Sunday, September 20, 2026

MUNCHY’S Meraikan 35 Tahun Berkongsi Kegembiraan Bersama Jutaan Rakyat Malaysia

Hi Semua,

Munchy’s Malaysia
meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang tahun ini diraikan melalui penyertaan sulung Munchy’s sebagai kontinjen dalam Perbarisan Hari Kebangsaan serta pelaksanaan inisiatif Menyantuni Wira Malaysia (Powering Malaysia’s Heroes) di seluruh negara. Inisiatif yang digerakkan oleh warga kerja Munchy’s ini menjadi tanda penghargaan kepada mereka yang melindungi, menjaga dan mendidik rakyat Malaysia.


Sejak sekian lama, produk Munchy’s telah menjadi sebahagian daripada pelbagai detik dalam kehidupan rakyat Malaysia, daripada waktu rehat di sekolah dan saat bersama keluarga hingga sambutan perayaan. Hubungan yang terjalin selama ini telah mengukuhkan kedudukan Munchy’s sebagai jenama biskut kegemaran rakyat Malaysia, dinikmati dan dipercayai merentasi generasi.

“Mencapai peristiwa penting ini memberi kami peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana berkembang bersama Munchy’s,” kata Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif URMunchy’s Malaysia.

“Kami mahu sambutan ulang tahun ini bukan sahaja meraikan perjalanan Munchy’s, tetapi turut menzahirkan rasa cinta terhadap tanah air serta mengiktiraf insan yang berbakti kepada negara setiap hari.”

Pada 31 Ogos lalu, Munchy’s buat julung kalinya menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya sebagai kontinjen. Kontinjen itu terdiri daripada pekerja Munchy’s yang dengan bangganya mewakili syarikat di perbarisan tersebut, sekali gus mencerminkan semangat patriotisme, kerja berpasukan dan komitmen mereka.

Penyertaan tersebut merupakan sebahagian daripada sokongan lebih menyeluruh Munchy’s terhadap sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, yang turut merangkumi sumbangan produk bernilai RM500,000.  Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Munchy’s meneruskan komitmen dalam menyokong sambutan tersebut.

Menerusi inisiatif Menyantuni Wira Malaysia (Powering Malaysia’s Heroes), warga kerja Munchy’s telah menyalurkan sumbangan produk ke hampir 100 lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Lokasi tersebut merangkumi pejabat dan fasiliti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, serta hospital dan sekolah.

“Penyertaan dalam perbarisan tersebut memberi peluang kepada warga kerja kami untuk meraikan Malaysia bersama-sama, manakala menerusi inisiatif Menyantuni Wira Malaysia (Powering Malaysia’s Heroes), kami dapat menyampaikan tanda penghargaan kepada mereka yang berkhidmat untuk negara setiap hari,” tambah Wong.

“Para wira ini telah mendedikasikan kekuatan, keberanian dan dedikasi mereka kepada Malaysia. Kami berdiri di sisi mereka untuk memastikan sumbangan mereka dilihat, dihargai dan diiktiraf.”

Kedua-dua inisiatif ini memberikan makna yang lebih mendalam kepada sambutan ulang tahun Munchy’s dengan menghubungkan detik kegembiraan yang dikongsi dengan aspirasi bersama untuk meraikan Malaysia serta insan yang terus memacu negara ke hadapan.

Maklumat lanjut mengenai kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Munchy’s boleh didapati menerusi laman Facebook rasmi Munchy’s di https://www.facebook.com/Munchys/ dan Instagram di https://www.instagram.com/munchys.my/.

Tuesday, September 15, 2026

Filem ‘TERBANG’ Angkat Jiwa MALAYSIA Dengan Adrenalin Tinggi dan Emosi Menyentuh Hati

Hi Semua,

Filem aksi penuh adrenalin dan rasa bangga terhadap anak Malaysia, TERBANG bersedia menggegarkan pawagam seluruh tanah air bermula 17 September ini. TERBANG membawa kisah inspirasi tentang perjalanan pasukan rali Malaysia yang diketuai legenda Karamjit Singh dalam membuktikan bahawa apabila rakyat bersatu dan bekerjasama mencapai satu tujuan, tiada apa yang mustahil untuk dicapai.


