Hi Korang,
GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah berjaya melancarkan Kerusi Urut S9 MAXX, Mesin Urut Leher Terhad Stitch GINTELL dan Pertunjukan Koleksi Produk Disney & Marvel dalam satu majlis khas yang berlangsung di Glasshouse Seputeh. Acara ini diadakan pada 11 November 2025, dan dihadiri oleh pihak pengurusan GINTELL, pengurusan BYD, wakil dari Disney, duta GINTELL, rakan media, para pempengaruh (KOL) serta para tetamu jemputan yang lain.
Majlis dimulakan dengan ucapan ali-aluan daripada pengacara majlis, diikuti dengan tayangan video eksklusif yang menunjukkan pencapaian kolaborasi GINTELL × Disney. Sejurus itu, pengurusan GINTELL, pengurusan BYD, wakil dari Disney, dan tetamu jemputan kehormat dijemput ke pentas untuk merasmikan Kerusi Urut S9 MAXX.
Selepas itu, sebuah video GINTELL S9 MAXX Massage Chair dipamerkan kepada para penonton. Keistimewaan Kerusi Urut GINTELL S9 MAXX ini Adalah, ia dilengkapi teknologi AI-ROVO™ dengan 8 Program Regangan AI-Yoga yang meniru gerakan berbasikal dan menunggang untuk meningkatkan kekuatan otot dan fleksibiliti, manakala Bebola Urutan 4D ini dapat dilaras secara automatik mengikut postur dan bentuk badan pengguna. Bebola urutan ini juga dapat protrusi sehingga ±15 cm untuk kelegaan yang mendalam dan urutan yang tepat.
Majlis kemudian diteruskan dengan pengumuman pemenang GINTELL Parent’s Day Grand Giveaway Finale, di mana 10 finalis terpilih berpeluang memenangi kerusi urut dan treadmill GINTELL dan salah seorang pemenang bertuah akan membawa pulang Hadiah Utama – sebuah kereta EV BYD Sealion 7. GINTELL Parent’s Day Grand Giveaway ini berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai 2025, di mana pelanggan yang berbelanja sebanyak minimum RM3,000.00 ke atas layak untuk penyertaan cabutan bertuah secara automatik.
Pada hari yang sama, GINTELL turut melancarkan produk yang kedua, iaitu, Mesin Urut Leher Terhad Stitch GINTELL. Pelancaran ini dimulakan dengan persembahan Tarian Hula yang meriah, dan kemudian pengurusan GINTELL, pengurusan BYD, wakil dari Disney, dan tetamu jemputan kehormat dijemput sekali lagi ke pentas untuk merasmikan pelancaran tersebut. Para tetamu yang hadir turut menyaksikan sesi testimoni produk, di mana duta GINTELL berkongsi pengalaman mereka menggunakan mesin urut leher Stitch GINTELL edisi terhad ini.
Selari dengan pelancaran tersebut, GINTELL turut mengadakan pameran khas untuk produk kesihatan iaitu kerusi urut edisi terhad siri Marvel, siri Disney serta mesin urut mudah alih Disney Mickey Mouse & Minnie Mouse. Pameran ini dibuka kepada orang ramai dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam, di mana pengunjung berpeluang mencuba produk, menebus keychain edisi terhad Marvel, dan dapat bergambar di kawasan pameran “Instagram-worthy” yang bertemakan Disney & Marvel.
GINTELL akan terus memperkenalkan produk-produk baharu pada masa yang akan datang berserta tawaran-tawaran yang menarik. Untuk pelanggan yang berminat, GINTELL sedang menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 — iaitu 2 kerusi urut pada satu harga bermula RM4,988.00 untuk masa terhad. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pra-tempahan, sila hubungi +60167500998, layari www.gintell.com, atau kunjungi bilik pameran GINTELL yang terdekat
No comments :
Post a Comment