Hi Semua,
Dalam kalangan belia hari ini, ikatan persahabatan yang paling bermakna sering tercipta daripada momen-momen yang dikongsi bersama. Untuk lebih menceriakan lagi momen kebersamaan ini, Luckin Coffee Malaysia dengan bangganya mengumumkan kolaborasi terbaharu bersama Bear Boss Buddies menerusi kempen “Escape into Grape Fantasy”. Kerjasama ini meraikan kegembiraan berkongsi detik indah melalui seleksi siri minuman berinspirasikan anggur dan bunga sakura.
Dicetuskan daripada visi kreatif pengasasnya, Dylan Ang, Bear Boss Buddies mula mencipta nama di pentas global dengan membawa identiti tempatan yang tersendiri serta mengetengahkan nilai persahabatan unik melalui watak-wataknya. Kerjasama ini menampilkan ikatan istimewa antara tiga watak utama: Bear Boss, dengan karisma 'bos' klasiknya; Mao, ahli keluarga yang bijak; dan Capybara yang sangat santai. Bersama-sama, mereka bakal menghiasi kalendar Mei Luckin Coffee dengan gaya persahabatan ikonik mereka.
"Di Luckin Coffee Malaysia, kami sentiasa peka terhadap trend Gen Z sambil terus menghargai keunikan budaya tempatan. Kami menghargai nilai persahabatan serta kreativiti tempatan pegasas Bear Boss Buddies, Dylan Ang yang autentik, justeru menjadikan kolaborasi ini satu padanan yang cukup bermakna. Melalui kerjasama ini, kami juga berharap dapat mengingatkan orang ramai bahawa hubungan yang istimewa selalunya bermula daripada berbagai momen, termasuk melalui secawan kopi ," kata Dr. Jeff Lim Chee Lip, CEO Luckin Coffee Malaysia.
"Kami sentiasa berusaha menyebarkan aura positif dan semangat kebersamaan menerusi Bear Boss Buddies. Kerjasama bersama Luckin Coffee Malaysia memberi peluang kepada kami untuk membawa watak-watak ini lebih dekat dengan rutin harian rakyat Malaysia, sekali gus mencipta pengalaman yang lebih bermakna dalam meraikan kreativiti tempatan serta mengeratkan hubungan melalui nilai persahabatan," kata Dylan Ang, pengasas Bear Boss Buddies.
Siri Anggur Untuk 'Percutian' Minda Mei Ini
Kempen "Escape into Grape Fantasy" memperkenalkan minuman anggur dan bunga sakura yang dihasilkan dengan teliti untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga:
● Grape Cheese Cloud (Tersedia pada 8 Mei): Minuman anggur mewah dengan lapisan buih keju garam laut, menampilkan anggur Summer Black yang berjus dalam setiap cawan untuk pengalaman berkrim yang memikat.
● Grape Refresher (Tersedia pada 8 Mei): Pilihan sempurna untuk menyegarkan hari dengan gabungan anggur Summer Black, limau nipis tempatan yang menyegarkan serta teh melati yang harum dan dicipta untuk sesiapa yang mencari nikmat kesegaran musim panas.
● Cherry Blossom Latte (Dilancarkan pada 15 Mei): Latte berwarna merah jambu lembut dengan aroma bunga sakura Guan Shan dan diseimbangkan dengan rasa kopi yang kaya.
Barangan Koleksi Eksklusif & Sesi Ramah Mesra
Kolaborasi ini melangkaui sekadar minuman dengan pengenalan Beg Misteri (Blind Bag) Patung Mainan 'Wiggly Tail' Luckin Coffee x Bear Boss Buddies yang akan dilancarkan pada 15 Mei. Koleksi eksklusif ini menampilkan tiga watak utama: Bear Boss, Mao, dan Capybara dalam bentuk fizikal yang comel. Direka sebagai teman harian untuk digantung pada beg atau diletakkan di atas meja, patung ini berfungsi sebagai peringatan bahawa pengembaraan terbaik dalam hidup adalah lebih bermakna jika dikongsi bersama. Peminat boleh menebus beg misteri patung mainan percuma dengan pembelian kombo 2 minuman terpilih pada harga RM 24.90 melalui aplikasi Luckin Coffee.
Selain itu, peminat dijemput untuk meraikan pelancaran ini dan bertemu sendiri dengan Bear Boss Buddies di Luckin Coffee Sunway Square pada 9 Mei. Watak-watak tersebut akan membuat kemunculan istimewa dalam sesi eksklusif pada jam 11:00 pagi dan 3:00 petang.
Untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi Luckin Coffee x Bear Boss Buddies, sila ikuti saluran media sosial rasmi Luckin Coffee Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, dan XiaoHongShu atau layari aplikasi Luckin Coffee.

.jpg)

No comments :
Post a Comment