Sejak pelancaran trailer serta beberapa tayangan tertutup, TERBANG terbitan Astro Shaw menerima reaksi positif daripada penonton yang menyifatkan filem ini sebagai sebuah pengalaman sinematik yang mendebarkan, menyentuh emosi dan membangkitkan rasa kagum terhadap kemampuan produksi tempatan.

Lebih dari sekadar filem sukan permotoran, TERBANG menampilkan keseimbangan yang teliti di antara emosi dan ketegangan dalam penceritaan. Di bawah arahan Chiu Keng Guan, dan digerakkan bersama pasukan produksi WooHoo Pictures, setiap aspek produksi dibangunkan dengan pendekatan yang sangat terperinci, termasuklah daripada props yang mempersembahkan latar tahun 2022, koreografi aksi rali, reka bentuk bunyi, hingga ke visual yang memberi rasa realistik seolah-olah penonton berada di dalam perlumbaan.


Filem ini membuka banyak ruang pembelajaran baharu buat pengarah dan seluruh pasukan, terutamanya dari aspek teknikal. Penggambaran perlumbaan rali memerlukan pendekatan yang sangat berbeza, termasuk cara merakam aksi berkelajuan tinggi, serta memastikan penonton dapat merasai intensiti perlumbaan itu sendiri.

Penggambaran dijalankan di beberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perlis dan New Zealand, yang mana turut memperkukuhkan skala visual, sekali gus memberikan dimensi antarabangsa kepada naratif tempatan yang dibawakan.

Dari sudut penulisan yang diketuai Hazwani Mahayuddin bersama pasukan penulis Astro Shaw, skrip TERBANG dibangunkan secara berperingkat bagi memastikan naratif kekal kemas dan tidak terperangkap dalam nada yang terlalu bersifat motivasi. Sebaliknya, penceritaan dirangka agar membolehkan penonton daripada pelbagai generasi dan latar, dapat menikmati perjalanan ini sebagai kisah yang menghiburkan, dekat dan relevan dengan pengalaman masing-masing.


Menerusi TERBANG juga, semangat kebersamaan dalam kepelbagaian latar turut diterjemahkan melalui baraisan pelakon berkaliber seperti Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz, Qasrina Karim, Razib Salimin, Ruminah Sidek, Peggie Ng, Ng Meng Tuck, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar.

Menurut Penerbit Eksekutif TERBANG dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami melihat TERBANG sebagai sebuah filem Malaysia untuk semua. Ia adalah sebuah kisah yang lahir daripada semangat, keberanian dan cita-cita anak tempatan yang tidak pernah kenal batas. Berlatarkan dunia sukan rali yang jarang diterokai di layar perak, TERBANG membawa satu perspektif baharu yang bukan sahaja mendebarkan, tetapi juga dekat dengan jiwa penonton. Apa yang kami tekankan adalah keseimbangan antara emosi, aksi dan penceritaan, supaya ia terasa jujur tanpa rasa terlalu sarat dengan mesej, dan boleh dinikmati oleh pelbagai generasi. Kami percaya kekuatan cerita ini terletak pada keupayaannya untuk memberi kesan kepada penonton secara peribadi, walaupun latarnya dalam dunia sukan.

Kami berharap apabila penonton keluar dari pawagam, mereka bukan sahaja rasa tersentuh dan terinspirasi dengan kisah yang dipaparkan, tetapi turut berasa bangga melihat kemampuan filem tempatan telah berkembang dari segi kualiti, skala produksi dan mutu penceritaannya.”

Bagi melengkapkan pengalaman aksi dan adrenalin yang dibawa filem ini, TERBANG menjalin kolaborasi strategik bersama STING, jenama minuman berkarbonat yang mencerminkan fokus, tumpuan, serta semangat keberanian. Kerjasama ini sekali gus menyerlahkan semangat juang serta membangkitkan rasa bangga terhadap pencapaian Malaysia di pentas dunia.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd, berkata, “Kerjasama kami dengan Astro Shaw menjangkaui kolaborasi jenama tradisional. TERBANG ialah sebuah kisah tentang ketabahan, keberanian dan tekad untuk bangkit mengatasi cabaran, nilai-nilai yang amat selari dengan STING dan apa yang diperjuangkan oleh jenama ini. Ia menceritakan tentang semangat dan keyakinan untuk terus maju, menghadapi cabaran, serta mencapai lebih daripada apa yang anda mampu”

