Showing posts with label Blogwalking. Show all posts
Showing posts with label Blogwalking. Show all posts

Monday, March 1, 2010

Aksi-aksi hotz semasa Paintball War Gathering di KKlub Taman Melawati

Sebelom berperang, gaya mesti ada dulu kan. Diorg nie kalau posing memang no. 1
Apalah agaknya si Aus pandang sampai si Eny tu suker kan. Mamat baju kuning, tolong identified sape awak ek.
Ishk si Bean nie, kene sket gaye je yang lebih tau.
si Eny terlalu suker bile si Aus sampai
Bro Eyriqazz, tengah cari apa tuh?
Hah, aku dan kenal dah mrHan. Tapi yang pakai tudung baju kotak2 tu sape plak ek. Tolong identified tau
Pojie Team. Si mrHan dah kenal cume Si Baju kuning tolong identified lagi ye
Nie aina ke? tolong identified ye

Cik Rina Salleh kite, yang jadi pujaan hati Cik Melz tau. Itu yang buat daydeck panas je hati tuh.Trus je dia balik pas Rina balik semalam tau sebab nak ikut Rina pegi 1Malaysia 1Halal Expo.

Cik Tasha kite yang serba serbi pandai pasal paintball ni tapi dia tak main. Boleh gitu?

Aku saje letak gambo2 nie supaya yang aku lom receive email tu bolehla trus cilok dari sini. Bukan apa, dalam proses nak kenal muke diorg2 nie lah.

So far dah 3-4 orang aku dah email gambo, yang lelain tu lom lagi sebab email lom kasi.

Anyway, sesape yang kenal diorg2 nie tolonglah aku ek, dah letih rasanya nak camkan muke diorg nie. Sebab apa? datang baju lain, main paintball baju lain, balilk pun dah baju lain. Pening kan? hah baru korang tau betapa susahnya nak distribute gambo kat diorg nie tau. Sesungguhnya otak aku lembap ari bile bab-bab nak mengecam muke2 orang nie tau.

p/s: penat woo, nak berkenalan dgn orang2 yang aku leh lupa nama2 diorg nie ek.

Aksi-aksi Hot di Paintball War Gathering

Salam bahagia, (mula mengarang ikut format penulisan yang Si Melz bagi tuh)

Oleh kerana mrBig aku suker sesangat amik gambo bebudak nie. Ini adalah antara aksi2 panas yang dirakam oleh beliau.

Memandangkan tempat bergambo adalah terhad dan orang pun x ramai, maka pelbagai aksi di amik semasa acara penutup event nie.

Apa-apa pun korang layanlah gegambo sekumpulan bebudak sewel nie.








Nampak cam sama kan? Tapi berbeza sebenarnya. Cube korang perhatikan betul2.

Hah, nampak kan?

Kalau nak cilok pun boleh tapi mintak kerjasama tolong bagi credit kat aku ek on behalf of mrBig lah.

Dan sesiapa nak gambo lagi sila komen tapi syaratnya sila baca entry terdahulu dulu tau, then baru komen..
Ingat tuh!

p/s: still dlm proses mengumpulkan semua email untuk di hantar ke tuan punye muke. Cepat tau!

Thursday, February 25, 2010

Giveaway:[disini hatiku: my 1st giveaway]

Sambil aku berblogwalking time lunch nie tadi, aku terjumpe blog Cik Fawa nie.


Best plak lepak2 kat blog dia nie. Semuanya pasal handkraft. Terus berkobar2 nak cube plak. Ermm bile ingat balik apa mak aku cakap 'ala tangan ko tu panas,semuanya x jadi nanti', jawabnya aku suruh jelah mak aku je buatkan untuk aku. Tapi bile dah go thru blog Cik Fawa nie, aku terus nekad nak cuba balik lah.

So for the 1st step, aku nak join giveaway dia nie dulu.

Kalau aku terlucky, dapatlah aku material untuk buat bende2 handkraft nie. Hah kat situ dah tambah minat aku dah kan. Lagipun hadiah yang dia bagi tu comel2 sangatlah. Itu yang bertambah geram tu tau!

