Thursday, February 29, 2024

Cake Explosion Gift Box by Cake Rush, Kejutan Untuk Yang Tersayang

Hi Korang

Menerima kejutan (suprise) dari yang tersayang memang memberikan kenangan yang cukup bermakna. Apatah lagi kejutan itu sangat comel dan punyai sentuhan peribadi yang cukup unik. Tidak seperti kejutan biasa-biasa tapi ianya lebih istimewa dan kak lily memang rekomen Cake Explosion Gift Box dari Cake Rush.


Cake Explosion Gift Box 

Di dalam kotak kecil didatangkan bersama kek pilihan dan bukan itu sahaja apabila kotak dibuka akan berterbangan rama-rama dari kotak tersebut. Siapa sangka didalam kotak kecil yang comel ini mampu memberi senyuman kepada si penerima.

Untuk kek ada 4 jenis pilihan yang boleh dipilih iaitu:-

🎂 Rainbow Cake
🎂 Chocolate Fudge
🎂 Pandan Gula Melaka
🎂 Walnut Carrot 

Rainbow Cake

Selain kek terdapat pilihan lain seperti :-

🍫 Ferrero

🐻Teddy Bear


Jika ingin menambah kelainan didalam Cake Explosion Gift Box ada beberapa pilihan item boleh dimasukkan seperti :- 

🎁 4x rama-rama tambahan
🎁 Gambar yang boleh di'customize' (Custom Pictures)
🎁 Bunga tambahan (Flower Shower)
🎁 Gula-gula tambahan (Sweets Explosion)


Review : Cake Explosion Gift Box


Kak lily amat cukup sukakan kejutan dari Cake Explosion Gift Box ini. 

Pembungkusan yang sangat kemas dan cantik. Lebih mengujakan ada kejutan didalamnya. Untuk harga yang ditawarkan sesuai dengan kejutan yang diberikan, memberikan momen yang cukup priceless.

https://www.cakerush.my/products/cake-explosion-gift-box


Laman Sosial Media Cake Rush:-



Bufet Ramadan 2024 | Kemilau Ramadan Di Hotel Armada PJ

Hi Korang,

Bertemakan Kemilau Ramadan, bufet ramadan di Restoran Utara Hotel Armada Petaling Jaya tahun ini menawarkan lebih 100 sajian menarik yang cukup memikat selera. Bufet ramadan bermula dari 12 Mac hingga 9 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari.


Ruang makan bufet boleh memuatkan sehingga 300 orang pada satu-satu masa. Memang agak luas dan selesa. Kepelbagaian hidangan ditawarkan pastinya dapat memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat. Ada hidangan tradisi seperi siput masak lemak cili padi, kari kepala ikan, itik salai masak lemak rendang tok, kambing kuzi dan pelbagai lagi.








Terdapat juga hidangan hidupan laut segar (seafood) seperti scallop, oyster, udang dan pelbagai lagi. Ada juga sushi, kerabu, laksa thai serta kuih-muih tradisi, dodol, pengat pisang, bubur lambuk, rojak dan roti canai durian.

Ada kambing golek, ikan bakar, masakan gorengan dan sate yang dibakar panas-panas di bahagian luar restoran. Untuk kambing bakar memang sedap dan sangat direkomen untuk dicuba.










Makanan tradisi seperti kari kepala ikan, rendang, masak lemak ada yang dihidangkan didalam kuali kawah. Kebiasaannya menu tradisi yang asli akan dihidangkan dalam kuali ini sebagai tarikan pengunjung yang hadir.

Harga Bufet

RM158nett - Dewasa
RM79nett - Kanak-kanak
RM128nett - Pembelian awal (early bird)




Promosi Penginapan Sepanjang Ramadan


Sepanjang bulan ramadan Hotel Armada PJ turut menawarkan pakej Penginapan Istimewa Ramadan bermula dari 12 Mac hingga 11 April 2024. Harga yang ditawarkan seperti RM370nett, pakej ini termasuklah Bufet Sahur & Berbuka Puasa untuk seorang. Manakala bilik double boleh ditempah dengan harga RM520nett yang mana pakejnya termasuklah bufet Sahur & Berbuka Puasa untuk dua orang.






Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: Restoran Utara (Bufet Ramadhan) di talian (03) 7954 6888 samb.4557. Bagi tempahan penginapan iftar boleh hubungi Hotel Armada PJ (03) 7954 6888 atau e-mel armada@armada.com.my


Wednesday, February 28, 2024

Set Barangan Koleksi Edisi Terhad Terakhir SPYxFAMILY Kini Di Semua Stor GUARDIAN

Hi Korang,

Para pelanggan guardian kini berpeluang untuk mendapatkan set koleksi SPYxFAMILY terakhir, set The Forgers, untuk melengkapkan kesemua set koleksi eksklusif istimewa SPYxFAMILY guardian mereka.


Set pek kotak The Forgers boleh dibeli mulai 28 Februari 2024 dan ia mengandungi satu buku nota lingkaran, 10 keping pelekat kad lipatan, dan satu poster Lentikular 3D berbingkai hitam. Dijual pada harga RM129, pelanggan boleh mendapatkan set The Forgers dengan membeli barangan bernilai RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin, dan Sunsilk, atau RM50 untuk pembelian mana-mana jenama lain dalam satu resit.


Barangan koleksi eksklusif guardian ini adalah berdasarkan siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Ia mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada usaha penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama


SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.


Jennifer Wong, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Acara, guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau berkata, “Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY.”

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengumpul barangan koleksi edisi terhad hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun ini. 



Segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan korang untuk mendapatkan set koleksi korang sebelum terlambat!



Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY
#GuardianMYApp
#guardianMy
#guardianspyxfamily