Tambah Amy, “Itulah sebabnya kami merasakan terdapat keserasian yang sangat semula jadi antara STING dan TERBANG. Filem ini bukan sahaja membawa semangat yang berani menghadapi cabaran dan bertenaga tinggi, tetapi di sebalik itu terdapat kisah kemanusiaan yang menggambarkan ketabahan dan keteguhan hati untuk terus bergerak ke hadapan. Melalui kolaborasi ini, kami mahu membawa tenaga yang sama ke layar perak, dengan mencipta pengalaman yang membolehkan peminat berhubung dengan filem tersebut sambil meraikan keriangan, tekad dan semangat yang diwakili oleh TERBANG.”

Manakala, filem ini diiringi lagu tema filem bertajuk ‘Menyala’ nyanyian penyanyi terkenal, Amir Masdi.


Diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures, Aventure Space, manakala, produksi oleh WooHoo Pictures, serta membabitkan rakan strategi STING, rakan Inovasi UMobile, serta sokongan melalui kebenaran penggunaan elemen jenama daripada PROTON, PETRONAS, EON Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), dalam membawa kembali semangat era tersebut ke layar perak.

TERBANG mengisahkan tentang Ajeet yang meninggalkan dunia rali demi mencari ketenangan di sisi isterinya, Lisa. Namun lima tahun kemudian, takdir memaksa dia kembali ke trek. Bergandingan dengan Kitt, seorang pemandu muda dan panas baran, Ajeet harus berdepan konflik dalaman, persaingan sengit, dan bayangan rasa bersalah yang tidak pernah padam. Dengan sokongan Lisa, kepimpinan Rahim, serta kepakaran Imran dan pasukannya, mereka bangkit ke pentas dunia.

Ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 17 September 2026, filem TERBANG juga dipersembahkan dalam format 4DX yang menawarkan pengalaman sinematik yang menyeluruh melalui kerusi bergerak dan kesan persekitaran seperti angin, air dan bau.

Gunakan #TERBANG #FilemTERBANG di platform media sosial. Bagi mengetahui info terbaharu TERBANG, boleh ikuti di semua akaun digital Astro Shaw untuk maklumat lanjut.

Thursday, September 10, 2026

SOFY PERKENALKAN SOFY ULTRA SILK – TUALA WANITA ULTRA NIPIS YANG DIBUAT DARIPADA SUTERA TULEN TERUNGGUL

Hi Semua,

SOFY, jenama penjagaan feminin terkemuka di bawah Uni-Charm Corporation, hari ini memperkenalkan inovasi terbaharunya,
SOFY Ultra Silk.  Tuala wanita ultra nipis ini diperbuat daripada sutera tulen berkualiti tinggi, memberikan pengalaman yang sangat lembut dan selesa.

Kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons Malaysia di seluruh negara, SOFY Ultra Silk direka khas untuk membantu mengurangkan iritasi kulit akibat geseran, sekali gus membolehkan wanita bergerak lebih bebas dan menjalani rutin harian dengan lebih selesa serta yakin. 

Menurut Unicharm Penetration Survey, dua daripada lima wanita Malaysia mengalami iritasi kulit ketika haid. Sebanyak 32% pengguna yang kerap mengalami ruam kulit di bahagian celah paha mengaitkan iritasi tersebut dengan geseran yang disebabkan oleh bahan plastik keras pada bahagian sisi tuala wanita, terutamanya ketika berjalan dan bersenam.  Inovasi terbaharu SOFY direka khas menggunakan Sutera Mulberi Gred 6A dari Suzhou dan mempunyai ketebalan ultra nipis, iaitu hanya 0.06 cm. Ia direka untuk menangani masalah ini dengan mengurangkan geseran pada kulit, sekali gus membolehkan wanita bergerak dengan lebih bebas dan selesa sepanjang hari.



“Di SOFY, visi kami adalah untuk memperkasakan wanita agar berasa ‘So Me, So Free’, kerana haid tidak seharusnya menjadi penghalang kepada wanita untuk menjalani kehidupan dengan selesa dan yakin. Pelancaran SOFY Ultra Silk yang baharu ini membuktikan komitmen jenama untuk terus berinovasi bagi memenuhi keperluan wanita yang sentiasa berkembang, serta menyediakan penyelesaian yang membolehkan mereka bergerak bebas, kekal positif dan meneroka setiap kemungkinan,” kata Encik Shigeto Yamanaka, Group Managing Director, Uni-Charm Corporation Sdn Bhd.