Eh jangan lupa, ada syarat-syaratnya tau!mudah saja :


1. jadi follower saya! DONE
2. link kan blog saya dalam blog list anda DONE
3. buat satu post/n3 dalam blog anda tentang giveaway ini, jangan lupa letakkan gambar diatas dan dan letakkan link n3 ini pada n3 anda. DONE

4. tinggalkan komen pada n3 ini dan link anda yang anda telah buat tentang giveaway ini. DONE
5. saya akan up date dari semasa ke semasa. OKEH

Hah itu je, untuk lebih details korang leh baca kat sini.
 
Blog Cik Fawa :http://singgahsaja.blogspot.com/2010/02/disini-hatiku-my-1st-giveaway.html
 
Cuba tau!
 
p/s: kang kalau aku dah pandai menjahit, korang jangan nak jeles plak okeh!!
 
 
 
  

Wednesday, February 24, 2010

Kereta Breakdown? Sorang? Baca tips nie!



Aku tak reti nak bagi tips pasal blogging2 nie coz baru2 je belajar menulis kan, jadi tips nie je yang aku tau so aku tulis lah ye, nie based on pengalaman sepanjang aku bawak kete.

Bukan apa, aku nie selalu kene cam nie time aku sorang. Kereta aku nie sejak dari aku beli sampai sekarang nie dia jarang meragam. Tapi bile dia meragam, payah gak lah kan. Lagipun mr Big keje area KL CDB tuh, aku plak kat Cyberjaya. Kalau nak tunggu dia datang, aku boleh rentung kat tepi jalan tu. Tak pun ramai plak mamat2 kete yang beria2 nak tolong aku sambil terjuling2 matanya memandang ke arah bende yang tak patut di tengok kan.

So ini ada sket tips untuk korang supaya tak delah mengalabah sangat kan! Macam aku dulu, siap nak nangis2 lagi. Masa tu kene kat highway PLUS nak ke JB, kene kat Kulai so bertowing lah sampai tol Skudai. Pas tol, kene towing sampai Tun Aminah, nasib baik adik aku dah tunggu kat bengkel tu.

  1. Jangan panik, rileks. Tarik nafas pepanjang. Kalau korang panik, korang x leh nak fikir pun kan. So itu lagi menyusahkan.

  1. Berhenti tepi, pasang hazard light (takkan itu pun x tau, kalau dalam hujan tau plak korang gunakan) kalau kereta mati tengah-tengah jalan selalunya mesti ada orang akan tolong tolakkan ke tepi dan diorg nie pun x bodoh nak langgar kete korang tu kan. Lebih2 lagi pompuan kan. Mesti diorg tolonglah, so janganlah bimbang.

  1. Call laki korang untuk inform yang kete tersadai kat tepi jalan nie. Maybe diorg boleh mintak tolong sesape ke yg dekat kat area korang tu ke kan. Kalau time keje call opis dulu kang sah2 ko kene potong gaji sebab tak datang x de sebab kan.

  1. Call tow truck. Cam aku ade Kurnia Auto Assist so aku call je diorg nie,bagi je no kereta, automatic diorg boleh tau details korang semua tau. Nanti diorg tanya breakdown kat mane, nak tow truck anta kemane dan macam2 soalan lagi lah. Klu kene kat highway boleh call kotak orange yang ada setiap 250m tu. Tapi aku simpan no kotak orange highway nie, senang sebenarnya.

  1. Tunggu tow truck datang. Jangan tahan tow truck yg bersepak kat tepi jalan tu, diorg tu cekik darah tau. Kalau korang pandai, cube2lah tengok kat enjin kete tu apa yang berasap ke kuar api ke kuar air ke. So senang nak explain kat bengkel nanti. Kalau korang pandai lah kan. Kalau tak, duk dediam bawah pokok kat tepi jalan tu.

  1. Pas dah call segala mak nenek semua tu, korang cube fikir bengkel yang korang selalu pegi or yg berdekatan dengan korang. Tak pun x kan laki korang nak biarkn korang rentung kat tepi jalan tu kan, eventho dia x leh nak datang, im sure dia mesti ade jalan untuk tolong korang dr jauh. Betul tak? Confirmkn bengkel mane korang nak pegi, senang tow truck nak bawak. Ala kalau susah sangat ikut je panel insurans korang tuh. Senang tapi mahal lah kan.

