Tuesday, November 9, 2021

Netflix kini di ASTRO

Hi Korang,


Astro hari ini mengumumkan ‘Pengalaman Baharu Astro’, yang mana membenarkan pelanggan untuk strim Netflix di TV Astro dan nikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek-pek langganan terbaharu yang diperkenalkan ini. Pek-pek terkini Astro ini direka khas untuk para pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain, membenarkan mereka untuk strim segala program kegemaran masing-masing menerusi Ultra Box, dan akan datang di Ulti Box. 

Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran masing-masing menerusi satu platform utama Astro; dari perkhidmatan penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ ke program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing.


Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith berkata, “Kami di Astro sentiasa peka dan dengar akan kehendak pelanggan, justeru kami memperkemaskan dan hari ini memperkenalkan pengalaman baharu Astro, khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai. Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan. Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik kepada lebih mudah, ringkas, menjadi platform utama pilihan pelanggan, dan memastikan setiap dari mereka dapat menikmati variasi hiburan dengan lancar. Ciri-ciri terkini dan menarik yang hadir pada Ultra Box ini membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro, dan kini disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari. Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang.”


Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski, berkata, “Kami di Netflix begitu teruja untuk membawakan pengalaman hiburan lebih hebat ke alat peranti yang pelbagai kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana. Di Netflix, misi utama kami adalah untuk menyajikan hiburan terhebat yang tiada tandingannya kepada setiap pelanggan kami, oleh yang demikian, kami begitu gembira apabila kolaborasi bersama Astro ini mampu membuka peluang kepada lebih rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan kami yang pelbagai – dari filem-filem pecah panggung Hollywood seperti ‘Red Notice’, siri-siri popular Sepanyol seperti ‘Money Heist’, sajian kandungan terhebat Korea seperti ‘Squid Game’, yang kini berjaya mencetuskan satu fenomena dan cukup popular di kalangan peminat di Malaysia.”

Tambah Euan lagi, “Kami kini terus memacu inisiatif berinovasi tinggi demi memastikan setiap pelanggan kami dapat menikmati sebuah pengalaman tontonan yang tiada tolok bandingnya di setiap skrin, menerusi Ultra Box dan Ulti Box juga di Astro GO. Mana-mana pelanggan yang menggunakan produk-produk yang dinyatakan ini akan dapat menikmati ciri-ciri dan fungsi terkini pengalaman tontonan Astro ini di platform linear (TV), On Demand, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’) dan fungsi Tontonan Tanpa Henti (‘Continuous Viewing’), secara serta merta. Manakala untuk pelanggan baharu Ultra dan Ulti Plug & Play Boxes pula, seperti yang kami umumkan sebelum ini, anda boleh membuat pemasangan sendiri dan ia akan berfungsi sepenuhnya menerusi perkhidmatan jalur lebar, yang mana dalam erti kata lain, pelanggan tidak lagi memerlukan piring satelit. Astro merupakan yang pertama di rantau ini melancarkan perkhidmatan keupayaan 4K High Dynamic Range dan Dolby Atmos bagi membolehkan peminat sukan menikmati pengalaman tontonan bertaraf premium dengan kejelasan kristal dalam versi 4K UHD. Hari ini pula, kami sekali lagi melakarkan sejarah apabila mengagregatkan aplikasi Netflix secara terus ke Ultra Box bagi memudahkan pelanggan untuk strim sajian kandungan Netflix dengan lebih lancar, dan ditonton secara terus di skrin besar di kediaman masing-masing. Selepas ini, akan ada lebih banyak aplikasi seperti Disney+ Hotstar bakal menyusuli inisiatif ini, menjadikan kami di Astro sebagai pengagregat perkhidmatan penstriman nombor satu negara.”


Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad, menjelaskan, “Pek-pek terbaharu yang diperkenalkan Astro pada hari ini direka khas untuk menepati citarasa pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan mereka, pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk menonton banyak judul-judul tayangan perdana Netflix seperti ‘Red Notice’ dan ‘Squid Game’ secara sebelah-menyebelah dengan sajian popular Disney+ Hotstar, ‘Shang Chi and the Legend of the Ten Rings’ dan ‘Jungle Cruise’ atau tonton judul HBO pula, ‘And Just Like That’ dan ‘Succession’, selain dari banyak lagi program-program terhebat di Astro yang dibawakan dari Korea, negara-negara Asia Tenggara mahupun rancangan popular tempatan terbitan Astro sendiri seperti ‘Maharaja Lawak Mega’, ‘Gegar Vaganza’, ‘Dukun Diva’ dan banyak lagi. Pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk terus melanggani pek-pek sedia ada, namun kami merasakan ramai yang akan tertarik dan berminat untuk menaik taraf pek langganan masing-masing kepada pek-pek terbaharu ini agar mereka boleh strim lebih banyak kandungan menarik dari rakan-rakan perkhidmatan penstriman kami, dan nikmatinya di skrin besar kediaman masing-masing. Pek-pek baharu kami ini hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada 0, 12 atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan yang mampu menepati kehendak pelanggan. Tambah menariknya lagi, kami ingin turut menjemput pelanggan untuk mendaftar pakej jalur lebar kami, dan nikmati akses Netflix secara komplimentari selama 3 bulan*.”


Pakej-pakej terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’. Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia. 

Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja. 

Daftar hari ini di www.astro.com.my.


No comments :