Friday, November 13, 2026

APOLLO 2.0 Tempa Era Baharu Kelazatan dengan Peningkatan Keupayaan Pengeluaran dan Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Hi Semua,

APOLLO, jenama konfeksi kebanggaan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1953, kini melangkah ke fasa baharu dalam perjalanan transformasinya dengan pengenalan keupayaan pengeluaran kek yang dipertingkatkan di premisnya di Larkin, Johor Bahru. Selain itu, APOLLO turut menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records bagi kategori “Kek Lapis Paling Banyak Dihasilkan Dalam Setahun”, selepas syarikat itu berjaya menghasilkan 587,736,544 unit kek lapis pada 2026.

   APOLLO representatives receive the Malaysia Book of Records recognition, celebrating the brand's achievement of producing 587,736,544 layer cakes in 2026

From left to right:

Mr Cheah Jia Ming, Group Managing Director of APOLLO of APOLLO Food Holdings Berhad

Dato' Cheah See Yeong, Chairman of APOLLO Food Holdings Berhad

Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar of Johor

Mr Christopher Wong, CEO of The Malaysia Book of Records

Yang Berhormat Tuan Lee Ting Han, Chairman of the Johor State Investment, Trade, Consumer Affairs and Human Resources Committee


Kejayaan ini menjadi sebahagian daripada fasa pengembangan baharu APOLLO2.0: Redefining A New Era of Yumminess, yang mencerminkan komitmen berterusan APOLLO terhadap usaha memperkukuh kecemerlangan pengeluaran, inovasi produk serta memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna semasa.

Pelaburan ini bukan sekadar meraikan pencapaian APOLLO selama ini, tetapi turut menjadi langkah strategik untuk menghadapi cabaran mendatang dan memperkukuh keupayaan yang akan terus menyokong pertumbuhannya di Malaysia serta pasaran antarabangsa terpilih.

Pelaburan dalam Fasa Seterusnya

Elemen utama pelaburan ini ialah barisan pengeluaran kek baharu yang direka untuk memantapkan lagi keupayaan pengilangan APOLLO. Ia memanfaatkan automasi yang lebih menyeluruh, merangkumi keseluruhan proses pengeluaran, daripada pengendalian ramuan hingga pembungkusan akhir produk.


Menerusi penaiktarafan ini, kapasiti pengeluaran kek APOLLO dijangka meningkat sekitar 40% berbanding sebelumnya, selain berupaya menyokong operasi pengeluaran 24 jam apabila diperlukan. Automasi yang lebih meluas turut membantu mengurangkan pengendalian secara manual, sekali gus meningkatkan konsistensi pengeluaran, kebersihan, keselamatan makanan dan kecekapan operasi.

Bagi APOLLO, pelaburan ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran, malah turut membina keupayaan yang lebih kukuh bagi menyokong pembangunan produk baharu dan membolehkan jenama bertindak balas dengan lebih pantas terhadap perubahan citarasa pengguna.

“Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan transformasi APOLLO. Pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records membuktikan pencapaian kami selama ini, manakala pelaburan dalam peningkatan keupayaan pengilangan dan inovasi mencerminkan hala tuju kami untuk masa hadapan,” kata Pengarah Urusan APOLLO, Cheah Jia Ming.

Mr Cheah Jia Ming, Group Managing Director of APOLLO Food Holdings Berhad

“Kami melabur dalam warga kerja, teknologi, keupayaan pengeluaran dan inovasi kerana kami mahu APOLLO terus kekal relevan dan berdaya saing untuk generasi akan datang. Kami berazam untuk terus memantapkan kedudukan kami di Malaysia sambil meneroka peluang baharu untuk pertumbuhan pada masa depan.”

“Kami mahu APOLLO menjadi jenama yang bukan sahaja dikenali dan digemari rakyat Malaysia; kami mahu menjadi jenama yang sentiasa dekat di hati, menjadi bualan dan dinanti-nantikan para pengguna,” kata Ketua Pemasaran APOLLO, Warren Chan. “Tumpuan kami selepas ini adalah untuk mencipta lebih banyak inovasi yang berteraskan kehendak pengguna, memperkenalkan perisa baharu yang menarik, serta menawarkan format yang mudah dinikmati dan menyeronokkan. Kami akan terus mendengar pandangan pengguna dan menjadikannya sebagai inspirasi dalam menghasilkan produk yang benar-benar disukai mereka.”

Rekod Pencapaian yang Mencerminkan Kekuatan APOLLO

Pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi kategori “Kek Lapis Paling Banyak Dihasilkan Dalam Setahun”, dengan 587,736,544 unit kek lapis dihasilkan pada tahun 2026, menandakan satu pencapaian penting bagi APOLLO. Ini mencerminkan skala keupayaan pengilangannya serta kedudukan kukuh syarikat dalam sektor pembuatan kek lapis sejak sekian lama.

The Malaysia Book of Records certificate recognising APOLLO Food Industries (M) Sdn Bhd's achievement for the most layer cakes produced in a year.

Lebih daripada sekadar angka pengeluaran, pengiktirafan ini turut membuktikan bahawa kek lapis APOLLO kekal menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Dato' Fazley Yaakob takes part in a live dessert preparation session, showcasing creative ways to enjoy APOLLO products.


Gabungan pencapaian rekod dan peningkatan keupayaan pengeluaran ini memperlihatkan hala tuju yang jelas: APOLLO telah membina asas yang kukuh dan kini melabur untuk fasa pengembangan seterusnya.

Memacu Inovasi Demi Kepentingan Pengguna

Bagi menyokong fasa pengembangan seterusnya, APOLLO telah mewujudkan Makmal Inovasi khusus untuk membangunkan perisa baharu, menambah baik format produk serta menghasilkan inovasi yang selaras dengan perubahan cita rasa pengguna.

Dato' Onn Hafiz (second from left), accompanied by APOLLO leadership team, gets a closer look at APOLLO's upgraded facilities and cake production processes during a guided tour of the Larkin facility.


Dengan meletakkan pembangunan produk dan barisan pengeluaran di bawah satu bumbung, APOLLO memperkukuh keupayaannya untuk membangun, menguji, dan mengembangkan idea baharu selaras dengan perubahan cita rasa dan kehendak pengguna. Selain itu, APOLLO juga boleh meneroka cara menggabungkan bahan berkualiti, cita rasa tempatan dan inovasi digabungkan untuk mencipta produk yang relevan kepada pengguna masa kini.

Membina Legasi untuk Generasi Akan Datang

APOLLO2.0 menandakan permulaan fasa baharu jenama ini, dengan pengalaman selama lebih daripada tujuh dekad menjadi asas untuk membina legasi bagi generasi akan datang..

Dato' Cheah See Yeong presents a RM250,000 contribution to the Tabung Kebajikan & Pelajaran YPJ, as part of APOLLO's commitment to giving back to the community in Johor.


Bagi APOLLO, ia akan terus berpegang kepada warisan yang menjadi asas penting kepada identitinya. Namun, jenama ini tetap berazam untuk mencipta kenangan dan pengalaman baharu yang menyeronokkan untuk generasi akan datang.

Dalam usaha mencapai cita-citanya, APOLLO komited untuk terus berpegang teguh kepada falsafah jenama “Delighting The World, One Bite At A Time”: mencipta produk yang membawa keceriaan dalam kehidupan seharian, sambil terus berkembang mengikut cita rasa pengguna.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, APOLLO akan berusaha untuk mendekatkan jenama ini dengan mereka yang membesar bersamanya, sambil memenangi hati generasi baharu penggemar APOLLO.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi dan ikuti kami di Instagram dan Facebook.


No comments :