Showing posts with label Bandar baru bangi. Show all posts
Showing posts with label Bandar baru bangi. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

Free Chocolate Buffet Di Beryl Bangi.

Morning Korang,

Chocolate buffet? biar betul ek. Ditambah lagi free plak tu. Oit mane nak dapat ek? Mulanya aku pun tak tau, tapi bile lepak2kat blog Pojiepooh baru perasan pasal makan chocolate free nie.

So aku pun pi lah dengan mr Big, ala dekat je dengan umah ktorg nie. Sebelum nie memang tak tau pun kilang Beryl nie kat sini. Sampai tu dah hujan rintik2, so kenalah lari2 anak sket.

Kilangnya boleh tahan besar jugak. Aku ingat bila time hujan2 nie tak ramailah orang, ya allah ramai gile manusia nak masuk ke kilang nie. Memula kene register dulu, then baru dapat masuk. Tapi sebelum nak ke buffet tu kenalah beratur dulu kan. Then bile dah sampai time baru lah dapat merasa buffet tuh.

So korang layan2lah gambo nie ek.

Nie time nak beratur, mak ai ramainya.

Kat dalam lagi ramai kan.


Aku yang dah penat beratur

Nie minah potong barisan, tengok control ayu lah kononkan.

Nielah chocalate buffetnya

BAnyaknya chocolate kan.

Nie chocolate yang dapat.

Sukerati dpt makan chocolate

Di dadaku ada hatimu.

Hahahaha hatimu akan ku makan.

Kalau korang beli pun ada gak. Tapi aku rasa harga lebih kurang dengan kat luar je, tapi boleh dapat quantity yang banyak lah. Aku malas nak amik gambo tempat yang diorg jual2 tuh, coz terlampau ramai orang sampai nak masuk pun payah.

Ini lah serba sket pasal chocolate buffet nie, hopefully dapat gak bagi info kat korang yang nak pi kan. Pesanan penaja baik bawak payung coz bangi nie tiap2 petang hujan. Kalau ada anak yang demam tu takyah nak bawak, korang bukan pun bukan boleh bawak kereta masuk kawasan kilang tuh. Parking luar, jauh plak tuh coz kete banyak.

Tuesday, May 18, 2010

Bila Seluar Dah Meletup

Salam Korang,

Saje nak citer nie. Aku nie memang tak pernah hantar baju ke seluar ke baju kurung ke baju keje ke langsir ke tailor. Seumur hidup belum penah lagi. Maklumlah aku kan anak tukang jahit so haruslah mak aku yang buat semuakan.

So disebabkan mak aku tak berapa nak pakai buat seluar lelaki, so mr Big dengan tak berapa relanya mengajak aku pergi tailor untuk buat seluar keje. Maklumlah perut makin besar kedepan so haruslah tempah seluar yang baru supaya tak de nanti kejadian zip meletups terjadi kan.

Ktorg pergilah tempah kat one of the kedai kat area Bangi nie.

Memula tuh kenalah pilih kain dulu. Boleh tahan murah gaklah buat kat sini. Selalunya dia tempah kat Pertama Complex kat sebelah Sogo tuh.

Ukur pinggang. Tengok betapa besar pinggang sampai pakai seluar bawah perut.

Pas tu ukur panjang kaki plak, tengoklah betapa sukanya model seluar nie

Ukur tempat lain plak, lebar seluar kot.

Ayoi, U ukur kasi betul aa. Tengok saya punya perut banyak besat oo

Aku cuma tau yang atas sekali tu je, pinggang 45". Yang lain hancur siot! Tak leh aku jadi tailor nie kan.

Hah, apa lagi, siapkan duit. Bayar je terus. Senang. Takde hutang.

Ooo cam tu rupanya, baru aku tau. Mak aku selalu buat ikut ukuran baju lama so senanglah tak yah nak ukur orang kan.

Pakai baju kancing la suasa
Pakai mari baba la melaka
Biar saya rosak la binasa
Kerana dia tidak mengapa

Aku jadi tukang jahit? Hoi, tangan dah lah keras nak menjahit plak, jahit butang bolehlah.