Tuesday, September 23, 2014

KLEENEX® “Share the Softness” Menjadikan Kelembutan Cara Hidup Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Ada sedikit info untuk kita semua ek

Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!

sedih.. nasib baik tisu kleenex ade

Setiap peristiwa, besar dan kecil, boleh dijadikan bermakna dengan sentuhan kelembutan, dan Kleenex® mengingatkan lebih ramai rakyat Malaysia di mana-mana sahaja supaya menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut dengan mengambil waktu seketika untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang dengan meluahkan kata-kata yang manis dan penuh keprihatinan.

Apatah lagi, sikap kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada OrphanCARE, sebuah pertubuhan NGO yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna.


Ambillah peluang ini untuk mewujudkan perbezaan dalam kehidupan orang di sekeliling anda, serta mereka yang kurang bernasib baik. Bahkan pakar psikologi pun mengiktiraf bahawa perkara kecil adalah penting, daripada perlakuan kecil antara orang tersayang seperti membuat secawan teh untuk satu sama lain hingga kepada bercakap dengan lebih bersopan santun dan berbudi bahasa kepada satu sama..

Dari sekarang sehingga 27 September, Kleenex® mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000.

Untuk menyertai,


1. korang cuma perlu ‘Like’ Facebook page Kleenex® Malaysia, www.facebook.com/Kleenex.Malaysia

2. cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran korang dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa korang menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!


Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik,


setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.


Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

jom kite!


Makan Di Food Court Pasar Baru Bandung.

Hi Korang,

Aku rasa citer bercuti di Bandung ni tak kan abis kan kalau aku buat sambil lewa je kerja-kerja update ni. Sebab tu aku dah rasa kena ada PA untuk uruskan blogging job ni.

Meh baca entry mengenai Bandung Trip sebelum ni ek


Dah mula start mengarut balik kan!

Korang ingat aku tak makanlah time shopping kain pasang murah tu ke, halo makan itu wajib wokeh.

nampak senyum je semua tapi sebenarnya lapar tak henggat

Masa time tengahari tuh, malas nak keluar dari bangunan Pasar Bar uni, ktorang lunch di Lantai 6 ada food court kat situ. Masuk-masuk je ktorang ni dah macam artis wokeh, macam di hurung dek semut. Para pekerja kedai makan kat situ sibuk mengajak ktorang ke kedai mereka.


Maklumlah time weekday kan, orang pun tak ramai so ada 2-3 orang customer datang berebut lah memasing kan. Akhirnya ktorang makan di Kemangi Sundanese & Seafood yang menghidangkan makanan sunda. Nasib baik aku dah biasa pi makan kat Cibiuk so tak delah culture shock kan.

hah berasap-asapkan, terbaek ooo

Ktorang orang ayam bakar penyet set yang boleh makan 2 orang, kira 3 set lah kan.


ok ambik gambar dulu sebelum bedal semuanya


Masa makanan tu sampai bukan main berasap-asap bagai, mana taknya diorang hidangkan dalam hotplate sebab tu panas. Di tambah plak dengan nasi putih panas dan sup tulang panas. Pendek kata semuanya panas-panas lah kan.

sayur dan ulam pun sedap tapi makan sikit jelah sebab ayam sedap bangat!

Dahlah panas, sambal pecal lel tu pedas plak. Makin terangkat-angkat dibuatnya. Aku langsung tak hirau rasa pedas dan panas tuh, yang penting sedap. Makan sampai bertambah-tambah nasi dibuatnya. Pekena plak dengan Es jeruk tuh lagi lah, tak boleh nak di bayangkan kesedapannya.

nampak tak muka kekenyangan memasing

Sampai time menulis entry ni pun duk terbayang-bayang keenakkan ayam bakar tu ek.

Abis makan, kira-kira budget jap then terus sambung shopping lagi sampai petang.

nasi dah abis, now its time to ratah ayam. sayur goodbye to you ek

Banyak review yang aku baca mengatakan kedai-kedai di food court Lantai 6 ni kurang bersih, ermm kotorlah kan. Tapi aku tengok ok je, tak de yang pelik pun. Meja pun berlap rapi tak delah berlekit-lekit sampai nak letak tangan pun geli.

