Wednesday, October 6, 2021

Weekend Japanese Buffet Di KOFUKU Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Hi Korang,

Jom Makan-Makan Hujung Minggu Ini.

Lama betul tak de event makan-makan di hotel kan.

Maklumlah dengan Covid, dengan PKP bagai maka bertapa kita di rumah selama setahun lebih kan sampai lah ke hari ini.


Bila ada kengkawan ajak makan-makan makanan jepun ermm apa lagi, janganlah di lepaskan peluang. Rezeki jangan di tolak, ayuhlah kita ke sana hujung minggu lepas.



Cantik jugak Kofuku Japanese Restaurant di Seri Pacific Hotel ni yer. Oh ye, SOP jangan di lupakan, scan mysejahtera, ambil suhu semua tau.

Simple but pleasant.



Pabila melangkah masuk ke Kofuku ini, korang boleh rasakan ketenangan dan keindahan suasana Jepun, serta adanya taman mini Jepun di tepi restoran ini, maka haruslah jangan lepaskan peluang bergambar di sini.













Kofuku Japanese Restaurant yang di ketuai oleh Chef Hosaini ini menyajikan hidangan buffet jepun yang terdiri daripada pembuka selera hingga ke pemanis mulut jepun termasuklah sushi segar, mi udon, tempura, hidangan teppanyaki secara langsung.










Ermm banyak pilihan makanan jepun yang korang akan pening sampai tak tau nak pilih yang mana nak makan dulu.







Makan ini je pun bukan main banyak lagi hah, 3-4 kali tambah yelah dah nama pun buffet kan kan kan



Mulai Oktober 2021, bufet  tersedia pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam dan berharga RM120 bersih setiap orang. 

Bagi kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun dan warga emas di atas 60 tahun, mereka akan menikmati harga istimewa RM60 bersih setiap orang. Terdapat juga potongan harga istimewa sebanyak 20% untuk tetamu dalaman dan ahli kad kesetiaan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, di www.seripacifichotel.com dan panggilan telefon ke +603-4042 5555.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi 03 – 4049 4412 ataupun email ke fbresv@seripacific.com. atau layari http://www.seripacifichotel.com.


Jom kite ke :


Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Jalan Putra
50350, Kuala Lumpur

Tel : +603-4042-5555
Email : resv@seripacific.com


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Website :

Facebook :

Instagram :


No comments :