Hi Korang,
Tahukah anda?
Kulit pada bahagian bibir kita sebenarnya tidak mempunyai pori-pori, kelenjar sebum ataupun kelenjar peluh. Ini bermakna ianya tidak berupaya melembapkan bibir secara semula jadi atau menghasilkan minyak dengan sendirinya. Malah, kulit bibir kita adalah 5 kali lebih nipis daripada kulit dibahagian wajah, membuatkan ia lebih mudah terdedah dengan kerosakan dan ketidaksamaan warna.
Dengan cuaca Malaysia yang lembap dan suhu melebihi30°C sepanjang tahun, ia adalah penting untuk kita sentiasa melindungi bibir kita dari sinaran matahari yang terik. Tambahan pula, ramai diantara kita yang bekerja, menetap dan tidur di kediaman yang berhawa dingin, membuatkan bibir lebih mudah kering dan merekah.
Masalah yang membimbangkan ialah, kebanyakan produk penjagaan bibir di pasaran tidak fokus pada kesan jangka panjang. Sebaliknya, produk-produk tersebut menawarkan penyelesaian segera yang tidak menangani punca sebenar bibir kering, merekah atau berubah warna.
Sama seperti seseorang menggunakan serum wajah di sianghari dan masker muka semalaman pada waktu malam, pakarkulit di SKINMADE menyarankan anda melakukan penjagaan yang sama untuk bibir anda.
Lindungi pada siang hari dan pelihara pada waktu malam dengan SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum dan Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask, sistem terapi bibir pertama di pasaran Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat untuk bibir.
SKINMADE merupakan sebuah jenama tempatan yang diasaskan pada tahun 2017, yang didirikan berasaskan nilai untuk menghasilkan produk bermanfaat. Apa yang menjadikan jenama ini unik ialah dedikasinya terhadap penciptaan inovasi, serta pengabungan formula yang terbukti secara saintifik yang mampu menghasilkan produk luar biasa dan serasi dengan keadaan kulit rakyat Malaysia.
Kehadiran jenama ini di atas talian terbukti dalam produk viralnya seperti Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50+ PA++++, INFINITEBRIGHT™️ 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening serum, dan Golden C®️ + Exoshot™️ Collagen Boosting Filler Concentrate.
Untuk Waktu Siang: Melindungi, Mencerah & Memulihdengan SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum
Dengan perlindungan tertinggi SPF50+ PA++++, Lip Power ini yang diaktifkan oleh cahaya antioksidan dapat meningkatkan rona merah jambu semula jadi bibir dan menguatkan daya tahannya dari kerosakan sinar UV. Gabungan penapis UV mineral dan kimia memastikan liputan spektrum penuh daripada sinaran UVB, UVA dan UVA ultra panjang, sekaligus menghalang hingga 80% pigmentasi yang disebabkan oleh matahari serta mengurangkan risiko penuaan foto dan penipisan bibir. Lip Power ini juga dirumus dengan perisai sinar biru, yang dapat mengurangkan sehingga 70% tekanan oksidatif akibat sinar biru daripada pencahayaan dalam rumah dan alat peranti digital.
Lip Power ini mengandungi beberapa bahan yang dipilih secara khusus, antaranya ialah:
• Kompleks Pencerahan Lanjutan (X50®️ Pure White, Lumiskin™️, LUMINIA GRANATUM™️, Oligopeptide-68, Asid Kojic Dipalmitate)
Manfaat: Memudarkan perubahan warna dan memulihkan rona merah jambu semula jadi bibir
• Kompleks Antioksidan Lanjutan (Vitamin C THDA, Beta-Carotene, Resveratrol, Ectoin, Mikro Alga Merah Jambu, Ekstrak Akar Likuoris)
Manfaat: Melawan tekanan oxida dan mengelakkan bibir dari menjadi gelap
• Minyak Kacang Soya, Minyak Biji Lobak, Silymarin
Manfaat: Pelembapan dari dalam dan memperbaiki lapisan pelindung.
Penggunaan: Oleskan pada bibir dengan menggunakan aplikator yang disediakan pada waktu siang. Untuk perlindungan maksimum, oleskan pada bibir sebelum anda memakai gincu.
Untuk Waktu Malam:
Melembap, Menganjal & Mengelupas dengan SKINMADE Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask
Bangun dengan bibir yang lebih anjal, licin dan lembap! Di dalam tiub ini terdapat bahan-bahan yang terbukti secara klinikal yang mampu meningkatkan kolagen, mengurangkan garis-garis halus dan membuat bibir tampak penuh. Tidak seperti produk bibir lain, yang mana untuk mendapat efek sebegini harus meningkatkan aliran darah dan menyebabkan rasa kesemutan yang tidak selesa, SKINMADE menggunakan ramuan inovasi pro-kolagen dan bahan aktif bagi menambah isipadu bibir yang canggih untuk membuat bibir mungil secara semula jadi. Bukan itu sahaja, dengan peptida penghalus tekstur ia mampu membuang sel kulit mati yang menyebabkan kekasaran dan warna bibir tidak sekata.
Bahan-bahan pilihan pakar dalam Lip Elixir termasuk:
• Kompleks Pro-Kolagen & Berisi Padu (Matrixyl®3000, Humacoll21®, Volufilline™, Linefill™, Kompleks 10-Peptida)
Manfaat: Meningkatkan penghasilan kolagen, keanjalandan kemungilan bibir.
• Pengelupasan & Peptida Penghalusan Tekstur(Hexanoyl Dipeptide-3 Norleucine Acetate)
Manfaat: Menyingkirkan kulit mati dengan lembut, sertamenghasilkan bibir yang lebih mulus dan lembut.
• Kompleks Pengukuhan Lapisan Perlindungan Kulit(Mentega Shea, Squalane, Beta Karotena, Mikro Alga Merah Jambu, 5 Ceramide penting)
Manfaat: Memberikan kelembapan dan perlindunganyang berpanjangan.
• 7 Minyak Phyto-Nutritive (Pir Berduri, Biji Oat, KacangSoya, Macadamia, Avokado, Meadowfoam, dan Jojoba)
Manfaat: Mengurangkan inflamasi dan merawat bibirmerekah
Penggunaan: Oleskan pada bibir yang bersih dan keringsebelum tidur. Untuk penjagaan rapi, oleskan lapisan tebaldan biarkan selama 10-15 minit sebelum membersihkanlebihanya.
Tip Penjagaan Kulit SKINMADE
Apabila menghasilkan Lip Power dan Lip Elixir, SKINMADE memberi perhatian yang cukup teliti untuk memastikan sistem terapi bibir ini serasi dengan semua:
✓ Tiada pewangi, minyak pati atau alkohol = sesuai untuk kulit dan bibir yang sensitif!
✓ Tiada retinoid, hidrokuinon atau pengganggu endokrin = selamat untuk ibumengandung dan sedang menyusu!
✓ Pembungkusan dan aplikator bebas logam = selamat untuk alahan nikel!
✓ Tekstur yang jernih, kemasan yang mulus & tidak melekit = sesuai untukwanita dan lelaki!
✓ Tiada kesan sampingan atau derivatif haiwan = mesra vegan dan halal!
SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum (8g, RM120) dan Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask (8g, RM113) boleh didapati di TikTok Shop, Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.myskinmade.com/
No comments :
Post a Comment