“Kami juga berbangga dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia, yang mempunyai komitmen kukuh dalam menyokong kesejahteraan dan penjagaan diri wanita secara menyeluruh. Nilai ini amat selari dengan visi SOFY. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat memberikan lebih banyak sokongan kepada wanita agar mereka berasa yakin, selesa dan bebas setiap hari,” tambah beliau.

Nikmati sutera tulen terunggul bersama SOFY Ultra Silk. Dicipta khas untuk wanita yang ingin kekal selesa dan yakin sepanjang tempoh haid, SOFY Ultra Silk menawarkan pengalaman penjagaan haid premium yang menggabungkan kelembutan, keselesaan dan perlindungan yang boleh dipercayai.  Direka dengan teliti untuk menyokong pergerakan harian, SOFY Ultra Silk membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan lebih selesa, daripada bekerja dan menguruskan rutin harian, sehinggalah kekal aktif serta menikmati detik-detik yang paling bermakna.

Produk Tumpuan

SOFY Ultra Silk – Nikmati SUTERA TULEN TERUNGGUL

SOFY Ultra Silk ialah tuala wanita super ultra nipis, dengan ketebalan hanya 0.06cm, diperbuat menggunakan Luxury Oriental Silk bagi membantu meminimumkan geseran antara paha dalam. Ini membantu mengurangkan iritasi kulit, membolehkan wanita menikmati keselesaan yang lebih baik serta bergerak dengan bebas sepanjang hari.

·         Luxury Oriental Silk: Permukaan diperbuat daripada Sutera Mulberi Suzhou Gred 6A untuk memberikan sentuhan yang sangat lembut.

·         Super Ultra Slim 0.06cm: Reka bentuk super ultra nipis dengan 3X lebih pengudaraan untuk memberikan rasa seperti tidak memakai tuala wanita.

·         Triple Absorbent Layer: Menyerap 30% lebih pantas bagi memastikan permukaan kekal kering serta membantu mencegah kebocoran.

 

Sempena pelancaran ini, SOFY Ultra Silk akan membawakan #theFinestPureSilk Roadshow kepada para pengguna dengan kerjasama Watsons Malaysia.

Roadshow ini menawarkan pengalaman interaktif kepada pengguna untuk mengenali SOFY Ultra Silk dengan lebih dekat melalui pelbagai aktiviti menarik, termasuk:

·         The Silk Lab: Ruang khas untuk pengguna meneroka dan mengetahui lebih lanjut mengenai SOFY Ultra Silk.

·         The Silk Wall: Pengguna boleh mengambil gambar bersama pek SOFY Ultra Silk bersaiz gergasi atau berkongsi detik kegemaran mereka dari roadshow di media sosial.

·         Oriental Scents Bar: Pengguna boleh berkreativiti dengan menghasilkan uncang herba mereka sendiri secara DIY.


Selain itu, promosi masa terhad turut ditawarkan sepanjang roadshow dengan pengguna boleh menikmati
PERCUMA SOFY Oriental Knot Bag dengan perbelanjaan minimum RM30; dan PERCUMA SOFY Oriental Knot Bag + RM6 diskaun serta-merta dengan perbelanjaan minimum RM60.

Jadual Roadshow adalah seperti berikut 

Launch Roadshow           

9–13 September 2026, FF, V-Boulevard (di hadapan Brand Outlets), Sunway Velocity

Substances Roadshow     

21–27 September 2026, LG2, Orange Avenue (di hadapan Watsons), Sunway Pyramid

Substances Roadshow      

28 Oktober–1 November 2026, Aras 1 (di hadapan Watsons), 1 Utama

 

SOFY Ultra Silk baharu boleh didapati dalam pilihan panjang 25cm dan 29cm pada harga RM11.90. Pengguna boleh mendapatkan SOFY Ultra Silk di cawangan Watsons di seluruh negara atau membeli dengan mudah secara dalam talian melalui Watsons Online.

Untuk maklumat lanjut mengenai SOFY dan acara terbaharunya, ikuti SOFY di halaman Facebook, Instagram dan TikTok.