925 5205


Order banyak sket boleh buat stock. So sape cakap nak masak susah? Kan dah senang sekarang ni. 

Cepat tul zaman susah tu berlalu ek



Tuesday, December 2, 2014

Hair Treatment ala Spa bersama Loreal L’Oréal Paris Keratin Smooth 72H

Hi Korang,


Aku memang jarang bawak bebudak blogger pi event yang aku attend kan. So bila ada kesempatan dari Client yang mengatakan aku boleh bawak girlfrens seramai 3 orang, jadi janganlah lepaskan peluang kan. 


So Cik Lily, Suria Amanda, Ayu Rafikah dan Zurie, ktorang datang berempatlah. Aku sampai dulu dengan SA kan. Bebudak berdua tu lambat sket, coz sesat katanya nak ke Scott Garden di Jalan Klang Lama ni. Maklumlah bukan tempat kita-kita kan. 

Rambut, mahkota wanita. 

Daripada rambut tulah, orang boleh tahu personality kita cam ne. Untung orang yang bertudung sebab rambut tak Nampak tapi kalau tak reti jaga berbau kuat pun orang tau jugak kan. Sebab tu lah keluar terms “bad hair day” or “good hair day” kan kalau kita pandai mengenai rambut ni


Memahami kepentingan rambut untuk kecantikan seorang wanita, L'Oréal Paris, jenama rawatan yang terkemuka,yang telah pun mempunyai pengalaman daripada 40 tahun, memastikan korang mendapat apa yang di perlukan rambut paling pada bila-bila masa, L'Oréal Paris sentiasa membuat pembaharuan dan berkembang untuk merangkumi bukan sahaja canggih trend baru tetapi juga teknologi maju dari segi gaya dan penjagaan. 


Untuk itu, L'Oréal Paris memperkenalkan pelbagai rawatan rumah DIY dan pelbagai penjagaan rambut yang memenuhi untuk keperluan yang berbeza untuk menawarkan hasil yang hampir sama dengan apa yang korang akan mendapat dari salon. Rangkaian yang sedia ada - Fall Repair 3X, Total Repair 5, Extraordinary Oil, Smooth-Intense, Re-Nutrition, Nutri Gloss Light and Color-Vive - meliputi semua isu rambut daripada kerosakan kepada kebodohan, keguguran rambut dan juga menjaga rambut berwarna.

A NEW SENSE OF SMOOTHNESS

Bagi meningkatkan lagi pelbagai rawatan yang sedia ada, L'Oréal Paris memperkenalkan satu penyelesaian baru untuk rambut yang sihat iaitu L'Oréal Paris Keratin 72H Smooth baru. Ini rangkaian baru menawarkan kelancaran yang bukan sahaja untuk mengurangkna rebellious frizziness tetapi meninggalkan rambut dalam keadaan licin dan berseri di mana ianya tampak secara semula jadi dan cantik.


Bagi menangani masalah ini, Keratin-Smooth 72H akan melembutkan serat rambut dan licin dari akar hingga ke hujungnya dan berita baiknya rambut akan lembut bak sutera sehingga 3 hari.

Ermm untuk mengetahui rahsia kelembutan L’Oreal Keratin-Smooth 72H hair treatment set ni, ktorang di beri peluang untuk merasai sendiri di event tu jugak tau.


Habis je presentation, kitorang di berikan sepersalinan outfit ala spa gituh. Ada bathrobe, bath slipper, disposable bra and panties. Manalah tau tup-tup baju terbasah ke kan. 


Once dah tukar baju semua, ktorang di sapukan treatment pada rambut dulu. Alah guna minyak Extraordinary Oil dari L’oreal ni gak. Biarkan seketika.




Sempat jugak ktorang pakai mask untuk sejukkan muka, sementara nak tunggu turn untuk dibelai manja oleh team L’Oreal kan. Hehheheheh poyo sungguh ayat ek..





Ok makan dulu jap, tengoklah hidangannya simple but marbeles wokeh.




Barulah bermula treatment, rambut di cuci dengan L’Oreal Keratin-Smooth 72H shampoo dan conditioner sekali. Lega rasanya, harum plak tu kan.





Hah inilah masa yang ditunggu, masa untuk styling our hair. Blow rambut, buat rambut bagai kan. Macam nak pi dating gamaknya, padahal nak balik umah je. 



Bersama-sama geng sekutu. Lihatlah rambut kami yang cantik menawan ni. Yang pakai tudung, jangan harap korang nak tengok ek. Ktorang je yang nampak hehehehhehe

Rahsia Rambut Cantik Menawan Setelah guna L’Oreal Keratin-Smooth 72H nie?

Buat kali pertama, L'Oréal Penyelidikan Advanced memperkenalkan MICRO-Keratin TEKNOLOGI dalam 72H Keratin-Smooth, satu teknologi baru yang digunakan oleh profesional yang terdiri daripada dua asid amino dan polimer khusus. Teknologi ini bertindak dengan cara yang tepat untuk melicinkan permukaan setiap serat rambut di seluruh panjang untuk memulihkan rambut itu kelembutan, sifat berubah-ubah dan kesihatan tanpa berat ke bawah.

Camellia EXTRACT, untuk melembutkan lagi rambut.

Kaya dengan oleic acids, Camelia Extract yang dipilih oleh makmal L'Oréal ini untuk pembaikan rangkaian penjagaan rambut rambut dengan penghidratan dan sifat lemah. Rambut tidak hanya licin; ia adalah lembut dan berseri pada masa yang sama.

Korang pun boleh baca pengalaman mereka bertiga ni ek, di event spa hari tuh

Blogger Suria Amanda :

Blogger Ayu Rafikah :

Blogger Zuriey:


Thank you pada L’Oreal Paris kerana sudi memanjakan ktorang pada petang tuh. Sesungguh set penjagaan rambut L’Oreal Keratin-Smooth 72H amat menggembirakan buat kami yang ada masalah rambut ni kan.

Beli the whole set terus buat treatment di rumah je