Alhamdulillah sepanjang ktorang kat trip ni belum ada sorang pun yang terkena cirit birit walaupun ktorang memang suka makan di tepi jalan. Agaknya perut rakyat marhaen yang dah biasa susah tak de apa-apa kot.

Ok sambung next entry plak.

Sebelum tu nak mintak maaf, memang makan masa sket untuk aku update entry travel ni coz ada banyak lagi entry lifestyle lain yang aku kena update cepat.

Miss XES Elegant 2014/2015 – MICO PUN CHIEW YOEK Duta Terbaru XES Shoes

Hi Korang,



Last week dalam kelam kabut sibuk bekerja sempat jugak aku ke majlis menandatangani untuk Miss XES Elegant 2014/2015 di Glenmarie Shah Alam.

Ramai jugak para blogger yang hadir, biasa masa-masa cam ni jelah baru ktorang dapat berjumpa selain bertemu di alam maya je kan.


Dengan kerjasama daripada XES Shoes sebagai penaja kasut rasmi bagi Miss Global Antarabangsa Malaysia 2014, salah satu dari finalis pertandingan ratu cantik yang telah dipilih untuk dimahkotakan sebagai Miss XES Elegant di malam grand finale tersebut iaitu Ms Mico Pun Chiew Yoek. 


Encik Simpson Wong, pengarah urusan Shellys Marketing berasa teruja untuk membawa Mico dan mengharapkan kerjasama yang sempurna seperti yang dirancang untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.


Sebagai duta XES Shoes dari tempoh 1 Oktober 2014 -30th September 2015, beliau akan mendapat kontrak bernilai RM16,000.00 yang termasuk RM1, 000.00 hadiah wang tunai apabila menerima gelaran Miss XES Elegant 2014/2015 dan mendapatkan bekalan bulanan kasut dan beg bernilai RM3, 600.00 nilai produk dari XES dalam tempoh setahun. Beliau juga akan mendapat bayaran dengan RM3, 900.00 untuk kempen pelbagai iklan cetak dan RM1, 000.00 bagi setiap kempen iklan TV dan penampilannya sebagai duta XES. Untuk klip video, Mico akan menerima RM1, 500.00 sepanjang tempoh kontrak. Setiap penampilan dan fesyen khas persembahan yang dibuat oleh Miss XES Elegant dalam apa-apa peristiwa masa hadapan hendaklah dihadiri oleh beliau bagi setiap acara. 

Pihak XES amat gembira untuk bekerja pada projek-projek yang lebih menarik dengan Miss XES Elegant yang baru dinobatkan, Mico Pun Chiew Yoek. Semoga kontrak ini membawa banyak peluang dan pengembangan untuk perniagaan yang semakin meluas dan meletakkan jenama kasut XES di atas selaras dengan visi dan misinya. 


Sedikit info dan biodata Duta XES Shoes 2014-2015 ini

· Stage Name: Mico Pun
· Age: 22 years old
· Date of Birth: 1st March 1992
· Place of Birth: Johor Bahru
· Ethnicity: Chinese
· Citizenship: Malaysian
· Instagram: Xiaomi_mimi
· Height: 169cm
· Vital Stats: 33D-25-36
· Weight: 52kg
· Language: Chinese, English
· Special Talent: Belly Dance


Ms Mico Pun ni memang cantik orangnya, muda lagi plak tuh. Senantiasa senyum je aku tengok hari tuh

Semoga beliau sukses di dalam kariernya dan juga sebagai duta XES Shoes.

cilok kat www.shakkido.com, ktorang yang teruja sekali dapat kasut atau beg kan

credit pada blogger http://www.mawardiyunus.com/

Kitaorang bloggers ni memang suka sangat di jemput ke event XES Shoes ni sebab eventnya sangat santai dan chillax-chillax je,barulah syiok kan. Yang penting memasing suka dapat hadiah kasut dan beg yang cantik-cantik kan..