  1. Bile tow truck datang, amik segala info pasal tow truck tu then inform kat laki korang yang korang akan ikut tow truck tu sampai ke bengkel. Bukan apa, if anything happen laki korang taulah nak cari korang kat mane kan. Lagipun x kan korang nak tinggal tepi jalan tu tunggu teksi. Bongoklah tu kan

  1. Sampai bengkel, discuss dengan tokey cam ne. Kalau boleh claim insurans then get proper document. Kalau bayar sendiri, suruh laki ko kautim dgn tokey bengkel. Normally orang lelaki pandai bab-bab kereta nie so tak de lah kite orang pompuan nie kene tipu kan.

Kesimpulannya :-

-          Carilah satu bengkel yang boleh jadi geng, supaya bile ade apa-apa senang korang nak refer kat bengkel tuh kan. Macam ktorg, ktorg ada mechanic family kat Ampang. Apa-apa semua refer kat dia.

-          Biasa2kan independent, kalau nak harapkan orang susah beb! Belum tentu orang tu nak tolong kite kan


Tips nie leh pakai time kereta breakdown je bukan tayar pancit okeh.. Tapi kalau accident tu lebih kurang sama tapi ade sket different. Kalau korang nak, nanti aku buat entry. Sebab accident kereta jadi burger pun aku dah rasa tau. Maklumlah dulu I nie gangster kampung dusun.

Semoga apa yang aku tulis nie memberi tak banyak, sket pun jadilah manfaat untuk korang,mak2,nenek2, wanita2, bini2 orang, GF2 orang kat luar sane tau!

Yang lelaki plak bile baca entry janganlah plak nak lepas tangan. Ingat! Itu tanggungjawab tu tau! Tapi mrBig senang, dia trus tunggu kat bengkel sambil lepak2 dengan mekanik ktorg kat kedai mamak sebelah bengkel tu. Uishk itu yang aku geram tu tau!

Monday, February 22, 2010

Aku Pemenang Contest RM Eyriqazz!

Bro GTO anjurkan contest nie. Ala korang referlah sendiri ek! Plz plz plz kamu jangan marah!

Dan pemenangnye ialah:

Hah cam x caya kan! aku leh menang contest nie. Padahal aku agak je, coz aku tau nama sebenar bro eyriqazz. Dia penah introduce nama dia dgn mrBig aku ari tu masa main bowling. Kan ktorg duk semeja time makan tuh. Betul tak daydeck?

Ermm apa-apa pun proses pemberian hadiah berjalan lancar. Cume blog aku baru acah-acah diterjah.
Korang tengok nie:

GTO Blog : sambil-menyelam-sambil-minum-air



hah seram plak aku sekarang nie, kene buat maintenance blog plak ah pas nie. Kang banyak plak yang dia komen2..

p/s: padan muke nk masuk contest sgt, kan dah kene terjah. Anyway, I like! La korang jangan jeles plak kan.. Usaha tangga kejayaan tau. La jeles lagi ke?

Friday, February 12, 2010

Time Nie Aku Sedang Berjalan Ke....?

Time nie aku tengah berjalan ke mane? la ke blog korang lah. Blogwalking.
Start dari kul 12 tadi sampai skrg nie.

Bukan apa, opis dah kosong opismate cina semua dah datang walaupun bukan dapat 1/2 day pun. Ala nak raya kan, tentulah diorg tak de mood nak keje. Dengan aku2 sekali mood raye. Pagi tadi ktorg membahagi2kan hamper yang company dapat. Orang yang datang keje ari nie untunglah, dapat bwk balik hamper sorang satu. Yang balance tu ktorg bukak2 then trus susun2 kat pantry & dalam fridge gak.

Eh bukan nak citer pasal hamper lah, ishk aku nie pun tengok dah melalut dah kan. Aku nak cakap sepanjang 3 jam aku blogwalking nie, macam2 blog aku jumpe.  Majoriti pasal personal life. Citer pasal routine works, pasal family, pasal anak, pasal nak pg bercuti CNY nie ermm macam2 lagi lah. Tak ketinggalan gak aku melungsuri blog2 berilmu spt pasal blogging,pasl nuffnang, pendek kata macam2 ilmu aku dapat ari nie.

Pendek kata, thanks korang yang banyak memberi ilmu untuk aku pada ari nie dan juga pada masa akan datang. Aku akan selalu singgah kat blog2 korang nie tau.