Saturday, October 2, 2021

RANGKAIAN PENJAGAAN JERAWAT TERBAHARU MENTHOLATUM UNTUK KULIT YANG LEBIH CERAH DAN SIHAT

Hi Korang,

Jerawat pada muka, walaupun biasa dalam kalangan remaja dan pemuda, ia tetap mempengaruhi kualiti kehidupan mereka. Kajian menunjukkan bahawa jerawat boleh menyebabkan gangguan psikososial seperti kemurungan dan kegelisahan. Memetik penelitian yang dilakukan oleh Brody, 2019, “jerawat bukan pembunuh, tetapi ia boleh menjadi parut kepada seseorang dari segi psikologi."

Bagi menangani masalah yang timbul daripada jerawat muka dan juga menawarkan penyelesaian untuk mengatasi masalah jerawat, Mentholatum telah melancarkan rangkaian penjagaan kulit baharu untuk kulit berjerawat dan berminyak yang dikenali sebagai, Mentholatum Acnes.

Mentholatum Acnes, rangkaian penjagaan masalah kulit No.1 Jepun adalah jenama yang dibangunkan oleh Rohto-Pharmaceutical, sebuah syarikat farmaseutikal global dengan sejarah dan warisan yang kaya dalam pembangunan produk penjagaan kulit serta berpengalaman lebih 120 tahun dalam bidang teknologi farmasi. Ia menyasarkan untuk membantu pengguna mencapai kulit yang cerah, nyata dan kelihatan sihat. Ini kerana rangkaian produknya yang mengandungi bahan-bahan semula jadi membantu manangani masalah jerawat dan kulit berminyak dengan berkesan, pada masa yang sama memberikan penjagaan yang lembut pada kulit.


Menurut kaji selidik oleh Mentholatum, 72% responden mengalami perkembangan kulit yang positif selepas 30 hari menggunakan Mentholatum Acnes, manakala tiga daripada empat mengatakan keadaan kulit mereka bertambah baik hanya selepas tujuh hari sehingga memberikan mereka keyakinan diri yang lebih tinggi.

Rangkaian Mentholatum Acnes baharu terdiri daripada rangkaian lengkap rutin penjagaan kulit jerawat, iaitu Mentholatum Acnes Creamy Wash, Acnes Powder Lotion, Acnes Oil-Control Moisturiser, serta Acnes Anti-Acne Spot Gel untuk rawatan jerawat pada wajah. Rangkaian produk Acnes mengandungi lebih daripada 95% ekstrak Centella Asiatica tulen dari Madagascar, yang disokong oleh penyelidikan di mana ia didapati berkesan untuk menenangkan kulit dan membantu pemulihan keradangan.

Meh sini kak lily kongsikan informasi produk untuk panduan korang:



i. Mentholatum Acnes Creamy Wash (RM19.90, 100g)

Formula pencuci muka berunsurkan Asid Amino yang bebas sabun ini hampir sama dengan tahap pH semula jadi kulit untuk pembersihan yang lembut serta berkesan, sesuai untuk kulit sensitif berjerawat. Ia juga mengandungi Asid Salisilik (BHA) untuk membersihkan liang pori dan membantu melawan jerawat. Kandungan antioksidan dan antiradang Ekstrak Avocado adalah agen penenang untuk menenangkan kulit, serta berfungsi mengawal masalah kulit berminyak. Vitamin C + E antioksidan juga terdapat dalam formulasi ini untuk melegakan kulit, mencerah kulit kusam, memudarkan bekas jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.



ii. Mentholatum Acnes Powder Lotion (RM19.90, 150ml)

Formula pengimbangan dan pengawalan minyak ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan melawan cela dengan menembusi ke dalam liang pori untuk mengeluarkan kotoran. Ia juga mengandungi penyerap minyak serbuk mineral untuk membantu menyerap minyak berlebihan dan mengetatkan liang pori untuk kulit yang lebih licin. Untuk mengelakkan kekeringan, Ekstrak Aloe Vera ditambahkan untuk melembap dan menyegarkan kulit. Sama dengan Creamy Wash, Powder Lotion juga mengandungi Vitamin C untuk membantu mencerahkan kulit kusam, memudarkan kesan jerawat, dan menguatkan lapisan kulit.


iii. Mentholatum Acnes Oil Control Moisturiser (RM29.90, 45g)

Sifat pelembap pada pelembap ini berasal daripada ekstrak epal, aloe vera, rumpai laut, dan chamomile agar kulit terasa lembut dan lembap. Ekstrak epal dan Asid Salisilik (BHA) membantu mengelupas kulit dengan lembut; sementara Ekstrak Ceri Liar (Bitter Cherry) ditambahkan untuk meningkatkan keanjalan kulit sekali gus menjadikan kulit kenyal dan awet muda.



iv. Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel (RM21.90, 18g)

Rawatan jerawat ini mengandungi 2% sulfur yang berkesan merawat jerawat yang degil. Ditambah dengan Asid Salisilik, ia akan mengurangkan minyak berlebihan, menyingkirkan sel kulit mati, membersihkan liang pori, dan mencegah jerawat. Ia juga mengandungi Vitamin E dan Ekstrak Licorice untuk mereda dan menenangkan bintik-bintik jerawat yang jengkel.

Untuk memulakan rutin penjagaan jerawat anda, bersihkan kulit dan letakkan kadar sesuai Mentholatum Acnes Creamy Wash pada telapak tangan yang basah, dan bersihkan muka dengan lembut. Kemudian, bilas dengan air. Selepas itu, pupur Mentholatum Acnes Powder Lotion ke kulit dengan pelapik kapas atau menggunakan telapak tangan anda. Jangan lupa untuk menggoncangkan botol sebelum setiap penggunaan untuk mencampurkan serbuk mineral dan larutannya. Kemudian, sapukan Mentholatum Acnes Oil-Control Moisturizer secara rata pada kulit dan urut perlahan-lahan sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Gunakan ketiga-tiga produk ini untuk rutin harian dan pada waktu malam bagi penjagaan kulit jerawat.

Untuk rawatan jerawat, sapukan Mentholatum Acnes Anti-Acne Spot Gel secara topikal dua hingga tiga kali sehari pada kawasan yang terjejas. Anti-Acne Spot Gel boleh digunakan sebelum memakai alat solekan. Sebelum menggunakannya, pastikan tangan dan kulit anda dibersihkan dengan teliti untuk mengelakkan kebarangkalian pencemaran.

Mentholatum Acnes Creamy Wash, Powder Lotion, Oil-Control Moisturizer, dan Anti-Acne Spot Gel boleh didapati di farmasi Watsons serta Laman Online. 

Dapatkan Mentholatum Acnes sekarang untuk memulakan perjalanan penjagaan kulit jerawat anda. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian baharu Mentholatum Acnes, sila layari https://www.facebook.com/MentholatumAcnesMY


No comments :