Hi Korang,
Piknik dalam bangunan? Ermm belum pernah aku jumpa lagi kat KL ni.
Bila blogger Innanie invite aku ke opening ceremony The Picnic Table ni, haruslah jangan lepaskan peluang. Pagi ahad tuh, ktorang pun bergerak ke Kota Damansara. Nasib baik hari cuti kan, so senang sket nak berjalan kalau tak ermm jem sana sini area The Strand ni.
Sesampai je dah rasa teruja sangat, yelah kalau korang tengok hiasan dalamannya memang betul-betul tempat untuk berpiknik. Yelah aku kan suka piknik-piknik ni.
Sangat ceria bila berada di dalam The Picnic Table cafe ni, ada rumput karpet yang menghijau, meja-meja ala-ala tempat piknik kan. Kat rumput tuh boleh baring-baring lagi sebab diorang dah bentangkan kain/tikar piknik tuh, ermm seronoklah. Rasa kagum jap.
Meh aku citer sket history mengenai ‘The Picnic Table’ by Simply Sandwiches ni ek
Simply Sandwiches was founded  in July 2011by Shaheera Djafar  and Sharin Sharif. The founders met in Sydney, Australia in 2007 and spent their free time hanging out at cafes around the city with their  friends. Bonding over sandwiches and coffee were of the norm to them and they were thoroughly impressed with how healthy and easy going the Australians were when it came to their food and lifestyle.
Fast forward to 2011, our founders  were back in Malaysia  and settling  into  a different routine. Although  Malaysia  is a buzzing food  hub, they found  that  it was difficult to get good quality food that were healthy yet affordable and convenient  for everyone. Then one day, when Shaheera's former  colleague  echoed  their  same sentiments, the  duo  decided  it  was time  to bring those tasty sandwiches to the offices of hungry Malaysians. Thus, Simply Sandwiches was born.
Bertemakan  "We Bring The Picnic To You", ‘The Picnic Table’ merupakan cafe pertama yang membawakan satu kelainan kepada anda dengan menyediakan satu cafe makan berkonsepkan  "indoor picnic" yang amat selesa, selamat  dan bersih  untuk  dinikmati bersama-sama  keluarga dan rakan-rakan. Para pelanggan  boleh  memilih  untuk  menikmati  suasana   piknik  yang  unik  ini dengan duduk bersama di atas rumput tiruan dan bersembang serta bertukar tukar  cerita sesama  mereka memandangkan  situasi hari ini kebanyakan  dari kita terlalu  sibuk  untuk  meluangkan  masa  bersama-sama. Sehubungan  itu, The Picnic Table yakin dengan konsep 'indoor  picnic' ini dapat mengeratkan hubungan antara kita semua dengan yang tersayang.
Best kan, best kan..
Bukan itu sahaja, The Picnic Table turut membawakan satu konsep pemakanan sihat dengan menghidangkan pelbagai juadah makanan yang bertepatan dengan tema  piknik tersebut. 
Kepakaran mereka semestinya  dalam menghidangkan  pelbagai  pilihan  sandwich  seperti  Smoked  Salmon,  Garlic Butter  Prawn, Beef & Chicken Salami, BBQ Chicken dan Sauteed Mushroom. Hidangan lain yang turut ditawarkan  dan semestinya  memikat selera korang adalah seperti  Grilled Shrimp Spaghetti with Pesta, Bruschetta  with Sauteed Wild  Mushroom,  Herbs  &  Garlic Crouton,  Mushroom  Soup  beserta   Garlic Bread dan pelbagai lagi hidangan serta manisan yang sihat dan lazat.
Mehlah kita intai serba sedikit menu lain yang dihidangkan
The  Picnic Table bukan  sahaja  satu  tempat  makan  yang menenangkan  minda malahan mereka juga sedia menerima  tempahan  makanan dan katering korporat secara atas talian (online). Tambah menarik, ruang The Picnic  Table   juga  amat   bersesuaian    untuk   disewa   bagi  merealisasikan sebarang majlis privasi korang yang berkonsepkan  piknik.
sedapnya sampai tak teringat langsung bini dia kan
cilok dari blog mahamahu
Makan sampai tak ingat diorang ni, ewah dengan aku-aku sekali tak ingat kan. Sebab sandwichnya still crunchy dan cripsy walaupun terletak lama kat luar kan, langsung tak de soggy.
Congrats to The Picnic Table Cafe!
Korang kalau dah boring tak tau nak makan apa time lunch ke, dinner ke, teatime ke bolehlah ke sini ek.
The Picnic Table by Simply Sandwiches
62-A, Jalan 5/12, The Strand Kota Damansara, 47180, Petaling Jaya
No. tel : 014-965 8519 (Innanie Ariffin)
Opening Hours:
Tuesday, Wednesday, Thursday: 8am - 8pm
Friday, Saturday, Sunday: 8am - 11pm
Monday: Closed
Website : www.simplysandwiches.my
Email: simplysandwiches4u@gmail.com
Instagram : @SimplySandwiches
Nak order online pun boleh, siap ada delivery lagi tau.
 
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
 
 
5 comments :
Memang best kebanyakan sandwich dia - sedap dan mengenyangkan....ada infused water yang jadi menarik tu....
ni kalau kaki2 instagram ni sure suka lepak sini. hehehe :)
Satu hari nnt kene pergi sini nih. Saya kaki makan. Haha
Wah bestnya.. semua nampak sedap.. rugi x pergi..
arghh comel nye tmpt ni, mknn nya pun smua sgt2 comel
Post a Comment